Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Cendawan Goreng Tepung Rangup

Sejahteralah ke atas kamu.... Seperti yang pernah aku katakan di dalam post sebelum ini, aku.... sebagai isteri, aku memang cuba untuk memasak setiap hari. Walaupun.... cubaan itu hanyalah sekadar niat di dalam hati. Kot-kot la kitchen utensils boleh bergerak dengan sendiri, kelip je mata terus terhidang asam pedas di atas meja makan. Seronok sungguh la hidup kalau boleh memasak pakai niat je. Huhu..  Aku harap hasben aku okay dengan kemalasan aku ni. Aku harap, beliau tidak menyimpan di dalam peti la perasaan bengang dengan isteri yg tak berapa konsisten memasak macam aku nih. Kalau aku memasak, salah satu lauk yang kerap aku sediakan sekarang ialah cendawan goreng tepung. Kerap tu maksudnya macam setiap kali masak kot. Sebab ada sorang budak cikedis tu, kalau aku tak buat cendawan goreng tepung yang rangup crunchy tu, dia akan request. Budak cikedis tu si Luth la. Dia kalau makan benda-benda yang rangup, tak kira la kerak tepung ke, ayam goreng ke, keropok keping ke, se

Cabaran Melatih Anak Berak Di Toilet

Sejahteralah ke atas kamoos... Ye la. Tajuk tu agak kasar bahasanya. Saje je pilih tajuk yang catchy. Biar meronta-ronta perasaan pembaca nak membacanya. Gitchew ye sayam-sayam semua. Eh, terfeeling Dato' Vida Ayam Mi plak...... Anak sulung aku umurnya 4 tahun. Tahun depan nak sekolah dah. Walaupun aku belum decide nak hantar sekolah mana, tapi aku perlu memastikan dia diaper-free by the time dia menjejaki kaki ke pintu pagar sekolah tadika dia tu nanti. Sekarang ni belum diaper-free lagi. Aku memang tak salahkan dia juga. (Nampak tak ciri-ciri mak yang suka membela anak. Anak kauuu je la yang betul, anak kauuu je la yang baik, pandai segala. Kwang..kwang..). Aku tak salahkan dia sebab memang aku tak latih dia untuk menuju ke 'nyahtinja tanpa memakai diaper'. Waktu yang sepatutnya dia belajar untuk tak pakai diaper tu (Umur 3 tahun), aku tengah pregnant anak kedua, aku terlalu mabuk untuk melatih seorang kanak-kanak yang innocent untuk membuang kumbahan ke di toile

Ketulan Di Bawah Ketiak

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku berfikir panjang untuk buat keputusan sama ada nak cerita benda ni atau pun tidak di blog. Sebab bagi aku, perkara ini sangat personal dan agak tebal muka kalau nak publishkan hal dalam baju kat orang. Tapi aku rasa untuk perkongsian ilmu, boleh la aku share.  Sejak beberapa tahun dulu, aku perasan aku ada ketulan di ketiak (sebelah je). Sejak bujang dulu lagi. Tapi mula-mula kecik dan hanya muncul setiap kali datang haid. Lepas haid habis, ketulan tu hilang.  Sejak aku berkahwin dan kemudian aku mengandungkan anak pertama, ketulan tu semakin membesar dan kadangkala rasa sakit dan ketulan tu memang dah stay kat situ. Tak hilang-hilang dah. Rasa sakit tu macam rasa berdenyut dan macam bisa. Tapi kadang-kadang je sakit. Kadang-kadang tak sakit. Aku perasan waktu sakit tu bila aku period. Ketulan tu dia bukan keras, tapi dia macam lembut je dan tak firm. Agak lama juga la ada ketulan ni. Sehingga la tahun ini semasa bulan Ramadhan baru-ba

Pending Job :D

Sejahteralah ke atas kamu,...... Aku nak tanya satu soalan ni. Tapi soalan ni khusus untuk kaum pompuan.... Siapa suka beli kain pasang, tapi tak jahit then kumpul punya kumpul sekali tengok jadi banyak? Pantang jumpa kain cantik, terus beli. Pantang ada kawan pergi port jual kain pasang yg murah-murah, kita kirim. Penyudahnya, penuh lemari. Kain yang warna purple dan orange tu ialah kain minky nama dia. Pastu ada Engish cotton. Ada cotton comb. Ada flanel (Yang warna merah menyala tu flanel). Warna kelabu tu kain untuk buat skirt formal. Yang warna pink corak munge-munge tu cotton comb. Aku beli sebab nak buat baju kurung aku. Tapi tetibe corak dia ada tompok-tompok macam darah period. Chisss... So, how la? Nnt kalau jadi baju, korang tengok aku pakai, jangan ingat period aku bocor plak ye. Aku suka menjahit. Bermula dengan jahit sarung bantal, jahit bedung, barut baby kemudian upgrade sikit jahit baju anak, then improve lagi jahit baju sendiri. Bila dah mula menjahi

Chocolate Addict!

Sejahteralah ke atas kamu.... Dalam banyak-banyak jenis makanan, hanya coklat je yang aku tak boleh nak pantang. Ini serius. Kalau nasi ke, minuman manis ke, apa-apa je la... Tu semua dugaan yg enteng. Aku boleh tahan punye.. Tapi kalau coklat. Grrrr... memang tak dapat control dan makan coklat dengan gaya PacMan. (Siapa tengok filem Pixels angkat tangan?!!) Sempena ada kawan-kawan yang pergi berjimba di Langkawi baru-baru ni, aku kirim la cekelat.  Whittaker, nyum..nyum... Om..nom..nom...nomm.... Masalahnya... lepas makan coklat satu demi satu, sejurus lepas habis semua..... Baru aku rasa keinsafan. Baru rasa berdosa. Ya Allah... Kenapa aku makan coklat banyak sangat ni..... Rasa bersalah kat badan sebab kesian nanti nak digest gula yang begitu banyak...  Aku ni memang la dah tak sekurus dulu. Tapi aku bukan la gemuk gedempol. Masih ada harapan untuk aku kurus. Kekekeh. Cuma masalahnya... tubuh badan aku ni menggemuk dengan tidak sekata. Lemak ni, dia kalau na

DIY: Langsir Raya Baru Siap

Sejahteralah ke atas kamu.... Dah nak masuk Raya Haji, langsir Raya Aidilfitri aku baru je siap semalam. Tihtih. Itu pun aku terpaksa ambil cuti semalam semata-mata nak jahit ke budak langsir ni.  Ada lagi ke orang guna langsir jenis tape ni ye? Kekekeke. Adaaaa... aku lah orangnya. Belum mampu nak tukar pakai langsir trend terkini, eyelet. Padahal murah je nak tukar rel dia tu. Cuma aku fikir, kalau aku tukar yg macam tu, langsir lama-lama ni nak buat apa? Sayang. (Otak kedekut sedang berhubung.) Jahit langsir ni walaupun dari segi teknik jahitan memang la nampak senang. Walau jahitan macamana buruk sekalipun, tingkap takkan komplen yang langsir tu tak sedap dipakai. Ko takkan dengar tingkap merungut ketiak sempit ke, bahu jatuh ke, dart terlalu ketat ke. Sebab jahitannya memang jahit lurus je semua. Cuma cabarannya nak menjahit langsir ni, sebab dia besar. Perlu kesabaran sebab lama gile nak tunggu habis jahit untuk setiap sisi. Ko bayangkan ye, setiap keping langsir

Cheeky-dis Boys

Sejahteralah ke atas kamu.... Dah lama aku tak share pasal anak-anak. Jadi, biarlah aku share sikit (ke banyak?) pasal anak-anak.  Seperti yang pernah aku ceritakan di dalam post terdahulu, di antara Luth dan Yafith ni karektor mereka sangat berbeza. Muka pun berbeza juga aku rasa. Aku sedar, aku jarang sangat cerita pasal Yafith, kalau nak berbanding masa Luth dulu, boleh katakan setiap hari nak cerita pasal beliau (owh sopan.). Bukan apa, mungkin masa Luth dulu, aku macam ter excited lebih, maklum la, anak pertama. Time Yafith ni, aku dah macam semakin matang dalam mengawal emosi menggelupur aku ni. Lagipun kehidupan aku sangat sibuk untuk berkongsi kisah di alam maya. Hidup aku sekarang lebih banyak menjurus ke alam realiti. Kerja, problem log, masalah IDAMAN, masalah email, masalah AD, rumah takber tangga, suami, anak-anak, dapur berasap, menjahit dan begitulah. Faham-faham je la, orang yang spesis buat kerja lembab macam aku, perlukan banyak masa untuk selesa