Skip to main content

Saya Mesti Nak Jugak

Sejahteralah ke atas kamu...
Saya dah lama tak jengah blog orang. Weekend sangat sibuk. Kehkeh. Buat lembu. Tapi walaupun dah lama tak jegah belog korang, tapi saya yakin ramai yang menulis tentang Anugerah Juara Lagu yang ke 26 yang berlangsung semalam. Saya tak berapa tengok sangat. Setakat tengok gitu-gitu je. Sebab mula-mula jam 9 mlm tu, tengok TV1. Rancangan apa ntah, tapi ada highlight pasal jalanraya kat Sg Lembing kampong ku itu masih belum siap2 sejak tahun 2008. Gile nko. Dah nak masuk 4 tahun tak siap2. Lembab nak mampus kontraktor tu. Apa la.. Lepas tu sambil bersulam tengok TV Al Hijrah animasi tentang Rasulullah. Agak menarik animasi tu.

Oh, tadi nak cite pasal AJL kan. Saya memang setuju sangat lagu Awan Nano Nano Nano tu menang. Dulu mula-mula saya nyampah dengan lagu tu. Tapi once saya tertahu yang lagu tu dicipta oleh Dato M Nasir, secara otometik je bleh suka. Hehehe. Diskriminasi menjatuhkan aku, reputasi kini menjadi bisu.. Eceh. Sebenarnya saya tak kisah sesape pun menang asalkan jangan lagu Facebook Love tu. Sebab lagu tu errr,,... ok, malas nak komen lebih-lebih. Karang orang suruh aku compose a song nanti aku pengsan tak reti. Hahah. So, lebih baik i reserve my comment.

Saya nak ungkit skit pasal persembahan Alyah. Masa dia nyanyi tu memang best. Layak la dia dapat persembahan terbaik. Dan menurut Faizal Ismail, lagu itu je satu-satunya yang dapat standing ovation daripada audience. Pastu, last sekali persembahan tu, tetiba muncul Remy Ishak. Pastu Alyah pun lentok kepala kat bahu Remy Ishak... Okay, itu lantak le, walaupun dah tentulah kurang sopan perbuatan itu. Tapi lepas tu, yang si Cheryl Samad tu asyik cakap, “wah, bestnya.. bestnya” tu, apa motif? Bestnya dapat lentok kepala kat bahu Remy Ishak? Hahahah.. So, lame.

Comments

  1. saya dah bape tahun x tgk AJL tuh..hari ni ada la 2-3 org kat opiz dok cite dan barulah saya tau...oo.. dah berlangsung AJL tu rupanyanya..hehe...

    ReplyDelete
  2. me memang suka lagu nanonano semenjak jozan buat lawak pakai lagu tu..

    ReplyDelete
  3. Remy isyak (bak kata Cheryl Samad yg tersasul masa sebut nama remi ishak kan hehehe)Remy mmg cool tp yg paling cool skali ialah Dato m.nasir.cayalah Dato'

    ReplyDelete
  4. Kesian ketinggalan, lagu yg menang tu x pernah dgr. Tp lagu alyah tu baru tau lagu drama tv3 (sib baik masih smpt tengok drama melayu) Hehe.. Duk sini x sempat dgr radio melayu padahal boleh je dgr online. Kdg2 layan sinar (oh tua rupanya saya) hihi..

    ReplyDelete
  5. tak sempat nak tengok betoi2 AJL malamtu sibuk mengemas bilik...
    tapi siapapun yang menang memang tak kisahpun...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Doktor Lelaki dan Aurat Wanita

Sejahteralah ke atas kamu... Saya kerap terfikir, kenapa..... di negara kita ni, tiada penguatkuasaan untuk menempatkan/melantik hanya doktor wanita sahaja di bahagian O & G [ Obstetrics and gynaecology , surgical specialties dealing with the female reproductive organs]. Maksud saya di sini untuk hospital kerajaan. Sapa yang kurang faham, lebih specific saya bagitau, bahagian bersalin di hospital kerajaan.Di hospital swasta tak payah cerita la kan. Pesakit boleh request doktor wanita atau doktor lelaki masa nak bersalin. Orang yang mampu, boleh request doktor yang mereka mahukan. Tapi bagi yang tidak mampu? Graduan perubatan wanita kan ramai. Kenapa tak tempatkan graduan yang ramai itu di bahagian sakit puan? Adakah sebab wanita kurang mahir dengan reproductive organs kaum mereka sendiri? Atau wanita cepat panik untuk sambut wanita lain bersalin? Okayla... Nampak macam saya ni suka mempertikaikan apa yang sudah ditentukan. Negara kita ni katanya negara Islam. Perkara begi...