Sejahteralah ke atas kamu...
Satu sikap aku yang daripada dulu tak berubah-ubah ialah... boroi boros. Dulu kalau aku boros, hanya mak aku yang tahu, lepas tu kalau aku tak cukup duit, aku pinjam dengan mak, pastu aku tak ganti balik... Booo! Malu je dah besar gajah pun mintak duit dengan mak.
Sekarang bila aku boros, hasbeng aku la yang berdarah hidung bila tetibe je sampai bungkusan barang kat ofis dia [aku beli barang post ke office hasbeng]. Tudung la, baju la, baju Luth, buku ke. Ikut suka aku je. Kalau ikutkan nafsu serakah, ada banyak lagi benda-benda yang tak berfaedah ingin aku beli sama ada beli kat kedai atau secara online. Cuma aku masih lagi cepat teringat yang duit aku makin susut bila aku belanja, bukan makin banyak. Ohh.. aku perasan yang aku ni suka beli sos dan cheese. Semua jenis sos aku nak cuba, dan cheese pulak akan sentiasa ada dalam fridge walaupun aku jarang guna untuk masak.
Satu perkara yang aku semakin faham tentang diri aku sebagai seorang wanita ni ialah... aku hanya suka membeli. Suka perasaan semasa memilih barang, pilih warna yang paling disukai, pattern yang paling menarik dan beli. Suka membeli tu, walaupun bukan barang sendiri. Beli barang untuk orang lain, kalau ada orang kirim pun aku dah suka dah. Sebab aku dapat beli barang.
Minggu depan, ofis hasbeng aku nak buat Family Day. Kecil-kecilan je. Ofis kecik. Dalam 10 keluarga je. The best part is, kali ini adalah turn hasben aku yang organize event tu. So, part hadiah pun termasuk dalam tanggungjawab dia. Aku terus je menggelupur volunteer untuk in-charge bahagian hadiah. Sebabnya nanti aku akan dapat bershopping banyak-banyak, beratus-ratus hingget, barang penuh boot keta dan rasa puas. Walaupun barang-barang tu bukan aku punya. Tapi aku dah cukup rasa puas hati bila dapat membeli.
Betul la orang kata, shopping adalah terapi terbaik untuk kaum wanita [at least untuk seketika. Lepas tu bila tengok baki akaun, terus jadi sawan balik sebab tengok duit dah habis... huuwaaa].
Korang cemana? Suka shopping?
Kan..kan..kan...
ReplyDeleteLya pom suka sgt bab shopping2 ni.. mmg terapi sungguh.. tp klo x terkawal niaya la.. hehe..
Kat opis pom kalo bab nk beli hadiah ke mmg volunteer jgk.. sgt suka part nk pilih2 n packing tu.. lg happy bila pilihan kt disukai ramai..
aku kalau follow member pompuan beli hadiah lucky draw utk event, memang terpaksa bertabah la jwb nyer. masing2 naek hantu...
ReplyDeleteSape yang tak suka shoping? Sape? Sape?
ReplyDeleteHihihiii
Wah....kadang sengaja manjadikan ke'busy'an suami sebagai punca terpaksa beli barang online...pdhal jejari tu memang terketik ketik nak ngelik 'add to cart'
ReplyDeletehahaha..nafsu membuak2..giler tak suka?
ReplyDeleteAku pun jenus sawan bila tgk duit kurang huhu ....sbb tu x suka membeli...pyh betui la nk beli brg jenis pk berpuluh kali....haha ai is kedekut
ReplyDeleteAku pun suka shopping. Especially buku dan baju anak2. Diri sendiri, baju RM9 pun aku tak kisah. Punyalah sadis. Nasib baiklah buku2 tu mahal (selalunyalah). Klu tak, dah jadi library kot umah tu? Sobs!
ReplyDeleteKo suka cheese? Sama dgn akulah. Aku suka simpan stok mozarella dlm rumah sbb aku suka buat pizza. Tapi mslhnya mozarella cpt berkulat. Klu yg jenis buku, boleh kikis2 lagi kulatnya. Kalau yg dah shred? Membazir je kan?
assalamualaikum.. kelakar betul entry ni tp sgtlah betul.. kalau boleh shopping wlpn sehelai baju jer msti dh terasa amat bahagia kan.. apatah lg kalau shopping berhelai2.. gila dibuatnya..heheh.. bab sawan pas tgok balance akaun memg xboleh belah..hahaha
ReplyDeletejemputlah datang blog saya zinziemeewah.blogspot.com :-)
Sopink mmg terapi terbaek. X beli pun x pe.
ReplyDeleteSiapa yg tak suka shopping lyd. Daku memang kaki shopping online. Tahan nafsu membeli jer ni wei. Sebab nak settle kan perbelanjaan skolah anak2.
ReplyDeleteajaklah saya sekali shopping tu...hehe
ReplyDeletesaya pun suka, tapi tak pernah dapat peluang
sentiasa dikawal oleh "big boss"
namanya perempuan mau tak suka shopping.lg2 bila anak dara takde org yg kontrol kewangan kita..dh kawen ni ada limit sikit sbb fikirkan anak2..tp beli jugak..alsan brg anak2..hehe...
ReplyDeletecuma bila kewangan tak berapa mengizinkan tu beringat2lah sikit..klu ada duit dpt je green light dr en suami apalagi..kita borong!hahaha..senang hati
Silaplah kalau soalan tu you tanya kat I.... Eh, I ni dengan shopping macam air dicincang takkan putus! I pun suka feeling-feeling masa membeli-belah tu. Kalau belum kahwin dulu, I memang suka shopping barang untuk diri sendiri. Lepas kahwin ni adalah satu nikmat kalau membeli barang untuk kegunaan keluarga. Oh, tak terhingga keterujaannya tau. Tapi bila sesekali check akaun bank, memang rasa betapa bodohnya tak habis lagi mengikis segala duit yang ada :)
ReplyDeleteI kalau masuk shopping mall, mesti nak keluar dengan paper bag. Takda paper bag pun takpa, janji ada plastik bag berlogokan shopping mall tersebut. Apa barang pun tak kisah, kecik besar nilainya janji tangan I ada something masa keluar dari tempat tu. Lenggang kangkung macam tak sinonim je dengan I nih.... Itu yang bila berjalan dengan HD, I terasa lenguh kaki tangan sebab takda apa pun boleh gapai ^_^