Skip to main content

Kisah Diri Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu...

Fakta  kehamilan minggu ke 37 [hanya untuk saya sahaja]:-

  1. Sampai sekarang saya masih tak dapat bezakan antara baby mengeras dengan baby menendang. Serius saya tak tau.
  2. Saya masih lagi lebih selesa tidur telentang walaupun saya tau tak elok untuk tulang belakang saya dan untuk perkembangan paru-paru serta jantung baby. Nak buat acane, kadang-kadang masa mula-mula tidur saya mengiring, tetiba bila terjaga tengok-tengok saya terlentang.
  3. Saya masih lagi boleh tidur dengan lenanya kalau dah start tidur. Masa mula-mula nak tidur tu je tak selesa sikit sebab sakit-sakit badan. Tapi bila dah tertidur, memang tak sedar alam semesta dah. Heheh.
  4. Doktor kata baby saya dah turun sikit [masa routine check up minggu lepas].
  5. Berat badan hanya naik 5 kilos lebih je dari awal pregnant sampai sekarang. Kuheh...kuheh.... 
  6. Walaupun setiap hari sapu Bio Oil, tapi stretch mark dah muncul kat bawah perut. Ini bukan kulit yang stretching, tapi mcm daging je. Sebab kulit okay je. Dalaman tu yg nampak meregang. Takut plak nengoknya. Kaw meng aaa...
  7. Penglihatan makin rabun. Menurut optometrist, wanita mengandung memang akan jadi lebih rabun daripada biasa. So, nak tambah power speck atau contact lens, kena tunggu lepas bersalin la untuk tau power rabun yang sebenar. Sampai senak mata nak struggle untuk melihat.
  8. Perlu makan buah jambu batu setiap hari, kalau tidak sembelit. Kalau tak ada jambu batu, buah apa-apa je, asalkan buah-buahan dan perlu dimakan kerap dan banyak. 
  9. Masih lagi akan ketawa bila tengok perut terbonjol sana-sini waktu baby bergerak. Lawak sangat rasanya bila tengok. Mungkin sebab saya suka imagine apa benda yang dia buat waktu tu dalam perut saya.
  10. Sampai sekarang tak tau jantina anak saya ni sebab dia memang seboleh-bolehnya nak tutup rahsia ni dengan kemas.
  11. Teringin nak anak perempuan yang muka macam anak Palestine, dengan rambut ikal perang-perang. [Kah kah kah, sila la ketawa sebab ini mustahil. Dah tentu muka mama dia muka sepet, hidung kembang, kulit kelat. Kalau ikut papa dia ada la potensi sikit.]. Dalam family saya, kebanyakannya memang muka chinese, sepet-sepet rambut lurus kejung. So, kalau anak saya dapat lari daripada kebiasaan muka cina tu, mesti dia akan jadi permata berwarna ungu untuk kami sekeluarga dan we will live together happily ever after. [melampau]. Tapi sebenarnya tak kisah pun anak lelaki ke perempuan. Saya tetap akan suka.
  12. Naluri saya rasa seperti saya akan bersalin awal dalam masa terdekat ni. Peace...

Esok saya ada weekly check up. So, saya amik cuti siap-siap. Supaya tidaklah tergedik-gedik nak MC bila dah sampai tengahari menunggu turn sampai badan dah letih.

Comments

  1. Semoga Lyd dan baby yang sangat perahsia itu sihat selalu..! 5 kilo lebih saje? Syabbas beteh..!! hihihi

    ReplyDelete
  2. seronokkan preggir ni lyD.. moga dipermudahkan semua ye

    ReplyDelete
  3. Kejap jer kan. Semoga semuanya dipermudahkan olehNYA.

    Baby menendang tu bila ada bonjol2 macam siku dan berombak2 kat perut tu. Baby mengeras plak rasa perut tu keras jer.

    ReplyDelete
  4. wah dah 37 minggu dah tak lama lagi...
    doktor kata kalau tak nampak jantina masa scan kemungkinan baby girl..
    tapi takpe yang penting baby tu sihat kann.. baby semua pun comel (^_^)
    Semoga segalanya dipermudahkanNya..

    tak sabarnya nak cium bau baby... :P

    ReplyDelete
  5. Best kan tengok perut bonjol2 gerak.... in our case, thats how we get the "monster glider".
    Myself sampai ke sudah I tak tau beza apa yg patut dialami sekian2 masa pregnant, tak reti nak beza sebab rasa macam tak pregnant except perut jer membesar.
    Baby u ni pandai sungguh dia cover yer, mmg nak kemunculan dia dinanti2 dengan penuh suspen hohoho.
    U are lucky tak banyak masalah during pregnancy, and I am pretty sure beranak nnt pun macam kacang jer ;);) Still, doakan urusan u lancar dear, omg I pulak excited.

    ReplyDelete
  6. dah 37weeks...almost to the end dah ni...all the best pn.lyd ;)
    anak perempuan juga idaman saya utk anak sulung..hikhikhik

    ReplyDelete
  7. Lelaki pompuan tak penting sangat kan...apa yg penting bayi tu sihat walafiat...

    ReplyDelete
  8. sronok kot..tak da pengalaman la..tp dulu2 suka pgg perut member..;)

    lyd apa nama ofis lyd..byk sgt.tak ingt la..hihi

    ReplyDelete
  9. tak da pengalaan :)

    lyd apa nama ofisnya:)
    byk sgt.tak ingt la

    ReplyDelete
  10. saya pernah bersalin awal 36 minggu...dan pernah bersalin 40 minggu...setiap anak saya semuanya berbeza minggu kelahirannya...petua biasa mudah bersalin...naik tangga turun tangga hehehe...tu yang bersalin awal 36 minggu...hehehe...apa2pun...selamat menempuh alam bersalin...semoga semuanya selamat...

    ReplyDelete
  11. selamat bersalin dan mendapat baby comey...

    ReplyDelete
  12. Saya pun prefer...surprise utk jantina. Mcm best je gitu.

    ReplyDelete
  13. Sy ingat dulu lyd ms ngandng aidan sy selalu jer tidur terlentang..ade bc gak orng kata tak elok..tp alhamdulillah takder apa2..namun skrang nie bila sy tido terlentang dah rs berat kat pinggang..huhu..kalo awak bersalin awal lyd, rajinlah berjalan dr skrang..tp yg pentingnya bg yg lahir matang cukup 9bln 10 hari rupa dia lg berseri dr baby yg kuar awal..tuh yg sy realised...

    ReplyDelete
  14. lyd masih boleh tdo terlentang lg? ohh..sy dh xboleh nie, memg xselesa sbb sakit, rasa tegang betul perut. Stkat nie strech mark dkt perut xde lagi..tp xtaula nti, harap2 xde huhuhuhu sy guna palmer. Lyd masih blm tahu lg baby apa ehh..baby nk suprisela tue. Skrg nie kerap berjalan ke sana sini, sbb org kata nak mudahkan bersalin kan..

    ReplyDelete
  15. tak sabr nak tgk baby akak lyd nanti...moga sihat kedua-aduanya

    ReplyDelete
  16. uish..5 kg je?tak tahan..cikgu ni naik tak turun2..baby dah luar pun berat naik ag..camne lak?haha

    ReplyDelete
  17. boleh lagi tido terlentang..koi rasa macam nak patah pinggang kalau terlentang

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum lyd...semoga sihat jer yer...:)

    ReplyDelete
  19. kak Lyd!!!!!
    mesti rindu Na kan??
    a'ah Na pun rindu kak Lyd hahha

    wahhh bnyk nyeee yang tersenarai..
    yg pasal anak perempuan rambut curl2 tu mmg sgt struju!!!
    KIUTTTTTTTT! hihi

    ReplyDelete
  20. salam Lyd... tahniah dah sampai minggu ke37. Xlama dah lagi yer... MakLady doakan semua nya selamat.

    sronok baca. teringat masa dolu hehe lebih kurang je pengalaman kita ;)

    ReplyDelete
  21. I do agree with all the concepts you have
    introduced to your post. They are very convincing and can definitely work.
    Nonetheless, the posts are very quick for newbies. May you please prolong them
    a little from subsequent time? Thank you for the post.


    my web blog ... ranger forum

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...