Skip to main content

Rumah Anak-anak Yatim Syifa'

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Semalam saya gi umah anak-anak yatim Syifa di Jalan P Ramlee. Penghuni rumah tu ada 18 org. Semuanya pompuan. Pengasas umah tu ialah Mak Tom. [Tom tom bak - eh, tak baik...tak baik.. heheh].

Mula-mula mcm nyaris dah tak jadi pegi. Sbb takder transport nak gi. [Saya ni kan pengecut skit kalo nak gi tempat2 yg saya tak biasa, jadi berniat nak tumpang mak angkat saya je ~cheetah.[ *Huhh... Ganas, rupa-rupanya aku ni anak angkat spesis rimau. Patut le garang cam rimau..] Malangnya, keta mak dah penuh. Dan Pijui plak ntah mana pegi. Tak dpt dihubungi buat ketika itu utk saya buat muka kesian nak tumpang beliau. Nak konvoi plak, saya mmg berdebor skit. Terutamanya time2 jammed. Mmg rasa cam nak meletup sel-sel otak, sbb otak sentiasa rasa 'terikat' dgn keta yg kita follow. Dan biler dah jauh dr keta tu, mula la rasa panas punggong takut sesat. Eei... tak best konvoi. Maka dgn berat hati, saya undur diri. Sbb malas nak sesakkan pala otak.

Tapi nasib baik ader cdgn bernas drpd Org Kg Baru untuk suh saya pegi dgn Ashabul. Saya pon lupa plak beliau[Ashabul] pun join majlis tu. So, saya paksa beliau bawak keta Cek Cah. [Keta sendiri kedekut. Hahaha... Bukan apa. Keta saya byk sgt bunyi-bunyi percussion. Nnt si Bulat tu komplen, saya malas nak dgr.]. Follow keta mak angkat saya gak. [Kalo saya tak drive, takpe la konvoi. Saya tak kisah. Hahaha] . Dlm keta tu, ader 4 org. Saya, Ashabul, Cek Cah dan Shaz.

Sebelum smpai tu, saya risau gak.. Canner la saya nak bawak diri kat situ. Canner nak deal dgn kanak-kanak tu. Takut tersalah cakap ke. Tersilap tanya ke. Kot melukakan hati mereka ke. Tapi takper... buat relax je. Hehehe...

Dah sampai tu, tolong susun kusi. Tu pun tolong angkat 2,3 kusi je. Hehehe.. Selebihnya, bior je la org2 lelaki yg buat. Pastu kami [CekCah dan Shaz] duduk je kat kusi yg dierang susun tu, ala-ala diva. Pastu En Mukhtar panggil kiterang turun dok ateh tikar sama-sama dgn anak-anak tu, utk dgr ceramah. Masa dgr ceramah tu, tetiba saya ternampak ader satu sangkar arnab. Arnab tu besar sgt. Ader sekor je. Dlm hati dah meronta-ronta nak gi main dgn arnab. Tapi demi menjaga reputasi sebagai gadis jelita, saya pendam je la. Antara isi kandungan ceramah drpd Ustaz tu, "bukan semua anak yatim kita perlu bantu. Kalo Rais Yatim tu, tak perlu bantu.".

Lepas abih dgr ceramah, buka pose. Jamah makanan skit je . Sbb nak solat Maghrib dulu[saya terpaksa mkn tembikai je sepotong. Sbb kurma jauh drpd saya. huuu... cemas gak nak makan tembikai masa perut kosong ni. Sbb perut saya ni sakai skit. Bkn bleh salah mkn]. Sebenarnya... Masa saya amik kusi dr dlm umah tu... Saya nak mula bergenang dah airmata. Sebak giler. Tengok keadaan rumah tu sekadar cukup-cukup je. Sangat kekurangan. Saya pegi tu kat bahagian dapur je masa tu. Rumah tu walaupun rumah teres setingkat corner lot, tapi agak sesak kalo nak dok 18 org. Ko bayang la.. Kalo masa belajar dulu, dok dlm satu umah 5 org pon dah rasa mcm semak giler. Nak berebut masuk toilet lagi. Nak duduk masa makan, belajar. Huuu... So, biler dah sebak tu... baik saya kuar cepat2. Kang aku menangis kat situ kang, payah plak nak berenti. Then masa nak solat tu, kaum wanita solat dlm umah. Saya tak sempat nak masuk saf berjemaah. Sbb tak muat. So, kena tunggu abih jemaah. Saya solat kemudian. Sendirian. Masa tgh tunggu solat berjemaah tu selesai, saya hanya sempat berbual dgn sorang je penghuni umah tu. Nama beliau Nor Hidayah. Umur 9 tahun. Mak ayah beliau masih hidup. Tapi cacat. [Soklan pasal ibu bapa ni, Yani yg tanya. Saya mesti takkan tergamak nak tanya bab-bab tu. Huhuhu]. Pastu Yani pon bergambar dgn beliau. Saya malas le nak posing2 dgn telekung semayang tu. Hehehe... *Yani = Staff SSM gak.

Then, lepas abih solat... Saya pegi la serbu makanan plak. Sambil makan, sambil ader upacara penyampaian sumbangan dari SSM kepada anak-anak bertuah tu. Sbnrnya org lain dah abih makan. Saya je yg belum. Sbb saya start lmbt. Lgpun saya mmg makan slow pon. Hehehe. ~Lembab. Sampai kena kutuk dgn Aidil dgn Pijui. Dierang kata saya mkn terlampau sopan. Mcm mengira nasik. Ceh.. Kurang asin. Kutuk aku.

Siap makan, majlis pon dah selesai[ader gak persembahan nasyid dgn percussion drpd anak-anak di situ. Nasib baik tak bawak keta saya. Kalo tak, bleh tambah satu lagi instrument percussion tu.]. Pastu Si Bulat plak dah sibuk nak balik sebab beliau ader urusan lain plak kul 9.30 tu, so... kami pun ikut la balik skali. Jadi, masa biler nya nak berkenalan dgn anak-anak tu? Huhu... Dah betul2 mcm dtg untuk buka pose je. Takder hasil pon. Tak dpt beramah mesra pon dgn mereka.

Tapi saya tak salahkan diri saya jugak[mana bleh salahkan diri sendiri. Hehehe]. Sbb saya rasa, lawatan sewaktu berbuka puasa, agak kurang praktikal. Ye lah.. Tima pose ni, masa kita terhad. Nak kejar waktu maghrib. Nak makan lagi. Dan mereka[anak-anak] juga nak makan. Lagipun saya rasa kehadiran kami, sgt tidak menyelesa kan mereka. Sbb kami masuk rumah mereka. Ramai2 bersesak dlm tu. Saya mcm tak sampai hati nak ganggu privacy mereka. Bagi saya, kalo nak membantu, bagi je sumbangan. Atau dtg hulurkan bantuan tenaga pada waktu yg lebih sesuai. Atau kalo nak belanja mereka iftar, bawak ler mereka pegi tempat makan lain. Jgn kat rumah mereka. Terutamanya kalo org yang nak membantu tu ramai sgt. Nnt niat baik nak beri bantuan, jadi lain plak. Kan?

Saya harap untuk selalu pegi umah-umah kebajikan. Walau tak dpt beri bantuan kewangan atau harta benda pun, saya boleh tolong kemas umah mereka. Boleh tolong ajar mereka tuisyen. Sbb saya suka mengajar. [Walaupun diri sendiri tak makan ajar...muahahahaha... dushh... hantuk pala sendiri kat meja.]. Cuma saya takder kekuatan utk mulakan semua tu. Sebenarnya saya tak reti nak mula. Huuu... Sadis betul dia ni. Katakan satu hari nnt, saya dah mula berbakti kepada rumah-rumah kebajikan.... Maka, tercapai la cita-cita saya untuk menjadi Sukarelawan. Volunteer. Sbb tu, saya berdoa, agar saya mendapat suami yg boleh menyokong minat dan cita-cita saya itu.
~Gambar takder yer. Ader pada Pijui. Tapi tak byk pun gmbr saya. Sbb saya tutup muka biler beliau nak amik gambar saya. Dah mana tak nya. Nak amik gmrb saya, masa saya tgh melantak. Kantoi la saya kang, sbb muka saya masa tgh mengunyah, dah mcm raksaksa Gorgon....

Comments

  1. tulah, aku pon memula risau tkut aku xleh than sedih, tp upenye x sempat pon nak rasa sedih..huhu

    ReplyDelete
  2. aku setuju ngan aper ko ckp. klu niat baik....better bagi sumbangan je. tu lebih afdal lebih ikhlas aku rasa dari menempek menyusahkan org rumah. wpun sebenarnya diorang berbesar hati. tp dlm hati kan. mana tau :P

    ko mmg slow makan. ngan aku je ko boleh laju makan lid

    ReplyDelete
  3. aku setuju ko part sumbangan tu. lebih afdal n lebih ikhlas kalau bg je sumbangan mana kita mampu. nawaitu tu dah betul. tp klu da bersesak sampai org rumah pun tak selesa. kita takut kita nyusahkan part lain plak. tp aku rasa for sure diorang berbesar hati.

    ko mmg slow makan. ko kena makan ngan aku baru ler laju

    ReplyDelete
  4. cessss siott...aku ingat blogspot ni yg problem tak hantar komen aku. rupannya by approval daaaaaaaaaaa...............ngader salida..ko deleteeee

    ReplyDelete
  5. Chah : dah la kita tak sedih, pastu bergelak ketawa riang gumbira plak lagi. Heheh.. Rosak akhlak...

    Buji : Olololo... Takper la aku tak delete. Sbb aku sgt hargai komen2 ko ni.. Ko tau, kami yg dtg tu pon dah macam 40 org. Hehehe... Sian plak dierang. Aku sure mesti tak selesa punyer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...