Skip to main content

1st Time In My Life...

.... biler saya angkat tangan masa nak masuk lane sebelah[waktu memandu], pemandu yang bagi saya masuk ke depan keta dia tu, balas angkat tangan jugek. Heheheh.... Otometik je saya terus rasa mcm driver tu hensem wp sebenarnya biasa jer. Thanks to MyVi WSV8079. Biasanya jangan harap nak kena balas. Kena geleng kepala lagi ader dgn driver lain. Ish..ish.... Sungguh kedekut. Kalo mati tu nanti, kaki terjulur kuar dari kubur. Jes keding!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saya ni kalo memandu keta, bila saya nak tukar lane, saya mesti akan angkat tangan untuk mintak kebenaran pada driver di lane berkenaan yang saya dah potong tu. Tu sebagai tanda budi bahasa saya pada dia. Atau boleh kata sebagai tanda saya berkata "excuse me". Ye la... sedangkan kalo masa tgh sesak dalam lif, bila kita nak lalu, [nak masuk atau nak keluar lif], tau plak kita nak cakap "excuse me" kan? Tapi saya kalo dlm lif, saya takkan cakap "excuse me", tapi saya akan cakap "tumpang lalu". Sbb saya kan orang Malaysia. Kalo bukan saya yang nak guna bahasa kebangsaan saya, takkan rakyat Nigeria plak yg nak gunakan, ye tak?

So, jika dlm lif kita bleh berbudi bahasa, mengapa tidak semasa memandu? Betul kan? Sedangkan yang memandu itu juga adalah manusia. Cuma dibataskan dgn kereta sahaja. Teringat pula pada kempen budibahasa di salah satu stesen radio swasta pada 3 atau 4 tahun lalu. "Dah la saya bagi dia laluan, angkat tangan pun tidak! Bukan kena bayar pun kalo angkat tangan!". ~ Kurang lebihnya begitu la dialog lelaki yang marah sbb org yang potong barisan tu, main masuk je, pastu tak angkat tangan.


Jadi, itu je la kisah syok sendiri saya pada pagi ini...

Comments

  1. Mesti dia takut tengok ko...sbb tu bagi laluan..heee

    ReplyDelete
  2. Buji : Bukan. Kaler grey. Ngaper? Ko kenal ke?
    Jekjan : Cheh.. tu nak kata aku garang la tu. Tau le muka aku selalu mcm cuka getah. Wakakaka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...