Skip to main content

Blue Tea (Butterfly Pea Flower Tea)

Sejahteralah ke atas kamu.....

Kan cuti raya haji baru-baru ni. Aku sudah semestinya balik ke kampung. Kesan yang paling rutin selepas balik dari kampung ialah demam. Batuk. Selsema. Dah macam free gift plak ye. Dengan setiap kepulangan ke kampung, percuma demam, batuk dan selsema. Dapatkannya segera, tanpa ragu-ragu.

Aku biasanya kalau kena batuk memang lama. Paling cepat sembuh seminggu. Biasa mestinya 2 minggu.

Minggu sebelum cuti raya haji, kat ofis aku ada open order Teh Biru. Aku tak beli. Aku bercadang hanya nak mengecek sikit je dengan kawan-kawan aku yang beli. Kekeke. Nak rasa je. Bukan nak buat mentekedarah pun. Harap kawan-kawan aku tak berkira la dengan aku bila aku mintak sikit. Owh, untuk pengetahuan chuolls, kat ofis iolls ni ada satu group WhatsApp khas untuk bershopping. Konon macam ala-ala JPO, MPO dan GPO. So kami bagi nama group tu 
=  S** Premium Outlet. Ringkasannya jadi SPO. Cool kan? 

So, bila aku masuk ofis semalam, dengan batuk dan selsema. Sempat aku buat air teh bunga biru ni, mintak dengan kawan aku yang namanya kalau dengar, terbayang dia boleh berlari pantas seperti harimau bintang Africa, tapi hakikatnya tidaklah sepantas itu. Heheh. Peace. 

Macam gini la bentuk bunga tu. Bunga biru ni dalam bahasa Melayu dipanggil Bunga Telang. Ala, yang orang gunakan untuk buat nasi kerabu tu. Warna dia, perghhh... Memang dramatik. Menyeramkan. Boleh menggigil buah pinggang kalau buah pinggang tu ada mata la. Tapi oleh sebab dia pewarna yang natural, so ko boleh kabo ke buah pinggang tu, "takpe, rilek..rilek... they won't harm.". Cheyy wahh.. Speaking homputish dengan buah pinggang sendiri.

Sebab nak ambil gambar untuk letak dalam blog punya pasal, sanggup ni pergi salin air biru ni dalam botol juice. Padahal kalau tak ambil gambar, minum je dalam cawan sumbing. Saje je nak bagitahu, betapa fake nya aku ni sebagai seorang blogger. Dalam blog kemain cerita macam ajet-ajet agus je. Padahal kat luar, selebet cam cipan. Eh, takla. Aku tak fake. Aku jujur tau.

Aku tak sure la sama ada memang effect teh biru ni atau memang sebab aku demam, tapi lepas aku minum teh biru suam ni, aku pening kepala memusing. 2 kali aku minum, 2 kali juga kepala memusing.  Tapi yang ajaibnya, aku boleh tidur lena malam tadi. Tak batuk. Biasa kalau musim aku batuk tu, malam memang la takde harapan nak tidur. Kahak pun macam kering je. Aku tak sure sama ada sebab teh ni, atau madu kelulut. (Actually madu kelulut aku memang biasa consume juga setiap kali batuk dan selsema. Tapi still je lambat baik.).




Aku bukan la nak kata Teh Biru ni yang mujarab, cuma mungkin ia hanya sebagai salah satu asbab kesembuhan sahaja.

Rasanya seperti apa? Aku boleh katakan rasanya seperti air rebusan kangkung. Rasa tumbuhan. Aku memang tak letak madu atau lemon seperti yang disarankan. Hanya plain sahaja. Kalau letak madu, mungkin rasanya lebih baik kot. 

Sesiapa yang nak try, boleh la cuba contact sendiri no telefon yang ada kat dalam gambar yang iols tepek di bawah ini.

Tapi nape nama dia mcm ada 'clitoria'? Mcm clitoris je sekali pandang. Kwangkwang.


Comments

  1. Kalau dah rasa macam air kangkung, memang buah pinggang I tak tertanggunglah, Lyd.

    Itulah pasal, nak juga tanya tadi apasal ada clitoris, eh clitoria pulak? Seram sejuk nak minta sikit tau walaupun orang beri free jerk!

    ReplyDelete
  2. rumah kita banyak bunga ni Lyd. kdg rajn jugak petik.. rendam air.. kadang malas.
    berlambak lyd. tanam lah..mudah hidup.

    ReplyDelete
  3. Ye..bunga ni mmg famous utk buat nasi kerabu...buat dessert pun ada..lawaa

    ReplyDelete
  4. menarik ni. boleh cuba la...

    ReplyDelete
  5. kalo perhatikan rekabentuk bunga tu...mmg maksud klitoria itu adalah seperti yg difikirkan

    ReplyDelete
  6. ingat kan kalau nak rasa boleh contect harimau bintang tu hehehe... aku masuk minggu ke2 suara sengau & batuk2

    ReplyDelete
  7. Br kenai pokok ni.kwn cina tanam.try gak 3 kuntum ambik pd dia.ada rasa kelat2.bagus tuk cuci darah katanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...