Skip to main content

Isteri Rajin Post Update Di Facebook: Apa Suami Rasa?

Sejahteralah ke atas kamu....

Soalan aku pada tajuk tu, sila baca sekali lagi dan hadam.

Aku belum pernah buat survey tentang ni dan mungkin takkan buat kot. Sebab malas. Cuma aku nak cerita je la pengalaman aku.

Aku ada 2 orang kawan yang termasuk dalam friendlist aku di FB. Mereka ialah suami dan isteri. Yang si isteri ni memang sangat rajin up cerita pasal hidup mereka anak-beranak. Ke mana mereka pergi, apa yang mereka beli, apa yang mereka makan, ke mana mereka bercuti dan apa jua keberuntungan mahupun musibah yang terjadi dalam hidup mereka anak-beranak. Aku ni sebenarnya, kalo orang post, aku baca je selagi keluar kat newsfeed aku. Dan aku suka je baca hal rumah tangga orang ni, saje nak buat-buat kaypoh.

Itu bab isteri. Yang suami dia pulak, jenis relax je. Akaun FB tu ada tapi pasif. Aku rasa kebanyakan lelaki macam tu kot. Update sekali sekala. Share apa-apa yang menarik daripada berita luar, bukan pasal diri dia dan keluarga. 

Ada sekali tu, ada la musibah yang melanda mereka sekeluarga. Si isteri post cerita tu di FB dengan nada sedih segala. Aku yang membaca pun turut le bersedih ni. Yelah.. Kata kawan kan? Kebetulan, esoknya, aku terserempak dengan si suami. Lalu aku pun ringan je mulut gi tanya, "macamana keadaan musibah tu? Aku baca status wife ko semalam kat FB". Pastu si suami tu terus berubah airmukanya. Dengan nada macam bengang gile, aku dengar dia merungut sendiri, "Semua benda nak cerita"[merujuk kepada isteri di yang post pasal hal tu]. Tapi suami dia tu jawab juga la soalan aku. Cuma dia tak bercerita banyak la. Mungkin tak selesa kot untuk ceritakan. Maklumlah, kami bukan la begitu rapat. Mesti la tak selesa nak cerita masalah. 

So, itu contoh seorang suami yang muka bengang bila isteri suka cerita hal rumahtangga kat FB.

Ni kisah aku pulak. Antara aku dan suami, kawan-kawan kami kebanyakannya adalah orang yang sama. Yang mana kawan dia adalah kawan aku juga. Selalunya kami akan membaca update cerita yang sama daripada orang yang sama di FB masing-masing. Dan kami sama-sama rasa rimas dengan status update orang tersebut. Suami aku cakap macam ni, "Selamat la syg[aku] bukan jenis perempuan yang suka update status kat FB.". Gituuuuu... Mendalam bagi aku kata-kata dia tu. Aku tak tanya la kenapa. Tapi aku faham-faham sendiri je la maksud dia tu.

Suami ni... Maksud aku, orang lelaki. Ada banyak benda yang dia tak tegur pun kesalahan isteri dia walaupun perkara tu dia tak suka. Atau mungkin dia pernah tegur tapi isteri dia tak endah. Pertama mungkin sebab dia nak jaga hati. Kedua sebab malas nak gaduh. Ketiga sebab tak kuasa nak layan merajuk. Tapi, ada juga aku tengok yg si suami pulak rajin update status, tapi si isteri pulak jenis relax je.

FB ni lain daripada blog. Blog memang la kita selalu cerita pasal diri sendiri, tapi blog ni orang lain ada pilihan untuk baca atau pun tidak. Tapi kalau FB, memang kita terpaksa hadap cerita orang tu walaupun merecik otak kita membaca status taknak kalah dan mintak puji dia tu. Takkan la nak unfriend pulak kan. Dan takmo la sampai turn off notification daripada dia ataupun hide dia. 

Rajin post ni maksud aku ialah jenis yang tiap2 hari update status. Dan yang paling hebat, setiap hari 4,5 kali update kisah bersiri hidup dia. Kalo jenis yang update sekali sekala tu tak perlu nak terasa hokey.

Jadi, aku nak tanya korang, ko rase cemana?


Comments

  1. Salam. Hee itu isteri yang minta lebih perhatian rasanya., Huuhuu2

    ReplyDelete
  2. pada saya klu smp suami dia tarik muka tu maknanya memang dia tak suka la..setakat cerita Gembira tu nak share oklah jugak.ni musibah semua hal luar dalam Kain pun nak cerita apa hal..huhu..

    ReplyDelete
  3. saya pun ada ramai kawan gitu. gaduh dengan suami or isteri pun cite
    tapi mostly orang pompuanlah gitu
    walau saya ni selalu juga login fb tu, tapi bab up status keluarga, mmg tak
    sebab sama kes cam lyd, kawan suami, kwn saya
    saya kena jaga juga maruah keluarga saya,
    even gambo anak pun tak letak dah kat FB
    pada saya yang rajin dok up status kat fb ni, elok buka akaun blogger aje

    orang camni probably jenis attention seeker atau tak ada kerja,
    atau wifi senang access atau semua di atas =)
    tak akanlah sebab tak dapat makan karipap pun cite dak, nyampah aku jadinya =)
    udahnya hide aje notification dari dia, bimbang buat dosa

    ReplyDelete
  4. yan kalau nak tulis apa2 kat fb atau blog ..yan akan cerita dengan suami dulu..mana yang ok yan post..mana yang tak yan tak post :-))

    ReplyDelete
  5. aku adalah org yg pasif dgn FB
    pyh narr nk tgk aku update ....
    buka fb pun kadang2 je ..kami laki bini pasif dan rasa org yg rajin update fb tu tah ape2 .... cam biras2 dan ipar duai yg kaki update slalu kena kutukan mesra dr MIL aku kah kah kah

    ReplyDelete
  6. suka baca tp nak jarang uodate pun tak juga..ikut keadaan.
    Isteri la la jarang update..

    ReplyDelete
  7. jarang hapdet tapi kalau ada selalunya gambor anak2 jer.. segan.. dan takut salah ayat..

    ReplyDelete
  8. suami acik memang selalu juga tengok fb..tapi tak pernah post apa2..sesekali je..selama ada fb rasanya ada 2kali je..sebab kawan2 yang sama..aik pun tak berani nak post apa2 takut suami tak tak suka..kalau post pun pasal makan2 dan anak je..

    ReplyDelete
  9. Saya hari hari update status kat FB..hahahha..Terutamanya hari Isnin.
    Tapi benda yg saya update, bukan pasal kisah rumahtangga kami.
    Saya jadikan paltform FB tu, sebagai medium utk kita cari pahala, Insya Allah ( begitu juga blog).
    KOngsi ilmu yg ada, luahkan masalah umum/ rakyat, moga rakan2 FB boleh beri input/buah fikiran demi kebaikan bersama. Elakkan provokasi, elakkan fitnah, elakkan rumours.
    Eh, saya nak jadi kawan FB awak lah...hahaha

    ReplyDelete
  10. Hahahahahahahahaha..

    Banyak sebenarnya yg aku nak taip..

    Tapi, tu la..entry ni mmg self explanatory..

    ReplyDelete
  11. I pun ada akaun FB tapi pasif. I memang tak suka nak bercerita sangat di FB sebab kelompok kawan-kawan yang ada bukan semuanya rapat dengan kita atau kenal benar dengan kita. I pun malas nak update FB duplohlapankali sehari. Setakat dapat makan kat Mena'te pun nak update, itu rasa macam alahai... Kalau kat blog lainlah. Dah kata personal blog, so orang pun tau apa nak expect. Itu pun I cuba sedaya upaya tak mahu buka cerita suami isteri atau apa sekalipun yang membabitkan maruah keluarga. Setakat hal-hal biasa, kisah anak-anak okeylah. Nak orang baca, tak nak tak payah baca. Bukan perkara wajib pun. Orang-orang yang suka update 24-7 kat FB dan mengadu macam-macam hal tu memang tersangat memerlukan perhatian dan kurang kasih sayang rasanya.

    ReplyDelete
  12. aku ngan wife aku dua2 pun jenis jarang update facebook.

    ReplyDelete
  13. hihi... husband eija pun tak suka kalu semua benda nak update kat FB.. tapi kita faham2 sendiri la kan hihi update bila perlu jer..

    ReplyDelete
  14. ada fb dua dua laki bini.tp dua dua jenis pasif
    suka bca je.
    dh lama kot tak buka fb
    layan blog je
    ig usha barang.kikiki

    ReplyDelete
  15. Aku jarang update status kat FB. Selalu update gambar dari IG terus share kat FB. Haaaa...sila lah accept friend request IG tu yerp...hahaha...

    Tapi ada gak kawan macam ni. Sket² up status. Marah kat orang tu orang ni pon up kat status. Aku tumpang baca jer lah.

    ReplyDelete
  16. sbb itu saya pasif fb . saya boring bila kengkawan dok up citer pasal anak , makan , bercuti . bagi saya semua itu lebih kpd riak dan langsung x bermanfaat pun utk org lain . sekadar perkongsian keseronokan ... berbeza dgn blog ibarat kita menulis diari kehidupan . dan org yg membaca blog selalunya respect tulisan kita berbanding fb yg lbh suka condem dan cari gaduh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..sy pon update bile nk share info agar x hilang dr wall. sng nk refer. mungkin betul kot org selalu update fb kurang ksih syg dn prlu kan perhatian...

      Delete
  17. Ader tu nak berasmara dgn suami pun dia share. Status ibarat dia isteri yg gersang. Malunya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...