Iklan! Iklan! Sila Click!

31 December 2014

Tips Mengamalkan Baca Al Quran 1 Ayat 1 Hari Untuk Orang Biasa Macam Aku

Sejahteralah ke atas kamu....

Al Quran ini adalah mukjizat yang terbesar yang Allah turunkan untuk umat manusia. Umat manusia tu siapa? Kita la. Tak lain dan tak bukan. Memang kita la yang kena baca Al Quran ni.

Aku yakin ramai yang mahu mengamalkan membaca Al Quran setiap hari. Paling tidak pun nak baca satu ayat pun dah cukup la setiap hari. [Selain daripada baca di dalam solat la maksud aku]. Tapi.... azam tu hanya sekadar azam je betul tak? Nak laksanakan tu... memang sangat mencabar. Aku faham. Sebab itu bukan hanya masalah ko sorang. Semua orang mengalami ujian yang sama. Ujian untuk merasa berat untuk membaca Al Quran. Syaitan ada di mana-mana. Kita rasa macam kita tak sempat nak baca Quran, dan rasa nak postpone membacanya waktu kemudian, tapi waktu lapang tu seperti bermain galah panjang pulak dengan kita. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, kekadang macam dekat, kekadang jauh, tapi selalu je terlepas. Korang paham ke tak apa aku cakap ni? Tak faham angkat tangan.

Di sini aku kongsikan cara-cara untuk kita semua mulakan beramal membaca satu ayat Al Quran sehari, dengan istiqomah. Cuba la dulu, tak cuba tak tahu kan?

1.  Baca Quran selepas solat. Mana-mana waktu solat. 
    Kalau nak baca selepas setiap solat pun lagi baik. Sekurang-kurangnya dalam sehari, dapat la 5 ayat kan? 
    Kalau ada yang rasa solat dia tak penuh, boleh cuba baca pada selepas perkara rutin yang kamu buat.  
    Contohnya perkara rutin yang kamu buat seperti makan. Lepas makan, cuba baca satu ayat je.

2.  Letak Al Quran di tempat yang mudah diambil. 
     Kalau kamu perasan, dugaan yang paling berat untuk mula membaca Al Quran ni ialah.... semasa nak pegi ambil Al Quran tu. 
     Terasa berbelah bagi je masa nak capai Al Quran tu. Dalam hati berkecamuk "Eh, sempat ke nak baca ni,", "Semalam dah baca, hari ni rehat la sehari", "Kejap lagi la baca". Dan macam-macam lagi bisikan hati kita yang membuatkan kita rasa taknak ambil naskhah Al Quran tu. 
     Sebenarnya... bila kita dah pegang naskhah Al Quran tu pada tangan, kita buka dan baca satu ayat kemudian dah.. Tutup. Itu je. Bukan mende pun. Tak sampai berapa minit pun. Kadang-kadang satu ayat kita perlu baca tak sampai seminit pun. Tapi oleh sebab nak capai Al Quran tu yang dugaan sangat.
    Jadi, kalau macam tu, sila letak Al Quran tu betul-betul sebelah tempat kamu solat [kalau kamu decide nak baca Quran selepas solat]. Atau kalau nak baca selepas masak, letak betul-betul tepi meja atas rak pinggan. Biar tempatnya permanently di situ. 
   Kalau boleh, tempat kamu letak Al Quran tu pun biar kamu boleh nampak. Jangan letak atas almari yang tinggi. Nanti bila tak nampak, kamu lupa. Betul ni. Biar selalu nampak Al Quran. 
    Kalau susah nak letak Al Quran dekat dengan tempat kita solat, biar kita yang pergi solat dekat dengan almari atau rak yg letak Al Quran tu. Solat la tepi almari pun takpe. Kalau boleh, biar kita boleh capai Al Quran tu tanpa perlu kita bangun daripada duduk tahiyat akhir tu. Haaa, sampai mcm tu skali pemalasnya kan.

3. Baca ikut turutan. 

    Kena baca daripada awal Surah Al Fatihah diikuti dengan Al Baqarah, Ali Imran, An Nisa, Al Maidah, Al An'am dan seterusnya. Kena tanda elok-elok guna penanda buku. Ada macam-macam cara nak tanda. Guna pen pun boleh. Asalkan ko sendiri tahu kat mana ko baca.
   Bila ada turutan macam tu, baru ko dapat tgk sebanyak mana dah ko baca Al Quran. Bukan tak boleh baca random je, pilih mana-mana surah. Boleh. Sangat la boleh. Tapi nanti ko takde semangat nak jadikan rutin, sebab setiap kali nak buka Al Quran, ko kena pikir nak baca surah apa pulak kali ni. Fikir tu pun dah menyumbang kepada malasnya ko nak baca Al Quran. Jadi, bila ko baca ikut turutan, setiap kali nak buka tu, ko dah tau dah nak baca apa. Lagipun, bila ko dah baca ikut turutan, senang la ko nak tau berapa kali ko khatam.

4.  Baca Al Quran Yang Ada Terjemahan

    Mula-mula, ko baca yang Arab satu ayat. Lepas tu, ko baca pulak terjemahan ayat tu. Make sure baca dengan niat nak faham. Baca je. Baca macam biasa. Cuba fahamkan apa maksud ayat yang ko baca tu. InsyaAllah, ayat Quran ni, setiap kali ko baca makna terjemahan dia... MasyaAllah, setiap kali tu ko akan rasa terkena-kena je dengan keadaan sekeliling. Ko macam akan dapat relate je dengan contoh yang terjadi depan mata ko. Dalam setiap perkara. Kena percaya itu. Malahan, walaupun ayat tu ko dah pernah baca sebelum tu, tapi pemahaman ko akan berubah setiap kali ko baca. Ermm.. nak explain macamana ye. Kena cuba buat dulu, baru ko akan faham.

   Tapi kalau Al Quran terjemahan pun belum beli, takpe. Mana-mana yang ada la. Takkan la Al Quran pun takde. Ada aplikasi percuma yang kita boleh download juga daripada Google Play Store. Banyak alternatif.


5.  Perlu Bermula Sekarang

    Mulakan langkah. Tak perlu tunggu sampai lemari dah beli, tak perlu tunggu ada bilik solat sendiri nanti senang nak simpan Quran, tak perlu tunggu pindah rumah sendiri, tak perlu, tak perlu. Mula je terus. Yang bekerja di pejabat lagi la senang. Letak je kat workstation masing-masing satu Al Quran atau terjemahan. Kalau rasa tak sempat sangat nak baca, cukuplah dengan menyentuh Al Quran tu. Mudah-mudahan bila dah sentuh al Quran, terus rasa nak ambil. Bila dah ambil, rasa nak buka, bila dah buka akan rasa nak baca. 

6.  Tak Perlu Berwudhuk.

     Sebab itu aku katakan, lebih mudah jika gunakan terjemahan. Al Quran terjemahan boleh dipegang walaupun tanpa lapik dan tanpa wudhuk. Islam itu mudah.


7.  Jangan Pernah Jemu.... jadikan alQuran itu teman kita semasa hidup. Kalau terasa malas nak membacanya, tolong la lawan perasaan malas tu. Good luck sahabat-sahabat semua...

Siapa yang belum ada terjemahan Al Quran kat sini? Mari sini aku hadiahkan kepada dia. Siapa nak, boleh komen "Saya perlukan Al Quran terjemahan daripada LydSunshine. Berserta nama penuh, alamat dan no tepon.". *ohh.. siapa yang komen dia nak tu, aku takkan publish comment dia. Biarlah rahsia. **Valid sehingga 31 Disember 2014 sahaja. 
***Pastikan kamu betul-betul perlu. Aku takkan soal siasat siapa yang betul-betul ada atau tak, cuma sendiri -sendiri tahu je cukup. 

InsyaAllah aku akan penuhi keperluan anda. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Yang dok obersi pun aku sanggup pos tau.

44 comments:

  1. tawaran terbaik dari Lyd! bagus kawan aku ni.

    betul Lyd, pernah nangis bila baca ayat terjemahan sbb terkena kat diri sendiri. Saya baca guna apss Quran Bayan kat iPad. Mudah dibawa ke mana-mana, sbb kerap ikut suami outstation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Paling tidak pun kita ada usaha untuk sentiasa baca Al Quran. Syabas Ujie.

      Delete
  2. Alhamdulillah...

    semoga pahalanya kembali kepadamu... :)

    ReplyDelete
  3. Sangat bagus dan baik hati kamu...semoga beroleh manfaat dan jariahnya. Kalau byk dpt permintaan, pas kat sikit pun boleh juga, inshaAllah ada rezeki....

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah Nizam. Kalau permintaan banyak nanti saya akan inform awk utk minta sumbangan. Setakat ni masih under budget. Terima kasih sebab prihatin.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas galakan ni. Aku terharu. Huhuhu! Dan sedekah AlQuran terjemahan tu....ishh! Moga Allah permudahkan segala urusan kau sekeluarga.

    Inshaa-Allah, aku pun struggle utk menjauhkan diri dari ALASAN utk membaca AlQuran ni. Sobs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara, terima kasih di atas doa ko ni. Aku terharu dgn doa kawan2 blogger aku.

      Delete
  6. Betul tu Lyd, jika ada keazaman kita dapat lakukannya. Misalnya saya di bulan Puasa dapat menghabiskan banyak juzuk dalam al-Quran, tapi habis saja Ramadan, amalan membaca Quran sebagai rutin harian terhenti, kononnya sibuk.. Pada hal bulan Ramadan pun kesibukannya tetap sama tapi boleh pula di cari ruang masa kerana di situ ada keazaman. Semoga Allah mengampuni kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn? Betul JR, kenapa ada masa kita mampu buat tp selalunya kita tak mampu sebab kita rasa kita tak mampu padahal kita mampu. Haa, complicated kan ayat ni.

      Delete
  7. betul kata Lyd..nak mula tu..rasa tak sempat je..tapi bila dah baca..tak cukup satu dua muka surat..terasa seronoknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Acik Erna. Bila dah mula, akan terasa mcm nak baca lagi.

      Delete
  8. Bagus. Saya suka entry ni. Satu usaha yang bagus.

    ReplyDelete
  9. bagus entry ni..kita saling ingat mengingati..

    ReplyDelete
  10. Macam saya ni memang kena baca quran tetiap hari sebab maisara kena mengaji malam2...dia ni kalau ibu tak baca quran dia pun buat2 lupa la..lepas solat maghrib je terus duduk sama2 baca .Dulu masa maisara kecik jarang saya baca....bulan puasa je boleh kata hari2 baca.hehe..heheh..tapi sekarang anak dah besar panjang tak boleh la buat jarang2 dah ...dah la dapat anak pesen mengikut je apa orang buat.

    ReplyDelete
  11. bagus entry akk ni.. sy sellau berniat nk istiqamah nk wt benda ni... tp, hanya sekadar niat je la.. praktikal nye ke laut....

    ReplyDelete
  12. betul tu syaitan ada dimana2.selalu buat mesti tak komited..tak istiqomah..pastu nak salahkan syaitan...:)


    good tips..:)

    ReplyDelete
  13. Antara cara lain supaya kita boleh istiqomah baca Al Quran:

    - Pasang CD bacaan surah surah pilihan..spt surah Al Mulk, surah Al Waqiah, surah Yasin....dan setiap kali naik kereta, pasang. Kita baca sama sama dengan qari nya. Insya Allah, kalau di amalkan, hati akan jadi tak selesa kalau dengar radio yang lagha..mesti nak dgr bacaan Al Quran, atau pun radio IKIM..sebab Al Quran itu akan melembutkan hati kita.

    - Jadikan amalan sentiasa bertanya pada diri sendiri.." Aku dah baca blog hari ni, aku dah baca FB hari ni...dah ke aku baca Al Quran? "

    ReplyDelete
  14. Semoga terus istiqamah membaca al Quran. InsyaAllah. Salam ukhuwwah dari saya.

    ReplyDelete
  15. Betul...cari al Quran yang palm size...bila bila boleh baca

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah,..nice entry ..
    salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  17. Bagus sangat niat tu, Lyd dan terima kasih banyak berkongsi ilmu. Kadang tu memang betul. Selalu kata tak cukup masa tapi sempat lagi main game, sempat lagi tengok cerita Korea. Nak baca satu muka ayat AlQuran tu punyalah banyak alasan. Kadang tu dah ada depan mata, terfikir nak baca tetiba anak pulak menjerit minta itu ini. Terpaksa tinggalkan kejap. Lepas tu terus simpan. Astagfirullah, buruk benar perangai.

    Tapi cakap dari hati, nasib baiklah walaupun banyak beralasan masih lagi dapat pegang Al-Quran tu sehari sekali. Subuhlah paling mudah sebab takda siapa kacau!

    ReplyDelete
  18. Salam ziarah..

    Tips yg bagus.. saham akhirat ni..

    LatifahFazri

    ReplyDelete
  19. tq for sharing lyd..
    kekadang malu..tua2 mcm ni x mampu hafal lg..
    insyallah.. nanti blh la ambik jdkan panduan

    ReplyDelete
  20. masalah sis ialah bila lepas period , malas sungguh kekadang jadi lupa sbb dah cuti seminggu ... kuat betul setan goda ...

    ReplyDelete
  21. Thanks atas perkongsian ni Lyd. Di mana ada kemahuan, di situ tiada lagi alasan. Skang pon tgh baca balilk al-quran. Selalu waktu maghrib sementara nak tunggu isya'. Klo tak sempat lpas solat isya' baca dlm 1-2 mukasurat pon dah ok. Janji baca.

    Nak tunggu anak² tido, memang dgn mak nya tido skali. Jadinya....baca jer lah dalam keadaan bingit² tu.

    ReplyDelete
  22. Mmg cuba diamalkan tiap malam jumaat, kalau nak wat2 hari2 tu mmg kdg2 x sempat LyD tukah kita manusia biasa kdg2 apa yg kita rancangkan x kesampaian kan Neway TQ ke blog KA even dah lama x menjenguk ke sini yer ..

    ReplyDelete
  23. Tq sharing Lyd..

    Myra pun tengah cuba untuk konsisten baca Quran insyaAllah

    ReplyDelete
  24. sy buat mcm ni jg tp baca 10 ayat utk dlm 1 solat... x kira laa solat apa. jika berkesempatan sy try habiskan 10 ayat jg... alhamdulillah, percubaan tu berjaya

    ReplyDelete
  25. betul tu lyd..
    in shaa Allah smga sentiasa diberi keazaman

    ReplyDelete
  26. Banyak perkara yg kita nak buat kena istiqomah. Kalau kejap buat kejap x, mmg x ke mana la.

    ReplyDelete
  27. Setuju Lyd.... setuju ngan awak, nak buat pahala ni memang banyak dugaannya.
    Termasuklah baca Quran ni. Kalau tak ye ye mmg malas. Bagus jugak cadangan awak tu Lyd, boleh kita cuba manalah taujadi rajin lak hihi....

    Tapi syukurlah sejak okje berhenti ni mmg banyak masa nak baca al quran cuma tulah malas tak malas jer....huhu

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum lyd...mmg terbaik ni...:)

    ReplyDelete
  29. terima kasih kak Lyd...atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah..nice sharing.

    haritu..join jugak group OJOZ one day one juzuk.

    tapi masih struggle to commit it.
    sebab masih struggle to fight to change for better

    :)

    ReplyDelete
  31. subhanalloh begitu baik sekali niatnya mbak lyd ini,artikelnya sangat menginspirasi.terimakasih sudah share :)

    ReplyDelete
  32. alhamdulillah so far dah berjaya disiplinkan diri baca dua muka alquran tiap hari :)

    yg penting, dh kerap buka quran dari buka mukabuku! ^^

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...