Sejahteralah ke atas kamu...
Perkenalkan... Inilah mesin jahit sulam aku. Aku beli dah lama. Bulan 6 dulu. Tapi aku baru je buka kotaknya dan cuba menggunakannya bulan lepas. Macam pelik je kan bila dapat barang baru tapi tak excited pun nak terus cuba. Aku sebenarnya kaget bila fikir cemana nak kendalikan mesin jahit yang computerized macam ni. Takut otak aku terlampau beku nak faham cara gunanya. Buku manual tu aku usung bawak pergi balik ofis konon nak baca kat ofis, padahal buka je muka surat pertama aku dah mengantuk. Kecik besar je tulisan dalam manual tu aku tengok.
Beli sendiri ni hasil titik hingus sendiri. Nampak tak betapa rajin dan sibuknya aku bekerja sampai keluar hingus. |
Kalau korang nampak, belakang mesin jahit tu ada bekas sudu, ada bekas kuih semperit dan juga biskut panjang-panjang. Sebenarnya inilah meja makan kat rumah aku. Aku guna untuk menjahit. Jadinya, sekarang kalau aku nak makan secara berjemaah dengan suami dan anak, aku akan bentang kain alas di lantai dan makan le awok anak beranak bersila. Tapi kalau setakat aku sorang je nak makan, aku tolak mesin jahit ni ke belakang sikit supaya aku boleh letak pinggan kat atas meja. Berkongsi le kasih le aku dengan mesin jahit tu sekejap.
Menjahit ni sebab minat. Tapi walau minat macamana pun, kalau mesin jahit tu aku letak atas meja kat dalam bilik, minat menjahit aku jadi tumpul. Sebab aku rasa terkurung dan rasa tersisih daripada ahli keluarga yang lain, kalau time aku menjahit tu anak dan suami dok kat ruang tamu. Tapi bila aku letak mesin jahit ni kat meja makan, rajin pulak aku menjahit walaupun 10 minit aku test jahit sulam sikit2 pun aku dah rasa hepi. Sebab meja makan kat living hall. Waktu aku menjahit, terasa le macam kekeluargaan sikitkan; si emak menjahit, si anak bermain berhampiran dan si ayah pulak, layan si anak bermain. [line up then nyanyi lagu nasyid Keluarga Bahagia by kumpulan Saujana bersama keluarga]
Pendapat aku, kalau nak konsisten menjahit, mesin jahit tu kena letak kat tempat yang senang nak akses. Sama macam baca Al Quran juga. Letak Al Quran di tempat yang senang nak capai, remember? Kalau nak rajin menjahit, mesin jahit tu juga perlu be ready untuk kita gunakan pada bila-bila masa. Maksud aku, siap pasang kabel dan benang segala, anytime nak menjahit, cuma perlu tekan butang ON/OFF je terus boleh menjahit.
Ko fikir yer, macamana la kita nak rajin konsisten buat sesuatu kalau peralatan yang kita nak gunakan tu tersimpan rapi dalam kotak atau almari. Bila time ko nak gunakan tu, ko perlu berpeluh-peluh prepare/ambil/angkat peralatan tu sebelum boleh guna. Bila dah siap pasang, mood nak buat benda tu pun dah makin pudar sebab ko dah penat. Setuju tak? Aku sangat yakin ini sebab aku sendiri dah alaminya. Contohnya peralatan untuk baking aku seperti mixer yang aku puruk di dalam almari. Bila nak buat cheesekut, aku rasa macam tak sanggup nak punggah segala kotak2 yang aku susun kat atas kotak mixer tu. Nak imagine aku kena keluarkan mixer tu, bilas dengan air sebelum guna, keringkan dulu. Owhhh.... sungguh very the tak rajin la haku ni. Penyudahnya, bila nak mixing cream cheese, aku bantai le kepuk guna manual. Tak ke kejung urat dawai tangan aku? Tak ke rasa give up sangat nak baking for the next time? Nampak tak perkaitannya sekarang, betapa pentingnya peralatan yang ko nak gunakan untuk hobi atau minat ko tu untuk sentiasa 'bersedia' dilenjan oleh ko.
Berbalik kepada mesin jahit NV950 aku ni tadi, bila aku mula guna je, memang terus jatuh cinta sebab sangatlah smartnya hasil jahitan. Untuk makluman, NV950 ni bukan hanya boleh sulam, tapi jahit biasa pun boleh. Cool gile hah?
Berapa harga? Nak tahu ke? Meh la aku kabo ke mung. Harga mesin ni aku dapat RM2200. Aku ni bukannya kaya benor nak bayar selambak macam tu je. RM2k lebih tu. Tapi ada caranya. Aku main kutu. So, dapat la rasa guna mesin jahit canggih yang mahal ni. Kalau tak main kutu, beli tu mungkin akan tetap beli, tapi lama la lagi baru nak mendapatnya.
Takpe la lyd.. walaupom mahal msin ni bebaloi.. lg2 klo serius blh wak seng ni.. lya kalo bab mjahit ni tolak tepi trs.. stakat pgang jarum jahit biasa blh lg.. guna mesin jahit mmg x reti langsung.. apatah lg mesin sulam.. lg la.. cousin lya dia org susah.. tp minat mjahit.. oelajaran x tinggi.. alhamdulillah khidupan hari ni sgt bjaya.. just mjahit.n myulam..
ReplyDeletemy kakka pun ada mesin jahit tapi x sama ni lah . rasanya bwh seribu mas dia beli . kat mana dia beli pun saya dah x ingat . my kakak ni klu angin dia baik , baju sekolah anak ( kurung ) dia buat je sendiri . mmg dpt save budget byk lah ...
ReplyDeletemy akak ada gak msein jahit . masa dia beli harganya krg 1k lah . my kakak ni klu angian dia baik , baju kurung sekolah anak dia jahit je sendiri . mmg byk safe budget lah ...
ReplyDeleteAsalkan mesin jahit tu selalu digunakan memang berbaloi. Jangan jadi macam mesin jahit kat rumah saya, ada 2 mesin jahit, tapi nak dengar bunyi ia berdetup detap 3 bulan sekali pun payah....
ReplyDeletesaya teringin jugak nak tangkap mesin jahit brand brother ni... tapi x survey lagi. sekarang dok guna mesin singer tu aje la... ke sana sini diangkutnya *_*
ReplyDeletemesin iadaman ni... blh le tunjuk tuto lepas ni lyd..hihi
ReplyDeleteJanji puas hati...
ReplyDeleteBila lg nak merasa...
aah laaaa. betol tu. susun rapi2 last tak guna. contoh al-quran yang akak bagi tu. omaaiiiii baru perasan. tq kak sadarkan saya! hohoho
ReplyDeletehadiah tak dituntut
Lepas ni 3034d pula nak lyd? ... Senang tayah hantar kedai..
ReplyDeletetahniah
ReplyDeletesemangat mnjhit. good luck
mmg berbaloi kan bila kita main kutu sbb ada hasil yg kita nmpak. alhamdulillah
sokong sangat.
dlu saya pon sama asal beli brg biar dlm kotak.kononnya xnak la berabuk. sudahnya x guna.kena perli dgn cikabe sekli bru terkedek2. letak aje di dapur. nk buat apa terus tekan suis.hihi
mahai..bercinta jugak nak membelinya
ReplyDeleteWaaahhhh ....nanti tunjuk la hasilnye ....
ReplyDeleteKat rumah ade mesin jahit sulam mak tp kite tak reti guna...huhu
Best tau ada gajet2 cmni..sbb minat bgus lq lyd...keep it up...
ReplyDeleteP/s: kalau rin g bbw tu rin carikan ye lyd
Kalau selalu guna memang bebaloi la beli walaupun mahal. Nak tempah baju kat lyd boleh x
ReplyDeletebagi saya, rege nampak mahal..tapi mmg sgt berguna, kita minat dan mmg kita gunakan pun..so, harga bkn ukuran lagi. Macam saya minat fotografi, ni dok intai kamera mahal. hehe
ReplyDeletebetul Lyd, mesin jait saya tersorok..tu yg malas nak guna. Padahal berguna je utk jait kain baju yg tetas agak panjang.
Betul Lyd...kalau buh mesin jahit kat bawah katil mmg tak terusiklah sampai tahun depan haha...Eloknya letak tempat yg mudah kita nak guna....Lagi baik kalau ada tempat khas, nak guna terus gunakan Lyd....
ReplyDeleteTapi kira oklah jugak awak Lyd, dah jugak jadi kot Luth sepasangkan....
Tak rugi beli lyd even mahal. Sebab berbaloi. Mana tau boleh balik modal kan. Klo amik tempahan, nak gak order..ngeeee...
ReplyDeletehehe...saya teringat mak saya yang ada mesin jahit hak yang boleh simpan tu
ReplyDeletedia letak dekat dapur juga, cuma dia tak minat i guess
tapi kalau tiba time dia rajin, banyak juga baju boleh dia jahit
masa kecil dulu banyak juga baju mak buat
tak mengapa kalau mahal worth it =)
mahal juga ye mesin jahit ni.patutlah jahitannya lawa..betullah tu klu boh mesin jahit dalam kotak mmg lambat la aura rajinnya nak keluarkan kecuali klu terdesak..tp tak rugilah beli even nk dpt smp keluar hingus kan..benda ni mahal..tp yg tuannya kreatif hasilkan macam2..jadi berbaloilah
ReplyDeleteOkeylah harga dengan minat yang mendalam tu. At least ada juga pulangannya nanti suatu hari. I tengok je mesin jahit orang, I rasa teruja. Macam nak ada satu letak kat living hall macam kata you tu. Tapinya I ni kan tangan memang dah keras kejung, jahit tangan pun tak reti ada hati nak guna mesin jahit sulam kononnya :)
ReplyDeleteI pun setuju dengan pendapat you. Kalau nak minat tu berkembang, alat-alatan yang bersangkut paut harus senang digapai dan berada depan mata. Kalau tidak memang makan tahunlah minat tu berkubur dalam hati jerk. Jenis tak cekal macam I ni, lagilah susah!