Skip to main content

Take Risk?

Sejahteralah ke atas kamu .... yg membaca blog ini...


Penah tgk tak dokumentari National Geographic? Atau Discovery Channel, atau Animal Planet? Biasa tak tgk krew rancangan tu sanggup membahayakan diri sendiri bila nak buat liputan? Contohnya mcm pegi ke tgh2 laut yg tgh bergelora giler vavi, semata-mata nak kaji tentang ikan paus biru. Kdg-kdg siap terjun skali dlm laut semata-mata nak memahami karektor ikan jerung dgn lebih mendalam. [Haa... memahami, memahami la kan... Kena makan dgn ikan jaws baru le betul2 'faham'.]. Takpun ader gak yg meredah paya belukar mana ntah, semata-mata nak carik habitat ular air. Ader jugak yg bergelut dgn buaya atau mengendap rimau dan singa. Tapi wp dierang berani amik risiko utk buat perkara-perkara bahye tu, sekurang-kurangnya hasilnyer nanti, boleh bermanfaat kepada insan-insan lain dlm dunia ni. Risiko yang boleh menjana ilmu pengetahuan yg berguna utk org lain. Itu citer tentang orang putih. Biasanya org putih la yg selalu berani amik risiko utk buat perkara2 yg mengetarkan gigi mcm tu. Jarang sangat nak dengar atau tgk anak Malaysia buat benda2 cenggitu ye dak?

Walaupun anak Malaysia ni tak selalu kuar dlm dokumentari NatGeo atau Discovery, tapi mereka selalu kuar dalam Buletin Utama; kerana mempunyai sikap 'berani ambik risiko' jugak. Tapi risiko yang anak Malaysia amik untuk jadi popular, mmg bleh membanggakan arnab. COntoh macam berani amik risiko main mercun. Mercun tu kan bahaya. Kalo tersilap cucuh, bleh mati. Atau kalo tak mati, paling tidak pon akan menanggung kecacatan kekal. Tapi oleh sebab anak Malaysia ni 'berani mati', dan merasa diri mereka akan SENTIASA bernasib baik serta tak mungkin akan mati sebab main mercun, maka ramai semacam jugak yang main mercun. Lelaki la biasanya yang selalu main mercun ni. Org pompuan, kalo ader pon, saya la salah seorang drpd mereka. Tapi tu dulu la. Masa zaman rock2 dulu. Join anak-anak buah men mercun. Mercun bola la, mercun ketupat le. Thunder clap la. Mcm2. Skrg ni lagi banyak design2 baru mercun yg saya dah tak amik port. Dan contoh yang paling membanggakan tentang mercun ni, dah tentu la kisah yang terjadi baru-baru ni... Yang simpan mercun byk2 dalam umah tinggal kat tgh utan tu. Pastu meletup [malatopppp youuu] dan mengakibatkan kematian anak dia. Haaa... kan? Dah kata.... Memang berani amik risiko, tapi berani yg tak memberi manfaat kepada org lain, sebaliknya yg membawa musibah.

Pastu satu lagi risiko berani mati yg anak Malaysia selalu buat ialah memandu secara berbahye. Kadang-kadang saya tak faham, dierang ni tak baca surat kabar ke? Tak tgk TV ke? Mcm bleh dikatakan setiap hari melaporkan kemalangan itu, kemalangan ini tapi mcm tak amik pengajaran pun. Tak faham. Tak faham. Kdg-kdg, kemalangan yg terjadi tu bukan disebabkan oleh pemandu tu sendiri, tapi pemandu lain. Kan dah menganiaya org lain? Disebabkan sorang yang bersikap berani mati tu, org lain plak yg mati. Eiii... Sekeh pala kang baru tau. Bagi saya, org yg memandu secara berbahye sampai membahye kan nyawa org lain tu, adalah the stupidest man in the world. Pentingkan diri. Dan syok sendiri, sbb mereka rasa, mereka TAK MUNGKIN akan accident dan akan selamanya selamat walaupun bawak laju-laju, serta mereka tak mungkin accident sbb mereka adalah pemandu yang lebih cekap daripada Mark Webber. [Walau secekap mana pon ko.... tp kalo tgh2 laju tu, brake ko tetiba buat perangai, atau tayar ko buat perangai.... kecekapan ko tu dah takde maknanyer lagi. Ko sambung je le kecekapan iteww di alam barzakh.]

Byk lagi la sebenarnya contoh-contoh berani mati anak Malaysia ni. Curi kabel, pastu mati kena karan masa tgh nak potong kabel tu. Ikut lelaki pegi Lombok. [padahal, dlm surat kaba dah tulis dah... kesannya org yg pegi Lombok tu canner. Aihhh.... Tapi dia nak jugak buat. Pastu hasilnyer sama je... Nyesal. Nyesal. nyesal. Pastu merayu2 nangis kat kerajaan utk bawak dia balik. Ish... Buat malu kerajaan je. Kalo aku jadi kerajaan, aku bior je dierang tu. Ikut suka ko la nak tunggang terbalik pon kat Lombok tu. Saper suh melawan cakap mak bapak?]. Pastu ader yg berani amik risiko bakar keta cikgu. Bukak kilang dadah. Takpun jd tokan dadah. Then kena tangkap kat airport negara lain. Eei.. Malu...Malu... Blum masuk citer buang anak lagi. Hehehehe.. Saya sendiri pon bosan nak citer pasal kes ni. Jadi, biar je la tanpa sebarang ulasan. Kamu yg baca pon mesti dah rasa nak muntah giler viva nak baca saya membebel pasal buang bayi ni kan. Muehehehe... Peace.

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...