Sejahteralah ke atas kamu...
Hanya 2 perkara yang aku paling tak suka semasa berpantang, 1. tak boleh makan buah-buahan. 2. Minum pati ikan haruan. [Aku rase pati ikan haruan adalah paling horror skali yang pernah aku telan]
Ramai wanita yang tak suka nak menghadap waktu berpantang selepas bersalin. Seksa katanya nak ikut pantang larang tak boleh itu, tak boleh ini, terutamanya part makan. Nak makan laksa pun tak dapek. Mandi pun nak kena ikut time. Nak kena berbengkung dengan tampalan-tampalan herba di perut yang baunya... mak aihhh, boleh rompong hidung. Dah la tak selesa, pastu bengkung plak kena pakai ketat-ketat, nak buang air pun payah. Dengan bertunku lagi. Siapa kata senang. Memang tak best. Tapi aku suka.
Aku suka waktu berpantang walaupun lauk waktu berpantang hanyalah ikan bakar dan.... err... ikan bakar.... dann.... ikan bakar. Sayur plak asyik saaaaaawi aje. Aku nak makan broccoli pun tak boleh. Kehkeh. Tapi... walaupun gitu je menu dia selama 40 hari, aku macam rela je. Sedap plak makan ikan bakar cicah air asam. Walaupun takde pedas cili, tapi ada pedas lada hitam pun boleh layan apa.
Yang aku nak ceritakan ni bukan pasal sayur sawi. Tapi pasal body scrub yang aku guna masa berpantang. Body scrub tu included sekali dalam set berpantang Tanamera yang aku gunakan semasa berpantang dulu. Nama body scrub tu ialah Boreh Scrub.
Korang pon tahu kan, sepatutnya waktu berpantang tu adalah waktu berkurung seorang wanita yang baru bersalin. Sepatutnya tak boleh keluar rumah langsung. Takleh jejak tanah. Tapi ramai je yang langgar. Aku pun salah seorang daripada mereka. Hhahahaha.. Cuma aku takde la tiap2 hari keluar rumah waktu berpantang dan takde la pergi keluar berpoya-poya unta padang pasir, setakat keluar gi klinik dan hospital je. Faedahnya perintah berkurung tu, suami aku kata kulit aku putih. Haahaha.. Sian kan orang yang kulit cekelat mcm aku ni? Bila org kata aku putih, aku macam hepi kemain. Terutamanya yang puji tu husband sendiri. Actually bukan la putih melepak macam Nicole Kidman, sekadar cerah drpd biasa je. [sekarang aku dah hitam balik. hahahaha]
Aku pun tak sure kesan kulit putih tu hanya sebab tak keluar rumah, atau pun jugak sebab aku pakai body scrub ni. Boreh scrub. Scrub ni, bau rempah la, ada bau kayu manis, bau kunyit, dan ntah bau apa lagi. Bezanya bila pakai scrub ni, dia akan bagi ko rasa panas pada badan. Masa ko sapu tu rasa hangat, lepas bilas pun, rasa hangat tu masih rasa lagi. Jadi, ko akan rasa selesa selepas mandi. Memang itu pun tujuan dia kan.. nak bagi rasa selesa. Siapa nak tengok cemana rupa Boreh Scrub tu, ayuh aku kongsikan...
Dalam satu bucket ni terdapat 6 sachet Boreh Scrubs bersama sebotol air mawar. |
Air mawar yang disertakan di dalam set Boreh Scrub, mungkin fungsinya untuk beri bau wangi dan untuk cover bau rempah scrub tu. |
6 sachets |
Design bucket Boreh Scrub |
Serbuknya begini |
Perlu dicampur air mawar sebanyak 10ml. |
Kemudian baru campurkan dengan air biasa sepekat mana yang kita mahu. |
Cara guna;
Sapu lulur ini ke seluruh tubuh yang berkenaan dan ratakan. Tunggu sehingga hampir kering, kemudian gosok perlahan-lahan lulur tersebut secara urutan membulat pada kulit. Kalau kulit tebal, sental le beriya-iya sikit bagi jernih skit kulit tuh. Hakhak. Lepas tu, bilas... then... tadaaaa.... belum putih lagi.... Kena la habiskan 6 sachet tu. Kalau tak putih jugak, sila la berkurung lagi 10 tahun. Huhu..
macam sedang berpantang je erk..??
ReplyDeletehhahaha
tak penah pakai tanamera ni
tapi dengan banyak review yg bagus2
tak sempat nak cubala sebab lepas ni dah takde pantang2 dah..ehhhhh
10thn takut putih albino plak kang hehehe...
ReplyDeletesaya pun ade beli ni.. :-)
ReplyDeletenti aku pntng lg.. aku kena siapkan betul2..
ReplyDeletedulu 1st time x reti sgt..
tp aku makn jugak buah..kalau tak mcm mna nk memb3rak? ahhh
Oh rajinnya lyd berpantang sempat lagi berscrub..sy dl mmg tak sempatlah sbb berpantang sendiri kan..tp kalau scrub jenis yg boleh panaskan badan mmg bagus jugak kan..
ReplyDeleteDulu I slelau ke spa my fren yang guna produk tanamera ni, I suka bau-bauan dia.
ReplyDeleteErrrr kalau mengikut definisi pantang yang terttulis di atas ni, that means I langsung tak berpantang la kiranya kecuali tang pati ikan haruan, itu jer I telan hak lain langsung I tak buat huhuhu. tu la orang tua kata, tak berpantang la ni tka rasa lagi, esok2 bila dah berumur banyak... rasakan. eh tapi kalau ikutkan balik, I pantang selama menyusukan anak tau (nak sedapkan hati)
macam best jer scrub tu..
ReplyDeletelya dulu pernah beli y jenama apa ntah..y dlm bekas tu..cam sariayu camtu r.. tp msa pntang mmg xde scrub2.. hehe..x sihat kan.. just buat y penting..bengkung setiap masa la..esspecially time mkn..mmg wajib bengkung..bru perut cantik je kempis..lya xde ambik set apa2 pon time tu..sbb mkn ubt spital.. cuma sapu krim pati halia kat perut.. pastu jaga pemakanan.. makan nasi putih+lada hitan+ikan bakar kosong..
ReplyDeleteTertarik plak ngan tanamera ni. TUnggu next baby plak lah...erkkkk...hehehe...
ReplyDeletexonh pakai tanamera ni...tp tingin nak pakai nona roguy pulak lah kali ni hehehe
ReplyDelete