Skip to main content

Maneketehe..


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Saya nak cerita tentang En Stormpong. Sebelum saya menjadi semakin tua dan ingatan saya semakin mengecil, maka eloklah saya simpan di sini supaya kisah ni tak hilang....

Untuk mendapat efek yang menyeluruh, saya menyarankan supaya kamu dpt membaca entry ini dengan penuh fokus. Sebab kalo tak fokus, nanti maksud tak sampai. :D ngeeee...

Situasi 1
Di dalam kereta saya yang dipandu oleh En Stormpong semasa perjalanan pulang ke KL dari kampung kami, tetiba saya rasa mcm sanggul rambut saya terlepas sebab sepit rambut saya tercabut. Pastu saya pon cakap kat En Stormpong,
"Alamak... rambut saya tercabut la awk... Awk jgn tengok ek? Saya nak betulkan rambut saya jap"
Stormpong : Eh, apsalnyer? Awk pakai rambut palsu ke? Siap bleh tercabut lagi. Hahaha.
~ beliau dah mula mengetawakan saya.
Lydi : Eiii... mana ada la.. sepit rambut saya tercabut la.
~ En Stormpong masih gelakkan saya sambil buat muka menganjeng dan ejek saya pakai rambut palsu. Saya pun tumpang gelak skali la kat diri saya. Kehkeh. Sebab cara beliau mengejek saya tu mmg kelakar. Tak reti nak citer. Sejak dari tu, kes rambut palsu tu dah jadi modal utk beliau kutuk saya selain beliau selalu ejek saya ni 'lelaki' sebab saya ader misai dan ader halkum. [Padahal, beliau bukan penah tgk pun leher saya. Cacat beliau tu.]

..................................


Situasi 2
Juga di dalam kereta yang dipandu oleh En Stormpong, semasa perjalanan nak ke suatu tempat. Beliau citer kat saya tentang satu kisah berkenaan isteri salah seorang pembesar negara kita ni[biar saya namakan beliau sebagai En Mat aje la]. Beliau kata, kawan beliau yang citer kan kisah tu kat beliau. Kisahnya begini;

Stormpong : Kawan saya tu keja kat umah En Mat, jadi pembantu kat umah tu. Pastu, ader satu malam tu, masa semua orang dah tido, kwn saya dgr mcm bunyi orang main piano. Then dia rasa cuak jugak, memalam ni... kot-kot hantu ke.. Huhu. Pastu kwn saya pegi la mengendap* sbb nak tgk saper kah gerangan yang main piano tu. Bila dia usyar dari jauh, dia nampak ader sorang yang botak main piano. Dia pegi la dekat sbb nak tau saper plak yg botak tu... rupa-rupanya wife kepada En Mat. Rupanya selama ni wife En Mat pakai rambut palsu je. Kehkeh. Lepas dah kantoi, En Mat pecat kawan saya tu dan bagi pampasan. Haaa... gitu la kisahnya. Saya tak tau la betul ke tak citer ni, kalo kawan saya tipu, maka saya pon tipu la yer....

~ Pastu saya gelak-gelak je la. Pastu sambung la bercerita merepek yg lain plak.

..................................


Kalo dgn En Stormpong, saya suka guna perkataan 'maneketehe' kalo saya nak ckp yang saya tak tau. Sebab 'maneketehe' tu saya tgk dlm sinetron Indon [Cinta Indah], biler ader satu watak lelaki lembut dalam sinetron tu selalu sebut perkataan 'mana ku tahu' sebagai 'maneketehe'. Yang pasti, saya memang guna perkataan tu masa bercakap dengan beliau je. Tapi beliau memang benci kalo saya sebut pekataan tu. Memang beliau geram sangat bila saya sebut 'maneketehe' tu. Hahahahaha... Tapi lagi beliau tak suka, lagi la saya suka sebut utk buat beliau sakit hati. Kehkeh...

Ada satu malam tu... Beliau call saya. Pastu, sembang-sembang dan beliau ada tanya saya satu soklan yg saya tak tau jawapan nya... So, saya guna la pekataan tu. Pastu En Stormpong kata "haa..dia mula dah guna pekataan tu... geram betul aku dia ni"

Kemudian beliau sambung lagi ayat tu "Lagi skali awak sebut pekataan tu, jaga la".
Saya gelak lagi. Sebab kelakar. Pastu saya ulang lagi sebut pekataan tu 3,4 kali lagi then saya kata, "kalo saya cakap pun, awk nak buat apa kat saya?"... ~sambung gelak.

Pastu beliau jawab dengan penuh emosi dan sungguh-sungguh bengang "Kalo awk sebut lagi skali pekataan tu.... Nanti saya cabut rambut palsu awak, pastu saya amik pisau lipat yang seposen tu, saya toreh kepala awak dengan pisau tu"... Saya gelak lagi, sebab kelakar giler.

Pastu saya tanya beliau "Toreh kepala saya? Kenapa nak toreh? Takde kena-mengena... wakakaka. Tah hapa-hapa dia ni".

En Stormpong sambung lagi "Nanti saya toreh kepala awak yang botak tu dengan pekataan 'maneketehe'. Pastu nanti malam, bila awk main piano, ader orang nampak kepala awak botak yang ader tulisan 'maneketehe'... Wahahahahahahahah.. ~ beliau gelak jahat.

Pastu memang saya dgn beliau gelak giler babee sampai cramp otot muka kami. Esoknya, biler ingat balik kisah nak toreh kepala tu, memang kami sambung lagi gelak. Sebab mcm kelakar giler. Dan sampai sekarang pon masa saya taip entry ni, saya masih gelak jugak, cuma tak sampai cramps otot muka je. Hahahaha... Pening kepala aku dgn En Stormpong ni.

*Mengendap - Menghendap, menyekodeng, mengintai.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...