Skip to main content

Selamat Bercuti Untuk Diriku Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu..

Seperti yang pernah diberitahu di dalam entry sebelum ini, bahawa saya mula bermula hari ini. Petang-petang sikit nak balik kampung.

Blog saya ni dah makin jarang saya update. Tak ada idea la sebenarnya. Kalau setakat nak cerita pasal personal tu memang la banyak. Tapi saya ni kan pemalu. Perkara personal eloklah dibiarkan terus menjadi personal. Walaupun saya tau ada orang yang suka baca kisah personal sebab lebih realistik ye tak? 

Prestasi
Prestasi blog saya pun dah makin menurun. Dulu kalau tak update blog pun, masih maintain unique visit ke blog saya. Tapi sekarang bila tak update je, memang jatuh banyak. Nampaknya blog saya ni memang ada reader tersendiri yang hanya lawat blog bila ada entry baru. Sebelum-sebelum ni mungkin hanya pelawat yang bukan loyal reader saya. 


Bloglist
Cemana kriteria untuk saya letakkan blog seseorang tu di blog list saya? Tak de peraturan ketat pun. Hanya ada 2 kriteria. Pertama, kalau saya tengok orang tu selalu komen blog saya, saya akan letak le dia dalam bloglist. Supaya saya tak tertinggal untuk komen blog dia plak bila dia update. Nama nak tengok kat dashboard, memang mimpi di tengahari je la. Tak rajin plak nak buka kat dashboard. Dan yang kedua kalo saya tengok dia letakkan blog saya di bloglist dia. So, kalau ada sesape yang nak blog dia termasuk dalam bloglist saya, rerajin le komen. 

Okay la.. itu je. Entry ni auto-publish. Chow cin chow!

Comments

  1. Selamat bercuti Lyd, take care :)

    Sorry ye sbnr nyer mamavogue tak pasan pun tersenarai dlm bloglist. Bila Lyd mention baru gi tgk tadi..huu. Thanks Lyd :)

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti dan bergembira di samping keluarga tercinta. :)

    ReplyDelete
  3. selamat bercuti lyd...ni kira cutipjg trus la ni yek...semoga selamat melahirkan yek...ingat, kena kawal pernafasan nnti tau...hehehe...(pndai nasihat kt org padahal sy dulu cser trus...kui kui)

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti lyd..aku pon nak cuti gak la..byee...

    ReplyDelete
  5. cari cari jugak..huh..takde dalam senarai..kecik ati...last2 ternampak kat...owhh..kat kerabat tok gajah rupenya...thanks..

    ReplyDelete
  6. cuti-cuti kesihatan kandungan perlu dijaga juga....makan lah selagi boleh makan...tak yah nak diet sangat tau lyd..Selamat bercuti!

    ReplyDelete
  7. Selamat bercuti, jaga kesihatan sepanjang percutian. Kalau ada masa update lah selalu blog ni, ramai peminat tegar menanti entri terbaru....

    ReplyDelete
  8. ala..seganla pulak nak komen banyak2 pasni :p
    Happy bercuti dear, have a nice one and do rest.

    ReplyDelete
  9. eh...I am in your list!!! horrayyyyyyy. hahaha over excited lak. danke schon.

    ReplyDelete
  10. selamat bercuti akak... jaga diri elok2.. Ahlam pn dh lama xdtg lawat sini... huhu

    ReplyDelete
  11. selamat bercuti lyd...take care yer..ade ms updatelah citer lagi nanti

    ReplyDelete
  12. selamat bercuti.. akakpun cuti gak.. sunyiler blog kan..
    tak sabar nak cuti nak rest sesangat.. rasa sangat penat kebelakangan ini..

    ReplyDelete
  13. selamat bercuti!
    waaaa sekian lama baru dapat bw yunk... busy jadi mama hehe

    ReplyDelete
  14. aku seminggu balik Johor..kau tolong tengok2kn Kuantan ea..hahaha

    ReplyDelete
  15. ingat lyd dh bercuti utk prepare bersalin dh huhuhuhuhu rupanya cuti CNY hehehehe..

    ReplyDelete
  16. Selamat bercuti walaupun dah lmbat nak ucap..
    Seronoknya dapat balik kampung, saya ingatkan awak dah start cuti bersalin, belum lagi erk..??
    Kim salam lah kat sapa2 kat kampung tu hehehe..
    wah saya pun termasuk dalam senarai bloglist, thanks Lyd.
    saya pun suka sangat kalau awak komen kat blog saya yang tak seberapa tu.. :)

    ReplyDelete
  17. Selamat bercuti..

    MJ baru dapat nak BW lepas dah habis kelas + exam selama 3 minggu lepas ;D

    ReplyDelete
  18. cuti2 & merehat2kan diri ye

    ReplyDelete
  19. tu dia Lyd dh bercakap ttg politik,,betul gak tu ..mmg membazir

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...