Sejahteralah ke atas kamu....
"tp yang sedihnye xkan nak sekat apa kite nak makan. kesian bby."
"tp yang sedihnye xkan nak sekat apa kite nak makan. kesian bby."
......................................................................
Makan itu adalah keperluan. Nak makan macam-macam itu pulak adalah nafsu. Saya faham kalau ibu mengandung ada mengidam sesuatu. Biasanya mengidam tu makanan la. Makanan yang diidamkan secara logiknya adalah makanan yang memang susah nak jumpa pada hari-hari biasa. Dan mengidam ni pulak sepatutnya sekali je sepanjang 9 bulan mengandung tu [atau 2,3 kali masih boleh diterima]. Itu baru bleh dipanggil 'mengidam'.
TAPI.... kalau setiap hari ada je benda yang ibu mengandung tu teringin nak makan, itu dah bukan mengidam namanya. Lebih-lebih lagi kalo makanan tu plak setakat makanan2 biasa yang hanya perlu dibeli di kedai. Itu namanya nafsu makan berlebihan.
Saya rasa ramai isteri yang suka amik kesempatan bila mengandung ni. Ambik kesempatan untuk request nak makan macam-macam supaya suami penuhi dan suami pergi cari. Jam doblas malam tetiba nak makan tomyam, suruh suami keluar pegi cari jugak. Memang la suami baik dan sanggup jugak carikan, tapi isteri kena la bertimbang rasa. Isteri perlu la pandai kawal nafsu tu. Tomyam bukan tak ada dah esoknya. Bukan tak bagi makan, tapi kan boleh hold keinginan itu ke satu waktu yang suami mudah nak cari. [Isteri-isteri mengandung, jangan marah ye kalo terkena batang hidung. Huhu.. ]. Ada yang kata, time ni la nak uji sejauh mana kasih sayang suami pada kita. Bagi saya, nak uji tu sekali sekala boleh la. Sekali dalam bulan biru boleh la. Tapi kalo dah kerap sangat, itu bukan lagi uji kasih sayang. Itu membebankan je.
Jangan tuduh saya jeles. Suami saya tu saya cakap je la nak makan apa atau nak apa. Dia akan terus je nak keluar pergi cari. Tapi oleh sebab saya pun sayangkan dia. Saya akan halang dia pergi kalau dah malam, atau hujan. Kesian. Nanti kalo jadi apa-apa kat suami, kan dah sedih. Sape lagi yang nak manjakan saya? Sape lagi yang nak layan perangai saya? Lelaki yang dah jadi suami ni biasanya baik. Dia akan berusaha sedaya upaya untuk penuhi permintaan isteri dia selagi dia mampu. Malah dia akan terasa gagal kalau dia tak dapat beri apa yang isteri dia minta. Dan lelaki biasanya akan menganggap semua permintaan isteri mengandung itu adalah mengidam. Suami saya, bila saya makan roti gardenia kat umah adik ipar pun dia kata saya mengidam. [Padahal aku yang tak kenyang-kenyang lepas makan nasik. Hahaha.].
Lagi satu yang saya tak faham, bila setiap kali nak makan apa-apa, selalu libatkan baby dalam perut tu yang nak makan. Heheh. Padahal sebenarnya mak dia yang nak makan, bukan baby. Baby tu tak bersalah pun. Pastu bila makan banyak pun bleh dia kata makan untuk baby sekali. Lagi sekali sian kat baby. Tak pasal-pasal jadi OKT [orang kena tuduh], padahal dia belum lahir lagi. 'Makan untuk 2 orang' tu adalah mitos semata-mata ye. So, kalo berat badan ko naik masa preknen, jangan nak salahkan baby yang nak makan. Sebenarnya ko yang memang tak pandai kontrol nafsu.
So, mommies... Jaga la kesihatan. Jaga la nafsu makan. Mengidam tu boleh, tapi biar la logik. Jangan sampai mengada-ngada. Be rational, please.
banyak citer2 yang KONONNYA pasal2 ngidam sangat2 ni.. saya pun setuju.. kalau kata mitos semata2.. sbb saya mmg jenis kuat makan... tapi time mengandung, kalau kata saya teringinnnnnnnnnnnn sangat nak makan tu ada 2 kali je.. satu nak makan ikan patin gulai tempoyak termeloh, satu lagi coconut shake klebang, melaka.. hmmmm. tu cuma di awal2 ngandong je.. baru panggil ngidam.. kalau dah akhir2 ngandong tu mak yang nak makan.. sbb takot nanti dok dlm pantang semua kena pantang... hahahahaha
ReplyDeleteopsss.. hari tu awak tanya PCM tu apa kan? PCM tu ialah paracetamol a.k.a panadol.. tapi kat spital diorang tak panggil panadol.. sbb panadol tu brand.. ubatnya sebenarnya PCM = PARACETAMOL.. hehehe
aku dah agak dah tu mitos je..makan untuk dua orang kononnye..padahal mak buyung ni yang tak kenyang2..kehekhekeh..janji makan berkhasiat, cukup la kan lyd..
ReplyDeleteyang mengidam tu aku pon cam laki ko gak kot..asal bini aku teringin makan atau nak makan je, semua aku ingat mengidam..hahaha...
I pun, takkanlah I kena tahan-tahan makan... habis tu setan dalam badan I nak makan apa?... hahaha
ReplyDeleteSalam lyd...
ReplyDeleteAde betulnya apa yg awak tulis tuh..sbnrnya ms ngandng..nafsu makan yg lebih..nak salahkan baby pun, berapa % sgt baby amek zat drp apa yg kita makan..makin memberatkan tubuh adlh makan byk2 ms ngandung nie...huhuhu
Kesian baby dalam perut kan. Tak pasal² jadi mangsa. Padahal ibu dia yg nak makan macam². Yang penting kena makan makanan yg berkhasiat.
ReplyDeleteSo far alhamdulillah...tak pernah minum air gula.
Alhamdulillah sepanjang mengandung dulu tak penah mengidam ape2.. Sedar diri pun laki duk jauh time tuh..hahaha!
ReplyDeleteBila org tanye 'ade ngidam ape2 tak masa pregnant?' kdg2 tak tau nak jwb ape sbb takleh nak pk..huu.
Soalan mamavogue : Perlu ke setiap ibu mengandung ni mengidam??
makan macam biasa jer...takde perubahan apa2 pun..lagi suami saya sukat apa yang dimakan..no more soft drink, aiskrim, choc sbb suspect kencing manis kan...
ReplyDeletetp bila mengandung bdn mmg cepat naik walaupun tak makan banyak..sbb proses metabolisme yang slow kot.
betul tu kak Lyd. makan ikut keperluan..bukan makan mengikut nafsu..tahulah ada baby dalam perut..baby pun tak adalah makan banyak pun..
ReplyDeleteassalamualaikum lyd...betul tu makan ikut keperluan jgn ikut selera melampaukan...:)
ReplyDeleteaku ialah menjaga makan ketika mengandung kerana tanak kena kencing manis mahupun darah tinggi dan aku tak makan makanan berasaskan halia sbb aku baca boleh menyebabkan jaundice.
ReplyDeletealhamdulillah..anak saye jadi picky eater.. hihahiahhahaiahia...
Sgt2 setuju 100%!
ReplyDeleteSbb dah terbiasa dgn mitos.baby yg nak mkn. Kalau sygkan suami kenala kesian. Jgn menyusahkan mlm2 buta cari mknn idaman. Mcm tiada esok bagimu je.
*hehe..ckp mcm penah pregnnt. Tapi azam saya mmg nk train minda jgn tunduk pd mitos tak berasas.
perkara paling pelik pada KA adalah bila preggy, boleh jaga makan so x over weight dan maintain cantik je berat tu. Lepas je anak dah besar sikit mulalah selera makan membuak2 hehehe acaner tu
ReplyDeletewalau xpregnant lagi, saya mmg dah dikelilingi wanita2 mengandung, dan memang terbiasa hal2 mkn lebih dari biasa nih..ehhehe...saya pun pikir nnt saya mengandung mesti mcm ni...oh nooo....hahaha...so,masa pregnant still blh kawal berat bdn la kan..
ReplyDeleteHAISHH MCM2 CRITA PASAL IBU NGNDUNG KAK LYD =)
ReplyDeletesaya adalah kategori ibu yg kuat makan masa pregnant... dari berat 55 kepada berat 82 kg.... bukan mengidam... memang suka makan... sudahnya, 5 kali kena minum air gula... sebab doctor tak puas hati saya negative kencing manis.... memang dari zaman anak dara lagi saya dah semai azam nak makan puas puas masa pregnant.... sebab itu je lah excuse saya nak makan puas puas.... hehehehehehehe... *pastu nyesal buruk perangai makan banyak masa pregnant sebab lepas pregnant susah nak kurus... mwahahahahaha*
ReplyDeleteBetul2..truely indeed:-)indeed
ReplyDeleteNak mkn boleh tp mstilah amik mknn yg berkhasiat n tinggi protein je...
Jaga diri yek lyd...
makan ikut keperluan .. sekirannya x membahayakan kandungan ..
ReplyDeletetetapi ada kes yg ibu makan tetap x naik2 .. tu no komen .. tetapi kalau cek betul kandungan macam tuu tahap kolestrol dia tinggi dan penyakit bukan pada dia tapi pada bb ..
soo fikirkan ;)
makan dgn nilai yg sedikit tapi kerap dan kena pilih makanan ;) now days makanan subhanallah banyak racun huhuhu ...
makan ikut keperluan .. sekirannya x membahayakan kandungan ..
ReplyDeletetetapi ada kes yg ibu makan tetap x naik2 .. tu no komen .. tetapi kalau cek betul kandungan macam tuu tahap kolestrol dia tinggi dan penyakit bukan pada dia tapi pada bb ..
soo fikirkan ;)
makan dgn nilai yg sedikit tapi kerap dan kena pilih makanan ;) now days makanan subhanallah banyak racun huhuhu ...
ha.. setuju gak.. akakpun nak keluarkan pendapat yang sama tapi kdg2 orang marahkan.. maalumler anak nak makan kononnyer.. tuler kadang2 tengok dramatu paksa suami carikan sampai menjadi nahas dan sebagainya..
ReplyDeletesekarang siapa susah dahler yang diidam tak dapat .. suami dah takder lagi susahler hidup...
akakni mmg der ler teringin nak makan masa mengandung tapi rs teringin yang biasa .. kalau tak mengandungpun kan daer rasa teringin.. tu sebab akak tak percaya ngat pada mengidamni...
pengalaman ngidam tak da.
ReplyDeletetp perlu mkb ikut keperluan.jgn ikt nafsu.
sian bb jadi okt kan... ;)
hahaha... setuju2. slalu baby yg dituduh. walhal nafsu semata2 tuh.
ReplyDeleteaku takde alasan nak cakap "makan untuk baby"..so aku guna jer alasan "makan untuk 2org"..hehehe
ReplyDeletesy cepat lapar...itu masalahnya..tp xde mngidam itu dan ini, cuma selera mkn tue memg byk skrg, cpt lapar. Nurse pun dh mula pesan suh jg berat bdn skrg..aduhhh..
ReplyDeleteye betul kak..mengidam n mengada2 ialah 2 perkara yg bebeza..kesian suami..
ReplyDeleteHheeee, alasan baby nampak kukuh skit, tu ramai salahkan bby.. kesian bby kan :D
ReplyDelete