Skip to main content

Jangan Bilang Jangan!

Sejahteralah ke atas kamu...

Beberapa tahun dulu, ada satu iklan kat radio yang bagi saya sangat comel.
Suara kanak-kanak bercakap; "Nama saya Jangan. Bila saya korek hidung, mak kata... JANGANNNNNNNN... "

 Ada lagi ayat yang kanak-kanak tu sebut, tapi saya dah lupa. Comel sangat sebab dia ingat nama dia = Jangan. Itu semua kerana mak dia akan sebut 'jangannn' bila dia nak buat sesuatu yang mak dia tak suka.

Saya dah lupa kat mana saya baca satu artikel ni, tapi isi penting di dalam artikel tu saya tetap ingat sampai tahap termimpi-mimpi. Banyak kali plak tu saya bermimpi saya cuba nak praktikkan amalan tu. Key point yang terkandung di dalam artikel itu ialah, "tidak menggunakan perkataan JANGAN di dalam mendidik anak-anak".

Macam susah je nak praktikkan, kan? Biasanya ayat 'jangan' tu kita guna untuk melarang anak daripada berbuat sesuatu. Contohnya, 'jangan panjat almari tu!!!'. Plak tu dengan nada paling cemas dalam dunia. Menurut artikel tu, bila kita larang anak dengan ayat yang mengandungi 'jangan', apa yang anak dengar hanya 'panjat almari tu'. Perkataan 'jangan' tu hanya seperti 'silent' word je bagi dia.

Tak menggunakan perkataan 'jangan' bukan bermakna kita langsung tak boleh larang anak. Cuma perlu tukar kepada ayat cadangan yang lain dengan menggunakan ayat positif. Contohnya kalau kita tak mahu anak panjat almari, kita terus je suruh dia main kat bawah, "Main kat bawah sini je ye intan payung". Maksudnya, daripada kita cakap kepada anak , 'jangan' buat sesuatu, lebih afdhol kalau kita  bagi cadangan kepada anak apa yang dia 'boleh' lakukan. 

Contoh :

1.  Ayat negatif :  Jangan makan guna tangan kiri!
     Ayat positif :  Makan guna tangan kanan sayang comey. *over*

2. Ayat negatif  :  Jangan tengok TV kalau tak habis makan!
    Ayat positif  :  Habiskan makan dulu, baru tengok TV ye.

3.  Ayat negatif  :  Jangan main lipstick mama!
     Ayat positif  :  Ini mainan adik, main yang ini ye. [gantikan dengan benda lain].

4.  Ayat negatif  :  Jangan berlari kat sini! Sini licin, nanti jatuh.
     Ayat positif  :  Kalau lalu kat sini kena jalan perlahan-lahan ye. Kat sini licin.


Itu antara contoh sahaja. Korang mesti boleh faham maksudnya kan? Memang la tak mudah nak amalkan teori-teori mendidik anak ni. Ada bermacam-macam teori berkenaan mendidik anak di dalam dunia ni. Sedangkan, hakikat yang sebenarnya... setiap anak berlainan cara mendidik mereka sebab setiap anak berbeza. Berkenaan larangan menggunakan perkataan 'jangan' ini memang susah nak buat, sebab biasanya lebih cepat dan pantas otak kita fikir ayat yang ada perkataan 'jangan' ni. Dah tentu la kita guna perkataan ni waktu cemas nak halang anak daripada buat sesuatu yang bahaya. Mana sempat nak fikir ayat positif pulak. Betul tak? Tapi kita boleh cuba, praktikkan. Sebenarnya boleh, kalau orang lain boleh takkan la kita tak boleh ye tak?

Saya ni anak pun belum lahir lagi, siapa la saya untuk mengajar orang pulak tentang cara mendidik anak. Orang lain yang dah ada anak ramai pun relax je gunakan perkataan 'jangan' kat anak-anak sejak anak mereka kecil. Tetiba saya nak bajet diva plak macam la berpengalaman sangat. Heheh. Saya bukan apa. Saya cuma berkongsi je maklumat yang saya tahu. Nak praktikkan atau tidak itu terpulang kepada masing-masing. Hokey?

Chow!

Comments

  1. Dulu kalau masuk opis kerajaan di pintu masuk akan ditampal pelekat berbunyi, "Tidak dibenarkan masuk,kecuali jika ada urusan". Sekarang semua opis sudah menggunakan ayat yang lebih mesra pelanggan: "Sila masuk jika ada urusan".

    Kedua-dua perkataan itu membawa makna yang sama. Cuma yg pertama nampak kasar, yg kedua kelihatan lebih mesra...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugak dgn ayat "Ikut kiri jika TIDAK memotong" dengan "Jika perlahan, silalah ke kiri" atau "Ikut kanan jika memotong". Maksud sama tapi ayat pertama ada perkataan negatif.

      Delete
  2. jangan katakan jangan.. nampak mudah tapi slalu gak tersasul.. dah terbiasakan.. emak kita, cikgu kita mesti kata jangan ini jangan itu. ah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg susah kak. Sekarang ni saya belum ada anak, tapi dah cuba berlatih dgn anak2 sedara. Tapi memang mencabar la sebab nak larang, tapi terkial2 nak susun ayat positif.

      Delete
  3. haha...tiap kali dengar pasal ni..mmg berkobar kobar nak laksanakan..sekali tgk anak panjat meja..lupa segala...dgn suara ala ala tarzan nina...mmg kena jerit bebudak tu..kena pulak kita ni balik kerja dah penat..tambah masak, kemas rumah, begitu begini takde mananye nak 'ala cayang-cayang bucuk macam mama...meh turun meja tu meh...its dangerous u know....'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, setuju sangat. Time dah tengah naik hangin tu, perkataan Jangan tu je la yang sempat kita sebut. Lagi plak kalo dah ckp ayat positif tapi tak anak tak dgr, last2 mesti terkeluar punya pekataan jangan tu. Ork?

      Delete
  4. KA selalu pulak cakap buatlah ambiklah kat anak2 kalau diaorang nak buat sesuatu yag KA x suka.. jrg2 sebut perkataan jangan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun salah satu cara jugak. Tapi yang mcm ni guna pakai utk anak yang dah mumaiyiz boleh la kot. Mcm anak kawan saya, lagi kita kata buat, dia buat betul-betul, siap tanya mak dia, "betul ke ni boleh buat? pastu dia yeyyy!!!" Heheh.

      Delete
  5. assalamualaikum lyd...yer la lagi kita kata jgn lagilah anak2 buat juga...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mama. Mmg la mama, sbb dia hanya dengar ayat belakang tu je. Yang jangan tu dia tak perasan.

      Delete
  6. Su suke komen kak Cho Zila tu. Betul. Jgn kata mak ayah kite. Cikgu pun kata - JANGAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Sebab dari kecik, kita pun dah dididik dgn perkataan jangan.

      Delete
  7. betul tapi kkdg susah tuk diapply....uhukkk..uhukkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg susah pun. Sbb kita dah terbiasa dgn perkataan jangan tu kan?

      Delete
  8. tak guna jangan, tapi guna "dont". eh?... hehehehehe....
    betul, memang perlu biasakan diri,,, saling mengingati suami isteri....
    kalau suami tersasul sebut jangan, isteri remind... kalau isteri tersasul sebut jangan, suami remind... gittewww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Don't use jangan. Kadang2 ada jugak nak tersasul tak guna jangan tapi guna don;t. itu mengelat namanya.

      Delete
  9. Aahhh...susahlah lyd..hehehe..mmg asyik sebut DON'T jer..pun ade jgk tak makan saman..sy kena ade kesabaran tahap buaya (ker) baru blh apply..heeheh..kang senyap2..cuba guna ayat positif tak dengar jgk..kang hangin lah pulak..huhuhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buaya iteww sabar ke ummuaidan? Heheheh... Lagi satu kalo nak praktis benda ni, kita kena ada otak yang cekap untuk membuat ayat. Ini, nak mengarang ayat pun kemain pening. Last2 terguna jugak pekataan jangan tu.

      Delete
  10. apa salahnye dengan perkataan tu..aku paham tu kira reverse psychology..tp budak2 degil ni tak payah manja sangat camtu..kalau dah terang2 cakap jangan pon tak makan saman..bantai je terus dengan tali pinggang..aku dulu camtu je mak aku ajor..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reverse saikologi kalo ko tak bagi buat sesuatu benda tu, tapi ko kata "haa.,.buat la..buat". Tapi kalo ko larang guna perkataan 'jangan' itu kira macam direction je. Amboih, ko terus je nak bantai dgn tali pinggang. Takpe..takpe.. kita tgk anak ko lahir nnt. Kot2 nanti tetiba ko jadi ayah yang paling bermuka suci yang paling cepat hati cair bila dgn anak. Heheheh.

      Delete
    2. eh..aku baru perasan blog ko dah boleh reply camni..apsal la ko tak buat dari dulu lgi..hahaha..

      aku ni pasalnya nakal sangat lyd..kalau anak aku baik nanti aku baik la..kalau dia degil aku suh mama dia rotan..aku papa yang tempat dia mengadu je..hahahaha...

      Delete
  11. Sya kawen pon belom lagik!

    byk gk article Sya bc about parenting pe sume. Bile bc rs cm "OK, nnti nk wat cmni-la"
    tp bile pk bLk, bkn senang. Lg2 kLw kite bkn jenis cm2. xkan tetibe dpt baby suddenly change cr cakap, cr treat anak/people around, pe sume. so dr skang nk kene practice @ ubah sket2. huhu

    mood xsaba nk kawen nih. hikhik

    sya-orked.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya da foLLow sini. kLw sudi, foLLow La Sya jugak ek~

      Delete
    2. Thank you follow. No problem, akak follow awk balik.

      Sama la macam akak masa blum kawen dulu. Mcm2 benda baca pastu berazam nak praktikkan bila kawen. Tapi bila dah kawen tak de la buat pun. Kena tgk kesesuaian sebenarnya.

      Delete
  12. Bagus bakal ibu ni..

    Sbnrnya bkn utk anak2 je, utk yg dewasa pun sama caranya. Sape2 pun tak suka ditegur dgn perkataan Jangan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie, JANGAN la puji. Kehkeh. Saje je bakar nak guna perkataan jangan tu kat ujie.

      Kalo kita gunakan ayat positif kat org dewasa mesti org kata kita skema kan? Tapi itu la cara yang lebih afdhol. Lebih manis bunyinya. Dalam masa yang sama dapat berlatih dan juga dapat memberi contoh teladan yang baik jika kanak2 melihat cara kita.

      Delete
  13. Replies
    1. Haa.. ada pun org ingat iklan tu. Comel kan? Suara dia pun comel.

      Delete
  14. Tau. Memang semua ibu bapa mcm tu. Setiap hari mesti ada benda yang di'jangan'kan. Kalau anak Diana boleh faham kenapa jangan tu, kira okay la kot. Cara mana-mana pun takpe, asalkan sesuai dgn anak. Semoga anak2 kita menjadi anak2 yang berkualiti.

    ReplyDelete
  15. aku ni walaupun x kawen lagi, tapi aku faham kot maksud entry ni..

    instead of kita jadi mak ayah yg mengongkong, itu tak boleh, ini tak boleh, jangan itu, jangan ini, better untuk kita advise dia utk buat apa yg boleh dan tak boleh dia buat..

    jangan tu macam satu instruction..u must do this and u mustn't do that..so maybe lagi elok kita tukar instruction tu kepada direction..u should do this and u shouldn't do that..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Ko memang cepat catch up. Bila jangan, jangan tu macam dalam dunia ni semuanya tak boleh. Itu tak boleh ini tak boleh.

      Delete
  16. I am still struggling in this deparmnent. Punya la beriya set dalam kepala muhasabaha motivasi diri sendiri, last2 Jelita buka satu langkah jer, terus melalak "Noooooooooooo". heishhh

    All the best to u, me and all... hahaha:);)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sama la. Wp belum praktik kat anak, tapi kat anak2 buah memang last2 jerit jugak jangannnnnn... All the best to us.

      Delete
  17. Kalau dalam keadaan stress dan panik, semua perkataan pun boleh keluar... hahahaa

    ReplyDelete
  18. dari sebelum bdk2 ni lahir dah tau dah jangan ni..masalahnya..ibu ni..jangan tu la yg peberet...eheheeee...

    ReplyDelete
  19. memang tak guna jangan. kalau tak boleh memang cakap straight to the point. akan ada soal jawab dan reda jelah kena menjawab kenapa dan kenapa.

    ReplyDelete
  20. Dulu masa cetek ilmu parenting memang NO aje kat mulut.... Alhamdulillah bila dah ada ilmu ada jugak cakap No tapi explain kat diaorg elok2 kenapa mama cakap No so diaorg pun paham & tak memberontak...

    ReplyDelete
  21. bole dipraktikkan, tp bukan senang la. sbb lidah dah terbiasa dengan perkataan jangan. laju je keluar daripada mulut.

    ReplyDelete
  22. aku x guna jangan atau don't...aku guna noooooo....skali aku ckp "nooooo" pastu zharif mengajuk aku dia ckp "no, no, no".. no dia lg byk dr aku huhu

    ReplyDelete
  23. ok2 faham.dah nampak dah.bila kita guna jangan, bebudak ingat kita bahasakan dorang jangan jadi ayat selanjutnya seolah2 menyuruh dorang lakukan perkara tersebut la ye?

    ReplyDelete
  24. ada penceramah dtg ke pejabat..pernah cakap tak boleh mendidik anak dgn ayat JANGAN...sebab anak akan konfius...tp tetap keluar juga ayat JANGAN bila nak larang anak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...