Skip to main content

Hadiah Kain Untuk Pasangan Membawa Akibat Yang Buruk?


Sejahteralah ke atas kamu wahai sedara dan sedari....


Orang kata, kalo beri baju, atau hadiah yang berunsurkan kain kepada pasangan, nanti akan menyebabkan hubungan tak kekal lama. Siapa percaya angkat tangan......

Saya dulu hampir pernah nak percaya jugak. Pastu lama-lama dah lupa tentang tu. Tadi masa lipat baju, saya terperasan ada satu baju suami saya yang saya pernah beri kepada dia sebelum kami berkahwin, sebelum bertunang juga sebelum kami berjanji apa-apa. Saya tak tau apa motif saya beri baju itu kepada dia yang pada waktu itu hanya kawan biasa. Rasanya sebab saya dapat baju tu percuma, pastu baju tu berkolar dan besar [masa tu besar le baju tu untuk saya, sekarang ok-ok jewww... mencik!]. Bila dah saya rasa macam tak sanggup nak pakai, saya sms dia untuk tanya, nak tak baju tu. Takkan la dia biadab sangat nak jawab tanak kan? Saya tau sangat dia tu memang jenis lelaki yang menjaga hati *sila nyanyi lagu Yovie and Nuno sekarang* ~tak kelakar pon tiga lima salida tak cantik azrul punya. :D

Tah hapa-hapa meleret citer pasal sejarah baju MyCOID tu plak. Berbalik semula ke pangkal jalan cerita, kesimpulannya bagi hadiah yang berunsurkan kain tidak ada kaitan langsung dengan jatuh bangunnya sesuatu hubungan. Kalau hubungan tu tak berkekalan, sudah pastilah bukannya dosa kain itu yang membawa malang terhadap perpisahan, tapi sikap sendiri ye. Jadi, sila percaya bahawa 'memberi hadiah yang berunsurkan kain, sama ada baju, kain pelikat, tuala, sapu tangan, seluar, selendang atau alas meja dan langsir kepada pasangan anda' adalah suatu perkara baik, terpuji dan munasabah.

Jangan mistik sangat boleh tak?

Comments

  1. tu baru bab baju/kain lyd.. klu nk kira..mcm2 lg ..xpham kdg2 tu...

    ReplyDelete
  2. kdg 2 org melayu kita ni mcm2 andaian yg di buat

    ReplyDelete
  3. kan! err.. tp byk gak kes kebetulan yg berlaku (bagi kain pastu clash). jodoh pertemuan ditangan tuhan. :D

    ReplyDelete
  4. Kepercayaan yg sangat mengarut kan? Hadiah kain biasa, bagus la tu, bukan kain kapan...

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Hati-Hati Berbekam Jika Tak Mau Dijangkiti AIDS"

    ReplyDelete
  5. karut...saya dulu selalu jugak bagi hadiah baju pada suami sebelum kahwin...rasa lebih 10 pasang...kekal je smpai skang...semua tu jodoh ketentuan Tuhan...^__^

    ReplyDelete
  6. itu semua mengarut semata-mata. eden suke je kalau dapat baju yang eden selesa dan sesuai pakai

    ReplyDelete
  7. saya baru dengar pantang larang ni.. tapi tak yah la ikut sangat...

    ReplyDelete
  8. tak pernah dengar pantang bagi baju macam ni, tak boleh bagi minyak wangi pernah lah dengar

    ReplyDelete
  9. lady selalu je dgr mcm tu.. org2 tua ckp mcm tu la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, ladybird...

      Nak kongsi cerita jugak. Zaman sekarang bukan wanita jer percaya..i ada jumpa kawan lelaki i pun percaya...sukar i nak gambarkan perkara ini.

      Apa2 pun kita kena balik padaNYA yang maha pencipta...

      Delete
  10. Hi saudari,

    Tertarik dengan entry saudari..heheh ...sudah berkurun2 hal demikian menjadi adat dan kepercayaan masyarakat kita. I tertarik dengam statement " Apa Dosa kain itu?"..its true..yang berdosa kalo bagi kain tu tak ikhlas...kan...

    Kurafat kan percaya hal demikian. Putus dalam hubungan banyak cara pun. Bukan kain menjadi pengantara. Apa2 pun kita sekadar dengar dan hormat pendirian orang-orang tua kan. Satu kisah yang agak menarik di sini.

    Dalam hubungan hanya Usaha , Doa & Tawakkal = bahagia, selebihnya terserah pada ketentuan ilahi agar dipermudah urusan dunia & akhirat.

    Sekian.

    ReplyDelete
  11. Skrg pon masih ad lg org yg pcaya dkt pkara ni...so nk x nak. Tpaksa LA ikut SBB nk jga hati si dia... Takut katanya SBB sblm ni pernah tjadi dkt dia...hmmm...sabar Jew LA...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...