Skip to main content

Confinement

Sejahteralah ke atas kamu....

Confinement

Memandangkan saya dah tak punyai mak lagi, nanti insyaAllah saya akan berpantang selepas bersalin di rumah ibu mertua ku... Bersyukur sebab masih ada ibu yang sudi untuk jaga saya berpantang. Kalau nak berpantang sorang-sorang kang, memang takde namanya pantang la nanti. Semuanya saya langgar je. Hehe. Maklum la. I ni kan urban.[urban sangatttt].

Dengar ceritanya, melalui pengalaman adik ipar saya yang gorjes lagi menawan itewww [Ina, aku puji ko nih. Sila bangga.], kalau ibu jaga waktu berpantang memang tiptop. Pemakanan memang terjaga. Ikan bakar je. Takde goreng2. Itu mungkin takde masalah untuk saya. Sayur pun takleh sebarangan. Then barut kena pakai yang sampai lutut punya. Hehehe. Cemasnya bila aku nak berak nanti. Semuanya saya rasa agak bagus pakej yang ditawarkan oleh ibu. Kuang asam punya menantu, dia ingat ni pakej apa??!! Pastu kena pakai pupur jambu batu kat dahi. Agak comel jugak bila saya dengar. Tapi ada saya kisah? Saya pakai je semuanya nanti. Betul-betul nak ikut pantang ni demi kesihatan dan demi suami hensem yang tercinta. Ecececeh. Pengsan 6 kali suami saya kalo dia dgr saya puji dia hensem kat blog. Nanti mesti dia kata, apa ni syg puji-puji ai kat blog. Malu la nanti org baca. Puji depan ai je cukup la...

Ari tu masa balik raya haji, ibu ada cerita pasal orang lain berpantang yang tanak jaga pantang. Asyik nak makan macam-macam. Pastu ibu kata, "Ibu dah pesan kat Ina dulu masa dia berpantang, awak ni Na... masa berpantang ni tak payah nak LAPAR sangat. Nak makan macam-macam. Tahan-tahan la dulu semua keinginan nak makan tu. Nanti lepas 3 bulan makan la apa benda pun yang awak nak makan. Yang penting masa berpantang ni jangan nak LAPAR sangat.". Ina memang confirm la patuh cakap ibu. Lagipun dia memang jenis yang tak makan banyak. Kehkeh. Hasilnya, tengok la Ina sekarang. Anak 2 perut kempis je. [Kalo korang tak kenal Ina, takpe la. Bayangkan je la ke'selim'an dia macam Anzalna.].Tak macam kakak ipar dia ni langsung. Mengandung pun belum, orang asyik tanya berapa bulan kandungan. *memang wajar tempeleng diri sendiri selepas menempeleng orang bertanya itu sebanyak 800 kali.*. Sekarang nasib baik dah peknen, so tak la susah sangat aku nak menjawab kalo org tanya aku peknen berapa bulan. Terus boleh otometik jawab dengan konfiden, "5 bulan". Takyah susah2 nak lempang orang lagi 800 kali.

Memang saya faham la kata-kata ibu tu. Sambil dia bercerita, dia mungkin berpesan juga kepada saya secara tak langsung. Maknanya sekarang.... time berpantang saya jangan ngada2 nak makan macam-macam. Nanti stress plak ibu nak jaga saya. InsyaAllah rasanya saya mampu untuk mengikut pantang dengan berdisiplin. Kalau tidak, sia-sia je jadi menantu polis pencen. Kuhehkuheh.

Comments

  1. time pantang nanti makan ikan bilis di goreng dengan bawang besar dan black pepper je tau...

    oh ya, digoreng dengan minyak bijan..

    lauk untuk 40 hari...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. dah 5bulan ye lyd..terasa cpt je..bini member opis aku steady je pantang sendiri kat rumah..

    tapi anak yang ke5 la..hahaha

    ReplyDelete
  3. Wah bagus betul lyd nie pikir advance sampai ms berpantang daaa...sy sulu berpantang sorang2 kat sini sebab takdek mak yg nak kontrol...40 hari jerr..alaa pantang tak makan makanan berangin & berminyak jerr..lain belasah gak..huhuh..
    apapun lyd..inshaallah mak mentua awak sure akan jg awak ngan baiknyer nanti jgn risau..(cuma takut awak rimas kena balut jerr...iiieee)..
    btw-nampaknya inshaallah kita pd tahun yg sama lar yer...

    ReplyDelete
  4. akak suke..akak suke..
    akak suke baca n3 ni lyd..... terkekeh2 sensowang...

    nanti pantang betui2 awok ter..jangan ngade2 ngat nak makan itu ini.... kang tak pasai2 kena lempang diri sniri 800 kali weh..!pohpaleeeeh...!

    ReplyDelete
  5. Lyd jgn lupa ikan haruan dgn ubat periuk. Sha ada tengok kawan tu marah2 je mak mertua dia prepare itu semua. Sedangkan itu tanda dia sayang.

    Jgn serik mkn macam tu nanti ye Lyd. Jgn komen x sedap tau. Sbb macam mana x sedap pon tgn yg prepare tu penat menjaga.

    Eleh...ckp2 jugak ni. Sha yakin Lyd menantu yg baik ;-)

    ReplyDelete
  6. Saya ada anak setengah dozen, isteri saya juga dulu pantang bukan main....pantang jumpa!! Jumpa saja makanan semua dia tibai....

    ReplyDelete
  7. he rsa cam bez kan berpantang ni kan he...ada kbaikan gak nti bila dah tua xdalaa sakit s2 sini.tahan yer tahan..xlama.suka bca entry ni..

    ReplyDelete
  8. semoga puan lyd akan selim mcm anzalna jgk lps confinement period nnt...ewahh...ehehhe

    ReplyDelete
  9. lupa pula.nk habaq lyd kena tag..

    if berkesempatan la yer ;)

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/11/segme-2-6-perkara-tentang-saya-ii.html

    ReplyDelete
  10. Selamat berpantang dengan jaya nyer.. Mamavogue dulu pun berpantang sendiri je..huhu.

    ReplyDelete
  11. perhh klau mcm anzalna nty na kawen pastu na ngandung bila lepas bersalin nak suruh kak lyd jaga kan laaa..mesti kak lyd pun da pakar time tu kan nk jaga org berpantang hihihi

    ReplyDelete
  12. kena jaga betul2 waktu pantang tu ye !

    ReplyDelete
  13. saya dulu 2 minggu je makan nasi tengahri dgn petang. lepas tu makan biskut je mlm2 sampai kena marah la. anak menyusu tapi tak mkn nasi bla... bla... bla... membebel je org2 tua ni. hehehe... tapi dah tak ada selera sgt nak mkn kan tak kan nak ditelan jgk mknn tu. sbb tu la berat lepas bersalin mmg bawah 50kg la. cengkung bukan kurus kering walaupun saya rasa macam kena tiup angin pun terbang. ngeeee...

    ReplyDelete
  14. Betul tu, memang masa pantang kena jaga betul2, untuk masa depan jugak ;D

    ReplyDelete
  15. waaaahhh..patut la aku tesedak sedak..upanya kakak ipa ngumpat..heheeee..

    aku lagi cantik dari anzalna *padahal takde cakap langsung psl kecantikan heheee..

    ko dgr je ibu ckp apa..kalau ada apa2 rasa nk makan..bgtau ibu..ibu ok..as long as makanan tu tak angin n x sakik perut..ok je..
    masa aku pantang aku ckp ke ibu..nak makan kfc boleh? ibu ckp boleh..yeaaaayyy..

    pastu masa pantang aku ckp ke ibu aku rimas pakai tepek2 atas dahi tu..sakit kepala lg ada la..ibu ckp takpe..takyah pakai..yeaaayyy..ibu rock..

    tp tahan je la bila ibu bg minum air ubat ubatan yg pahit tu..ko telan je kak..nnt kalau ko tak nak minum ibu tya 'NAK CANAANNTTIIIIKKK TAAAKKKK'
    hahahaaaa...

    rindu plak nk bepantang..bes ada org jaga..tiap2 hari mandi air ubat ubatan..sedap rasa badan..ada org dtg urut..ibu mandikan baby..tidukan baby seme..ibu suh kita jaga diri kita :)

    selamat bepantang..tak saba nak ada anak sedara baru..yeaaaayyy..

    ReplyDelete
  16. oo lid... nak tengok gambar terbaru ko... gemuk dah ke ko? eh dah scan ker? boy ke girl? :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...