Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

My Beauty Regime

Sejahteralah ke atas kamu... Tajuk tu mesti la taknak kalah. Walaupun aku bukan instafemes mahupun hijabistas, tapi aku nak share juga la mekap yang aku pakai. Okay sebelum tu nak declare dulu, aku ni bukan kaki mekap. Tak reti mekap. Dan tak kisah dengan jenama mekap. Aku beli sekadar untuk, 'asal boleh je', janji ada. Alat make up yang aku ada pun hanya bedak/compact powder, cushion foundation, lipstick, blusher(ni pun orang bagi) dan eyebrow-liner. Sahaja. Aku ada eye shadow tapi warna hijau dan bronze je, jarang sangat pakai. Lipstick pun aku ada 2 je. Satu jenis glossy, satu lagi jenis ikut warna darah. Jenama pun yang biasa-biasa je beli kat Watson/Guardian. Maybelline. SilkyGirl. Tu je la.  Dalam post ni, aku nak share pasal cushion foundation yang aku pernah beli dan pakai. But still, jenama biasa-biasa je. Ye la. Aku ni bukan orang kaya. Rakyat marhaein je.  Ada 5 jenis cushion foundation yang aku pernah guna; 1. Bio Aqua France Snow BB Cream

Pemudah Kehidupan

Sejahteralah ke atas kamu... Beberapa tahun dulu, sebelum aku berkahwin aku pernah membuat pengakuan kepada tunang aku (sekarang suami la), bahawa aku ni malas menyapu (sampah, habuk, semua la). Aku tanya dia, betul-betul ke nak kahwin dengan aku ni? Confirm ke ni? Muktamad ke? Muktamad 100% ke dah keputusan ni? Taknak guna talian hayat dah ke? Then tunang kata, takpe, demi aku, kalau aku malas menyapu, dia sanggup menyapu. So, nanti lepas dah kahwin, rumah biar dia sapu. Eh, ni serius tau. Aku, dalam banyak-banyak kerja rumah, aku paling tak suka menyapu. Berbeza kan dengan kebanyakan perempuan lain. Biasanya orang perempuan malas atau paling tak suka lipat baju betul tak? Atau pun iron baju, kan? Kan? Aku pulak lipat baju aku suka je. Cuma sama ada sempat dengan tak sempat je nak lipat sekarang ni. Bagi 4 tambun baju pun, insyaAllah aku sanggup je lipat asalkan ada orang jaga anak dan kena bagi aku fokus dok diam2 lipat baju-baju tu, jangan ada interruption. Takde entertainmen

Egg Sandwich with Lingonberry Jam

Sejahteralah ke atas kamu...   Kalau korang tengok fizikal aku, korang akan otometik tau yang aku ni mesti ada banyakkkk faveret food. Tengok lengan sado ni pun dah tau aku ni kuat makan. Salah satu feveret food aku ialah caviar. Ceh. Palaho la caviar. Rasa pun tak pernah, tetibe nak masuk list feveret food plak. Ok, jangan memain. Feveret food yang aku maksudkan tu ialah sandwich telur. Ye. Simple je taste aku. Lebih favourable skali kalau aku guna roti Patha*. (*roti Patha ni bukanlah roti berasal daripada pantai timur. Takde kena mengena pom. Ini roti yang bai roti jual. Kira macam roti Benggali juga la.). Aku sebenarnya dah boring makan roti Gardenia. Amboih, gaya bercakap tu macam kufur nikmat je. Tapi, takde lah. Aku bukan la tak makan langsung roti Gardenia, cuma aku lagi prefer roti murah yg kering dan ringan. Husband aku tetap setia dengan Gardenia dia. So, kalau aku nak buat sandwich, aku akan beli 2 jenis roti la. Roti aku dan roti husband aku. Pastu end up, roti gardenia

Blue Tea (Butterfly Pea Flower Tea)

Sejahteralah ke atas kamu..... Kan cuti raya haji baru-baru ni. Aku sudah semestinya balik ke kampung. Kesan yang paling rutin selepas balik dari kampung ialah demam. Batuk. Selsema. Dah macam free gift plak ye. Dengan setiap kepulangan ke kampung, percuma demam, batuk dan selsema. Dapatkannya segera, tanpa ragu-ragu. Aku biasanya kalau kena batuk memang lama. Paling cepat sembuh seminggu. Biasa mestinya 2 minggu. Minggu sebelum cuti raya haji, kat ofis aku ada open order Teh Biru. Aku tak beli. Aku bercadang hanya nak mengecek sikit je dengan kawan-kawan aku yang beli. Kekeke. Nak rasa je. Bukan nak buat mentekedarah pun. Harap kawan-kawan aku tak berkira la dengan aku bila aku mintak sikit. Owh, untuk pengetahuan chuolls, kat ofis iolls ni ada satu group WhatsApp khas untuk bershopping. Konon macam ala-ala JPO, MPO dan GPO. So kami bagi nama group tu  =  S** Premium Outlet. Ringkasannya jadi SPO. Cool kan?  So, bila aku masuk ofis semalam, dengan batuk dan selsema.