Skip to main content

2 Kisah Seorang Anak Yang Duka Nestapa Kerana Ibunya Batuk..

Sejahteralah ke atas kamu...

Ada banyak benda nak cerita, tapi tak sempat nak buat entry baru. Masuk tahun baru, dapat tugas baru dan plan untuk project personal yang baru seperti nak buat lembu felt, sotong kurita felt, gajah, giraffe, dolphin dan bla..bla..bla.. Sungguh seronok dan juga TERUJA [perkataan ini sungguh geli-geli sempena tajuk lagu Ella satu masa dulu].

Sejauh mana kita ni berhati-hati? Saya ada 2 cerita yang ntah menarik ntahkan tidak, tapi korang baca je la ye.

Kisah pertama tentang ke’meninggal dunia’an penyanyi Izwan Pilus. Mungkin arwah ni kurang popular tapi lagu tema Full House versi Melayu tu arwah la yang nyanyi. Menurut berita, kematian beliau adalah berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru. Ada juga khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa beliau terkena SLE [Systemic lupus erythematosus]. Penyakit SLE ni bermula daripada paru-paru dan akan terus menyerang semua organ di bahagian abdomen, menyebabkan kegagalan fungsi abdomen. Virus ni boleh merebak dan merosakkan abdomen dalam masa hanya 48jam sahaja. 2 hari je la.

Tak tau le betul ke tidok arwah terkena penyakit ni. Apa yg membuatkan saya jadi begitu kesah dengan kes Izwan Pilus ni, sebab kat ofis saya sendiri pun ada kawan yang dah terkena jangkitan paru-paru beberapa minggu lepas. Agak lama dia berada dalam pengawasan doctor dan perlu membuat susulan setiap hari ke hospital. Selepas kawan saya tu sembuh, sekarang ni boleh dikatakan setiap hari ada staff EsEsEm yang lain, daripada cawangan berasingan, ditahan di wad kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Kalau bukan staff sendiri, anak2 staff yang dijangkiti. Menakutkan kan? Puncanya memang tak tau daripada mana, tapi kalo dah menyerang paru-paru, mestilah daripada udara yang kita hirup melalui penafasan ye tak? Rasanya penyakit ni dah banyak membawa kematian Cuma tak dihebahkan kepada awam bagi mengelakkan panic di kalangan masyarakat. So, kita semua jaga la kesihatan. Berhati-hati la di tempat awam yang sesak.


Ok, kisah kedua pulak... tentang kecurian. Tahun lepas, ofismate saya kehilangan beberapa riban daripada akaun Mebengnya selepas dapat phishing email yang kononya daripada Mebengtuyu untuk minta dia update account. Beberapa minggu lepas juga, sorang lagi ofismate saya telah kehilangan kereta Wiranya di tempat parking kondonya. Che ck CCTV, kebetulan plak CCTV rosak time tu. Dem je. Dan yang terbaru dalam minggu lepas, sorang lagi ofismate saya kehilangan kad ATM beliau. Bila sedar-sedar kad tak ada, check kat Mebengtuyu, dah beberapa riban jugak hilang. Yang peliknya, tau plak dia no pin kawan saya tu kan? So, saya rasa teknologi pencuri sekarang dah makin maju. Saya suspect, mereka ni ada device yang boleh track history kad ATM tu. Macam device yang baca IC kita tu. Mungkin dari situ mereka boleh dapat no PIN kad ATM tu walaupun mereka tak tau no pin. Saya agak je. Fakta ni tak confirm ye. Hehe.


Konon-konon macam ada 2 kisah je, tapi sebenarnya ada 4 kisah. Sila lah berhati-hati ye. No pin kad ATM tu kalo dah lama tak tukar, bawak2 la mentukarkannya itu pun haddoi.




Comments

  1. skang ni mcm2 penyakit lah kan...

    ReplyDelete
  2. Salam..
    semoga kita semua dijauhi drp penyakit2 yg boleh memudaratkn.punca virus yg tak dapat dikenal pasti tu sebenarnya berpunca dr perbuatan manusia juga.renung2kan ye.kalau rajin bacalah article yg cerita ttg kemunculan mikroorganisma disebabkn perubahan persekitaran bumi.

    ReplyDelete
  3. Diana : Saya tak suka pergi tempat crowded sebab rimas. Tapi kira pakej la kan, tak suka sebab rimas selamat la skit.

    kyo : ha ah, penyakit pelik2 plak tu.

    Cik Sibuk ; Memang menakutkan.

    nyuazrul : macam cerita The Happening ke baby? eheh. Best gile tengok citer tu tutup lampu dok atas sofa dgn baby. Feeling habis. Sampai mimpi seram lepas tu. Haha.

    ReplyDelete
  4. haa tepat sekali syg..kalau tengok dokumentari yg algore buat tu,xingat tajuk dia.ada cerita pasal perubahan kitaran yg sebabkan terjadinya mikroorganisma baru hehehe

    ReplyDelete
  5. eh eh..becinta pulak kat sini (dengki)
    laki aku dulu ada infection kat paru2..risau plak aku baca entry ko ni..aku dh marah laki aku suh dia pg cek lagi paru2 dia tu..
    skang ni mmg orang banyak ilang duit..merompak di internet..kalau dh pencurik tu kan..

    ReplyDelete
  6. xnak komen sal kecurian.. jkust nk komen sal penyakit tu..

    mcmn ek nk tahu kite dijangkiti atau tidak?

    menakutkan sgt2.. huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...