Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Serotonin : Hormon Gembira

Gambar dikelepet dari sini. Sejahteralah ke atas kamu... Ada orang yang apabila dia bersedih akan makan lebih banyak daripada biasa sampai jadi gomut dan ada orang lain yang apabila bersedih, terus tak makan sampai jadi kurus kering. Daripada 2 situasi ini, saya rasa lebih elok jika bersedih dan makan banyak. Kenapa? Kerana jika kamu mengalami kesedihan dan kamu tidak makan, serotonin di dalam sistem tubuh kamu akan menurun. Manakala jika kamu makan dengan banyak, makanan yang kamu makan itu mungkin adalah pembekal serotonin secara semulajadi, maka kesedihan kamu itu dapat berkurangan. Sumber1 Apa itu serotonin? Serotonin ini adalah sejenis hormon yang terdapat di dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Lebih tinggi serotonin, lebih gembiralah seseorang itu tetapi jika kekurangan serotonin, seseorang itu akan menjadi kemurungan, sentiasa bersedih, mudah tersinggung dan selalu marah-marah. Korang cepat marah tak

Perasaan Saya

Sejahteralah ke atas kamu... Hari ini saya tulis entry ni. Esok mesti saya menyesal bila saya baca balik entry ni sebab saya yakin betapa poyonya entry ni. Kehkeh.. Takpe la.. Taip je dulu. Publish. Then esok kalo rasa poyo, saya delete le. Suami saya outstation to somewhere over the rainbow. Erm... sunyinya. Rasa pelik pun ada. Sebab tak dapat berhubung dengan dia. Biasanya setiap hari, sepanjang hari kami berSMS. Rindu sangat pada dia. Lagi apa ye? Hurrm... kalo diikutkan hati, saya nak je luahkan perasaan cinta saya pada suami di sini. Tapi, mak malu la nyah. Tetiba mak jadi pemalu sangat lepas kawen ni. Yang pasti, hidup saya sangat bercahaya, bermakna, berwarna-warna, berseri-seri, bersinar-sinar dan macam-macam ber lagi sejak saya kawen dengan budak itu. Budak ini rasa aneh bila budak itu tak ada. Lagu ini... Budak ini tujukan untuk budak itu.... [*aih.... budak la sangat kan? Padahal muka dah macam moyang budak. Tihtih] Kamu,.... Seperti hantu... Terus, menghantuiku... Kemana pu

Orang Yang Kedekut Itu Adalah Orang Yang Tak Sedar Diri

Sejahteralah ke atas kamu... Bersyukur kepada Allah kerana di dalam hidup saya ni, saya dikelilingi oleh orang-orang yang pemurah dan tak berkira. Bila dah takde orang kedekut dalam hidup ni, mulalah saya akan rasa pelik bila sesekali berjumpa dengan orang kedekut. Bagi saya, tahap kedekut ni ada 2 je. Kedekut sikit-sikit atau kedekut nak mampus, sama ada kedekut harta atau kedekut ilmu. Yang kedekut sikit-sikit ni okay la.. boleh dimaafkan. Tapi yang kedekut nak mampus ni yang tak bleh dimaafkan. Duit dia 20sen pun dia boleh mintak balik. Ish.. ada ke orang gitu? Saya tak faham dengan orang kedekut. Nak kedekut kenapa? Boleh jadi papa kedana ke kalau berkongsi harta milik kita? Lupa ke harta tu siapa yang bagi? Allah yang bagi betul tak? Allah bagi terus ke? Dah pasti Allah bagi pinjam sahaja. Faham tak maksudnya pinjaman tu apa? Maksudnya bukan ko punya. Ko hanya diamanahkan oleh Allah sebagai penjaga sahaja. Bukan 'pemilik' seperti yang tertera di dalam helaian surat perjanj

Anonymous Ni Perlu Ke Ada Di Setiap Blog?

Sejahteralah ke atas kamu. Persoalan untuk semua bloggers yang baca blog ni. Biasa tak dapat komen daripada anonymous yang sangat tak membina pastu komen tu plak nampak seperti menghentam secara peribadi kepada pemilik blog? Kalau tak silap, sejak kebelakangan ni, banyak blog yang saya followed tulis entry tentang anonymous yang hentam mereka. Sedangkan blogger yang popular macam Maria Elena , yang comel + kelakar macam Tiara Fazlin , yang update consistently macam Diana Rashid pun kena hentam dengan anonymous, inikan pula blogger baru seperti Ummu Muhammad dan blogger picisan seperti saya. Ada sahaja yang menjadi point anonymous ni untuk menghentam blogger yang dia tak suka. Apa yang saya suspect, anonymous bagi setiap blog yang bertujuan menghentam ADALAH ORANG YANG DIKENALI oleh blogger tersebut. Sebab kebiasaannya, komen anonymous tu takde kaitan dengan entry, tapi lebih kepada nak melepaskan kemarahan. Siapa je yg nak gunakan nama 'anonymous' kan? Kenapa tak gunakan nama

Lain Orang, Lain Drama

Sejahteralah ke atas kamu... Sebelum saya berkahwin dahulu, saya tidak nafikan yg saya ada sindrom 'takut berkahwin'. Walaupun konon-konon macam dah ready dan nampak mcm desperate sangat nak menikoh, tapi saya sangat fobia. Ni semua sebab amaran daripada orang-orang yang sudah berkahwin kepada saya. Pada waktu itu, macam-macam le yang mereka pesan, antaranya; "Kahwin ni ingat senang ke?", "Nanti ko dah ada suami nanti, baru le ko tau macamana." "Lebih baik ko hidup bujang, kalo dah kawen nanti ko dah tak bebas macam sekarang." "Susah tau nak layan suami, nak puaskan hati suami." "Nanti ko tengok la perangai sebenar dia bila ko dah kawen. Masa tu baru le kuar perangai-perangai dia yang belum dia keluarkan selama ni." Ayarrrkkkk... Banyak takut woo... Saya cuba membayangkan, macamana la agaknya perangai En Stormpong [suami saya sekarang] bila dah kawen nanti. Ntah-ntah dia garang, suka pukul. Ntah-ntah dia pemalas. Ntah-ntah dia t

Cerpen 2 Dalam 1

Maksudnya ialah, cerita pendek, 2 cerita dalam 1 entry. Yeah.. Khelasss diriku sendiri... Ombak Rindu The Movie. - Ntah le ngape, sejak-sejak dah makin meningkat usia remaja [ohh... remaja nye lah!], saya dah semakin rajin menonton cerita Melayu. Drama ke, filem ke. Semua saya nak tengok. Ni semua pengaruh Yahudi la ni. Kekeke. [Yahudi lagi kena.]. Filem Ombak Rindu ni diadaptasi daripada novel meletopppp 'Ombak Rindu' yang saya tak pernah baca walau sepatah sebab saya bukan pembaca novel yang penyabar. Kuheh..Kuheh. Semalam di Astro Ria ada siarkan filem tu selama 1/2 jam pertama. Pastu mula la tu. Saya dah rasa mcm, perghh... mcm best jugak citer ni. Lagipun ada Mayat Karim. Saya memang suka kat dia. Hero plak Eren Azis. Pun saya minat jugok. Pastu ada Lisa Surihani. Pun saya minat jugok. Poh... ko ni semer org ko minat gamoknyer. Hamba seni tanahair sungguh ko ni. Maknanya, kalo minat...nnti boleh le melanggan kat Astro First. Nak gi tengok wayang rasa tak rajin plak. *Takut

Membuat Aku Terpinga

Sejahteralah ke atas kamu... Ingat lagi tak entry Puss In Boots? Sape lupa, click kat Puss In Boots ni. Rasanya kamu boleh agak kenapa saya buat entry tu. Tujuannya semata-mata nak dapatkan tiket percuma untuk tengok filem tu. Huuuwaaa... Tapi lama saya tunggu. Tak jugak dapat invitation. Saya tengok blog orang lain yang masuk contest tu, dah dpt dah invitation. Sedih je rasa. Ye la.. Siapa la saya di mata NuffNang. Visit per day pun ciput je. Tersisih je rasa. Pastu kalo dah takde tu, saya redha je la kan. Mungkin entry itu tak sebaik orang lain. Saya cuti sejak Khamis lepas. Balik kampung. So, tak online. Mana-mana entry yg keluar selepas hari Khamis, itu maknanya auto-publish. Baru je hari ni saya masuk keja. Tadi saya check email, saya tengok, kenapa le inbox Yahoo saya asyik kosong je. Sampaikan SPAM pun tak de. Email tetap daripada Irfan Khairi pun takde. Aneh betul. 6 hari saya tak check inbox. Takkan la notofication Facebook pun takdop. Takkan Global Market Test dah takde surv

Nilai Kekayaan Kita

Sejahteralah ke atas kamu yang memvaca vlog ini.. Kamu kaya? Kamu banyak duit? Mungkin. Tapi cuba fikir semula. Cuba kira berapa banyak hutang kamu dengan bank? Hutang rumah, hutang kereta dan kad kredit. Katakan kamu membeli rumah dengan harga RM150,000, dah bayar beberapa tahun so, hutang tinggal RM120,000 + kereta berbaki RM50,000 dan kad kredit RM5000. Semuanya menjadi RM175,000. Masukkan sekali personal loan jika ada. Kemudian cuba kamu kira pula berapa jumlah simpanan yang kamu ada di dalam akaun bank kamu termasuk duit selit bawah bantal dan bawah alas almari dan nilai barang-barang kemas kamu. Ok, katakan semuanya berjumlah RM20,000. Jadi, RM20,000 - RM175,000 = RM-155,000. Seriously, harta dan duit kita hanyalah bernilai negatif. Negatif okay? So, apa yang nak dipandang rendah kepada pengemis yang mendapat duit RM10 sehari? Mereka tiada hutang bank sudah semestinya. Apa lagi. Sila la percaya dengan pepatah Inggeris ,"Don't judge a book by it's cover". Sebab

Ustaz Penceramah Suka Menyanyi Semasa Berceramah

Sejahteralah ke atas kamu.... Saya tengok sekarang ni, ustaz-ustaz kalau berceramah bukan main suka lagi menyanyi. Sama ada berlagukan ayat Al-Quran atau bacaan hadis [itu boleh diterima la walaupun bacaan yg berlagu mendayu-dayu semasa orang tgh fokus nak dgr point utama ustaz tu kadang-kadang agakkkk annoying], malahan ada juga yang betul-betul menyanyi lagu artis-artis semasa. Saya boleh faham kalau lagu tu hanya dinyanyikan sebaris sahaja untuk dikaitkan dengan topik, mungkin sebagai misalan. Ini... ada yang bantai menyanyi 2,3 jenis lagu pastu siap satu rangkap plak tu. Bayangkan la betapa serabutnya orang yang dengar. Orang dtg nak dengar ceramah, nak dengar point dia. Nak dengar ilmu. Bukan nak dengar nyanyian dia. Kalo nak dengar lagu, orang tak datang ceramah. Orang akan dengar radio, tengok tv, dengar mp3, tgk youtube atau sebagainya, betul tak? Sampaikan saya terdetik dalam hati [which is saya tahu ianya berdosa], ustaz ni nak riak dengan suara dia ke? Nak tunjukkan pada ora

Intonasi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Saya selalu tersilap tafsir intonasi SMS yang dihantar kepada saya. Contohnya soalan, "Kenapa ko ni?". Saya boleh tersilap baca dengan intonasi kasar di dalam hati sendiri. Saya rasa mcm dia tanya dengan nada , "KENAPA KO NIIII?!!!!". Padahal sebenarnya orang tu tanya dengan nada lembut macam mak tengah mengusap kepala anak kesayangan dia, "kenapa ko ni......". Itu yang bahayanya komunikasi dalam format text. Orang lain boleh salah tafsir maksud sebenar message tu. Intonasi ni kan penting. Satu soalan yang sama boleh membawa maksud yang berbeza jika disebut dengan intonasi berbeza. Itu yang kekadang sampai boleh bawak bergaduh tu. Hanya sebab salah interpret intonasi SMS @ email @ comment. Biasanya yang selalu bergaduh ni couple-couple la kan. Maklumle. Orang bercinta. Termasuk le saya. Tapi dulu-dulu la. Masa cinta cimpanzi, gorilla, babun dulu-dulu. Sama juga dengan komen di blog atau email atau chatting

Esok Hari Perkahwinan Dia...

Sejahteralah ke atas kamu... Hari ini Jumaat. Saya berada di kampung. Dah mula balik kampung hari Rabu ari tu. Esok Tinee, adik ipar saya akan melangsungkan perkahwinan. Cuti sekolah dah bermula ni, berpusu-pusu la orang menempah tok kadi untuk menikah. Pilih kahwin waktu cuti sekolah ni risikonya ialah tetamu terpaksa berbelah bahagi nak pegi kenduri mana. Dah tentu banyak undangan yang diterima. Pengalaman saya sendiri juga. Waktu saya kawen dulu, tak ramai pun yang datang. Lauk pauk sangat banyak tak habis dan tak tau dah nak distribute ke mana. Last-last buang je. Huuuwaa.. Sedih. Sian kat lauk. Semuanya sebab dalam hari yang sama, ada terlalu banyak kenduri. Kat kampung saya je dah ada 3 kenduri. Belum lagi tempat-tempat lain. Tapi apa-apapun bersyukur sebab semuanya dah selamat. Eh, ni nak citer pasal Tinee kawen ke saya kawen? Hahah. Overshadow itu biasa. Persiapan hantaran Tinee, dia buat sendiri je. Sama macam perkawenan abang Ngah dia dulu, dia jugak yang tolong buat hantaran

Wajah Selebriti Hollywood Dulu dan Kini

Angelina Jolie. Dulu gigi karat. Abang Keanu saya. Keanu Reeves. Walaupun dulu selebet, tapi tetap di hati ku. Didie AliasLady Gaga. Tak banyak beza pun nko. Arnold Schwarzenegger. Amboi bang... perut tak hengat. Makan sedap lettew. Nicole Kidman. Macam Shaun the Sheep je dulu. Hekhek. Pamela Anderson. Biasa je dia ni dulu-dulu. Tak menarik pun. Jennifer Aniston. Maintain cute sejak dulu sampai sekarang. George Clooney Madonna. Amy Winehouse. Dulu okay je body dia. Meletoppp... Sebelum kematian dia, tengok le mcmn keringnya dia. Muka pun pelik. Bill and Hillary Clinton. Amboi. Rambut zaman dulu. Tak menahan. Macam John Lennon dah Hillary tu. Julia Robert. Sama cam Jennifer Aniston tadi. Maintain cute. Sean Penn. David Hasslehoff Justin Tasik Balak. Madonna lagi. Brad Pitt Marilyn Manson. Ko pelik. Jennifer Lopez. Perghh.. Macam kerani zaman 80-an. Lady Gaga lagi. Kalau muka dia biasa-biasa nampak mcm cantik je dia ni. Demi Moore. Avril Lavigne. Mariah Carey.. Seriously? Eminem. Aleh Em

Pungutan atau Kutipan Pingat Sukan Sea 2011 Terkini 16/11/2011

Ini Semua Propaganda Dunia Blog

Sejahteralah ke atas kamu... Baru je semalam saya tukar setting untuk comment di blog saya supaya tak perlu saya approve lagi. Biar dia kuar terus kat post. Lepas je saya tukar tu, terus saya tengok takde orang pun komen entry yg saya post. 3 entry pun takde orang komen. Sebak jugak rasanya. Walaupun biasanya bukan ramai sangat yang komen, tapi paling tidak mesti en Yusuflaili pengkomen setia yg sgt saya hargai akan komen. Ini, langsung takde. Heran jugak saya. Biasanya komen baru, saya akan dapat notification di email untuk beritahu saya ada comment yg perlu di approve. Email saya sunyi je. Hinsss.. sob..sob.. sedih. Kat dashboard pun takde pun comment moderation berapa komen yg perlu di approve. Pastu bila saya check dalam inbox comment kat dashboard, baru le saya perasan, ada rupa-rupanya orang komen. Cuma blogger tak bg notification sama macam sebelum ni. Oooo... Begitu kesahnya. Mane le ke tehe. So, kesimpulannya tak best jgk kalo takde notification. Sbb nnt saya tak perasan orang

Sukan Sea 26 - Pungutan Terkini Pingat 16/11/2011

Contoh-contoh Kek Perkahwinan

Sejahteralah ke atas kamu... Ini adalah beberapa idea untuk design kek perkahwinan yang cantik. Gambar dikelepet daripada UPHAA Memang le nampak pelik-pelik je idea kek perkahwinan ni. Tapi ni adalah strange idea untuk wedding cake. Boleh plak dia letak kucing kat hujung tu. Comel je. Ini wedding cake berunsurkan permainan testis Tetris Kek Firaun Kek bajet murah Mr & Mrs Smith Shrek. Ni apa ni? Super Mario Brother. Pacman

Candid Time Contest Bersama Muna Rahimah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Oh, i like sangat nak masuk contest ini. Hadiah dia sangat menarik. Kemre lomo okay. Diulang, kemre lomo. Atau kalo dapat 2nd place pun okay jugak sebab iPod Saya juga sudah hilang. Huuwaaa... Contest ini dinamakan 'Candid Time Contest'. Dianjurkan oleh Muna Rahimah , sila click jangan malu-malu. Sape nak join contest ni sesangat le sesenangnya.http://www.blogger.com/img/blank.gif 1. Cam biasa jadi follower. Check. 2. Buat entry pasal contest ni. Check. 3. Letak banner contest ni; check. 4. Sertakan gambar candid sama ada beramai-ramai atau individu. Check. Caption : Uikss.. Ngape ko suka sangat sampai mcm tu skali Lyda? Ni mesti suka sgt sebab dapat kawen ni kan? Hahahah. *Yang penting, nampak macam aku tengah suka sorang-sorang. Gila lah! 5. Tag 2 orang dan wajib bagitau orang yang telah di tag itu. Dengan Ini, saya telah mengetag 1. Cik HazyIsle 2. Junkie Chinta . Harap maklum. Wani dan Didie, sila tau-tau yang anda telah

Apa Itu SEO Entry Di Dalam Blog

Sejahteralah ke atas kamu. SEO itu adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Bermakna, entry yang kita tulis di dalam blog kita, telah dipilih oleh enjin carian[search engine] seperti Google atau Yahoo untuk dipaparkan di muka pertama hasil carian [search result] menggunakan kata kunci [keyword]. Paham tak? Paham tak? Tak faham-faham lagi? Ok macam ni... Biasanya kalo kita nak cari maklumat apa-apa di internet, kita akan gunakan Search Engine kemudian taipkan keyword yang kita cari tu. Contohnya, saya ingin tahu tentang SEO itu sendiri. Maka, saya taipkan 'apa itu SEO entry' di kotak carian Google. Bila saya click 'Search', akan keluar senarai di muka pertama result. Contoh seperti ini; Jika kamu perhatikan, website yang dapat menduduki tangga kedua teratas adalah blog HazrilHafiz Secara tak langsung, itu telah menjelaskan bahawa entry yang dibuat oleh En Hazril Hafiz adalah entry SEO. SEO adalah tentang mendapatkan ranking 10 webpage yang pertama disenaraikan