Skip to main content

Ini Kisah Makan : Lobster Sauce

Sejahteralah ke atas kamu....

Secret Recipe, Jalan Othman.

Mat Azghul tak sihat kelmarin. Saya balik tengahari untuk bawak dia pergi klinik kat Jalan Othman. Dah kebetulan waktu tu lunch time. Saya nak makan kat ofis nanti tak sempat. So, pegi le Secret Recipe dekat area situ. Dah situ je tempat yang logik skit utk kami makan berbanding mekdi selain  restoren nasi kandar yang memang saya tak pandai la nak makan menu kari2 mamak ni.

Tak ingat nama, tak ingat harga. Boleh ke buat food review macam ni? Hehe. Ini adalah ikan dory yang di grill kemudian disirami dengan lobster sauce. Bagi saya hidangan ini agak sedap. Rasa lobster sauce tu memang sangat strong. Sehingga saya terkeliru, "eh.. ini ikan ke lobster??!!". Cuma kekurangannya ialah warna plating. Macam kusam je kan? Patut nak meriah, masukkan la traffic light capsicum. Baru la meriah skit. Ini pilihan Mat Azghul.

Rasanya ramai orang dah bosan dengan kek keluaran Secret Recipe. Berbeza masa kek daripada rangkaian Secret Recipe ini mula-mula  keluar dulu. Kek nya boleh dikira sebagai kek yang mewah dan paling sedap di alam semesta. Tapi sekarang dah rasa biasa-biasa je kot. Gambar di atas ini ialah Berries Cheese Cake[namanya pun saya tak ingat.]. Cheese cake yang berlapis dengan chocolate cheese manakala tapaknya pula adalah cookies. Jem berries dengan buah berries tu boleh neutralkan rasa muak cheese cake tu.
Untuk minuman, kami hanya order air mineral. Menu yang saya pilih pula ialah Chicken Gordon Blue. Yang mana bagi saya rasanya tak sedap ataupun tak kena dengan selera saya. Berminyak, pastu berlemak-lemak. Tak faham sampai rasa tak perlu nak amik gambar. Heheh.




Manhattan Fish Market, Ampang Park.

Yang ini pegi ramai-ramai dengan kawan-kawan ofis. Ada yang bermurah hati untuk belanja. Kalo nak ikutkan hati, nak je order appetizer sekali dengan dessert, tapi oleh sebab kita perlu la fikirkan juga poket kawan walaupun dia kata dia tak kisah. Very thoughtful kan saya ni. Hehehe. Sebenarnya kalo ikut plan asal, dia nak belanja kat restoren makanan Arab, Hadramawt. Tapi ntah la apsal asyik tak jadi je. Kalo nak tau, yang selalu buat tak jadi tu memang saya la orangnya. Time derang dah booking seat untuk esok, saya la yang selalu MC. Kekeke. Saya dah pesan, kalo tanpa saya pun pergi je... saya takkan berkecil hati punya. Tapi derang ni setia orangnya. Heheh. Derang tak pergi tanpa saya. Huhu. Terharu aii. Bila dah selalu sgt tak jadi kat Hadramawt tu, derang decide untuk tukar tempat plak ke Manhattan. Now baru le jadi. Alhamdulillah selesai pun upacara belanja-belanja ni. Murah rezeki untuk yang belanja.

Ini pilihan kawan saya. Nama hidangannya Feesh 'n' Cheese. Sama je macam Fish and Chips, bezanya pada french friesnya disirami cheese sauce. Harga RM18.90.

Ini pula pilihan saya. Hidangan ini namanya Small Flame. Di dalamnya terkandung french fries yang gemuk-gemuk. Sayur-sayuran campuran seperti broccoli dan carrot. 3 ekor udang yang dibelah belakang dan diselaputi dengan cheese kemudian cheese itu dibakar dan cair pada udang tu. Yang paling lebar tu ikan dory yang sangat sedap dan paling saya suka dalam hidangan ini. Sos berwarna putih itu adalah garlic butter sauce. Sangat sedap. Last sekali, di bawah ikan dory tu, ada nasi berempah yang juga sedap [pada tekak saya]. Saya makan sampai habis. Setitik peluh petani pun saya tak tinggalkan pun tau. Harga RM29.90.
Minuman kali ini juga saya pilih mineral water. Saje je malas nak minum minuman manis banyak sangat. Dah makan macam-macam, kasi neutral la dengan air kosong kan? Baru la balance. So, itu je la kisah makan-makan untuk kali ini.


Comments

  1. Kita jumpa lagi di episod akan datang... gaya review nya. 2 tempat sekali harung. Sedap nyer nampak yg manhattan meal tu, seafood yummehhh. Makan puas2 yer, hehehe.

    ReplyDelete
  2. ya Allah ni makan ke..buat kenduri cukur jambul?makanan ni nampak besar kat screen, saya rasa macam nak jilat je skrin lappy ni!hmmpppphh

    ReplyDelete
  3. Lyd...kalau kita jumpa nanti Lyd bawalah saya kat tempat Lyd makan-makan ni,hehehe tak pernah makan apa yang Lyd makan ni...huhuhu...sedap sangat nampaknya...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Heheh.. saje nak kasi orang terliur. Lagipun kalo pagi2 mcm ni, sempat le kalo sape2 plan nak pegi time lunch karang.

      Delete
  5. Nastyna : Ni hari lain-lain la awak. Walaupun saya ni mmg kuat makan, tapi yang ini tidak berlaku pada hari yang sama. Keke.

    Afzal : Ni kenduri menyambut menantu. Tapi tolong la jangan ko jilat screen lappy. Buruk benor rupa dia bila akak imagine.

    Ummi Arissa : InsyaAllah boleh awak. Kalau datang KL boleh la roger-roger.

    ReplyDelete
  6. lapar plak...haha..mak saya kalo g secret recipe ,mesti dia order yang ada syaur sawi semua je....lupa plak nama dia...sya suka makan butterscotch ngan milk oreo shake..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sayur sawi tu yang mana? Akak pun suka sawi. Tapi tak perasan plak ada menu tu. nanti kena check balik. Terpaksa la akak pergi makan lagi skali kat SR.

      Delete
  7. xpernah mkn lagi dkt manhattan nie, tingin pulak nak cuba bila tgk pic yg terliur dr lyd nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la pergi Mrs Lurve. Sebelum tibanya masa berpantang nanti. Kang lama kena tahan nafsu.

      Delete
  8. Sedap2 nya...manhattan saya xpenah pegi pun..restoran mahal2 nih mmg jarang pergi kot. kampung sket kan..ahahah..btol la, kek secret recipi dah bosan...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me pun jarang gak pegi tempat2 mahal ni. Tapi bila pegi tu, tak lepaskan peluang amik gambar dan review. Ekeke.

      Delete
  9. wah..food review gitew...untung ler dah ada selera makan...
    sampai saat ini, masih tak ada selera, walaupun gambar-gambar di atas agak menarik :P
    nanti kalau dah ada selera nak jugaklah bawa abg cd g Manhattan Fish Market, Ampang Park. mesti dia suka punya... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Nita, saya dah ada selera makan yang besar sekarang. Berat sekarang dah 70kg. Hahaha. Bila nurse kat PPUM tanya, berat sebelum pregnant berapa, selamba je tipu, saya kat 68kg. So, nampak mcm tak banyak le naik kan. Padahal... bila dah alahan ari tu... berat 55kg je.

      Nanti bila dah ada selera, bleh la ajak hubby awak.

      Delete
  10. Replies
    1. Sekali sekala tak pe. Kalo tiap2 hati memang muntah ijau le jawab nya.

      Delete
  11. pilihan menu KA di tempat no. 2 nampak sedap & menarik

    ReplyDelete
  12. Hahah... pandai Nafisa81. Keluar makan pelik2 kang terus jadi maria tunku dapur.

    ReplyDelete
  13. Lyd,
    Small Flame tu sgt memikat hati..!
    Saya rasa dekat sangat ngan Lyd sebenar nyer. Sebab saya tau dimana Jalan Othman tu..hihihi. Dan tempat yg Lyd pegi pun biasa nyer dekat2 je ngan saya! Citta Mall diseberang sana & HOMST diseberang sini..

    Ape kate pasni kita buat acara JJCM bersama? Hahaha..Sebab mamavogue sangat suka makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je awak. InsyaAllah kalau ada kesempatan nanti kita JJCM sama2 plak.

      Dgn Jalan Othman tu saya dekat. Citta Mall dan Homst tu agak jauh. Tapi didekatkan jugak demi makan.

      Delete
    2. Di manakah lokasi awak sebenar nyer? hihihi..
      Pasni datang Empire okeh :)

      Delete
  14. sedapnya..meleleh air liurku..huhu..hp rosak!!!!!!!!!!tolong!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teacher, sila lap air liur. Nanti murid2 nampak. Kenapa dgn hp tu? Masuk air ke?

      Delete
  15. Boleh ke makan sebanyak tu cuma utk dua orang?
    Tapi tiba2 teringat, bukan makan utk dua orang, utk tiga orang...patut pun makan banyak....hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR, pasti boleh. Dimana ada kemahuan, di situ ada hi-way.

      Delete
  16. tengok pic makanan2 tghari ni mmg terus perut berkeroncong...alahai...sedapnya makanan2 ni semua...terliur dah ni...

    ReplyDelete
  17. mlm ni mmg dah plan nak mkn western, tapi kat kedai mkn biasa2 je. Aritu mkn kat SR takle sedap mana..mahal lagi. Tu malas nak pegi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg Ujie. Kat SR dah tak menarik dah menunya. Yang saya paling suka kat SR pun hanya tom yum kung. Tapi buat sementara ni takleh makan pedas. So, dah takde la makanan feveret lagi kat situ.

      Ujie makan kat mana malam ni? Bleh la review.

      Delete
  18. sedapnya nampak... adeh... lapar dibuatnya...!

    ReplyDelete
  19. Memang menarik laa.. Gambar pun dah nampak sedap...

    ReplyDelete
  20. lya pon kurang kek SR.. sbb muak.. tp asya suka sgt...

    psl respon asya msa dlm kndungan dgr lagu ruang rindu tu... mmg beberapa thn lps dia lahir, tba2 ada lgu tu kat radio, tkejut bila dia goyang kepala & sbut cket lirik tu sepatah 2.. padahal..slps lahir mmg x pnh dgr lagu tu..skarang, mmg lagu ada dlm hp.. bila psg, mmg dia akan nyanyi skali..

    __ trima kasih ats kata smngat & doa u asya tu..moa dimakbulkan.. amin

    ReplyDelete
  21. small flame tu mmg buat sy terliuq okeh... huhuhu

    ReplyDelete
  22. Tak pernah makan lobster. Klo gi SR boleh lah try nnt. Adoiiiii...terliur tgk makanan2 nih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...