Skip to main content

Karektor Anak

Sejahteralah ke atas kamu...

Jimmy Kimmel adalah mengendali sebuah talk show. Dia mintak parents [penonton] utk prank anak sendiri pastu rakam. Itu untuk tengok macamana reaksi anak-anak tu bila dapat tahu sesuatu perkara unexpected. Dalam challenge kali ni ialah tentang cemana reaksi anak-anak bila parents bagitau yang semua candy mereka utk Halloween dah habis dimakan. Dan satu lagi, Jimmy Kimmel suruh parents bagi hadiah yang tak logik untuk hadiah krismas anak mereka. [2 tugasan berbeza]

Respon yang normal dan kita pun dah tau, ramai anak-anak yang menangis bila dapat tahu yang candy derang dah kena makan. Ye lah.. Mestilah frust. Setahun hanya sekali je ada peluang. Pastu mak ayah plak pegi mentekedarah semua candy yg mereka nanti-nantikan. Saya rasa kalau korang buat prank tu kat anak-anak korang [yang ada anak], pasti respon yang sama jugak daripada mereka. Anak-anak yang dirakam tu umur mereka daripada 3 ke 7 tahun kot. Memang lawak ah tengok reaksi anak-anak tu. Pastu comel. Yang kecik comel la bila terus nangis berguling masa dapat tau berita buruk tu. 

Sebenarnya... ada respon yang menarik perhatian saya... Ada diantara anak-anak2 tu walaupun kecik lagi tapi menerima berita tu dengan tenang walaupun muka dia nampak kecewa. Tapi dia tak mengamuk marahkan mak dia. Cuma dia mintak mak dia janji, tahun depan jangan buat lagi. Tabah gile budak pompuan tu. [Ada beberapa orang jugak yang reaksi mereka sangat matang dan tenang walaupun mereka kecik]

Persoalan saya... cemana mak derang didik derang sampai jadi begitu 'cool' bila menerima berita yang mengecewakan, tak sama seperti anak-anak lain yang tipikalnya akan mengamuk dan menangis. Cemana mak ayah derang boleh asah attitude derang untuk masih bersopan walaupun terima kegagalan? Ada anak  yang campak hadiah yang parents derang bagi tu. [mmg merepek pun hadiah yang mak ayah derang bagi. Ada yang bagi botol cordial. Ada yang yg bagi sandwich yang dah dimakan separuh siap ada kesan gigit.Tapi hadiah2 tu memang melampau mengarut.], tapi yang jenis cool.... siap boleh gembira lagi dgn hadiah yang mereka dapat walaupun ntah apa-apa je hadiah tu.

So kawan-kawan bloggers, yang ada anak atau ada anak saudara atau ada pengalaman tentang cara-cara nak membentuk karektor anak-anak boleh kongsi dengan saya cara-cara yang korang tau tu? Preparation la ni konon. Heheh.


Sape boleh access YouTube, boleh cuba search 'Jimmy Kimmel' dan pilih video yang bertajuk "YouTube Challenge - I Told My Kid I Ate All Their Halloween Candy Again". Video ni sangat menarik bagi saya.




*Saya tahu kebanyakan readers saya, tak boleh access YouTube sama ada sebab kena blocked atau sebab line internet terlampau slow sebab saya pun salah seorang yang tak boleh access YouTube tu guna network ofis. 


Comments

  1. saya pun nak tau jugak.... mcm mane blh jadi cool sgt tu.... ke budak tu takde perasaan kan...

    ReplyDelete
  2. kalau yg candy tu, mungkin sebab anak dia mmg tak makan atau tak suka candy... ataupun mungkin anak dia takde mood nak layan.... hahahaha...

    *anak dara saya tak teruja dgn candy*

    ReplyDelete
  3. Salam Lyd...pd pandangan sy sebagai muslim cara kita sepatutnya lg praktikal dr mrk yg non muslim..sebab kita blh ajar mrk dari kecil thru sunnah & quran utk bersabar & bergantung kpd Allah swt sepenuhnya..ada blog yg saya terbaca cr dia asuh anaknya tuh mmg btul2 bagus.. sampai bila mak marah..cepat2 mintak doa agar Allah ampunkan mak dia krn marah.bagusnya kan..

    ReplyDelete
  4. tq share. nnti KA g terjah jap!

    ReplyDelete
  5. Masya : Nak kata takde perasaan tak jugak. Muka dia sedih. Dan dia menangis juga sikit, tapi dia masih siuman dan tak marah mak dia. Itu yg kagum tu.

    Desperate mama : Kalau dia tak dpt apa yg dia suka cemana reaksi dia? Mungkin bukan candy la... Benda lain yg dia betul2 suka pastu tak dpt.. dia okay ke tak? Kalau dia okay, cemana nak didik dia supaya dia okay begitu?

    UmmuAidan : Alaa... share la blog tu... boleh saya baca jugak.

    ReplyDelete
  6. memang persoalan yg sedang melanda mamavogue skang ni.. Cane nak kawal emosi anak supaya dia tak mengamuk atau terlalu kecewa.. Sampaikan mama nyer pun kdg2 ilang kawalan terhadap emosi sendiri :)

    ReplyDelete
  7. dari ramai2 anak sedara, ada sorang mcm tu. tapi adik2nya yg lain tak pulak.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum lyd...mama sokong dgn komen dr ummu di atas bagus...:)

    ReplyDelete
  9. anak-anak (yang masih kecil) belajar dari contoh dan teladan. Yang terdekat ialah yang disekelilingnya. yang paling lama disekelilingnya ialah ibu bapanya...

    so, nasihat aku ialah LyDS jangan hempas2 badan + guling2 di atas lantai kalau cekelat dah habis, nanti anak ikut... hahaha

    ReplyDelete
  10. haa ofis na pn xbole..so terpakse tggu kat rumah tok search hehe ;D

    ReplyDelete
  11. Kesuma Angsana : Sama-sama. Jangan lupa tgk ye nanti.

    MamaVogue : Saya yg anak belum lahir ni pun dah fikir dah cemana nak buat. Bahye tu sampai mama pun hilang kawalan hehehe.

    Ujie : Anak sedara yg mengamuk atau yg cool?

    MasZull : saya pun setuju dgn komen ummuaidan.

    Nizam : hahaha.. melampau. Tapi betul ckp awak. Saya penah dgr, yang anak ni akan ikut karektor org yg terdekat. So, takleh la saya guling2 lagi lepas ni kalo tak dpt cekelat.

    Jna Marcello : Haa.. akak dah tau dah.. Jgn lupa tgk ekk..

    ReplyDelete
  12. Menarik...

    Boleh jugak layan bila balik rumah mertua sebab internet super duper laju... :)

    TQ sharing :D

    ReplyDelete
  13. Lyd akak setuju dengan komen yg dilontarkan ummuaidan..apa2 pun semuanya berteraskan cara nabi kita mendidik anak...itu contoh terbaik... ajar dan bercakap dengan anak2 tentang rasa kesyukuran..tentang menerima sesuatu perkara dengan tenang hati...sentiasa kaitkan kehidupan ni dengan Maha Pencipta..INSYAALLAH..

    ReplyDelete
  14. haaa3x... dah nak jadi ibu la katakan yeee... bagus belajar untuk persediaan awal mendidik anak2x... Kami cuma nak berkongsi didik anak2x ni kena ikut karaktor anak2x juga... kita yg pandai memilih caranya...

    ReplyDelete
  15. sebenarnya tak tau nak citer mcm mana.. kalau cara saya mgkn tak sama ngan cara org lain.. setakat ni.. anak2 saya didik, tak penah saya sogokkan dengan sesuatu hadiah.. even hari jadi diorang sendiri.. kalau anak yg sulong tu leh kira je kot bape kali sambut hari jadi.. tu pun wat kek sendiri or beli kek yg paling murah skali.. yg no.2 pun sama.. saya tak penah bagi hadiah hari jadi.. tapi bila diorang berjaya.. dapat target dlm pelajaran.. saya akan bagi sogokan.. sangat2 berbangga dgn pencapaian tu.. jadinya anak2 tak penah nak mintak beli itu ini or hadiah walaupun sebatang pen sekali pun.. masyaALLAH.. saya tak tau klu saya ni kejam atau saya ni betul atau salah.. yg pasti saya tak nk ajar anak yg bersederhana dan tahu yg mak/abah diorang keje bukan utk membazirkan duit.. betapa susah nak cari duit klu kurang berjaya dlm pelajaran.. mintak maaf klu salah..

    ReplyDelete
  16. saya tak nak bagi contoh saya,tapi saya nak bagi contoh jiran rumah saya.Anak2 kecik2 memang nakal,dia marahkan...tapi pada masa sama dia bagtau kenapa dia marahkan anaknya tu.Bila waktu malam dia peluk anak2nya sewaktu mereka nak tidur.Ada ketika anaknya meminta sesuatu,meraung2 anaknya,tapi saya tengok dia boleh cool tak marahkan anaknya,dia cakap slow2..contohnya dia bagitau macamni,"nanti umi bawalah awakke sana,umi pernah tak mungkir janji,tak pernahkan?"..terus anaknya senyap...kalau saya dah lama kena cubit budak tu...he he he...memang dia selalu berjanji dan janji ditepati dengan anak2nya...saya?hmmm garang sikit ngan anak2...

    ReplyDelete
  17. saya ada anak sorang....bila tgk kwn2 yg ada anak ramai 4 ke 5 org rasanya lebih senang jaga yg ramai dari jaga yg sorang ni hehheheee

    ReplyDelete
  18. Semua org sayang anak. Didikan pasti berbeza2, setiap anak ada keistimewaannya yg tersendiri dan semuanya ada kelemahan yg tersendiri juga. Jgn perkecilkan anak2 krn masa kecil dia kurang cemerlang dlm akademik. Spt anak saya masa UPSR cuma dpt 2A, tapi bila SPM boleh pula score 8A, mengalahkan abahnya hehehehhe...

    ReplyDelete
  19. mungkin mak bapak dia prank dia hari2 lama2 jadi lali la. hahaha... anak2 saya ada masa cool jugak tapi janji la kena beli lain. tapi kalau adik yg mkn mst on the spot pergi ketuk adik dia. kalau ibu abah ok lagi. kadang2 siap ckp lg 'belikan utk ibu dgn abah.' hehehe...

    ReplyDelete
  20. menarik
    nti cri kt utube..ni bw gn hp j..

    lyd sehat:)
    salam maal hijrah

    ReplyDelete
  21. wahhh... menarik... saya rasa saya jenis yang menagis guling2 kot...huhuhu :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...