Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cakap-cakap Filem Dari Yang Tak Pakar

Dalam Keterpaksaan Aku Relakan

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku ni kalau kat tempat yg aku takde kemudahan untuk update blog, idea nak update blog tu kemain mencanak-canak keluar. Bukan setakat topik yang aku tulis je melintas anak-beranak di fikiran aku ni, sekali dengan idea lawak jenaka pun aku dah imagine sekali. Tapi bila tiba je saat nak mengarang a new post , semua yang aku pernah terfikir tu, sepatah haram pun aku tak ingat. Lain kali aku kena tulis idea aku tu pada post-it , then lipat-lipat, kunyah dan telan. Baru la idea tak hilang. Haihh... Rosak reputasi aku sebagai seorang awam yang turut dikenali sebagai blogger sambilan ni. Haaa, pilih-pilih nak warna apa untuk suruh aku telan. Sekarang ni tengah trending dengan Star Wars The Force Awaken. Secara jujur-sejujur-jujurnya, aku memang tak pernah ikut cerita Star Wars ni sejak aku lahir ke dunia yang fana ini. Ewah. The biggest effort yang aku pernah lakukan berkaitan dengan Star Wars ni ialah aku pernah cuba untuk tengok setiap movi...

2 Minggu Kemudian...

Sejahteralah ke atas kamu... Tetibe je dah bulan Ramadhan semula. Rasa macam baru je lagi makan kuih batang buruk masa raya tahun lepas. Taik gigi raya tahun lepas pun tak abih lagi korek. Ni dah nak tambah lagi batang buruk sesi tahun ni plak. Sighhh....begitulah masa terbang. Nak cerita ni, tapi kang nampak macam buka aib sendiri plak kan. Semalam waktu husband aku gi terawih, aku masih dok melangut depan TV. Tertengok pulak rancangan Walimatul Urus Hanis Zalikha keknis. (Haa, kan dah terdedah rahsia aku tak meningkatkan ibadah di bulan Romadhon.). Memang gempak jugak sponsors untuk wedding dia. Dengki iolss tibe-tibe. Mula la terfikir, ngape la aku tak buat blog ni betul-betul dulu, kalo tidak boleh jadi blogger femes then jadi selebriti then kawen pun ada orang ceponcer. eWahh.... cantik sangat muka haku nak jadi selebriti.  Dalam masa tengah tengok tu, tetibe keluar trailer filem Pilot Cafe. Aku macam terkujuit juga sebab start je dengan gambar aksi, "Selangkah k...

The Hobbitses Trilogy Memang Terbaik!

Sejahteralah ke atas kamu... Filem yang paling aku suka sepanjang hidup aku ialah The Lord Of The Ring Trilogy dan yang terbaru ni The Hobbit Trilogy. Memang aku suka pada filem-filem ni tahap terlampau. Filem Transformers pun aku suka tapi tak sampai pergi tengok wayang la. Setakat cerita lain, aku tak kisah pun nak tunggu lama sikit untuk tengok yang download free kat internet atau pun tunggu je keluar HBO. Tapi kalau The Hobbit ni, aku rela tak tunggu sebab aku nak tengok versi 3D kat panggung. Minggu lepas aku tengok The Hobbit The Battle Of The Five Armies, iaitu siri yang ke 3 dan terakhir di dalam trilogy ni. [ sebenarnya dah 2 kali aku tengok filem ni 3D. hahahah ] Bila tengok 3D, aku terasa seperti aku sebahagian daripada mereka. Aku terasa macam aku ada kat situ bersama-sama mereka berperang dengan Orcs dan Goblin. Bila habis filem tu, aku pulak yang rasa sedih mcm nak berpisah dengan kawan-kawan rapat yang dah bersusah dan bersenang sama-sama. Gituw. Good Feel...

Keith Foo Dan Izara Aisya Berlakon Bersama

Sejahteralah ke atas kamu... Petang Isnin yang lepas, waktu aku masuk ke simpang masuk ke rumah aku masa nak balik rumah dari ofis, aku nampak ramai-ramai berlonggok kat jalan masuk ke flet tu, sampaikan kereta yang drove depan aku takleh lalu dan terhenti kat tengah jalan tu beberapa minit. Siap ada payung gerai yang macam org jual burger lagi, aku saspek ada penggambaran felem. Rerupanya memang betul ada shooting cuma tak tau le aku filem ke drama ke telefilem ke short film ke. Dari jauh aku nampak macam kenal je sorang lelaki tu. Bila kereta yg kat depan aku tu dah dapat bergerak ke depan, baru aku nampak lelaki tu ialah pelakon Keith Foo. Walaupun aku tak layan drama Ariana Rose, tapi aku pernah tengok beberapa kali drama tu secara sambil lalu [sebab tak follow cerita tu, maka kalau aku tengok kejap2 tu aku tak faham, jadi aku tak amik port la dgn cerita tu. Tapi sempat la aku cam muka pelakon lelaki tu.]. Nampak biasa je bila kat luar. Hensem la laki aku lagi. Muahahaha. ...

Oz The Great and Powerful

Sejahteralah ke atas kamu.... Oleh sebab lama sangat saya tunggu anak saya ni lahir, semalam sempat plak saya gi tengok wayang filem Oz The Great and Powerful kat IOI Mall. Saya memang gian nak tengok wayang sebab sejak pregnant, memang tak pegi pawagam[sebab langsung tak penting pun nak tengok wayang. Saje gedik je lebih tu.]. Lagipun rasa macam tak elok untuk perkembangan bayi kalau pergi tempat-tempat lagho cenggitu. Tapi bila saya fikirkan nanti bila anak dah lahir nanti, lagi la susah dan malas nak tengok wayang. Maka saya pegi je la walaupun hati bapakkk berdebar. Takut gak kang air ketuban pecah dalam pawagam kang... Malu 20 keturunan woo. Macam biasa la. Saya pilih versi 3D.  Dah ketagih dengan 3D kot. Cuma yang tak bestnya, saya terlupa yang saya ni nak tengok filem 3D, dahtu  daripada rumah boleh plak saya pakai speck mata tak pakai contact lenses. Kalau nak tgk 3D kan ada speck mata 3D. Dah tu ce bayangkan pakai 2 lapis speck. Tak selesa giler vavi. Orang...

Kenapa Gambar Baby Omputih Comel-comel Je

Sejahteralah ke atas kamu.... Entry ni memang tak sesuai untuk jurucamera PROFESSIONAL. Ini untuk orang-orang biasa yang amik gambar guna kemre biasa cap ayam atau kemre henfon je. Kalau korang perasan, gambar-gambar baby mat salleh selalu je buat kita rasa geram sebab comel sangat. Tapi kalo tengok gambar anak-anak melayu, tak rasa macam gitu sangat pun. Padahal sepatutnya semua bayi adalah comel. Kalo nak kata sebab anak mat salleh tu putih, tak jugak kot. Ada je gambar anak negro yang bila tengok rasa comelnya Ya Allah.... Padahal anak negro pun itam. Ini adalah daripada pemerhatian saya sebagai seorang yang poyo konon-konon bajet kemrewoman popessyenel. 1.  Bagi saya yang pertama sekali kalo nak dapatkan gambar baby yang comel ialah background/latar belakang . Kalo korang tengok betul-betul gambar anak-anak omputih, background yang mereka amik, takdenya berlatar belakangkan tilam bergambar katun beruang ditambah selimut warna warni gambar katun itik dengan banta...

Yang Tidak Mungkin

Sejahteralah ke atas kamu... Ini adalah review filem The Impossible lakonan Naomi Watt [yang pernah jadi gepren King Kong], Owen Matt Gregor [Obi Wan Kelubi Ken-obi dalam citer Star Wars], dan beberapa orang kanak-kanak yang tak femes. Diingatkan bahawa filem ini tiada kaitan dengan filem Mission Impossible lakonan Tom Tom Bak Cruise. Filem ini adalah diinspirasikan daripada kisah benar, sebuah keluarga yang terselamat semasa kejadian Tsunami pada tahun 2004 dia Thailand.  Kisahnya begini.... Sepasang suami isteri berbangsa Inggeris ini datang ke Thailand bersama 3 orang anak lelaki mereka untuk bercuti sempena menyambut Krismas. Percutian di tempat yang indah itu bertukar [bertukar! tet no net no net!] menjadi mimpi ngeri apabila tempat percutian mereka itu dilanda tsunami dan memisahkan mereka sekeluarga.  Oleh sebab kita dah tau family ni selamat dan dah pasti mereka bertemu semula akhirnya, maka kita tengok filem ni untuk tahu bagaimana mereka hadapi saat...

Apa Beza Movie 3D dengan Movie Biasa Kat Wayang

Sejahteralah ke atas kamu... 2 kali saya tonton filem Marvel Avengers Assemble [Avengers]. Sekali saya tengok 3D. Sekali lagi versi biasa punya. Apa bezanya versi 3D dengan versi biasa? Yang paling ketara sekali saya boleh katakan ialah tiket 3D lebih mahal daripada yang biasa. Fine. Tak membantu. Hahah. Kalau nak cerita pasal harga tiket wayang, baru le saya perasan harga tiket berbeza ikut time dan tempat jugak. Tiket wayang 3D di East Cost Mall Kuantan harganya RM12 + surcharge RM5 setiap satu. Kalau tengok 3D kat Midvalley plak ikut keadaan bah. Kadang-kadang harga tiket RM14. Kadang-kadang RM13. Semalam adalah hari tiket murah kat GSC. Tapi harga murah tu untuk tiket yang tayangannya kul 9.30mlm dan ke bawah [RM9]. Tiket kul 10.25mlm harganya dah lain. [RM14]. Harga tiket ni saya boleh check dengan begitu jayanya sebab beli online. Boleh le sesuka hati back and forward pastu tukar2 time sebelum confirm. Takde sape nak berasap lubang hidung sebab malas nak layan customer banya...

Hari Gossip SeMalaya Ialah Hari Ahad

Sejahteralah ke atas kamu.. Peminat seni tanah air macam saya ni, mana boleh terlepas daripada menonton rancangan-rancangan gossip hiburan macam Melodi dan Propaganza setiap minggu. Rasa cam tak lengkap hari Ahad saya kalau tak tengok rancangan-rancangan tu semua. Ehehe. Poyoh je. Semalam bila tengok temubual wartawan Propaganza dengan kumpulan punk Bunkface, saya tergelak sensorang. Sebab komen derang macam kelakar la jugak, pasal support local music industry. Yang sorang tu kata, buat apa nak minat KPop. Daripada minat KPop, lebih baik sokong industri muzik tempatan. Pastu, dia tanya kenapa nak minat KPop, korang tau tak KPop tu miming je, pastu buat plastic surgery je. Yang sorang lagi tu plak kata penat dia belajar muzik tapi tak dpt sokongan peminat tempatan. Dan yang last skali kata sian kat dia nak kawen pun takde duit sebab muzik dia tak laku kat negara sendiri bila org Malaysia asyik sokong KPop. Hahaha. Kelakar la jugak.  Saya suka KPop[alamak.. kantoi. rosak rep...

Wrath Of The Titans Dan Buah Berangan Lagi

Sejahteralah ke atas kamu.... Gambar sungai kat kampung. Seminit lepas amik gmbr ni, ada 2 org bersaiz anak badak berkubang dlm sungai ni. Malam tadi, saya gi tengok wayang, filem Wrath Of The Titans kat IOI Mall Puchong. Tak pasal-pasal bleh gi tengok wayang kat situ plak. Sepatutnya nak pegi MidValley, tapi seat dah penuh, pilih le tempat lain plak. Tapi tak best ahh tengok movie kat situ. Seat dia kecik. Eh, ntah-ntah sebab saya yang dah besar, nak salahkan seat plak yang kecik. Kehkeh. Filem tu sape yang belum tengok, pegi la tengok. Kalau pergi tengok jangan la menyesal sebab citer tu takde la best mana. Biasa-biasa je. Iye-iye je saya beli tiket 3D. Padahal ntah apa benda yang nak di 3D kan sangat tu saya pun tak faham. Tengok 3D dalam citer katun The Lorax lagi best rasanya. Dah. Habis citer pasal movie. Meh nak citer pasal diri sendiri plak. Saya ni tak bercita-cita tinggi dalam kerjaya. Saya kalau boleh, nak duduk di jawatan saya ni je, tanak naik pangkat, tapi ...

Apa Yang Kau Baca?

Sejahteralah ke atas kamu... Korang dah tengok filem Hantu Dalam Botol Kicap? Best tak? Best tak? *tanya dengan nada kepoh gile si khinz*. Masalahnye, ada ke orang nak tengok citer tu???! Owh, mestilah ada. Kalo tak mana mungkin film producer nk buat citer yang penuh nilai-nilai murni dan membina minda seperti itu ye dok? Kalau pasal betapa berlambaknya drama dan filem seram kat Mesia ni, kita memang dah tak perlu bincang lagi. Sebab memang sudah terang lagi bersuluh yang produk-produk filem kita memang menghala ke arah kehantuan, kesyaitonirrajiman dan kebomohan. Saya pasti kita semua dah tepu nak terima lagi genre begini. Tapi apa yang kita bleh buat pun? Komplen banyak-banyak pun nanti geng-geng producer pasti ada jawapan putarjaya derang. So, terpaksa la kita biar je genre seram ni menguasai screen tv umah kita. Dh nak sangat buat cite seram kan? Haaah... Buat! Buat le sampai gangren. Saya dah merelakan semua tu. CUMA.... Chey, setiap ayat mesti ada cuma atau tapi. Tak thril...

Dr Seuss : The Lorax Movie Review

Sejahteralah ke atas kamu itu... Filem Dr Seuss : The Lorax ni saya tonton pada Jumaat lepas [2 Mac 2012] di Mid Valley. Saya dapat 2 pas percuma daripada Nuffnang. Mekasih Nuffnang! I like yu oll many-many more lah! Last time masa dapat invitation untuk tgk Puss In Boots Premier Screening saya tak perasan email tu, so melepas la nak tgk free. But this time.... aha.. takkan melepaskan peluang lagi. Filem ini adalah filem animasi. Saya sebenarnya bukanlah a big fan of citer katun. Tapi bila saya tengok filem ni, hati saya cair. Melting. Comel sangat! Filem ni agak santai dan sangattt sesuai untuk tontonan kekanak. Lagi best, semalam saya dapat tgk version 3D. Sangat awesome! Suasananya warna-warni boleh beri mood ceria untuk orang-orang yang penat bekerja. Macam saya katakan mula-mula tadi, filem ini sangat comel. Sampaikan watak nenek dan watak orang jahat pun comel. Okay okay. Saya dok cakap comel la, best la, osem la, tapi tak cerita plak filem ni berkenaan apa kan? Let me. Fokus ye....