Skip to main content

Pelamin Simple Dan Sweet

Sejahteralah ke atas kamu

Seorang kawan bujang saya bertanya;
"Nanti kalau aku kawen, ko datang tak?"
Saya    :  Tak datang rasanya.
Kawan Bujang  :  Kenapa pulak ko tanak datang?
Saya    :   Dah tu masa aku kawen dulu ko takde pun beriya nak datang. So, aku pun takde la beriya nak datang wedding ko. Hahah.
 Kawan Bujang  :  .....~bagi alasan macam2 punca dia tak dtg wedding saya dulu.. 

 Haaaa.. tau pun sedih kalo orang tanak dtg wedding dia.

...................................................................................

Rasanya semua orang yang rapat dengan saya, tahu bahawa saya ni kawen lambat. Saya kawen dulu masa umur dah cecah 30an. Kawen lambat tu pun kerana saya ada terlalu banyak pilihan. Sampai confuse nak pilih yang mana satu. Sebab tu amik masa yang lama untuk saya decide untuk kawen dengan sapa. Ehehehe. [Ayat cover line].  Lagipun, saya lebih pentingkan kerjaya saya. Nak fokus terhadap kerjaya saya dulu then baru fikir pasal kawen. [jawapan cliche artis Malaysia].

Saya pernah ceritakan di dalam entry saya yang lepas [sebelum cuti raya cina], saya dah volunteer nak buat pelamin untuk anak saudara saya yang melangsungkan perkahwinan pada 10 Feb lalu. Pelamin tu bukan la pelamin yang gempak pun. Konsepnya hanya sebagai centre point untuk tujuan bergambar supaya nampak semenggah sikit berbanding kalau bergambar kat tangga rumah. Sebab anak saudara saya tak bersanding pun.

Nasib baik le time anak sedara saya kawen ni, saya dah kawen. Kalo tidak memang saya tak balik dan lebih rela tak join wedding dia sebab malu kalo saya masih single. Mungkin saya akan tetiba je cakap, "moksu kena kerja la masa raya cina tu", padahal dok jadi loser sorang2 kat umah, tengok rancangan sarkas kat TV je. kehkeh... Saya ni kan hati lemah, kuat emo.

Seperti yang dijanjikan, nak expose gambar pelamin tu. Hihi. Sila redha je kalau korang rasa pelamin tu tak cantik. Ini je yang tersimple mampu saya buat.Dah tu, mak pengantin memang request untuk buat simple je. Taknak glamer2.

Collaboration. Saya ajak mat Azghul buat bisnes pelamin-pelamin ni. Tetiba dia reject daaaa... Dia kata tak sesuai dengan jiwa dia. Ceh. Potong. Tak jadi nak berangan.

Sebelum letak platform, kerusi dan karpet.

Gigih.

Kain organza, buat bulat pastu letak bunga ros sekuntum kat tengah.

Belakang tu letak pin di 4 penjuru.

Ranting-ranting yang ada bebola gabus. Beli kat kaison je. Murah. Then letak bunga-bunga tu.
So, itu je la kisah pelamin yang simple dan sweet. Kos pun murah je. Kalau ada bakal-bakal pengantin yang taknak bersanding dan nak buat pelamin kecik yang ala kadar je, boleh la cuba buat sendiri.

Comments

  1. menariknya... cantik n simple jer....bolrh buat sumber inspirasi nih...kihkihkih

    ReplyDelete
  2. simple macam tu pun dah cukup tu...
    kalau pelamin gempak sangat, hilang fokus orang pada pengantin lak... hahaha

    ReplyDelete
  3. Sempoi nya tengok baby bersanding atas pelamin bersama mak ayahnya...hehehe...

    ReplyDelete
  4. okay lah tu Lyd..simple,murah dan tak membazir...masuk dalam gambar kahwin nanti pun gambar pasangan pengantin...belakang tu kira okaylah tu...kalau pandai teknik mengambil gambar,belakang tu nampak mewah..

    ReplyDelete
  5. salam lyd...cantik & simple ..lyd nie mmg berbakat segala yg hias menghias..hehehe..bukaklah bisnes ..nanti leh wat cawngn kat fiji lak..hikhikhik

    ReplyDelete
  6. Sweet & simple..
    Ok la tu, berseni tangan Lyd :-)

    ReplyDelete
  7. Simple and nice, tak serabut sangat mata dengan hiasan yang sarat (poyo nak jugak bagi pendapat).
    Saya pun kawen lambat, adik dah anak dua, saya malas nak balik kampung. tumpang alasan u sekali yer. hahaha

    ReplyDelete
  8. tangan berseni kata org....walau simple tapi cantik...,

    ReplyDelete
  9. cantik jugak...saya sendiri pun teringin nak buat pelamin sendiri..haha...berangan ja la dulu...=p

    ReplyDelete
  10. mcm ni pun sweet je kan...xperlu gempak2 dan komplikated..saya pun DIY sendiri masa wedding dulu demi utk save bajet..hehehe

    ReplyDelete
  11. kreatif, sama mcm wife aku. wedding belah dia ari tu pun, dia adik beradik buat sendiri.

    ReplyDelete
  12. simple jer..ini dh cukup. xperlu modal yg byk

    ReplyDelete
  13. "Kawen lambat kerana terlalu manyak pilihan"??? Wauuu *mata bintang* Tapi cantek le kamu dok depan pelamin tu weh hehe.. comey lak aku nengok mak buyung ni haha (kepit, kepit .. kembang kang cepat lak kuar dari due date kang) Pelamin tu okehla gak sbb nak simple kan? Boh lampu lip lap, jurai2 manyak kang larik tema pulok hehe... Jemput singgah :) JJCM: Barracuda Cafe

    ReplyDelete
  14. dun worry akakpun kawen dah cecah 30 gak.. memang bosan dengar soalan cepumas pasal kawen masa single dulu.. bohssssan...
    memang tujuan pelamintu pun untuk bergambarjer kot.. akakpun takler bersanding bagai tapi cuma nak bergambar senangler ada pelaminkan..

    ReplyDelete
  15. simple but still menarik, yg penting waktu bergambar tu cameraman kena pandai , pasti gambar nampak cantik & menarik !

    ReplyDelete
  16. as-salam..singgah melawat lyd.sehat?
    maaf lama tak singgah ciksu bercuti :D

    simple tp menark ;D

    ReplyDelete
  17. Kira pandai jugakla lyd buat. Kalau saya mmg tak tau langsung, mcm takde idea.

    ReplyDelete
  18. eh sama la titew, kawen umo 30 taun huhu

    tapi tu la kan, kalau kita tak pegi wedding orang.. masakan orang akan mengimarahkan wedding kita :)

    so nak adiah kawen, bagi adiah dulu kat orang :D oh ye jangan plak lupa tulis nama ye :P

    ReplyDelete
  19. cantik pelamin yang awak buat tu Lyd, saya pernah gak buat pelamin tuk adik saya..tapi taklah secantik awak punya..hehehe masa tu pun saya tengah pregnant tapi anak no 2.
    Comel jer tengok awak, tak macam 30an pun (^_^)



    ReplyDelete
  20. Simple but nice. Ok apa lyd. Berseni juga ☺☺

    ReplyDelete
  21. koi kawen dulu pun mak sedara buatkan pelamin walaupun dah bagitau tanak sanding2. buat tempat amik2 gambor je katanye...last2 meriah jugak pelamin tu diorang laki bini kerjakan

    ReplyDelete
  22. wow...tu kalo buat lebar skit mesti meriah...hahaha..cantik mata memandang....

    ReplyDelete
  23. Saya suka bab alasan kawen lambat tu hahahahahah

    ReplyDelete
  24. menarik pelamin tu..simple tapi suweet giteww.. neway fa da pun follow akak.. :)

    ReplyDelete
  25. saya dulu pun tak ada sanding-sanding masa kenduri sebelah saya. satu-satunya tempat yang dihias ringkas cuma bilik tidur yang kecik, ada katil dengan meja solek je. haha. walaupun ada yang komplen tak buat besar-besar dan pelamin chantek2, ada aku kesah?! yang penting majlis tu nak kasik orang tau yang kita bernikah hari tu dan jamu orang datang makan. ye dok?
    bagus juga macam ni Lyd, simple dan tak mebazir tak tentu hala :)

    ReplyDelete
  26. Walau simple yv penting ada untuk bergambar kenangan kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...