Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Tips Mengamalkan Baca Al Quran 1 Ayat 1 Hari Untuk Orang Biasa Macam Aku

Sejahteralah ke atas kamu.... Al Quran ini adalah mukjizat yang terbesar yang Allah turunkan untuk umat manusia. Umat manusia tu siapa? Kita la. Tak lain dan tak bukan. Memang kita la yang kena baca Al Quran ni. Aku yakin ramai yang mahu mengamalkan membaca Al Quran setiap hari. Paling tidak pun nak baca satu ayat pun dah cukup la setiap hari. [Selain daripada baca di dalam solat la maksud aku]. Tapi.... azam tu hanya sekadar azam je betul tak? Nak laksanakan tu... memang sangat mencabar. Aku faham. Sebab itu bukan hanya masalah ko sorang. Semua orang mengalami ujian yang sama. Ujian untuk merasa berat untuk membaca Al Quran. Syaitan ada di mana-mana. Kita rasa macam kita tak sempat nak baca Quran, dan rasa nak postpone membacanya waktu kemudian, tapi waktu lapang tu seperti bermain galah panjang pulak dengan kita. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, kekadang macam dekat, kekadang jauh, tapi selalu je terlepas. Korang paham ke tak apa aku cakap ni? Tak faham angkat tangan. Di s...

Aku Paling Suka Musim Hujan

Sejahteralah ke atas kamu.... Semua pun sedar cuaca di Malaysia pada pertengahan tahun sangatlah panas dan berjerebu. Sangat tak selesa. Tidur malam pun panasnya lain macam. Siang hari pun nampak kelabu kerana jerebu. Penyakit pun banyak hinggap pada waktu cuaca panas. Aku rasa sangat terganggu. Oleh sebab itu, musim hujan adalah waktu yang paling aku sukai dan tunggu-tunggu. Sebab hujan memberikan hawa yang sejuk, nyaman dan selesa. Walaupun pada musim hujan ni baju lambat kering sebab matahari bercuti tahunan, walaupun banyak aktiviti tertangguh kerana cuaca hujan. Aku tetap suka hujan.  Namun...... Bila hujan yang sama, yang aku sukai dan tunggu-tunggu itu telah menyebabkan banjir besar di sebahagian negeri-negeri di Malaysia ini, aku dah jadi tak pasti wajarkah aku masih terus memuja hujan. Maafkan aku kerana sentiasa berdoa agar hujan turun. Maafkan aku kerana apabila banjir terjadi kerana hujan turun tidak berhenti-henti, aku hanya mampu melihat daripada jauh dan...

The Hobbitses Trilogy Memang Terbaik!

Sejahteralah ke atas kamu... Filem yang paling aku suka sepanjang hidup aku ialah The Lord Of The Ring Trilogy dan yang terbaru ni The Hobbit Trilogy. Memang aku suka pada filem-filem ni tahap terlampau. Filem Transformers pun aku suka tapi tak sampai pergi tengok wayang la. Setakat cerita lain, aku tak kisah pun nak tunggu lama sikit untuk tengok yang download free kat internet atau pun tunggu je keluar HBO. Tapi kalau The Hobbit ni, aku rela tak tunggu sebab aku nak tengok versi 3D kat panggung. Minggu lepas aku tengok The Hobbit The Battle Of The Five Armies, iaitu siri yang ke 3 dan terakhir di dalam trilogy ni. [ sebenarnya dah 2 kali aku tengok filem ni 3D. hahahah ] Bila tengok 3D, aku terasa seperti aku sebahagian daripada mereka. Aku terasa macam aku ada kat situ bersama-sama mereka berperang dengan Orcs dan Goblin. Bila habis filem tu, aku pulak yang rasa sedih mcm nak berpisah dengan kawan-kawan rapat yang dah bersusah dan bersenang sama-sama. Gituw. Good Feel...

Taman Syurga Di Rumah

Sejahteralah ke atas kamu... Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya :  “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.     (Hadis riwayat at-Tirmizi). sumber Setiap Sabtu, my husband and I cuba beristiqomah untuk mengadakan tazkirah ringkas di rumah. Selalunya tak konsisten pun huhu. Hasben yang mengajar, aku dengar. Luth biasanya tidur [memang sengaja pilih waktu dia tengah tidur]. Sebab, kalau dia dah bangun, begini la gayanya.... Tak dapat nak fokus sangat pun. Nak kata macam kuliah Subuh sangat pun tidak juga ni. Sekadar perkongsiang ilmu dan mengingatkan yang terlupa. Aku kongsikan sikit intipati kuliah Subuh ini dengan korang ye. Untuk hidup di dunia yang serba mencabar ini, apa yang kita perlukan ialah kekuatan dalaman. Mencabar tu maksudnya darip...

Mesin Jahit Ku.... Brother NV950

Sejahteralah ke atas kamu... Perkenalkan... Inilah mesin jahit sulam aku. Aku beli dah lama. Bulan 6 dulu. Tapi aku baru je buka kotaknya dan cuba menggunakannya bulan lepas. Macam pelik je kan bila dapat barang baru tapi tak excited pun nak terus cuba. Aku sebenarnya kaget bila fikir cemana nak kendalikan mesin jahit yang computerized macam ni. Takut otak aku terlampau beku nak faham cara gunanya. Buku manual tu aku usung bawak pergi balik ofis konon nak baca kat ofis, padahal buka je muka surat pertama aku dah mengantuk. Kecik besar je tulisan dalam manual tu aku tengok. Beli sendiri ni hasil titik hingus sendiri. Nampak tak betapa rajin dan sibuknya aku bekerja sampai keluar hingus. Kalau korang nampak, belakang mesin jahit tu ada bekas sudu, ada bekas kuih semperit dan juga biskut panjang-panjang. Sebenarnya inilah meja makan kat rumah aku. Aku guna untuk menjahit. Jadinya, sekarang kalau aku nak makan secara berjemaah dengan suami dan anak, aku akan bentang kain ala...

Walaupun Tak Suka Membazir Tapi Tetap Suka Shopping

Sejahteralah ke atas kamu... Satu sikap aku yang daripada dulu tak berubah-ubah ialah... boroi boros. Dulu kalau aku boros, hanya mak aku yang tahu, lepas tu kalau aku tak cukup duit, aku pinjam dengan mak, pastu aku tak ganti balik... Booo! Malu je dah besar gajah pun mintak duit dengan mak. Sekarang bila aku boros, hasbeng aku la yang berdarah hidung bila tetibe je sampai bungkusan barang kat ofis dia [aku beli barang post ke office hasbeng]. Tudung la, baju la, baju Luth, buku ke. Ikut suka aku je. Kalau ikutkan nafsu serakah, ada banyak lagi benda-benda yang tak berfaedah ingin aku beli sama ada beli kat kedai atau secara online. Cuma aku masih lagi cepat teringat yang duit aku makin susut bila aku belanja, bukan makin banyak. Ohh.. aku perasan yang aku ni suka beli sos dan cheese. Semua jenis sos aku nak cuba, dan cheese pulak akan sentiasa ada dalam fridge walaupun aku jarang guna untuk masak. Satu perkara yang aku semakin faham tentang diri aku sebagai seorang wani...

'Terpaksa' Layan GEGAR VAGANZA... Nak Karaoke?

Sejahteralah ke atas kamu... Aku memang dah lama tak tengok rancangan hiburan yang jenis menyanyi-nyanyi, anugerah industri hiburan, pertandingan realiti TV dan seumpamanya. Tak kira le AF ke, Kilauan Emas ke, termasuk Pencetus Ummah pun aku tak tengok. Pertama sebab aku tak berkenan dengan konsep pertandingan yang bersandarkan undian SMS. Kedua sebab otak aku macam dah tak boleh digest dengan genre muzik yang terkini. Lagu-lagu zaman sekarang dah jadi semacam jadam bagi telinga aku. Begitu juga dengan pertandingan Maharaja Lawak ke, Pilih Kasih ke, Mentor ke, and what not. Semua aku takleh nak register dalam otak aku. Lagipun tu semua doniawi. Lagho belaka. Hahah. Tapi baru-baru ni, ada rancangan baru terbitan Astro yang bertajuk Gegar Vaganza. Aku yang tak layan rancangan hiburan ni, eh, tetibe je boleh terpaku depan TV, siap marah hasbeng aku tukar channel time iklan sebab takut terlepas nak tengok Haleeda. Aku minat Haleeda ni sebab nama dia hampir nak sama dengan nama a...

Surat Untuk Ibu dan Bapak Mentua

Sejahteralah ke atas kamu.... Sekali sekala nak mengada-ngada hantar surat kat ibu dan bapak mentua. Bukannya takleh telefon. Boleh sesangat. Nak belajar tajwid dengan Pak mentua pun boleh melalui telefon. Tapi memang dah ditakdirkan aku ni gedik. Jadi terpaksa la aku tulis surat untuk Ibu dan Pak sebagai tanda gedik aku tuh.  Kuheh. Aku tulis surat ni sebab aku ada kirimkan baju untuk ibu. Baju kelawar yang aku jahit sendiri. Siap bersulam huruf 'R' pada lengan sebagai mewakili nama Ibu, Rahimah. Untuk Pak, aku tak bagi apa-apa pun. Cuma print gambar Luth je untuk Pak. heheh.. *Macam la  Pak kisah sangat dengan gambar Luth. Bajet mcm orang sayang sgt kat anak aku kan? Mueheh.* Buat sendiri je sampul surat. Melampau sangat kan kesenian aku ni. Syukur, ibu suka baju yg aku bagi, katanya cantik. Aku lupa plak nak ambil gambar baju tu. Alaa.. baju kelawar paras peha yg mcm baju belacan aku tu je. Guna kain cotton viscose. Imagine je la cemana pun...

Kenderaan Bentuk Katak dan Jerung di KL

Sejahteralah ke atas kamu... Dah 2 kali aku ternampak kereta yang unik sewaktu aku driving. Yang pertama dihias seperti putera katak. Berwarna hijau, mempunyai crown di atas bumbung dan mata bulat yang dilukis pada bonnet kereta. Aku macam tertanya-tanya... Haiwan apakah itu? Kenapa dia ada situ? Lepas tu aku lupa. Esoknya aku nampak seekor lagi makhluk aneh. Bentuk ikan jerung pulak. Kat atas bumbung kereta ada sirip ikan jerung yang selalu membuatkan orang yang ternampak sirip tu lari lintang pukang menyelamatkan diri cerita jaws, juga mata yang dilukis di atas bonnet kereta. Kali ni aku berusaha juga nak jadi busy body. Semangat ingin tahu aku yakni bersamaan dengan semangat kepochi aku mengatasi kesesakan lalulintas ketika itu. Berusaha gigih aku skodeng, akhirnya nampak le tulisan pada badan kereta tu, MYTEKSI. Dalam hati menyebut hurup O yang panjang. Teksi rupa-rupanya. Semangat waja aku mengambik gambar. Dan this is the best yang aku mampu snap. Huhu.. memalukan ha...

Siapa Je Yang Celebrate Birthday Kat Airport?

Sejahteralah ke atas kamu... Minggu lepas adalah hari ulang tahun kelahiran Mat Azghul, suamiku hensem yang tercentaaa [tersipu ni sambil taip, sebab perasan hasben sendiri henseng]. Sebenarnya Mat Azghul outstation 4 hari bermula Sabtu lepas sehinggalah ke hari Selasa, hari jadi dia tu. Maksudnya pada hari jadi dia tu, dia baru je sampai Malaysia.  Aku tak sambut pun dia di airport. Sebab aku kerije. Cuti aku dah negatif. Lagipun biasanya memang aku tak jemput pun setiap kali dia balik dari otstesen. Aku ni penakut, tak berani hoi nak drive sampai ke KLIA2 sana. Pada hari tersebut, bos Mat Azghul called aku untuk tanya... "kek apa yang Azrul suka?". Tapi masa bos dia called aku tu, aku tak sempat nak jawab sebab aku keluar lunch dan henfon aku tinggal kat workstation. Bila aku return call dia, dia dah beli pun kek untuk hasben aku. Katanya, dia nak buat surprise bawak kek untuk my hasbeng bila hasbeng aku sampai kat airport. Owh.... how sweet. Tapi takpe, walaup...

Cara Paling Mudah Dan Selamat Menyembuhkan Batuk, Percuma Pulak Tu.

Sejahteralah ke atas kamu.... Bila batuk, kita pasti akan rasa tension yang amat. Batuk ni menyakitkan dada dan tekak serta kadang-kadang otot perut pun boleh cramp sebab batuk yang bertubi-tubi. Dah la tu, bila batuk pulak bunyinya menakutkan orang-orang sekeliling. Dah gaya macam nak mati sangat dah cara batuk tu. Kanak-kanak yang terdengar kita batuk boleh menangis sepanjang maghrib sebab ingatkan jin tengah jerkah dia, padahal bunyi mak dia batuk. Lagi menambahkan stress bila dah macam-macam ubat dah kita telan. Ubat hospital dah berbotol-botol habis. Dengan botol-botol ubat skali telan pun tak baik jugak batuk. Beli ubat kat farmasi lagi macam-macam jenama. Kemam lozenges lagi.Semua tak mujarab. Tak cukup dengan ubat moden, petua-petua lama pun semua dah cuba. Lemon, limau nipis, limau kasturi, limau bali, limau mandarin [eh limau mandarin hanya menambahkan batuk] segala jenis citrus dah try sampaikan lemon grass pun kita kunyah. Campur pulak dengan madu lebah. Sedangka...

Perkenalkan Ini Adik Luth

Sejahteralah ke atas kamu... Aku ada seorang anak susuan. 3 kali kenyang minum susu aku. Sekali aku bagi direct, selebihnya bagi EBM. Macamana aku boleh decide nak bagi anak itu minum susu aku ialah apabila aku selalu buang dan membazirkan susu yang aku pam setiap hari Jumaat. Sebab hari Sabtu dan Ahad tu cuti, Luth memang tak minum guna botol selagi roh dia boleh mengesan kehadiran roh aku ada berhampiran dia. Wah gituu. Susu tu pulak kalau simpan 2 hari untuk bekal hari Isnin, lagi la Luth tak layan. Kalau dah tau Luth taknak minum, kenapa pam? Uih, kalo tak pam... aku la yang terseksa bengkak susu.Akhirnya terbuang begitu sahaja susu yang aku pam dengan penuh kasih sayang tu. Sedih pelepah hati aku bila menuang susu rezeki Allah beri tu ke dalam sinki. Oleh sebab aku tak tergamak nak buang susu tu dan tak sanggup menjadi kufur nikmat susu, aku mencuba nasib untuk offer kepada salah seorang ofismate aku yang ada anak yang lahir beberapa bulan selepas Luth lahir, kot-kot dia ...