Skip to main content

Lima Bulan Dan 3 Minggu

Sejahteralah ke atas kamu...

Kembali kita ke entry yang disukai ramai iaitu kisah perkembangan kehamilan saya. [Kena positif walaupun hakikat sebenarnya berlawanan dengan ayat pertama ni. Ngeee.].

Tendangan Padu
Sejak masuk bulan ke 5, saya dah mula rasa movement dalam perut saya. Kebanyakan kalinya, saya akan mengekek-ngekek ketawa bila rasa anak saya bergerak. Tak tau nak explain cemana perasaannya bila rasa ada pergerakan dalam perut. Pastu kadang2 nampak ada gelombang dalam perut. Kelakar tau. Rasa tak sangka pun ada. Biasanya dia bergerak kalau saya baring terlentang atau tukar posisi baring. Baikkan dia. Punya la supportive dengan setiap pergerakan mama dia. So, dia yang cuba sesuaikan diri dia dgn mama. Mulia la hati anak mama ni. 


Pundi
Bila kandungan dah makin besar, memang normal kandungan tu akan menekan pundi kencing. So, sekarang saya memang akan kerap buang air kecil. Kalau dulu saya kerap berulang-alik ke toilet untuk bluwek, sekarang kerap buang air kecil plak. Apa-apapun berulang alik kerana nak kencing jauh lebih saya rela daripada muntah. So, kerap pun takde hal punya.


Perut
Satu lagi kesan biasa kalau kandungan dan makin besar ialah perut akan terhimpit. Jadi saya dah mula takleh makan banyak. Nampaknya, seperti sebulan je saya betul-betul boleh makan banyak ari tu. Morning sickness sampai 4 bulan. Pastu okay kejap. Now dan nak masuk 6 bulan, gastrik dan loya datang balik. Tapi tak seteruk yang masa awal-awal tu. Syukur alhamdulillah. Jangan nak merungut sangat ye. Okay..okay.. baiklah.. saya tak merungut. Saya bersyukur. Perut saya tak berapa membesar sangat. Orang yang tengok selalunya akan kata tak nampak pun perut. Tapi kat rumah, saya selalu kena gelak dengan suami saya bila dia tengok perut saya bulat. Chess. Sampai hati dia.

 
Nafsu Serakah.
Amboi.. tajuk. Hehehe. Masa awal-awal dulu, bau suami pun takleh. Sekarang alhamdulillah nafsu dah kembali normal, dah boleh tergedik-gedik dengan suami seperti selalu. Takpe, saya tau dia mesti suka.


Work-Out.
Saya tengok satu video exercise untuk wanita pregnant di YouTube. [saya tak boikot YouTube. Boo diri sendiri!]. Saya agak terperanjat bila tengok pompuan yang peknen 8 bulan boleh menari Zumba dengan penuh 'naik syehhh'. Cergas giler dia. Tetiba rasa tercabar sebab saya ni baru je 5 bulan, tapi lembabnya mengalahkan singa laut. Jadi, saya mengambik keputusan, untuk mula ber'exercise' dengan lebih gigih lagi mulai sekarang. Minggu lepas saya mulakan dengan berjalan 3 pusingan sekeliling taman dengan suami. Tapi takleh buat mendadak sangat la kan. Kena mula sikit demi sikit la kan? Kan? [Alasan orang 'rajin'].

Itu je la.. buat masa ini.

Comments

  1. bila dh blh rasa dan nampak pergerakan baby..mmg happy..hehe

    ReplyDelete
  2. Seronokkan...ermm rsa mcm nk pregnant lg plak..tggu dulu lah :P

    ReplyDelete
  3. bab tergedik2 ngan suami tu.. baru skrg nani pun rasa leh tergedik2.. tapi sblm2 ni tak nak apa.. nak jauh2 je.. boleh la bau2 dia, tapi cuma tak leh nak tido skali.. teruk kan.. :P hahahahah.. kesian en suami.. alhamdullillah.. dia sangat memahami.. :) skrg nani dah 30 weeks.. dah mula rajin SIKITTTTTT je.. makan BANYAKKKKKK sangat.. kencing sampai tak larat nak ulang alik gi toilet,, hmm tak per.. kadang2 sampai meniti kat tepi dinding.. sbb dah berat perut tu.. pundi kencing dah penuh.. hehehe.. :)
    tapi movement dlm perut tu best.. kalau tak de movement tu.. tak sah pepagi je nak kejut baby bangun tido skali.. :)

    ReplyDelete
  4. Lyd,
    Bila dah 7-8 bln dia bergerak-gerak, mau senget benget bentuk perut tu, tak rupa bulat dah..hihi

    Memula je rasa senak tu, pasni gerenti dah bole mkn dengan berselera :) Part paling best sbb tak risau berat badan!

    Oh, tetiba terasa mcm nak pregnant lagi..huu

    ReplyDelete
  5. erkk..part nafsu serakah tu memang tak menahan..hahahahaha..nasib baik suami suka ea..

    ReplyDelete
  6. best kan bila rasa baby gerak2 dalam perut...nnti dia dh besar skit kan,mula la dia bersilat pulut dlm tu nnti...masa tu lg kita geli hati tau lyd...jaga diri baik2 tau lyd...=)

    ReplyDelete
  7. salam lyd..
    bab bergerak & menendang tuh best kan..bila awak cuba rasa kaki dia, nanti dia akan melarikan kakinya... nanti sikit lg bila bunyi kuat2 pun dia akan sensitif..awak akan blh rs..byk2kanlah membaca quran,berinteraksi ngan baby..diorang bila lahir blh cam suara kita tau..ms sy lahirkan aidan, dia dlm bilik rawatan..sy dtg jenguk, dia dengar suara sy (tgh tido tuh)..terus nangis...waaa..best lak

    ReplyDelete
  8. kagum baca...xsangka ada benda2 bergerak dalam perut...hehe..

    praying for your smooth sailing pregnancy =)

    ReplyDelete
  9. semua yg komen ada pengalaman...kecuali H. dia lelaki sejati. semoga ibu dan baby baik2 aje ya...suka tengok ibu mengandung ni, berseri-seri :D

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum lyd...memang seronok bila kita dpt rasakn pergerakan anak dlm kandungan kitakn itulah pengalaman yg paling indah yg mama rasakn dulu...:)

    ReplyDelete
  11. skrg pun kandungan sy 5m jgk..dh mula rasa tendangan hebat, tp part dgn suami tue..ya ampun punya malas sgt..ntah kenapa, kalo x ML pun xkisah huhuhu..masa awal2 dulu je suka..skrg dh xsuka huhuhu..


    p/s: salam kenal dr m2b azie..follow sini dan letakkan blog nie dlm bloglist m2b sy..

    ReplyDelete
  12. catatan sempoi tapi lengkap, buat pengetahuan bersama. tak penah rasa, mmg tak paham.

    moga lyd & baby sihat2 je ya!

    ReplyDelete
  13. betul la..aku pon selalu gelakkan perut bini aku..hahahhaa...

    ReplyDelete
  14. Na klau kwn2 yg tgh preggy mmg na suka pengang perut dyeorg lagi yg dah 7-8bulan..seronok tgk dye tumbuk2 tendang hahahah..
    tp mcm sakit je... ;D
    kak lyd mehh nak pengang perut kak lyd laks ;)

    ReplyDelete
  15. salam sis ladysunshine
    Moga kandungan sihat dan sentiasa di limpahkan rahmat oleh Allah.doa ta buat sis.amin amin amin.

    ReplyDelete
  16. wah..dah lima bulan rupanya..

    paling saya suka bab tendangan padu tu..hehe memang saat yang paling indah.. wah tak sabar rasanya..

    anyway Lyd jaga diri k :)

    ReplyDelete
  17. moga dipermudahkan semuanyer ye lyD

    ReplyDelete
  18. take care, ya.... selamat berexercise secara berhemah.... :)

    ReplyDelete
  19. haishhh tak baek betul ye gelakkan perut isteri nmpk bulat... takpe laaa sementra je kan, nnt slim la balik.

    ReplyDelete
  20. Seperti manusia normal yang lain, perkataan nafsu serakah tu dpt dicari dengan cepat di sebalik banyak kata2 lain yang ditaip oleh Lyd. Hahaha. Teruk kan. Kalo jenis nak kejar Nuffnang nieh, sure akan salah paham dan salah komen.

    Well, asalkan awak sihat, baby sihat...di sini senyum saja Lyd. Anak dara yg baca word nafsu serakah ni senyum dan gembira saja:P

    ReplyDelete
  21. haa3x... selamat menempuh alam mengandung... baby kami dah 8 bulan duduk dalam perut ni... tetiap malam dia menganas... macam dah nak kuar jee...

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah.. dh masuk 5 bulan ye..skejap je..mcm baru j dpt khabar mgandung aritu... kalo x silap.. usia 5 bulan ni..waktu paling tepat leh dpt tahu jantina anak....

    kenangan lya lak.. sewaktu mgandung 5 bulan ialah waktu y sungguh kritikal.. saat ni la..asya btl2 bjuang utk terus hidup..alhamdulillah..umur dia panjang...

    ReplyDelete
  23. salam sis
    Jalan jalan pagi.jemput singgah.tq

    ReplyDelete
  24. 5 bulan tempoh yang rasa lega sikitkan.. akakni ikutkan kuatjer masa peknen tapi disebabkan ada masalah darah tinggi masa peknen doktor tak kasi cergas2...

    ReplyDelete
  25. dah tak lama tu... seronokkan bila rasa pergerakan baby..

    ReplyDelete
  26. seronoknya lyd...saya pulak terbayang2 waktu pregnant anak sulung...oh..sangat manjaaaa....jangan exercise over sangat...jaga2 juga kandungan tu...suka tak minum air limau nipis?masa pregnant dulu tak pernah miss...

    ReplyDelete
  27. Dah tak lama dah tu...tak mau buat segmen meneka anak ke...hehehhehehe..

    Saya suka tengok pompuan mengandung sebab seri wajahnya lain macam..(ada hubungan dgn bab 'Nafsu Serakah'.. :))

    ReplyDelete
  28. semua tu akan kita kenng nanti. alahai... rasa macam nak ada baby baru la pulak.


    p/s: tak ada mood kat kampung sbb berebut nak guna netbook.

    ReplyDelete
  29. Adeh..!terkenang sangat2 moment tu.. seronok tau..

    ReplyDelete
  30. Hihi...
    Nak juga ghasa...

    Take care tau :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...