Skip to main content

Makan Tak Habis

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Ada ramai tak yang suka makan tak habis? Sila angkat kening 6 kali.

Semalam waktu lunch, saya pergi restoran Ayam Penyet untuk makan ayam penyet. Bapak le pedas sambal dia. Rasa macam nak tersembul bebola mata. Saya dengan 2 orang lagi kawan saya order set meal yang sama. Harganya RM 11.20. Kat meja sebelah kami, ada 4 orang. 2 pompuan muda. 1 makcik iaitu mak kepada salah seorang mereka dan sorang lelaki. Pompuan muda dengan mak dia pun order benda yang sama mcm kami order. Cuma bezanya, kami bertiga makan sampai habis, tapi mereka berdua makan tak habis. Tak habis tu bukan tak habis sesuap je. Kalau sesuap tu boleh dimaafkan. Tapi ini macam cuit sikit je. Bentuk nasik yg bulat dengan acuan mangkuk tu pun masih tak terusik. MUngkin mereka kaya. RM22.40 tu apa lah sangat bagi mereka. Murah je pun harga nasik tu. Tapi cubalah RM22.40 tu ditambah lagi seposen, jadi RM22.50. Boleh bagi orang buat mas kawen kat negeri Pahang tau. Kalau dah tau tak lapar, atau tanak makan, takyah la order nasik tu. Minum je sudah lah. Membazir itu amalan Rosmah syaiton tau...

Saya mengaku, saya masa belum kahwin dulu, hobi saya ialah makan tak habis. Kalau pergi makan kat kedai, sepinggan nasik tu biasanya mesti ada lebih. Banyak plak tu. Pastu saya tinggalkan je kat situ. Saya makan pun hanya 2,3 suap pastu biar je nasik tu tersadai dalam pinggan tu. Sian nasik. Nasib baik le kejadian nasik yg saya tak habiskan tu nangis-nangis waktu malam cari saya itu hanyalah dongeng. Kalau tidak, dah tentu saya sekarang jadi penghuni tetap wad psychiatric sebab dapat terlampau banyak kunjungan daripada nasik yang tak habis tu sampai membuatkan saya meracau tiap-tiap malam then orang suspect saya gile babas. Merepek ah tu. Booo~! Itu dulu la. Sekarang saya akan rasa bersalah kalau makan tak habis + membazir. Sebab tu kot, dulu saya kurus keding macam buku latihan 20 muka surat. Sekarang dah macam kamus dewan.

So, kamu-kamu dan kamu... Kalau selalu makan tak habis tu, berusahalah untuk habiskan makanan kamu. Satu masa nanti, bila bumi kita ni akan dilanda kemarau selama 7 tahun, waktu tu takkan baru kamu nak menghargai makanan yang kamu ada sekarang? Dah terlambat kot. So, kalau rasa macam hanya mampu makan sikit, order sikit. Kalau makanan tu tak sediakan portion yang lebih kecik, kongsi le dgn orang lain. Kalau rasa tak lapar, tak perlu order. Tak semestinya asal kamu ke kedai je, kamu kena beli makanan. Beli minuman pun okay je. Duit tu, mungkin senang untuk dicari. Tapi orang lain yang susah? Kamu tak fikir betapa bersalahnya kamu terhadap orang lain yang susah dan terpaksa berpanas berhujan untuk dapatkan walaupun hanya RM22.40 kamu itu?

Saya membebel lagi. Argghhhh!!

Comments

  1. Salam tuan rumah..^_^

    emmm amalan makan tak habis ni, memang dah jd budaya sini kut.. tengok bulan puasa dah la..g buffet buka puasa, amik segala hidangan longgok atas meja..pastu tak habis, ada yang tak terusik pun...
    ntah la..mgkn dorang pk dorang bayar, suka la nk makan cmne pun kan... duit dah terlampau byk..segalanya tak d hargai lg...

    ReplyDelete
  2. Kalau kita kata pasti mereka marah, tapi memang Allah pun dah kata pembazir itu adalah rakan syaitan. Kalau dah tau tak lapar, janganlah makan. Bila lapar, semua yg dimakan jadi sedap...

    ReplyDelete
  3. emm memang betul skrg ni saya lebih suka amil portion yang kecil jer..jadi nasi dan lauk tu akan habis..tapi memang pernah makan sesudu dua pastu terus tinggal sebab makanan kat kedai tu memang out..tak sedap langsung!!!

    ReplyDelete
  4. biasanya klu mkn sampai licin sy sapu...takda sebutir pun nasi yg tinggal. tp pelik..ada plak kawan2 ni boleh ckp kat saya..."tudia lapaq sangat ka ? sampai licin pinggan nasi!"

    Aik, gitu pulak depa ni??

    ReplyDelete
  5. saya puasa. awak buat saya nak pegi tapau ayam penyet petang nanti. *dusy*

    ReplyDelete
  6. akak memang makan habis punya.. susah hati gak sebab sentiasa kesian kat makanan ... sebabtu badan maintain tak nak kuruih....

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...mmg betul tu sayangkan makanan kalau x dihabiskan...mama kekadang tu bising gak kat anak2 kalau mereka mkn nasi x habis ni kesian kat nasi n makanan tu...kalau kita dpt dengar tangisan mereka dah tentu anak2 semua makan pasti habiskan...:)

    ReplyDelete
  8. saya dari kecik dah diajar mak kalau makan harus abiskan makanan kat pinggan. so sampai ke besar dah jadi tabiat. sayang kalau tinggalkan nasi kat dalam pinggan. kenyang atau tak sedap mana pon saya sedaya upaya habiskan..huhuuu :P

    ReplyDelete
  9. pasal 2 aku montel...klu dl makanan aku licin pas2 makanan ko pn aku tlg licin kan huhu

    ReplyDelete
  10. betul tu..cuba abiskn makanan..jgn membazir (walaupn kadang2 pn aku tak abis mkn :p)

    ReplyDelete
  11. dorang tu dah kenyang, dengan amik bau aje..

    tapi kalo tak cuit tu, tapau lah bawak balik. mesti dah balik tu dorang nyesal sebab dalam keta lapo..hehee

    ReplyDelete
  12. mungkin sambal die pedas sngt kot..ada org x tahan mkn pedas sngt nanti sakit perot kan? mana kite tauuuu :D hehehe

    ReplyDelete
  13. AkMa : mungkin juga. Tapi sambal tu tak campur pun dgn nasik. Ada sup jugak bersama nasik tu. Erm, tp takpe la.. berbaik sangka je la.

    ReplyDelete
  14. selamat la skrg ni syg makan habis,kalau dulu selalu makan xhabis tp skrg kalau makan tak habis,bubi tolong habiskan hhehe kadang2 kita kena beringat skit kat insan yg langsung xdapat makan.cuba bayangkan kita duduk kat tempat dia org.setakat ni kita tak penah rasa apa yg dia org rasa kan.jadi syukuri aje apa yg ada ok :-)beringat dan bersederhana tukan bagus...hehehe

    ReplyDelete
  15. macam terkena kat batang hidung sendiri je..
    tp time nk makan tu mmg perut lapar giler..
    tp bila dah terhidang tu perut kyg balik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...