
Sejahteralah ke atas kamu....
Ni berita hangat
Sultan Pahang memang terkenal dengan sultan yang paling pemurah dengan kurniaan pangkat Dato' ni. Rasanya ramai jugak artis Melesia ni dapat Dato' hasil daripada kemurahan hati sultan koi ni. Sebab tu la saya ni pemurah. Take after sultan saya la ni. Ngeh. Ngeh..
Ramai yang anggap, artis-artis ni memberi sumbangan besar terhadap negara, jadi mereka memang layak dianugerahi gelaran Dato', untuk menghargai jasa mereka katanya. Saya taknak komen pasal jasa, atau sumbangan mereka. Terpulanglah. Nak hargai, hargailah. Tapi... [*memanjang aku ni ada tapi. Hahaha. Ahhh.. Takde tapi-tapinya lagi!!!]. Lagi sekali nak ulang, TAPI.... saya rasa, lebih cool kalau dicipta satu gelaran lain untuk menghargai golongan aretis. Kreatif kan idea saya? *benci ke? tak baik menci-menci orang tau... berdosa.*
Cadangan saya, pekata kalau berikan gelaran baru untuk artis supaya dapat bezakan anugerah tu untuk kategori apa. Walaupun tak semua Dato yang bukan artis betul-betul memberi sumbangan kepada negara, sebab ada jugak yang 'tergamak kau Melly', membeli pangkat Dato tu,[ Tak malu punya worang itu macham.] tapi itu cerita lain la kan. Asalkan takde orang lain tau dia beli gelaran Dato tu, selamat le dia.
Bukan apa, jasa terhadap negara ni ada banyak jenisnya. Masakan seseorang yang betul-betul membela nasib rakyat, yang membantu orang miskin dan membangunkan kawasan lalu dia diberikan pangkat Dato' adalah sama jasanya dengan seorang pengacara rancangan hiburan yang... err... melalaikan dan tiada pengisian minda serta tidak membangunkan masyarakat pun? Sama tak? *Ini contoh ye.. harap faham. Sape tak faham angkat tangan.
Bukan nak kata artis tidak layak dihargai, tapi kalau boleh bezakan la skit gelaran tu daripada gelaran terhormat untuk orang-orang bukan artis yang berjasa terhadap negara. Bagi saya, Chef Wan memang layak digelar Dato'. Walaupun beliau dikira sebagai celebriti, tapi beliau dah mewangikan nama negara kita di seluruh dunia - dalam bidang masakan. Dan yang penting beliau orang Pahang. Kuheh...kuheh. Dato' Siti plak, walaupun dia orang Pahang jugak, tapi saya takleh la berat seblah di dalam memberi pendapat. Saya rasa dia belum layak digelar Dato'. Maaf Dato' Siti, kita kan sekampung, lagipun i ni peminat you taww walaupun i tak pernah beli album you dan tak penah hafal lagu-lagu you. Tapi i still peminat no 123,456 you, okay.
Kesalahan lalu, takkan dapat ditebus dengan memberi pingat dan anugerah kepada sebarangan orang. Kesalahan lalu itu merujuk kepada betapa kita semua tidak sempat memberi penghargaan terhadap Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa beliau maish hidup. Saya rasa, itulah sebabnya sekarang ni, lepas satu, satu anugerah diberikan kepada artis. Bukan apa, takut nanti, gelaran Dato itu tidak membawa makna apa-apa jika terlalu mudah diberikan kepada sesiapa tanpa kelayakan sebenar-benarnya.
wow..rakyat yg prihatin...
ReplyDeletepekat ngat yak base phg aok,,..
ReplyDeletepingat kalo dah boleh beli koi pun boleh jadi datok ye dak.. tak daye kan ..
salam;
ReplyDeletekalau difikif berkali2 memang ada kebenaraannya juga pendapat awak ini,sepatutnya golongan artis ni diberi gelaran lain bukannya dato.
ntah jadi mcm ni tak tau nak komen apa..tapi pada aku takde sebab nak bg diorang pgkat dato'..apa jasa diorang sampai yg beria sgt nak bg anugerah macam tu..??? boleh senaraikan jasa2 diorang?? pada aku dr bg pangkat tu kat diorang baik bg kat peneroka felda sebab diorang lagi bnyak berjasa menambahkan ekonomi negara..
ReplyDeletelady x setuju gelaran dato' diberikan.. kecuali dato bercucu..
ReplyDeletebetul jugak saranan tu.. cari gelaran lain..
Umi setuju apa yang lyd cakap .. gelaran itu harus diberikan kepada orang yang berjaya kpd negara ..hrmm
ReplyDeleteArtis perlu ada gelaran yang terhormat sendiri .. tapi walau apapun ..sultan lyd memang baik hati :)
retis ni xpyh pun xpe..hoho~
ReplyDeleteutgla dpt dao. hehe
ReplyDeletewaaa best la dorg dpt dato ><
ReplyDeletehuhu siap yg ke 123,456? huhu :D
pasni nk tkr nama la.Dato' Muhd Abg Stalker.mcm cute je..^^
ReplyDeletehaha, idea bernas tuh, banyak sangat artis yang dapat gelaran, tapi cuma seciput yang diketahui nape dapat gelaran tu
ReplyDeletebesar sgt ke jasa kat negara nak dapat Dato' tu...cam tak layak aje...hhmmm
ReplyDeletehmm..sekarang ni title Dato' dah takde pape..ramai sangat yang jadi Dato'.
ReplyDeleteAda stengah member, dengan bangganya nama profile kat FB pun tulis Aminah Dato' Ali (sebagai contohhh). Haih, bangga sangat gamaknya jadik anak Dato'.
Hey! I just wanted to ask if you ever have any issues with
ReplyDeletehackers? My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing months of hard work due to
no backup. Do you have any solutions to prevent hackers?
Have a look at my web page : Skin Pores