Sejahteralah ke atas kamu...
Biasanya aku pakai stokin hitam
bila keluar rumah @ gi ofis. Stokin hitam bagi aku memberi imej elegan[kot-kot
perasaan aku je]. Lagi pun biar orang tak terconfuse bila aku pakai stokin
warna kulit nanti orang anggap tu warna kaki aku, padahal aku pakai stokin. Bab
stokin ni aku agak confuse skit konsep dgn dengan pakai baju ketat. Kalau kita
takleh pakai baju ketat sebab menampakkan susuk badan, stokin pun ketat juga,
menampakkan susuk kaki. Silap-silap kalau pakai stokin, lagi nampak seksi. Maklumla,
nampak bentuk kaki tu dah cantik then kulit plak nampak flawless je kan sebab
pakai stokin berwarna sama dengan kulit. So, sebab tu aku lagi prefer pakai
stokin hitam. *tapi sepengetahuan aku, kaki ni termasuk dalam aurat yang tak
berat, tidak seberat aurat breast, dan anggota kemaluan yang lain. Tapi aku pun
tak pasti juga pasal ni. Ada ke aurat berat atau aurat ringan? Huhu.. Tolong
jawab siapa tahuk.
Tapi sekali sekala, ada juga aku
pakai stokin warna kulit. Kena la rotate giliran stokin yang ada. Kalau aku
pakai stokin skin color ni, bila balik rumah, tengok stokin mak aihhh....
berbekas hitam pada pergelangan kaki stokin. Kotoran melekat. Juga pada belakang tumit dan hujung jari
stokin.
Jadi. No wonder girl la kalau ada
sesetengah wanita tu, bila kita tengok muka dia putih, tapi tgk kaki gelap. Ni
la sebab dia. Sebab tak pakai stokin. Kotoran tiap2 hari melekat pada kaki. Nak
pulak kalau jenis yang tak de masa nak sental kaki lebih-lebih waktu mandi.
[Biasanya kalo ada anak kecik atau anak ramai, mandi asal boleh je. Takde dah nak belek diri sendiri satu persatu
macam masa bujang dulu. Masa itu platinum bila dah jadi mak-mak.]. Kalau kaki
tak bertukar jadi lebih gelap dari muka sekali pun, kulit kaki nampak kering
dan berdebu. Girlsss... sila check kaki anda sekarang.
Memang aku akui mula-mula rasa
leceh. Sebab nak pakai stokin kena membongkok then kena ulang dua kali, kanan
dan kiri. Aku selalu je pakai stokin sambil berdiri. Muahaha. Pemalas aku ni. Cemana
aku boleh begitu berazam nak pakai stokin, kisahnya macam ni. Eceh, padahal
takde la nak dikatakan ‘kisah’ sangat pun. Hahaha. Aku kalau masa nak masuk
kereta, waktu nak langkah kaki masuk kereta tu, kain aku selalu tersingkap
sampai betis. Dulu aku tak kisah, tapi lama-lama aku rasa malu orang nampak
kaki aku. *biasanya pagi2 takde orang pun kat situ. Tapi saje la nak malu
jugak.*. Pastu, aku perasan gak bila kawan aku naik tangga, akan ternampak jugak
betis dia sikit. Jadi, aku fikir, aku pon pakai kain macam dia... Aku pun naik
tangga. Jadi mesti betis aku pon akan ternampak bila naik tangga. *kita sendiri
memang takkan nampak kaki kita waktu kita naik tangga. Sebab pandangan kita
dari atas jadi tak nampak pandangan dari belakang. Atau mungkin perut boroi tak
nampak kaki. Muahahah.
Jadi... marilah kita pakai stokin
untuk menutup aurat. J.
*tolong la... pleaseeee jangan
anggap entry ini entry riak. Kalau ko nak cari kelemahan aku dalam blog aku ni,
nescaya ko akan jumpa. Ada banyak kelemahan yang aku pamerkan secara tak
sengaja dalam setiap entry aku, sikap buruk aku. TAPI, jika ko nak cari yang
positif dari blog aku ni.... insyaAllah, kebaikan itu lebih banyak daripada yang
buruk.
Bagus apa berstokin ni !.. ala2 x kisahlah orng nak kata nk kutuk apa, KA enjoy je baca.. kalau dah terbabas2 cerita tu,, KA tumpang senyum & kdg gelak aje
ReplyDeleteSaya belum berstokin lagi, Lyd. Sebabnya... malu pulak nak cakap. Saya ni kalau drive kena kaki ayam. Tak feeling syiok nak menekan minyak ke, brek ke kalau pakai kasut. So bila saya pakai sarung kaki, tetiba bila keluar kereta, hitam alahai sarung kaki saya (Betul kata Lyd better pakai socks kaler hitam selamat sikit...) Nampak cam pengotor aje perempuan melayu terakhir ni padahal muka dah makeup marbeles abis dah... Tapikan saya pun rasa macam perlu nak berstokin dan tutup aurat sebaik-baiknyalah... Ini rambut tutup, tangan nampak sampai ke lengan pulak... Aduhai...
ReplyDeletemalas..stokin asik hilang je..
ReplyDeleteMekasih atas peringatan lyd. Masiih cuba nak perbaiki cara berpakaian ☺
ReplyDeleteSaya hanya berstokin sewaktu bermain bola sahaja. Pergi kerja, tak pernah nak lekat stokin kat kaki, asyik hilang sebelah je kerjanya. Haha.
ReplyDeleteKalau perempuan yang pergi kerja pakai seluar seperti isteri saya (dia seorang jururawat) agaknya tak payah pakai stokin kot.
ReplyDeleteNota: Saya ingat tadi bila baca tajuk muka putih kaki hitam entri mengenai pencerah muka!!....
InsyaALLAH nak jua pakai stokin setiap kali keluar rumah ni.
ReplyDeleteAku pakai socks sbb tak nak kaki melecet...
ReplyDeleteCiter pasal stoking ni tingat my nenek memang sentaiasa pakai stoking, sampai bila dia nak keluar angkat kain depan umah pun sempat lagi sarung stoking, sampai kadang2 I yang cucu setan ni cakap tak payah la depan tu kejap jer pun.. huhuh.
ReplyDeletedisebabkan pakai stokin ni la i di jadi bahan cerita tau.. sakit je hati.. pi kja mmg pakai stoking pon sbb dh terbiasa kan dri dulu. rasanya dri zaman sekolah kot dh pakai stoking ni..
ReplyDeletesedey nya hati ni.dorng x tahu pon apa niat sy yg sebenarnya.. suka suka je jadikan stoking sy sbgai isu.. grrrr..
tido mlm pon pkai stoking tau.. muahahaa. dorng je x nmpk..
ReplyDeleteSy dulu rajin jugak pakai stokin..ntah camaner bila dok sini lelamer jd malas lak..tetambah bila sy pakai stokin orang dok tengok jer kat kaki sy sy rasa..heheh..
ReplyDeletekat sini ikut mazehabnya kaki tu bkn aurat..ms semayang pun depa tak tutup kaki..ntahlah sy mls nak argue sgt kan hal cam nie takut org lain rs tak sedap..
Entri pasal stokin rupanya.. Apa nak komen eh. Hehe
ReplyDeletecerita ringkas pasal stokin tp byk maksud tersirat klu kita amik demi kebaikan..sy tak berstokin keopis..sama macam MD,suka drive berkaki ayam..dh tu sy park kereta jalan dua tiga lgkah dh smp opis..tak sempat kot org nk tgok kaki sy.hehe
ReplyDeletewife aku pakai stokin style ninja turtle. hehehe...
ReplyDeletepkai stoking kalau berjalan-jalan jauh. tp kalo ke kedai sarung selipar jepun je. pernah la kena tegur dgn husben... keluar tak pakai stoking. huhu...
ReplyDeleteAkk pakai stokin kat opis jr. Sejuk kaki klw x pakai. Kaler hitam ada kaler skin pun ada.
ReplyDeleteAkk pakai stokin kat opis jr. Sejuk kaki klw x pakai. Kaler hitam ada kaler skin pun ada.
ReplyDeletewnita..brstoking.nmpk kmas dn brgya..dri kcamata.lelaki.bila terpndang.
ReplyDelete