Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...
Best kan?
Tiap2 hari, laporan kes buang bayi mcm makin menjadi-jadi je. Semalam ada 2 kes, ari ni ader 2 kes. Dulu seminggu skali je. Tu pon sorang je. Eh, skrg ni makin bertambah plak. Tak paham - tak paham... Dan biasanya pihak berwajib akan mula memberi cadangan bernas seperti "wujudkan baby hatch", "wujudkan sekolah utk remaja mengandung", "cadangan wajibkan pelajaran seks di sekolah", "sediakan pemandu ke-2 iaitu perempuan, bagi setiap bas sekolah" ~ merujuk kepada kes rogol murid sekolah dlm van sekolah di Jalan Othman. *perghh... bala... Jln Othman tu dekat ceh je dgn umah aku.
Cadangan-cadangan tu bukan tak bagus. Bagusssssss.... Sangat bagus. Dan sangat prihatin. TAPI... Ahah! Ader tapinya... Tapi.... semua cadangan2 tu, tak membantu menyelesaikan masalah pon. Betui tak murid2? Sbb nya.... kata kuncinya hanya satu. Iaitu : PENAFIAN. Penafian untuk melaksanakan hukum Allah mengikut Al-Quran dan AsSunnah la.
Dan akhirnya... Setelah sekian lama menanti.... Tgk berita tadi sempat baca nota kaki kat screen TV "Selangor Lancar Kempen Anti-Zina 30 Ogos 2010". Haaaa.... Finally, ader jugak org yg boleh bawa ke tgh punca utama kes-kes pembuangan bayi ni. Tapi saya memang sangat yakin, orang-orang moden yang up-to-date, stylo dan berfikiran terbuka "It's just a sex okay? It's nothing", akan menganggap kempen ini tidak menyelesaikan masalah. Ahhh... Tapi ikut suka dierang. Kan? Yang penting, usaha yg murni tu, sudah ader yang mulakan. Berikut adalah petikan berita yang saya ambil dari Berita Hairan :
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) akan melancarkan kempen anti-zina sebagai satu daripada usaha untuk membendung kes buang bayi.
Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor, Dr Halimah Ali, berkata kempen itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di sini yang dijangka dihadiri 3,000 belia.
"Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata program itu bertujuan mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi.
Best kan?
rasanya setakat kempen tak memberi apa2 impak pun tp still ok ada gak usaha membenteras dr AKARnya bkn setakat menyelesaikan masalah selepas dah berlakunya masalah pembuangan bayi..
ReplyDelete