Skip to main content

Betul-betul Patut Bersyukur Malaysia Masih Aman

Sejahteralah ke atas kamu...


Pagi tadi aku bermimpi, rumah flat yang aku duduki sekarang telah dibedil bertubi-tubi dengan peluru missile dan mortar oleh tentera Zioneese. Terjaga daripada tidur, aku rasa takut dan terganggu fikiran. 

Sebelum itu pada hari yang berlainan, aku pernah bermimpi ofis aku telah ditembak oleh peluru berpandu daripada jet pejuang Korea Utara. Waktu itu, aku terjaga dan turut merasa takut.[dalam mimpi tu aku selamat]


Memang orang kata mimpi tu mainan tidur. Tapi bagi aku bergantung juga pada waktu mimpi tu. Kalau mimpi yang membuatkan aku bangun lambat untuk solat subuh tu aku memang positif 100% itu adalah mimpi yang direncanakan oleh syaitonirojim. Mana tidaknya, waktu tu kalau mimpi memang mimpi meleret-leret, yang kebiasaannya berkisar tentang perkara-perkara yang aku suka, seperti makan makanan yang sedap-sedap, mimpi menjahit, mimpi bangun dan solat, mimpi menunggu yang akan ambil masa dan semuanya jenis-jenis yang melalaikan. 

Manakala kalau mimpi aku pada pertengahan malam seperti jam 2-5 pagi, aku selalu take serious pasal mimpi tu. Sebab mimpi pada waktu pertengahan malam tu biasanya lain macam sikit dan selalunya memberi gambaran yang 'really something', sama ada sedih atau serius. Kan berbeza dengan mimpi lambat bangun subuh tu yang biasanya jenis mengarut yang ala-ala lawak pon ada.

Pasal mimpi kena serang dengan missile dan peluru berpandu tu.... aku sebenarnya betul-betul rasa takut dan berdebar-debar. Sekarang, memang Malaysia masih aman. Walaupun harga minyak, harga barang dah naik mencanak-canak sekarang ni, walaupun aku sendiri pun seksa nak struggle untuk terus hidup di bandar besar ni, tapi jauh disudut hati aku, aku memang sangat bersyukur sebab setakat ni Malaysia betul-betul masih aman. Ini bukan sarcastic tau. 

Betul la, walaupun orang kata, keamanan ni tak bermakna kalau jenayah makin berleluasa dan keselamatan rakyat Malaysia pun makin terancam sebab makin ramai orang jahat, tapi jangan nafikan yang kita sebenarnya masih lagi bertuah sebab kita masih lagi aman, at least sampai setakat ni.Walaupun n sekarang aku tengok bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan twister yang sepatutnya tak kena kat Malaysia tapi dah ada tempias-tempias juga, tapi still.... Malaysia kita ni masih lagi bertuah tak kena bencana yang teruk-teruk.

Jangan la kata aku macai plak bila aku cakap macam ni. Aku ni sebenarnya tak mengundi pun. Dan aku pun tak sokong orang-orang yang menyalahgunakan harta rakyat demi memenuhi tembolok masing-masing. Tapi bab Malaysia masih aman tu, bagi aku itu adalah nikmat yang masih Allah belum tarik balik daripada kita. Kalau berani, cuba bayangkan Malaysia sekarang ni tengah dalam keadaan perang. Ada peluang lagi ke kita ni nak bersantai tulis blog, baca blog dan berkasih sayang bawak anak pergi tengok kuda kat Putrajaya atau shopping kat MidValley? Masih ada lagi ke peluang untuk kita pilih sendiri menu makanan yang kita nak makan macam sekarang ni? Sekarang semiskin-miskin kita pun, kita masih mampu memasak sendiri makanan untuk keluarga kita walaupun hanya lauk yang ala kadar. Kita masih boleh mandi lama-lama[untuk penduduk selangor lagi la syok mandi lama sebab air free], sebab bekalan air cukup walaupun selalunya kena catu. Kita pun masih boleh tengok drama kat TV, tidur dengan selesa walaupun mungkin kurang lena sebab fikir pasal masalah kewangan yang makin menghimpit. 

Tapi.... Kalau kita diserang oleh negara luar yang tamak? Kalau mereka bukan setakat berperang dengan askar, tetapi serang rumah-rumah kita dan tempat kerja kita? Ke mana kita nak berteduh lagi?

Nauzubillah mohon Allah lindungi kita daripada kesengsaraan perang. Perang ni bukan perkara main-main ye. Takkan ada peluang lagi untuk dapat hidup kita sendiri macam sekarang. 

Mungkin ada yang rasa, Malaysia ni takde kepentingan apa-apa pun. Takde faedah pun untuk serang. Errmmm... kalau bukan kerana hasil bumi yang belum dijumpai, mungkin kerana tanah Malaysia tu sendiri yang bernilai. Kita tak rasa Malaysia ni bernilai sebab kita duduk di sini sebab tu kita tak hargai. Tapi percayalah... Malaysia ni adalah permata dunia ni. Sangat special di mata orang-orang tertentu. 

Buat masa sekarang, selagi masih aman ni, kita berdoalah agar Malaysia terus dilindungi Allah. Berdoalah agar yang haq itu akan mengatasi yang bathil dan segala seleweng dan sumbangleweng. Berdoalah kita agar yang jahat tu akan jatuh satu hari nanti. 

Post ini bukan pasal politik, tapi patriotik chauvinism. Jangan ada yang salah faham. Tapi takpe, biasa entry yang panjang dan serius macam ni, orang tak suka baca. Sebelum aku chiow, ingin aku tanya... cemana abang Azwan Ali jadi MB. Okay ke tak? Aku suka Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan memang aku kecewa dia kena letak jawatan. Haihh.. Payoh kalau ramai sangat yang GiPang dalam dunia nih.


Comments

  1. Beb, dalam2 smgt aku baca entri ko...tiba2 smpi bab tak mengundi tu. Aduh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, fara, jangan la 'aduh' dgn aku. huhu.. Memang nak mengundi, tapi ada kekangan masa tu, takleh balik kampung. Ngee. Bukan sengaja2 taknak mengundi.

      Delete
  2. Uihh bila baca mimpi Lyd, risau gak bab2 bedil tak bedil ni..
    Kita tak tahu makna tersirat di sebalik mimpi..

    Bab mengundi Myra baru 1st time masa PRU baru2 ni..hehee

    ReplyDelete
  3. hahaha..orang tau la ngko citer pasal keamanan lyd..takut noh orang cakap macai..kehkehkeh..

    orang palestin dulu pon cam kita gak.penah tengok gaza 100 tahun lepas, kalau tak sebab perang, diorang dah maju lagi dari malaysia ni rasanya...elok je duk aman damai je,tetiba kene ceroboh..tanah kena rampas, kene halau, keluarga kena bunuh...rumah kena bom, border kene pagar..tu la keadaan yang takda kat kita sekarang walaupon tok nenek kita dulu penah gak merasa perang..tapi tak mustahil boleh jadi lagi kan..semoga Allah sentiasa limpahkan rahmat dan keamanan untuk bumi malaysia ni..

    ReplyDelete
  4. Next PRU, make sure mengundi tau :P
    Daftar dulu kalau belum daftar..

    Mimpi bangun dan solat pun pernah eh? :)

    ReplyDelete
  5. Gipang tu apa maksudnya? Tak fahamlah Lyd kesusateraan moden cam ni. I tak pernah miss mengundi. I undi apa, biarlah rahsia - dah katanya 'undi anda adalah rahsia'. I bab-bab politik ni memang tak ambil pot. Tapi I tetap sayangkan Malaysia tanahairku tercinta. I selalu gak bayangkan bab-bab kalau negara kita dilanda perang macam zaman makpak, atuknenek kita dulu yang hidup di bawah penjajah. Oh, tak sanggup rasanya! Tiba-tiba terbayangkan muka comel anak-anak. Kasihan kat mereka. Kita ni dah tua (consider tualah ya) kena tembak mati pun redha ajelah (walaupun takutnya nak membayangkan...)

    Bab bencana alam pulak. I pun selalu je terbayang kalau jadi tsunami ke apa, camna nak selamatkan anak-anak. Again, anak-anak je my main concern sebab I rasa hidup mereka masih jauh lagi perjalanan. Bukankah indah kalau Malaysia ni kekal aman damai? Untuk anak-anak kita juga ^_^

    ReplyDelete
  6. betul..kita memang patut bersyukur...

    ReplyDelete
  7. heheh samo la den pun tak mengundi... sebab tak der yang menarik untuk diundi. eh walau I jauh, i selalu doa malaysia aman dan selamat, malaysia tetap bumi ku.

    ReplyDelete
  8. seriau pula baca kak LYd punya mimpi ni...minta dijauhkan..Malaysia aman tak ada peperangan tapi tidak aman dalam pemikiran...

    ReplyDelete
  9. bukan sbb politik tp mmg kita masih beruntung malaysia masih aman..betul kata lyd,ni kesenangan yg Allah belum tarik dr rakyat Malaysia..Tak bley bayang masa depan klu malaysia ni porak peranda.entah apa nasib anak cucu cicit kita

    ReplyDelete
  10. Doakan yg terbaik utk malaysia....
    Aminnn

    ReplyDelete
  11. Scarynya mimpi tu lyd. Tapi alhamdulillah...kita duduk dalam negara yg aman damai.

    ReplyDelete
  12. yg lbh membimbangkan lagi adalah m'sia ni mudah sgt org luar nak bermigrasi . bayangkan klu mereka tu dtg sini sbb ada agenda tertentu / tugas khas ... scary kan!

    ReplyDelete
  13. suka baca entry ni, padat! dah saya baca sampai habis ye
    tak skip satu perkataan pun =)
    betullah sangat tu yang kita ni sangat beruntung despite dari
    segala kekurangan yang kita rasakan menekan
    next time punya voting, mengundi ye =)

    ReplyDelete
  14. bersyukur negara kita masih aman. dan harap2 akan kekal sampai bila2.

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah lyd kerana negara kita tidak mengalami huru hara spt syria atau iraq mahupun palestin..cuma mslh sosial jer byk tk terkawal kat negra kita tuh..*()*

    ReplyDelete
  16. macam mana lah sy boleh tr miss entry ni yer... huhuhu lepas baca nih barulah trfikir sal mimpi 2 betui jgk ckp sis...huhhuhuhu

    p/s: sy pn suka tan sri khalid 2 dr MB baru... huhuhu

    ReplyDelete
  17. ingin terus mengecapi keamanan & kedamaian di bumi malaysia ni lyd !

    ReplyDelete
  18. Brl msh aman drpd satu2 sudut walaupun nk kata aman sgt tu x la sbbnya skg ni org blh kena tembak dan mati katak mcm tu. Bdk2 mmg x blh nk lepas bebas mcm dlu walaupn bdk2 remaja bkn main lg bebasnya. Hmmm...

    ReplyDelete
  19. saya pon suka tan sri khalid lagi...
    biasalah mainan politik tu...

    Alhamdulillah malaysia masih lagi aman.. bersyukur sgt2

    ReplyDelete
  20. Malaysia maseh aman dlm fikiran kita aje tp sbenarnya dh x aman pun.. lg 10tahun Malaysia akn berada diambang perang dunia ke 3.. klu xcaya jom kita sama2 tunggu.. bab mimpi sis tu, dri dulu lg dh ramai org mimpi malaysia perang dgn amerika, perang dgn singapore, dll.. rasanya cerita psl mimpi sis ni kali yg ke berapa puluh sy dgar pun xtaw la.. kebetulan? mainan tidur? rasanya xkot..klu dh ramai cerita lagu tu gak kebetulan apanya kn.. maka jika syg family, bawalah 1family pegi daftar belajo silat ke, tapediri ke, InshaAllah ada guna nya tika darurat benar2 berlaku nnti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...