Skip to main content

Kenapa Gambar Baby Omputih Comel-comel Je

Sejahteralah ke atas kamu....


Entry ni memang tak sesuai untuk jurucamera PROFESSIONAL. Ini untuk orang-orang biasa yang amik gambar guna kemre biasa cap ayam atau kemre henfon je.

Kalau korang perasan, gambar-gambar baby mat salleh selalu je buat kita rasa geram sebab comel sangat. Tapi kalo tengok gambar anak-anak melayu, tak rasa macam gitu sangat pun. Padahal sepatutnya semua bayi adalah comel. Kalo nak kata sebab anak mat salleh tu putih, tak jugak kot. Ada je gambar anak negro yang bila tengok rasa comelnya Ya Allah.... Padahal anak negro pun itam.

Ini adalah daripada pemerhatian saya sebagai seorang yang poyo konon-konon bajet kemrewoman popessyenel.

1.  Bagi saya yang pertama sekali kalo nak dapatkan gambar baby yang comel ialah background/latar belakang. Kalo korang tengok betul-betul gambar anak-anak omputih, background yang mereka amik, takdenya berlatar belakangkan tilam bergambar katun beruang ditambah selimut warna warni gambar katun itik dengan bantal golek dengan sarung bantal macam-macam corak. Background gambar anak2 omputih biasanya hanya gunakan kain warna plain yang satu warna je. Warna plain tu plak lagi best kalo warna tanah je. Dan latar belakang plak takde pun nampak dinding atau rak TV ke, atau nampak kerusi meja. Hanya latar belakang dinding putih sahaja. Kalau backgroud tu ada jugak kat situ, boleh. Tapi makesure kemre ko canggih yang boleh fokus pada baby tu je dan background blur.



2.  Yang kedua untuk mendapatkan gambar anak dengan rupa yang tercomel ialah baju. Anak-anak mat salleh, biasanya amik gambar anak mereka dengan pakaian yang paling natural dan minimal. Biasanya derang hanya pakaikan lampin kain je. Warna putih. Takdenya nak pakai baju-baju saiz besar dengan warna-warna terang yang akan tenggelamkan muka bayi tu. [kita kan suka beli baju saiz besar utk bayi baru lahir supaya tak membazir nanti dia pakai sekejap je bila dia cepat membesar. Tapi itu takde masalah. Saya pun akan buat camtu.]. Biasanya gambar bayi comel yang omputih amik, bayi tu dia tak pakaikan baju. Biar nampak kulit. Derang kan jenis hati kering. Kalo orang Melayu mesti tak sanggup nak bogelkan anak untuk amik gmbr cantik kan? Nanti anak sejuk. Pantang larang pun banyak. Kang anak kembung ke. Padahal negara omputih lagi le sejuk [kecuali summer]. Tapi derang selamba je tak pakaikan baju kat anak derang utk amik gambar.

3.  Ketiga, lighting/pencahayaaan. Yang ni kalo cameraman professional mesti ada lampu sorot yang derang pasang untuk amik gambar [tapi flash atau lampu2 besar tu tak sesuai untuk bayi.]. Tapi kalo kita yang tak pro ni takkan nak guna lampu suluh plak ye tak? So, kalo nak lighting  yang best, amik la gambar kat tepi tingkap. Guna cahaya semulajadi. Kalo sape yang rajin dan hati kering, bleh le amik gambar kat luar rumah. Tapi jangan la letak anak kat atas rumput. Kang kena gigit semut plak. Kalau family jenis supporting bleh la amik gmbar outdoor.

4.  Posing/Pose. Saya perasan, orang melayu suka amik gambar anak dierang dengan pose, derang pegang anak pastu dihalakan budak tu ke kamera. Pastu nanti mula muka budak tu mcm terperanjat atau nampak tegang je. Tapi kalo anak omputih, mereka akan amik gambar anak mereka kalo yang masih bayi, pose semasa tidur. Mereka letakkan anak mereka meniarap atau mengiring. [Mesti bila tali pusat dan tercabut]. Kalau anak dah besar skit boleh duduk sendiri, mereka akan amik gambar anak mereka tengah khusyuk main dengan toys so takde campur tangan orang dewasa yang sibuk nak enterprem tangan konon2 untuk pegang anak tu. Tak perlu pegang sangat. Biar bayi tu pose naturally. Kalo nak pegang pun biar pegang dalm keadaan baby tu selesa.



5.  Zoom. Kalo boleh, amik gambar bayi tu muat2 frame je. Takyah nak nampak latar yang kemain luas, pastu gambar baby tu seciput je kat tengah.
Contoh gambar background tah hapa-hapa. Tapi baby comel.

Contoh 2 background tah hapa-hapa.

Contoh background dengan corak sarung bantal.

Contoh zoom muka muat-muat.

Contoh muka terperanjat baby.
Contoh-contoh gambar kat atas ni memang bukan salah baby yang tak comel. Tapi sebab cameraman tak pandai amik gambar.

Itu je la kot. Elemen-elemen lain tu untuk professional. Perlu diingat, bayi memang comel tak kira anak omputih ke, anak palestine ke, anak cina ke, anak melayu. Semua comel. Cuma cara gambar tu diambil kadang-kadang boleh menenggelamkan kechomelan bayi-bayi ni.

Tapi kalo gambar spontan tu takpe la. Dimaafkan. Takkan le setiap kali nak amik gmbar nak kena prepare background dgn nak undress kan budak tu kan? Tips yang saya cerita ni kalo nak amik gmbar untuk koleksi ekslusif untuk frame kan tampal kat dinding.

Comments

  1. hahahaha... saya kategori orang Melayu yang kering hati bogelkan anak umur 12 hari untuk amik gmbr cantik. tegak bulu roma sumayyah sebab sejuk... kijam gile mama dia... hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam lyd...
    betul th omputih bette sketlah dr segi teknik amek gambar..yg kita amek biasanya byk distractions..maklumlah kemela cap ayam..yg seeloknya ngan kamela cap ayam kena kreatif sikitlah kan...

    ReplyDelete
  3. Desperate mama : Saya rasa saya pun hati kering jugak kot. Cuma kalo org tua tak bagi, saya kena la respect.

    UmmuAidan : Masalah kita mmg sebab kemre cap ayam tu la. Sebab tu bagi tip ni supaya dengan kemre cap ayam pun kita bleh hasilkan gambar yang cantik utk anak kita yang comel tewww.

    ReplyDelete
  4. hahaha. kenapa ntah bila baca macam geli hati je jadinya. yelah...memang kecomelan bayi2 yg memang sedia comel kadang tenggelam dengan background ntah apa2. belum masuk efek semulajadi gegar2 lagi.

    hehe....kalau untuk koleksi boleh je upah mana2 OP untuk amek gambar bayi style mat saleh. bukan selalu...bayi pun makin lama membesar sekali seumur hidup je dia jadi bayi.

    ReplyDelete
  5. hehehe...x kira orng putih ka orang biru ka.... nama kalau bby mcmana pose pun tetap comel...cute :D

    ReplyDelete
  6. tak rajin amik gambo posing2...belasah je...bukan takat background cadar jer...siap background kain baju berbakul tak berlipat pun ada

    ReplyDelete
  7. ...dan yang paling penting, kena ada baby dulu la, kan?

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak tengok baby Lyd...pasti comel kan, dah tau dah...

    ReplyDelete
  9. masa kecik jer chomel dah besar mcm godzilla...hehe

    ReplyDelete
  10. errr..kalau aku pulak, semua gambar budak2 aku tengok comel jer kot..kecuali gambar bayi yg baru lahir, sebab bada aku biasa jer..kadang2 pelik jugak tang mana budak yg baru lahir tu diorang kata comel..kalau yg dah 1-2 tahun tu memang nampak la kecomelan diorang..

    ReplyDelete
  11. teringin nak tambah sorang lagi hihi

    ReplyDelete
  12. ye betul tu.. cara amik gmbr tu senanya kena betul kan..baru la nmpak comel gitu..

    ReplyDelete
  13. tapi bagi saya macam mana cara gambar anak saya diambil..tetap comel..sebab dia anakku...heheheeh

    ReplyDelete
  14. teknik n skills yg paling penting...da kamera canggih manggih kalau xde skills n minat xjd cantik jgk pic tu kan lyd..hehe...sy pndai tgk jer, nk amik pic gna hset cam ayam boleh la..hehehe...

    ReplyDelete
  15. ecece... dah mula belajar camne nak amek gmbr anak ye. hehehe...

    ReplyDelete
  16. as-salam..ghasanya betul jugak..
    nak tgk yg terbaru cuba tgk pic bb azizul hasni awang..ala yg pelumba basikal tu.

    abah dia siap tak pakai baju lagi tau..bb pon tak pakai bju.mmg nampak cantik.bb masih pejam mata lagi.

    harmoni kelauran 5-30 disember 2012 yg cover fasha sandha t ;D

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum lyd....kalau kita amik ikut skil yg betul mesti nampak cantik juga...;)

    ReplyDelete
  18. HAHAHAHAH. mari saya belajar la. mana tahu nanti jadi kemerewomen berjaya !hikss.

    akak bila nak due?

    ReplyDelete
  19. a'ah kan..kena cari port yg best utk dpt gmbr yg cantik2..

    ReplyDelete
  20. akak tak pernah terfikir.. main belasahjer.. maalumler typical melayukan... tak kisah punya.. sebabtu husband akak selalu marah akak hentamjer amek gambar..

    ReplyDelete
  21. Hehehe...mcm tu yer nak bagi gambar nampak cantik. Tak sabar nak tgk baby kamu nanti. Mesti comel.

    ReplyDelete
  22. tunggu ada baby nak ambil gambar cara omputih ni..hehehe

    ReplyDelete
  23. sbb teknology DSLR & microshot menular di sana dulu. lately kita dh boleh tengok byk foto2 baby made in Malaysia

    ReplyDelete
  24. sbb teknology DSLR & microshot menular di sana dulu. lately kita dh boleh tengok byk foto2 baby made in Malaysia

    ReplyDelete
  25. sbb teknology DSLR & microshot menular di sana dulu. lately kita dh boleh tengok byk foto2 baby made in Malaysia

    ReplyDelete
  26. Bby ni macam mana mimik muka sekalipun tetap nampak comel sesangat kan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w