Skip to main content

Masalah Dalaman

Sejahteralah ke atas kamu....

Dah nak dekat seminggu tak update blog, tetiba update blog nak citer pasal masalah emosi. Huhu... Tapi tak kira la. Nak citer jugak. Dah namanya blog. Kan?

Sejak akhir-akhir ni, bila kandungan dah makin sarat, saya jadi semakin sensitif dari segi emosi. Sangat sensitif. Padahal bukannya saya tak tau, emosi saya yang berlebihan, akan mempenagaruhi emosi anak di dalam kandungan rahim saya ni. Tapi ntah la. Kalo ada hal kecik yang menyentuh hati saya, saya akan menangis. Suami saya la jadi mangsa keadaan. Dia la yang gelabah nak kena tenangkan saya. [Okay, part gelabah tu saya tambah-tambah je nak bagi sedap ayat. Kehkeh. Sebenarnya dia cool je sokmo.]

Hal mende la gamaknya yang boleh menyebabkan saya emosi sampai nangis2 tu ye? Actually takde benda pun. Serius ni. Memang takde benda apa pun yang berat. Confuse nak pilih tempat bersalin pun saya nangis. Bertanya khabar dengan kakak-kakak atau abang2 pun saya boleh menangis. Teringat yang waktu saya melahirkan anak nanti, berpantang tanpa mak dan mak tak sempat melihat anak saya pun lagilah saya menangis. Itu semua mungkin sebab rindu. Tak larat nak masak untuk suami pun nangis. Tah hapa-hapa. Haaa. kan percaya tak saya kata sebenarnya takde mende pun. Tengah taip entry ni pun air mata saya laju je mengalir.

Hati sangat sensitif. Tapi bukan la selalu. Bukan tiap-tiap hari pun. Sebab setiap hari saya selalu ketawa je dengan Mat Azghul. Dia suka buat lawak bodeng yang tak tahan nak gelak. Cuma ada waktu-waktu tertentu je datang emosi berlebihan tu.

Dah makin hampir nak bersalin ni, saya semakin nervous. Usia kandungan sekarang dah 32 minggu. Dah 8 bulan hokey mak jemah. Sakit pinggang dan punggung makin ketara. Nak urut lebih-lebih tak boleh plak. Cuma sapu minyak Mestika je. Minyak urut yang ibu rekemen. Memang mujarab. Kalo terlupa nak sapu minyak tu sebelum tidur, esoknya punggung mesti akan sangat sakit. [Semuanya Allah yang izinkan]. 

Mula-mula dulu saya plan nak bersalin kat Kuantan. Tapi bila fikir-fikir balik, susah jugak nak bercuti awal ni. Nak cuti berapa awal? Nanti bila dah cuti, suami saya hanya akan hantarkan saya balik Kuantan. Then dia akan balik KL semula. Nanti kalo saya sakit, saya nak suami saya yang temankan ke hospital. Sempat ke suami saya balik. Jadi, kami dah berbincang untung bersalin di KL saje lah. Saya pilih PPUM sebab paling dekat dengan rumah saya. Ada hospital yang lagi dekat dgn rumah iaitu Hospital Assunta. Tapi tak minat la nak bersalin kat situ. Takde unsur-unsur Islamic pun. 

Kakak saya dah pesan, kalo sakit, jangan tunggu lama-lama sangat. Sebab kalo ikut family history, family kiterang ni jenis mudah bersalin. Macam kakak saya bersalin anak sulung dia, kul 4 pagi contraction sejam sekali. Kul 7 pagi pergi hospital. Kul 8 pagi masuk labour room, kul 8.05pagi dah bersalin. So, dia pesan suami saya jangan nak pegi jauh-jauh sangat bila saya dah sarat ni. Harap-harap saya pun akan dipermudahkan bersalin. Sama macam arwah mak dan kakak-kakak saya. InsyaAllah.

Sebenarnya aku citer pasal mende ni? Hahahah.. Macam takde punch line plak entry ni.

Comments

  1. Biasalah sang ibu yg tgh sarat mmg cepat sensitif nak buat camaner perlukan lebih perhatikan..byk pla kebimbangan hatinya..apapu lyd bykkan tawakkal..takut tuh mmg takut tambah2 yg first..cuma bila time dah dtg..barulah kira rskan ..buat ms nie jgn pikir byk2 yer..releks jer dl..cuma planlah yg manaer2 patut tuh..

    ReplyDelete
  2. perkara biasalah tu.. doakan agar dipermudahkan ye nanti...

    ReplyDelete
  3. sedekah air mata yang banyak tu kepada jiwa, nanti jiwa subur laksana rumput berembun pagi, hijaunya berseri-seri...

    ReplyDelete
  4. toksah nak tacing2 sgt...layan ulangan maharaja lawak mega jom

    ReplyDelete
  5. UmmuAidan : Itu lah... Most of time saya biasa je. Tapi time angin kuskus dtg tu tetiba je jdi mengada2.

    KesumaAngsana : Biasa ke mcm ni KA? KA pun mcm ni jugak ke dulu? Hihi. So, bukan pelik la ye emosi saya ni.

    Nizam Ariff : Cemana nak sedekahkan kat jiwa? Tunjuk ajar ku sifu la. Please.

    Nafisa81 : MRLM yang paling saya rasa kelakar part Johan nyanyi lagu Kosong versi tamil dgn Hati Kama versi cina. Merapu gile.

    Diana : Ooo..cemburu ye? Heheh. Mcm comel je Diana jeles. Biasa nampak diana jenis yang cool je.

    ReplyDelete
  6. Normal la ibu sarat pregnant menjadi sensitif....nak2 bila ada mcm2 yang difikirkan..

    lyd...sy anak first bersalin kat htta kuantan...heheh...so far..ok je situ..

    oh ya..minyak mestika memg bagus dan wangi kan..nanti baby da kuar...guna plak minyak bayi mestika...kalu baby selesema...kembung...insyaAllah cepat elok.

    apapun, semoga dipermudahkan segala urusan awak ye ;)

    ReplyDelete
  7. dh 8 bulan..sbb lyd xlarat kot itu yg jd sensitif tue..serba serbi nak emosi tue. lg satu lyd jgnla pk mcm2 sgt..kdg2 bila pk melampau pun boleh bwk tekanan pd kita strusnya pd baby..mcm sy just go wif flow dan selalu kena pk yg postif jer. xboleh pk lebih2 nti jd stress..

    ReplyDelete
  8. ...best nye jenis senang bersalin... sy paling takut... bila teringat balik bersalin dua2 anak trauma pun ada...tp nk buat mcm mana kannnn... mudah2an kita selamat melahirkan cahaya mata yg dinanti2 ;)

    ReplyDelete
  9. amboih. x larat masak pun nangis gak? sensitif sungguh.

    ReplyDelete
  10. Jiwa halus bakal mama ni :)

    Bertenang ye Lyd, zikir banyak2 tau. Bila teringat je terus zikir :) Moga dipermudahkan semua urusan ye..

    ReplyDelete
  11. jangan mudah emosi kak...happy-happy..

    ReplyDelete
  12. jgn sensitif2 xelok utk kandungan nnt ank kuar pun sensitif jugak... hihihi..
    semoga segalanya dipermudahkan ya.. :D

    ReplyDelete
  13. dah 8 bulan..skejap je..sa mcm baru je tahu awk mgandung..
    jgn kata awk y sdg mgandung..lya sndiri pon slalu ada perasaan sensitif..sesekali, perasaan sedih y sukar digambarkan myelinap dlm hati..selalu sgt.. kdg2 xde apa2 pon.. tp perasaan sedih+terkilan tu xleh nak hilangkan..tiapkali tu jgk..mesti air mata mgalir.. kbyakan mgenangkan psl asya la..

    walau dimanapon pilihan awk nk bsalin.. lya doakan smoga semuanya selamat.. x sabar jgk nak tgk baby nanti..

    ReplyDelete
  14. Biasa la tu mak buyung feeling sorg2...sy dlu pn sama lyd...lg sedih sbb sy n husband duk jauh..tggung sorg2 je tiap2 mlm...cukup 38 mggu,tekanan darah naik mndadak,trus warded...esoknya beranak...smua sbb tension jauh dgn suami,mntak tukar xdpt2...huhu..

    ReplyDelete
  15. Biasalah..perubahan hormon masa mengandung menjadikan cepat sensitif. Yg penting suami memahami...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum lyd...moga dipermudahkan semuanya...:)

    ReplyDelete
  17. takpe, ni kira entri luahan rasa.

    rasanya mmg elok bersalin sini dulu. Then terus balik kg. Org kata kalau tunggu beberapa hari baru jln jauh, agak sakit pd ibu bersalin.

    ReplyDelete
  18. toksah tacing2.. toksah pikiaq byk.. just rileks je ye.. moga dipermudahkan segala urusan nanti

    ReplyDelete
  19. Salam LyD.. 1st nak ucap terimakasih sebab sudi singgah selalu di blog KA all this while, sgt2 KA apreciate. 2nd nak bagi info ni
    Acute morning sickness, known as hyperemesis gravidarum, is a serious medical condition with potential consequences for mother and baby. While seven out of ten pregnant women suffer nausea, usually in the first three months, some are sick morning noon and night throughout, vomiting as much as 25 times a day.

    Until the 1950s, women even died from the condition through becoming dehydrated – Charlotte Bronte is believed to have been a victim. Now dehydration can be treated with a drip and is a common reason for hospitalisation accounting for more than 25,000 admissions a year.

    Others cannot cope with the sickness and seek a termination. Since thalidomide led to children born with birth defects in the 1960s , there is a fear of prescribing anything in pregnancy and the condition is consequently under-treated.

    A Swedish study in The Lancet in 1999 suggested women suffering from the condition were slightly more likely to be carrying a girl.

    Harap2 bermanafaat ye !

    ReplyDelete
  20. hahahaha..bak kata Najip Ali, punch line tu ada di mana2 la Lyd..:D

    ReplyDelete
  21. KA : Thanks utk info tu. Oo... Sampai camtu skali teruknya ye. 25 kali vomit. Nauzubillah.

    Encik H : Punch line ada kat Kokdiang.

    ReplyDelete
  22. anok ko jd orang key ell la yew heheh...anok aku la jadi org nogori haih...

    ReplyDelete
  23. Entry luahan perasaan di saat gundah gulana menantikan kelahiran baby :)

    Kalau dah family history mudah bersalin, akak kena standby la :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...