Sejahteralah ke atas kamu... Fakta kehamilan minggu ke 37 [hanya untuk saya sahaja]:- Sampai sekarang saya masih tak dapat bezakan antara baby mengeras dengan baby menendang. Serius saya tak tau. Saya masih lagi lebih selesa tidur telentang walaupun saya tau tak elok untuk tulang belakang saya dan untuk perkembangan paru-paru serta jantung baby. Nak buat acane, kadang-kadang masa mula-mula tidur saya mengiring, tetiba bila terjaga tengok-tengok saya terlentang. Saya masih lagi boleh tidur dengan lenanya kalau dah start tidur. Masa mula-mula nak tidur tu je tak selesa sikit sebab sakit-sakit badan. Tapi bila dah tertidur, memang tak sedar alam semesta dah. Heheh. Doktor kata baby saya dah turun sikit [masa routine check up minggu lepas]. Berat badan hanya naik 5 kilos lebih je dari awal pregnant sampai sekarang. Kuheh...kuheh.... Walaupun setiap hari sapu Bio Oil, tapi stretch mark dah muncul kat bawah perut. Ini bukan kulit yang stretching, tapi mcm daging je...