Skip to main content

Makan Untuk Siapa

Sejahteralah ke atas kamu....



"tp yang sedihnye xkan nak sekat apa kite nak makan. kesian bby."

......................................................................

Makan itu adalah keperluan. Nak makan macam-macam itu pulak adalah nafsu. Saya faham kalau ibu mengandung ada mengidam sesuatu. Biasanya mengidam tu makanan la. Makanan yang diidamkan secara logiknya adalah makanan yang memang susah nak jumpa pada hari-hari biasa. Dan mengidam ni pulak sepatutnya sekali je sepanjang 9 bulan mengandung tu [atau 2,3 kali masih boleh diterima]. Itu baru bleh dipanggil 'mengidam'.

TAPI.... kalau setiap hari ada je benda yang ibu mengandung tu teringin nak makan, itu dah bukan mengidam namanya. Lebih-lebih lagi kalo makanan tu plak setakat makanan2 biasa yang hanya perlu dibeli di kedai. Itu namanya nafsu makan berlebihan. 

Saya rasa ramai isteri yang suka amik kesempatan bila mengandung ni. Ambik kesempatan untuk request nak makan macam-macam supaya suami penuhi dan suami pergi cari. Jam doblas malam tetiba nak makan tomyam, suruh suami keluar pegi cari jugak. Memang la suami baik dan sanggup jugak carikan, tapi isteri kena la bertimbang rasa. Isteri perlu la pandai kawal nafsu tu. Tomyam bukan tak ada dah esoknya. Bukan tak bagi makan, tapi kan boleh hold keinginan itu ke satu waktu yang suami mudah nak cari. [Isteri-isteri mengandung, jangan marah ye kalo terkena batang hidung. Huhu.. ]. Ada yang kata, time ni la nak uji sejauh mana kasih sayang suami pada kita. Bagi saya, nak uji tu sekali sekala boleh la. Sekali dalam bulan biru boleh la. Tapi kalo dah kerap sangat, itu bukan lagi uji kasih sayang. Itu membebankan je.

Jangan tuduh saya jeles. Suami saya tu saya cakap je la nak makan apa atau nak apa. Dia akan terus je nak keluar pergi cari. Tapi oleh sebab saya pun sayangkan dia. Saya akan halang dia pergi kalau dah malam, atau hujan. Kesian. Nanti kalo jadi apa-apa kat suami, kan dah sedih. Sape lagi yang nak manjakan saya? Sape lagi yang nak layan perangai saya? Lelaki yang dah jadi suami ni biasanya baik. Dia akan berusaha sedaya upaya untuk penuhi permintaan isteri dia selagi dia mampu. Malah dia akan terasa gagal kalau dia tak dapat beri apa yang isteri dia minta. Dan lelaki biasanya akan menganggap semua permintaan isteri mengandung itu adalah mengidam. Suami saya, bila saya makan roti gardenia kat umah adik ipar pun dia kata saya mengidam. [Padahal aku yang tak kenyang-kenyang lepas makan nasik. Hahaha.]. 

Lagi satu yang saya tak faham, bila setiap kali nak makan apa-apa, selalu libatkan baby dalam perut tu yang nak makan. Heheh. Padahal sebenarnya mak dia yang nak makan, bukan baby. Baby tu tak bersalah pun. Pastu bila makan banyak pun bleh dia kata makan untuk baby sekali. Lagi sekali sian kat baby. Tak pasal-pasal jadi OKT [orang kena tuduh], padahal dia belum lahir lagi. 'Makan untuk 2 orang' tu adalah mitos semata-mata ye. So, kalo berat badan ko naik masa preknen, jangan nak salahkan baby yang nak makan. Sebenarnya ko yang memang tak pandai kontrol nafsu. 

So, mommies... Jaga la kesihatan. Jaga la nafsu makan. Mengidam tu boleh, tapi biar la logik. Jangan sampai mengada-ngada. Be rational, please.

Comments

  1. banyak citer2 yang KONONNYA pasal2 ngidam sangat2 ni.. saya pun setuju.. kalau kata mitos semata2.. sbb saya mmg jenis kuat makan... tapi time mengandung, kalau kata saya teringinnnnnnnnnnnn sangat nak makan tu ada 2 kali je.. satu nak makan ikan patin gulai tempoyak termeloh, satu lagi coconut shake klebang, melaka.. hmmmm. tu cuma di awal2 ngandong je.. baru panggil ngidam.. kalau dah akhir2 ngandong tu mak yang nak makan.. sbb takot nanti dok dlm pantang semua kena pantang... hahahahaha

    opsss.. hari tu awak tanya PCM tu apa kan? PCM tu ialah paracetamol a.k.a panadol.. tapi kat spital diorang tak panggil panadol.. sbb panadol tu brand.. ubatnya sebenarnya PCM = PARACETAMOL.. hehehe

    ReplyDelete
  2. aku dah agak dah tu mitos je..makan untuk dua orang kononnye..padahal mak buyung ni yang tak kenyang2..kehekhekeh..janji makan berkhasiat, cukup la kan lyd..

    yang mengidam tu aku pon cam laki ko gak kot..asal bini aku teringin makan atau nak makan je, semua aku ingat mengidam..hahaha...

    ReplyDelete
  3. I pun, takkanlah I kena tahan-tahan makan... habis tu setan dalam badan I nak makan apa?... hahaha

    ReplyDelete
  4. Salam lyd...
    Ade betulnya apa yg awak tulis tuh..sbnrnya ms ngandng..nafsu makan yg lebih..nak salahkan baby pun, berapa % sgt baby amek zat drp apa yg kita makan..makin memberatkan tubuh adlh makan byk2 ms ngandung nie...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Kesian baby dalam perut kan. Tak pasal² jadi mangsa. Padahal ibu dia yg nak makan macam². Yang penting kena makan makanan yg berkhasiat.

    So far alhamdulillah...tak pernah minum air gula.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah sepanjang mengandung dulu tak penah mengidam ape2.. Sedar diri pun laki duk jauh time tuh..hahaha!
    Bila org tanye 'ade ngidam ape2 tak masa pregnant?' kdg2 tak tau nak jwb ape sbb takleh nak pk..huu.

    Soalan mamavogue : Perlu ke setiap ibu mengandung ni mengidam??

    ReplyDelete
  7. makan macam biasa jer...takde perubahan apa2 pun..lagi suami saya sukat apa yang dimakan..no more soft drink, aiskrim, choc sbb suspect kencing manis kan...
    tp bila mengandung bdn mmg cepat naik walaupun tak makan banyak..sbb proses metabolisme yang slow kot.

    ReplyDelete
  8. betul tu kak Lyd. makan ikut keperluan..bukan makan mengikut nafsu..tahulah ada baby dalam perut..baby pun tak adalah makan banyak pun..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum lyd...betul tu makan ikut keperluan jgn ikut selera melampaukan...:)

    ReplyDelete
  10. aku ialah menjaga makan ketika mengandung kerana tanak kena kencing manis mahupun darah tinggi dan aku tak makan makanan berasaskan halia sbb aku baca boleh menyebabkan jaundice.

    alhamdulillah..anak saye jadi picky eater.. hihahiahhahaiahia...

    ReplyDelete
  11. Sgt2 setuju 100%!

    Sbb dah terbiasa dgn mitos.baby yg nak mkn. Kalau sygkan suami kenala kesian. Jgn menyusahkan mlm2 buta cari mknn idaman. Mcm tiada esok bagimu je.

    *hehe..ckp mcm penah pregnnt. Tapi azam saya mmg nk train minda jgn tunduk pd mitos tak berasas.

    ReplyDelete
  12. perkara paling pelik pada KA adalah bila preggy, boleh jaga makan so x over weight dan maintain cantik je berat tu. Lepas je anak dah besar sikit mulalah selera makan membuak2 hehehe acaner tu

    ReplyDelete
  13. tye la..dia yang buruk lantak disalahkan baby pulak..

    ReplyDelete
  14. walau xpregnant lagi, saya mmg dah dikelilingi wanita2 mengandung, dan memang terbiasa hal2 mkn lebih dari biasa nih..ehhehe...saya pun pikir nnt saya mengandung mesti mcm ni...oh nooo....hahaha...so,masa pregnant still blh kawal berat bdn la kan..

    ReplyDelete
  15. HAISHH MCM2 CRITA PASAL IBU NGNDUNG KAK LYD =)

    ReplyDelete
  16. saya adalah kategori ibu yg kuat makan masa pregnant... dari berat 55 kepada berat 82 kg.... bukan mengidam... memang suka makan... sudahnya, 5 kali kena minum air gula... sebab doctor tak puas hati saya negative kencing manis.... memang dari zaman anak dara lagi saya dah semai azam nak makan puas puas masa pregnant.... sebab itu je lah excuse saya nak makan puas puas.... hehehehehehehe... *pastu nyesal buruk perangai makan banyak masa pregnant sebab lepas pregnant susah nak kurus... mwahahahahaha*

    ReplyDelete
  17. Betul2..truely indeed:-)indeed
    Nak mkn boleh tp mstilah amik mknn yg berkhasiat n tinggi protein je...

    Jaga diri yek lyd...

    ReplyDelete
  18. makan ikut keperluan .. sekirannya x membahayakan kandungan ..

    tetapi ada kes yg ibu makan tetap x naik2 .. tu no komen .. tetapi kalau cek betul kandungan macam tuu tahap kolestrol dia tinggi dan penyakit bukan pada dia tapi pada bb ..
    soo fikirkan ;)

    makan dgn nilai yg sedikit tapi kerap dan kena pilih makanan ;) now days makanan subhanallah banyak racun huhuhu ...

    ReplyDelete
  19. makan ikut keperluan .. sekirannya x membahayakan kandungan ..

    tetapi ada kes yg ibu makan tetap x naik2 .. tu no komen .. tetapi kalau cek betul kandungan macam tuu tahap kolestrol dia tinggi dan penyakit bukan pada dia tapi pada bb ..
    soo fikirkan ;)

    makan dgn nilai yg sedikit tapi kerap dan kena pilih makanan ;) now days makanan subhanallah banyak racun huhuhu ...

    ReplyDelete
  20. ha.. setuju gak.. akakpun nak keluarkan pendapat yang sama tapi kdg2 orang marahkan.. maalumler anak nak makan kononnyer.. tuler kadang2 tengok dramatu paksa suami carikan sampai menjadi nahas dan sebagainya..
    sekarang siapa susah dahler yang diidam tak dapat .. suami dah takder lagi susahler hidup...
    akakni mmg der ler teringin nak makan masa mengandung tapi rs teringin yang biasa .. kalau tak mengandungpun kan daer rasa teringin.. tu sebab akak tak percaya ngat pada mengidamni...

    ReplyDelete
  21. pengalaman ngidam tak da.
    tp perlu mkb ikut keperluan.jgn ikt nafsu.

    sian bb jadi okt kan... ;)

    ReplyDelete
  22. hahaha... setuju2. slalu baby yg dituduh. walhal nafsu semata2 tuh.

    ReplyDelete
  23. aku takde alasan nak cakap "makan untuk baby"..so aku guna jer alasan "makan untuk 2org"..hehehe

    ReplyDelete
  24. sy cepat lapar...itu masalahnya..tp xde mngidam itu dan ini, cuma selera mkn tue memg byk skrg, cpt lapar. Nurse pun dh mula pesan suh jg berat bdn skrg..aduhhh..

    ReplyDelete
  25. ye betul kak..mengidam n mengada2 ialah 2 perkara yg bebeza..kesian suami..

    ReplyDelete
  26. Hheeee, alasan baby nampak kukuh skit, tu ramai salahkan bby.. kesian bby kan :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya