Sejahteralah ke atas kamu..
Rasanya ramai yang dah tahu pasal kes penderaan kanak-kanak oleh seorang pembantu rumah yang berlaku di Kuantan kampung halaman ku iteww.. Siapa yang dah tonton video rakaman CCTV tentang penderaan itu, akan tersentuh hatinya kalau dia ada naluri kemanusiaan. Bayangkan anak tu, dilambung, dicampak dan dibolak-balikkan macam le budak tu roti canai. Agaknya profession pembantu rumah tu sebelum bekerja dengan ibu bapa budak tu ialah pembuat roti canai. Gian kot nak tebar roti canai lagi. Itu yang lepas gian kat anak yang lemah dan tidak berdosa tu.
Rasanya ramai yang dah tahu pasal kes penderaan kanak-kanak oleh seorang pembantu rumah yang berlaku di Kuantan kampung halaman ku iteww.. Siapa yang dah tonton video rakaman CCTV tentang penderaan itu, akan tersentuh hatinya kalau dia ada naluri kemanusiaan. Bayangkan anak tu, dilambung, dicampak dan dibolak-balikkan macam le budak tu roti canai. Agaknya profession pembantu rumah tu sebelum bekerja dengan ibu bapa budak tu ialah pembuat roti canai. Gian kot nak tebar roti canai lagi. Itu yang lepas gian kat anak yang lemah dan tidak berdosa tu.
Comel kemain lagi budak ni. |
Kamera CCTV tu parents budak tu pasang di rumah mereka yang terus boleh di akses daripada komputer riba ayahnya. Cuba la korang bayangkan perasaan mak ayah budak tu. Bila mereka menjaga anak mereka dengan penuh teliti dan berhati-hati, tetiba mereka tengok orang lain buat anak mereka macam roti canai. [ceh, aku ni tak abih2 dengan roti canai. wakawaka ei..ei..]. Hancur luluh tak rasanya hati mereka?
Berita terkini tentang anak malang yang bernama Mohamed Hareez ini, beliau dimasukkan semula ke Hospital Tengku Ampuan Afzan [HTAA] pada jam 8.30 malam semalam, selepas tidak bertindak balas seperti biasa apabila dikejutkan oleh ibunya, Nina Suraya. Menurut ibunya, mula-mula ramai orang datang melawat kat rumah, Mohamed Hareez tidur pada awalnya. Selepas semua tetamu dah beransur pulang, apabila ibunya cuba mengejutkan Mohamed Hareez daripada tidur, langsung tiada tindak balas menyebabkan dia terus dibawa semula ke HTAA oleh ibunya untuk pemeriksaan lanjut.
Saya tak fikir pun hukuman apa yang bakal dikenakan terhadap pembantu rumah itu. Hukuman-hukuman bagi salah laku kat Malaysia ni bukannya adil sangat pun. Mungkin penjara 2,3 tahun. Mungkin bayar denda je. Silap-silap dia tak dikenakan apa-apa hukuman pun kalau kerajaan Indonesia campur tangan. Cuma apa yang saya asyik fikirkan ialah... kenapa dia buat macam tu? Apa yang ada dalam fikiran dia masa dia lambung budak tu? Kalau kita ni manusia normal, nak buat macam tu kat anak kucing pun.... tak tergamak. Sebab comel sangat. Takkan sampai hati nak buat macam tu pada makhluk Allah.
Inikan pula anak manusia. Comel pulak tu. Apa masalah pendera tu sebenarnya? Ada krisis percintaan ke? Ishhh... Tak dapat nak difikirkan la apa yang ada dalam fikiran manusia-manusia psycho ni. Menurut laporan akhbar yang saya baca, Mohamed Hareez ni jadi trauma dan nampak takut-takut bila ada orang nak bergurau atau nak dekat dengan dia. Kesian kan? Saya mendoakan agar Mohamed Hareez akan kembali sihat dan aktif seperti anak-anak lain yang sebayanya. Amin.
nak kerja tapi tak ikhlas... terpaksa je...
ReplyDeleteKesiannya adik tuh..mudah2 cepat recover...agaknya pengasuh tuh tension ngan mslh peribadi ker...tak sabar ngan budak2 ker..tuh psl yg sanggup wat camtuh...
ReplyDeletepernah kepingin nak amik pembantu rumah..tapi suami tak setuju...dia kata kalau ada maid takleh pakai seluar katok kat rumah...hehehe
ReplyDeleteTak sanggup nak tgk pun Lyd..huhuhu
ReplyDeleteNtahla ape masalah maid tu. Takmo keja ckp ler takmo keja. Takmo buat ckp ler takmo buat. Adoiii..!!
saya tak tengok lagi video tu,cuma tahu cerita sahaja...,memang sedih...mengikut pengalaman saya menjaga budak...budak-budak memang sering menangis,kadang-kadang dah salin lampin,beri susu,dia masih menangis.kat sinilah cara psikologi untuk menangani budak2 sebegini.Kalau tak sabar memang tension.tapi kita kena pandai untuk menangani masalah sebegini.kalau boleh kita dukung kita dukung,kalau boleh kita agah,kita agah.kalau boleh kena nyanyi pun,nyanyilah kuat2...budak sekecil ni memang dah tabiatnya menangis.ada kala dia nak kan perhatian kita.jadi hanya orang yang sabar dan pandai mengawal situasi yang boleh selesaikan budak menangis ni.Mujur semua anak-anak jagaan saya yang meragam pada awalnya,kini dah elok tak menangis sangat.Boleh menyesuaikan diri masing-masing.
ReplyDeleteNizam : kerja sebab nak duit semata-mata cenggitu le.
ReplyDeleteUmmuAidan : Masalah dalaman yang sampai terbawa-bawa keluar.
Nafisa81 : Woww.. suami pakai suor katok ke kat umoh? Mcm comel je.
MamaVogue : Suami saya pun tak sanggup tgk mula2. Saya paksa. Hehe. Cuma CCTV tu takde suara. Sbb tu saya mcm boleh tgk lagi.
Ummi Arissa : Kan bagus kalo semua baby sitter ada pendirian macam akak. Ibu bapa nak tinggalkan anak2 pun dgn hati yang lapang.
Ksian... Mmg comel adik hareez nie. Semoga xde apa2 yg serius jadi kat dia..Amin
ReplyDeleteBetul tu..hukuman yg dikanakan ke ats pelaku mmg x setimpal jika nk dibandingkan dengan nasib keluarga mangsa..
saya doakan adik Mohamed Hareez sihat segera..
ReplyDeletenampak cam mental jer maid tu..sayapun pelik, kalau saya tengok baby comel rasa nak peluk ngan cium jer tak faham apsal dia boleh buat camtu...
kesin sgt tgk baby kne lambung tu...patut kita suh mael lambung lambungkan amah tu plak...hish ...
ReplyDeletesaya rasa maid tu gilaplusmasukhantu dan tak beriman dan tak takjut ALLAH dan tak takut api neraka..
ReplyDeleteas-salam ;D
ReplyDeletelyd sehat?
maybe da masalah mental kot.geram je tgk.dia pusing2 mcm bb tu anak patung... ggrrr
ramai org share kt fb video tu, sy langsung tak nk tengok... so sy tak tau mcm mana baby tu di lambung...tak sanggup nk tengok baby yang tak berdosa dilaku kejam oleh manusia tak berakal... hmmmm... kat kuantan rupanya.
ReplyDeletehi salam perkenalan,
ReplyDeleteberita t.hari td,pembantu rumah tu dipernjara 20thn....
tak siuman la agaknya maid tu. tengok mcm psiko je cara dia lambung tu, macam anak kucing bermain dgn bola! gila! kalau la saya jadi mak/bapak budak tu yg tengok dari laptop/telefon bimbit apa yg amah tu buat, saya boleh histeria sebab marah dan tak sampai hati tgk anak jadi macam tu. sadisss
ReplyDeleteharap baby tu sihat lah hendaknya dan tak ada masalah serius. amah tu kita lambung sama2 lah. nak?? huhu
Mmg sakit mental la maid tu. kot ya rasa kena tipu dgn agen (janji keja kat kedai mkn-tebar roti canai), tapi kena jadi maid..takle sampai ati nk buat kat bdk kecik gitu.
ReplyDeleteMoga baby tu cpt sihat sepenuhnya.
sedih betul... sanggup dia buat camtu... geram sangat
ReplyDeleteI memang tak nak tengok video tu, tak sanggup nak tengok. Yang kisah mekanik gusti anak dia tempoh hari pun I nangis.
ReplyDeleteI pun wonder jugak, ke mana hati dan peraaan orang yg sanggup pukul anak kecik ni.Orang kurang waras pun reti sayang budak.
Tak tengok lagi vid tu.. tapi ad dengar kes tu la.. sian kat budak tu.. rasanya pmbantu rumah tu ad mslh mental kot.. akal dh x waras..
ReplyDeletemental la kot. tak ada yg buat test mental pd maid2 ni sblm pass kat majikan. kesian bby kecik yg tak tau apa tu.
ReplyDeleteUmur amah tu baru 23 tahun, kena penjara 20 tahun tanpa peguambela. Hampir usianya setengah abad nanti baru dia keluar penjara. Salah siapa dia jadi begitu? Mungkin dia ada sejarah silam yg tak kita ketahui mengapa dia jadi begitu...
ReplyDeleteKes penderaan ni mcm xakan selesai kan?entahlah siapa ptut dipersalahkan, tp mmg geram sangat tgk si kecik yg xberdosa diperlakukan sedemikian rupa..
ReplyDeletex dpt KA nakbayangkan perasaan parents dier. Cuma sama2lah kita daoakn moga adik tu kembali pulih ye
ReplyDeleteteruk betul perangai maid tuh. dah la pendatang, pastu buat hal.
ReplyDeleteno komeng...sebab aku rasa nak mencarut...
ReplyDelete