Skip to main content

Tetamu-tetamu Kecil

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku pernah buat 'open-house' sempena raya sekali je. Tahun 2011. Masa tu baru je kawen. Tergamak aku masak sendiri hidangan daging dendeng dengan..... err.. aku lupa la menunya. Tapi menu simple je la. Mula-mula aku jemput beberapa orang je kawan rapat, tapi hari yang sama, ada open house kat umah ofismate aku yg sorang lagi, so lepas mereka berkunjung ke open house ofismate aku tu, mereka datang umah aku. Kejung le masing-masing bila datang umah aku, takde ruang nak bergerak. Makan pun berdiri. Huhu.. Memang sadis kalau rumah kecik ni. [bukan tak bersyukur pasal 'rumah kecik' tu, cuma saje je nak bagitau]. Kesian kat tetamu-tetamu aku.

Sejak daripada kes makan berdiri tu, aku dah malu nak buat open house lagi dah. Sedangkan aku suka je orang datang umah aku, jamu tetamu makan dengan masakan aku yang setaraf masakan Chef Zam 'sos penciciah' tu. Kehkeh. Serik mak. Sebab tu tahun demi tahun selepas itu, aku terus mengamalkan dasar 'rumah tertutup' selepas raya. Mana ada tetamu datang beraya dah. 

Sabtu baru-baru ni, masa husband aku baru balik rumah daripada kerja tetibe aku dengar cucu-cucu Pak Berahim cakap nak datang beraya kat umah aku. Pak Berahim tu jiran sebelah rumah aku. Waktu tu dah kul 7 ptg. Aku mana la expect ada tetamu nak datang rumah. Bekas kuih raye pun takde tahu. Tak macam Mummydearie yg ada balang kuih raya 5 bijik tu. Kelassss kau mummydearie.

Dah tu, aku takkan la nak kata tak boleh plak bila tetamu nak datang walaupun mereka hanya tetamu kecil. Budak-budak lagi pun, bukan dia kesah pun time nak Maghrib ke nak Isyak. Maka di atas kekudusan anak-anak kecil nak beraya tu, aku jemput le masuk. Hidang le kuih raya dalam mangkuk seramic yg aku guna utk letak sos atau sup tu. Biskut raya pun hanya ada biskut makmur je. Yang lain semua kerepek. Aku ada beli biskut raya, tapi aku yang melantak sampai habis sepanjang bulan ramadhan dulu. Sebab, macam aku kata la... aku memang tak expecting ada orang nak datang umah aku.

Air pun tak tau nak hidang air apa. Minuman kordial ke, atau soda ke memang takde la. Yang ada pun cuma teh dengan kopi je. Ais pun takde.  Takkan nak idang teh o panas plak kat bebudak. Nak taknak, aku terpakse le suh Mat Azghul berlari kejap pergi Mydin Mart, beli air kotak Ribena. Bila budak-budak tu datang, aku estimate derang datang sekejap je untuk collect duit raya. Sekali lama plak derang lepak, sampai kul 8 mlm. Aku macam terharu plak sebab derang datang main-main dengan Luth, [walaupun anak aku tuh, bukannya nak main dengan orang. Macam keluar daripada gua mana ntah cara dia takut ke orang tu. Haihhh..].

Aku suka sangat orang datang rumah aku, kalau keluarga nak datang bermalam pun aku suka, cuma bila aku fikir yang mereka tak selesa terutamanya bila nak tidur malam, panas yang amat , kesian plak rase. [rumah den takdo ekon]. Lepas ni, sesape nak datang umah aku, silakan... aku terima dengan hati yang terbuka dan gembira, tapi hadap le sebarang kekurangan dan ketidakselesaan umah aku.

Comments

  1. Satu benda yg isteri saya ajar saya lepas saya kahwin dgn beliau, biar orang datang ziarah ke rumah kita..kita sediakan yg termampu kita, sebab kedatangan org itu membawa rezeki, membawa berkah pada rumah kita & kita sendiri, Insya Allah :)

    Utk rumah yg kecik, hatta yg besar sekalipun..kalau buat open house dan ramai dijangka datang, better sediakan khemah/ canopy kat luar..jadi tetamu lebih selesa..:)

    ReplyDelete
  2. samalah kak, rumah ema kecik juga.nak jemput ramai orang segan..kalau yang sudah buat open house rumah mak mertua jer...tahun ini tak ada plan pula nak buat..mak mertua hari ini baru sampai dari kelantan.

    ReplyDelete
  3. besar hati terima kunjungan tetamu..kerna tetamu itu membawa rezeki..

    ReplyDelete
  4. Ala.. Boleh je orang nak datang. Kadang2 orang pun boleh faham. dah rumah memang besar tu takkan nak suruh tuan rumah renovate time tu jugak ye tak. haha. Janji makanan cukup dah.

    ReplyDelete
  5. Bagi alamat rumah. Nak datang...hehehe...

    Tak kisah lah nak hidang apa, yg penting ikhlas. Tetamu tu kan pembawa rezeki ☺

    ReplyDelete
  6. Kadang2 kita ni (termasuk saya juga tentunya) terlalu berpikir tentang perasaan orang, mungkin kerana kita ni jenis terlalu prihatin dan mengambil berat dengan keselesaan orang, pada hal orang tak kisah sangat pun dengan hal-hal itu bila bertandang ke rumah kita... Apa pun apa yang penting layanlah tetamu dengan ikhlas sekadar termampu sebaik mungkin....

    ReplyDelete
  7. sebnarnya tetamu datang untuk ziarah bertanya khabar. bila mereka datang mereka terima kita seadanya kita..dan kita pun menerima kedatangan mereka semampunya kita..

    ReplyDelete
  8. Kat rumah saya dah berapa tahun tak buat open house. hehe

    ReplyDelete
  9. Org yg x kenal datang, aku x pandai sembang...hahaha

    ReplyDelete
  10. rumh aku pun sempit..tp aku suka jemput jiran2 dtg mkn..
    mereka x kisahlah..duduk je bersila..sb meja mkn aku muat 4 org je..
    kalau kita jenis suka ajak org mkn2, insyallh murah rezeki..

    ReplyDelete
  11. lebih kurang samalah kita, saya suka orang datang rumah tapi keadaan rumah macam tak layak je..
    lagipun rumah yang menerima tetamu tu mendapat keberkatan dari Allah.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  12. Amboi, sempat lagi tu memgumpat terang bulan! Lenkali ngumpatlah belakang pintu, agak-agaklahkan... Eh, kita dah mohon bermaaf-maafan ke belum ni, Lyd? Sampai lupa hah... Kalau belum nak gak cakap Selamat Aidil Fitri dan maaf zahir je (cam tak ikhlas bunyinya sama laju dengan bunyi keyboard kena tekan...)

    Alahai, tetamu datang rumah bawa rezeki... takpalah. Baik sungguh hatimu ni Lyd, walaupun cam gitu masih welcome-welcome tetamu ajak datang rumah. Bukan kita nak menetap terus tak bayar sewa kat rumah awak tu, so okeylah setakat panas sikit-sikit. Eh, boleh datang terjah ke ni? Alamat kat mana? I tak kisah dapat makan serdak kuih raya dalam mangkuk seramik ke, kena minum teh panas sampai meletup bibir mungil I ni ke...yang penting duit raya bagi lah lebih kat anak-anak I yek... Hahaha....

    ReplyDelete
  13. Aisyah suka pergi open house,, biar pun hanya hidang air jer.. nk bertanya kabar dan berkenalan..

    ReplyDelete
  14. I...errrr...kurang gemar menerima tetamu, to be honest sbeab I sangat rasa kekok takut dorang tak selesa and tak cukup makan minum dorang, unless.... orang tu tak kisah boleh buat umah I macam umah sendiri, which is...make sure kemas. muahahahaha.

    ReplyDelete
  15. Xpe kecik pom lyd.. asalkan kt selesa disitu. Blh j nk wak mkn.. cuma pgil kwn2 ikut turn n sikit2
    Tp tu la.. mampu ke nk lyn mcm tu kan
    . Or atut kerusi kt luar rmh ke.. lya pom xde ekon.. guna kipas kaki tu je.. hehe

    ReplyDelete
  16. rumah hancur. mmg tak blh jmpt org thn ni. mcm tongkang terlebih pecah. last year kemas2 jgk sblm blk kg tp thn ni mmg tak ada. mmg mls nak terima tetamu. lps ni ok je. nak buat mkn secara kecil-kecilan sbb jiran ni merajuk reject kdtgn dia ke rumah. haha...

    ReplyDelete
  17. kita suka menerima tetamu...duduk dengan mak lagi syok jelah ajak orang datang. Hihi. Esok2 duduk sendiri mesti dalam.dilema yg sama..baru nak menapak kan...huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...