Skip to main content

Transfer Gambar

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saya sekarang ni sedang berada di dalam proses nak memajukan diri peringkat 'Beginner'. Iaitu dengan membuka satu blog lain untuk dijadikan e-shop. Kalo kamu ader masa terlebih sampai tahap terbuang-buang tu, meh la lawat Nu Sigma Shoppe. Tak ada la hebat sangat pon. Cuma nak biasakan diri dengan online business je.

Produk utama saya ialah barang-barang saya yang saya dah tak pakai. Contoh mcm VCD drama Korea dan Jepun, baju-baju saya yang masih sangat elok tapi dah tak muat utk dipakai, aksesori macam rantai-rantai labuh dan bracelet serta buku-buku. Semuanya masih elok. Takkan nak buang. Mcm baju-baju saya, saya tak tau nak bagi saper. Sebab saya takder adik. Anak-anak buah saya plak tak pakai punyer baju-baju blouse ni. Semua pakai baju besar-besar, labuh-labuh. Maka, saya rasa, elok kalo saya jual dgn harga yg sangat murah.

Tak kisah lah kalo korang nak kata saya merepek pon. Barang terpakai? Sape nak beli??!!.. Yang penting cuba je la kan? Dan yang penting lagi skali, saya tak rugi apa-apa pun. Barang-barang tu memang milik saya dan memang sesuatu yg dah ader. Takyah kuar modal apa-apa dah. Hanya modal kerajinan je diperlukan. Iaitu untuk edit gambar, dan update dalam blog tu. Yeehuuuuu...

Saya pinjam camera digital Cik Atul untuk amik gambar barang-barang tu. Pastu lepas dah amik gambar tu, dan nak transfer ke PC, takder transfer cable plak. Sebab Cik Atul lupa nak bagi saya cable tu dan dah bawak balik Seremban. Adehhh.... Potong betul. Jadi, saya pon cuba la nak cari solution supaya semangat tak hilang, time tgh rajin ni jangan la ader halangan. Sebab kalo dah mula berenti, payah le nak rajin balik. Huhu. Nak tunggu cable tu dari Cik Atul maksudnyer 2 minggu lagi baru jumpa beliau ..

Maka, saya SMS kawan-kawan ofis saya kot-kot dierang ader cable tu... Saya sent kepada Sifu, MamaJue, Org Kg Baru, Cheetah dan Ashabul[saje je guna nama sebenar Bul. Hahahah..Biar dia glamer]. SMS saya begini "Ko ader camera digital tak? Model apa yer? Sbb aku nak pinjam transfer cable. Canon IXUS". Org Kg Baru tak reply. Sifu dgn Mamajue reply, ader Olympus je. Dan nak try bawak hari Isnin. Cheetah reply "Tak ada".

Dan Ashabul juga reply
"Die pakai memory card ker?"
"Hehe.. Ntah. Cane nak check?"
"Chet! Biasanya duduk skali dgn bateri". Pastu saya check la memory card. Bukan apa, kot-kot memory dia built-in. Hahaha..
"Haaa... Ader memory card. Ko ader memory card reader?
"Sesungguhnya ko memang bengong hahahaha. Laptop Dell ko boleh baca la"


"Haha. Ye ke? Ngeh2. Kantoi la pulop. Mekasih Bulat. Lebiu."
"Memang gonjeng!"

Wahahaha... mana la saya tau notebook saya ni ader device utk read memory card. Mudah le keja saya kalo mcm ni. Dan saya dah berjaya transfer gambar-gambar yang saya amik tu ke dalam notebook. Walaupon susah skit nak edit gmbr kat notebook berbanding dengan PC, sbb screen notebook kecik dan saya tak bawak balik mouse, tapi daripada takder, lebih baik ader kan? Kan? Kan?




Comments

  1. byk rahsia dlm camera ku 2...jgn pocahkan lobang aku lak hehehe

    ReplyDelete
  2. Nak pecahkan lobang kt mana la.. Aku buat keja tu semua kat umah je... takder org lain pon kat umah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...