Sejahteralah ke atas kamu...
Satu hari, sorang ofismate aku yang bernama Asan*bukan nama sebenar* tegur aku, dia kata aku pakai baju nampak macam makcik. Aku tak ambik port sangat sebab aku macam dah disuntik dengan vaksin penyakit 'jiwa lemah kena kutuk macam makcik-makcik atau kena kutuk gemuk'. Tapi aku whatsApp suami aku, mengadu. Hahahaha... Lepas tu, laki aku reply, dia kata bak sini nombor si Asan tu biar dia marah skit budak Asan tu. Aku reply dengan ketawa golek-golek je la. Kita pun kenal la pasangan kita. Antara gurau dengan serius.
Sambil berbalas2 watsep dengan Mat Azghul, aku bagitau Asan, "Hei, Asan, laki aku mintak nombor tepon ko".
Pastu Asan dengan muka berubah berkata, [mungkin sebab malu dengan laki aku] "itu pun ko cerita kat laki ko?". Asan ni untuk makluman, masih bujang dan insyaAllah akan menamatkan zaman bujangnya tahun depan.
Aku nak tanya korang, korang yang ada pasangan la... korang cerita semua tak aktiviti korang dengan pasangan. Ataupun bagi yang single, korang rasa korang suka tak nak cerita semua kepada pasangan bila korang dah ada pasangan nanti?
Dulu aku pernah single. Aku rasa macam aku memang jenis suka nak cerita semua benda pada pasangan bila aku berkahwin nanti. Ternyata suami aku juga jenis macam tu. Padahal setiap hari pun tanya benda yang sama, "makan apa?", "dah sampai ofis ke belum", "dah sarapan ke", "dah lunch ke" dan benda2 remeh yang lain seperti, "ari ni saye naik tangga nak pegi ke tingkat 8 parking". Dan sebagai contoh topik yang aku cerita "tadi Asan cerita pasal dia nak beli kereta baru". Semmmmua ok? Semua. Kalau ada yang tak dicerita tu pun sebab lupa.
Then bermula la episod mati kutu si Asan bila semua orang di sekeliling meja aku membantu memberikan jawapan dan semuanya memihak kepada aku. Bukan
pasal aku pakai macam makcik-makcik tu. Tapi pasal semua benda nak cerita kat pasangan. Rupa-rupanya bukan aku sorang je yang suka bercerita semua benda kepada suami aku. JekJan, Ida malahan Izwan pun.
Pastu si Asan ni mula la kata, dia rasa dia bukan macam tu. Sebab tu dia rasa aneh bila gf dia cerita pasal ofis gf dia, sampai Asan rasa dalam hati, "apsal le ko nak cerita benda tak penting ni". Berbeza pulak dengan izwan. Oleh sebab izwan dah kawen, maka pendapat dia, kalau gf mungkin takpe tak cerita semua, tapi bila dah kawen, kita cerita semua benda tu bukan pasal kita gedik nak mengadu atau nak mengumpat. Cuma saje nak dijadikan topik perbualan. Habis tu kalau tak cerita pasal aktiviti harian, atau pasal berita terkini hiburan sensasi yang berlaku di sekeliling kita pada pasangan, mati kutu la jadinya. Nak cerita apa lagi kan? Takkan nak diam je ko tengok muka aku, aku tengok muka ko. Dannnn... izwan pun dah bocorkan rahsia kat Asan yang kisah pasal Asan nak beli kereta baru pun dia citer gak kat wife dia. Hahah.. Boleh? Dan rupa-rupanya, Jekjan pun cerita kat suami dia pasal Asan nak beli keta dan Ida pun cerita.
Apa yang menyebabkan Asan confuse pasal habit bercerita semua benda kepada pasangan ni sebab dia kata, satu hari tu dia pegi kenduri sorang lagi ofismate yang lain. Masa bersembang-sembang, tetiba suami kepada salah seorang ofismate kami tanya dia, "jadi ke nak amik keta tu". Terus Asan rasa pelik. Rasanya dia macam baru first time jumpa suami ofismate ni. Cemana dia boleh tau plak pasal dia nak beli keta. Hahahah... Sian Asan. Takpe. Nanti dia dah kawen, sedikit sebanyak dia kena jugak lalui perkara tu semua. Kalau dia tak cerita semua pun, mungkin wife dia yang akan cerita je macam2 kat dia.
Tapi aku yakin, tak semua orang macam aku dan ofismates aku ni. Aku tak kata plak wajib cerita semua benda pada pasangan. Terpulang kepada cara masing-masing la kan. Yang mana kita selesa, kita praktikkan la dalam rumahtangga kita. Betui tak?
Hehehe...kami pun jenis citer sume, kecuali lupa/penat. So, jangan pelik kalau suami saya kenal nama Lyd & geng blogger lain. Saya pun tau citer geng opis dia. So, kita tau kehidupan pasangan kita.
ReplyDeleteHari2 pun kerap sms..dah naik tren, sms. Dah sampai opis, sms. Pastu sibuk tanya saya dah bfast..dah lunch..tido ke.. :D
Sama la ujie. Suami saya plak baca blog saya. So sesape yang komen tu dia agak familiar la. Kalau saya nak kongsi pasal blog contents orang yg selalu komen, dia biasanya akan kenal la... mcm saya ckp, "ari ni saye baca kat blog ujie dia cite pasal...bla..bla..". Heheh..
ReplyDeletebiasanya hubby yang suka bercerita, akak lak tengok keadaan, jika tak melibatkan sensitiviti, ok jer tapi jika perlu simpan kerahsiaan, insya allah akan pegang amanah itu sampai bila2. Jgn le sesapa dok tnya bertubi2, pastinya tak dpt punya..
ReplyDeleteBetullah lyd..suami isteri mmg tiada rahsia..wpun dok umah takder byk gosip luar..sll jgk citer psl rkn2 bloggers.berITA2 yg bc kat tenet..dia pun sama gak.sll citer psl hal2 kat tpt keje...hehe
ReplyDeletebetul-betul.. biasalah tu cerita apa yang berlaku kat pasangan.. kalau tak, nak borak ape lagi.. husband saya pun baca blog yang saya follow.. boleh kata dia tau lah apa yang saya tau.. hehe..
ReplyDeleteLyd...rin pun citer semua bnda jgk tp mesti psl perempuanla mostly..klu citer psl org laki tu org laki ni..kompem hubs rin bt muka xsuka sbb dia seorang yg sgt cemburu..haru x..so mmg xd la cerita psl org lelaki lain kt dia
ReplyDeletemula-mulakan masa belum kawen memang lokman tak suke aku cerita semua benda...
ReplyDeletetp sejak 5 bulan macam dah berubah, die pulak nak tau semua benda yang jadi kat aku...
aku memang akan cerita semua benda kot kat laki aku.
one of bullet untuk suami senang buat keputusan atas kite.
yelah, pemimpin rumah tangga kan?
ha'ah..samalah, sayapun suka bercerita kat hubby hingga semua kenalan saya, hubby kenal. Tiada rahsia. Yang berat ker yang remeh ke kami kongsi bersama...
ReplyDeletesamalah kak lyd, ema balik dr kerja...apa yg buat hari ni akan bgtahu suami...
ReplyDeleteharus la cerita, kalau dia tak nak dengar pun citer jugak, dah kata soulmate kan...
ReplyDeletepasangan2 yang kurang komunikasi ni la yg buat hubungan tu jadi dull ok, kang bila dah tua sikit mula berubah hati kang bercerai berai...
kena cerita, walau kadang sang suami takde pun citer semua kat isteri standard lelaki la kan..tp yg diam seribu bahasa tu lagi bahaya
ASan...asan. Tunggu lah ko dah kawin nanti...hehehe
ReplyDeleteSaya pon mcm tu LYd. Mesti nak citer ngan somi.
Aku kat rumah malas nak bercakap...
ReplyDeletemungkin sebab di ofis dah jenuh bertekak
mungkin sebab topic yang kurang kena
mungkin sebab berahsia... err..?
Aku pun share. Kena ngorat pun, share jugak! Hahahahah! Poyo tak? Laki kite jelah bff yg kite ade. Cite suka org cite duka, kat dia jelah....
ReplyDeletesama.. saya pun jenis cerita semua kt suami..tp kan.. klu benda yg boleh buat suami gaduh dgn org lain..contoh ada org bagitau yg ada sedara mara suami duk jaja buruk suami kita kt orang.. ha tu mmg fikir byk kali nk cerita ke tanak.. sbb kang gaduh plak..tp klu tak cerita mula rasa tak senang duduk je.. alahai..
ReplyDeleteSaya pun selagi sempat dan ingat memang nak cite semua kat suami. Hehe. Cerita2 pasal kawan ofis pun sekali la.
ReplyDeleteSuami kan bestfriend kita jugak, so pada dia la tempat kita berkongsi cerita. Hehe
cerita...kadang tu pakwe koi yg suka mnyakat ni siap rakam diam2 aksi koi tgh bercerita ni...pastu gelakkan
ReplyDeletemama kalau bercerita..dgn kaki,,tangan..kepala..semua amik part.
henpon bos masuk toilet bowl pun cerita
kat pantry ada cicak besar pun cerita
fiza pun sama macam akak..semmmmuuua cerita..kalau tak cerita tu terlupe..hihi..seronok apa at least ade topik nak dibualkan mengeratkan hubungan gitu..semua pun share bersama kan :)
ReplyDeletesama la. suke citer jugak. ayat utk nyembang. hikhik
ReplyDeletemmg pn. dah smp tmpt keje wajib la bgtau. kalo jdk apa2 sng kita tau. mmg sekecik2 bnd cite. kecuali time mrh2 syg. msg2 bercerita thru anak2. blh gitu? naknya psgn tahu apa cerita ari ni tp mls nak ckp dpn2. mrh la katakan. cittt...
ReplyDeleteBila dah kawen of kos la akan bercerita segalanya dengan suami kan :)
ReplyDeleteSekurang2nya suami kita tahu aktiviti kita dan elakkan dari cemburu..
Dah kawin lain kot kaedah dia. haha. Biasa la single ni nak bebas. Takkan semua benda nak ceritakan.
ReplyDeleteaku ngan wife aku pun slalu share jugak hal2 mcm tuh. cuma kalo mmbr aku ada sruh aku rahsiakan, aku x citer la kat wife aku.
ReplyDelete