Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Mercedes Benz Versus SultanThe Pony

Sejahteralah ke atas kamu... Semalam layan Luth main kereta remote control di Dataran Putrajaya. Mula-mula singgah untuk solat di Masjid Putrajaya je, tak plan pun nak bagi dia main. Masa nak balik tu, Luth dok tenung je budak-budak yang main kereta kat Dataran Putrajaya ni, sambil tangan tunjuk-tunjuk ke arah budak-budak tu. Aku ni macam tak yakin je Luth ni boleh duduk dalam tu sebab dia ni kan biasanya kurang keberanian sikit. Tapi untuk tidak memanjangkan drama TeleMundo yang bakal berlaku kalau aku tak beri dia main, aku kasi can jugaklah[maknanya, drama menangis]. Yelah, walaupun kereta remote control ni aku tengok ramai je orang beli untuk anak masing-masing, tapi terus terang aku katakan yang aku tak mampu nak beli. Ehee.. So, kalau ada yang sewa macam ni, eloklah aku sewa je. Lagipun, dulu aku selalu je sewa mainan kat RentAToys.com untuk Luth.  Menggelatat sekali budak kenit ni dapat main keta remote control.  Sewa kereta ni 20 minit = RM10. Mahal la kot

Ubat Selsema Dan Demam Yang Serasi Untuk Luth

Sejahteralah ke atas kamu... Syukur alhamdulillah, Allah dah temukan aku dengan ubat yang mujarab dan serasi untuk mengubati demam dan selsema Luth secara alami/semulajadi/natural; Madu Kelulut + minyak habbatus sauda.  Minyak habbatus sauda ni aku ambil daripada pil habbatus sauda jenama Kuda Emas. Ermm... aku biasa makan sofgel jenama Baraka yang kotak oren putih. Tapi rasanya Kuda Emas ni lagi serasi dengan aku. Mungkin sebab dos yg Kuda Emas ni lagi tinggi kot. Itu aku la. Lain orang, lain la kan. Tiba-tiba baru aku ternampak yang jenama Habbatus Sauda ni ialah Kuda Arab, bukan Kuda Emas seperti yang aku tulis kat atas tu. Hahaha. Kondifen je. Gunting hujung pil, then picit masuk dalam botol madu. Bila dah masukkan tu, boleh mix-stir kan bahan dalam botol ni seelok-eloknya guna lidi Sebab minyak habbatus sauda tu akan lekat pada sudu kalau guna sudu. Nanti rugi je. Bila nak suap kepada Luth, aku akan guna syringe. Dalam 1ml je dah cukup.

Makan Dalam Dulang

Sejahteralah ke atas kamu... Biasa makan dalam dulang? Aku baru je nak start makan dalam dulang dengan Mat Azghul. Saje je. Ikut sunnah. Perkara-perkara yang Rasulullah buat, pasti ada kebaikan. Setakat ni, kebaikan yang aku nampak bila makan dalam dulang ni ialah, kami makan tak setambun macam dulu, tapi kenyang. Lepas tu, boleh enhance toleransi diantara kami sebab bila nak suap tu, kena tunduk, bila nak tunduk kena take turn sementelah dulang tu kecik je. Nanti bila Luth dah besar sikit, boleh la beli dulang yang lagi besar kot, insyaAllah. Asam pedas cair dan broccoli je lauknya. Pekan [Pahang] style memang jenis asam pedas cair, tak macam asam pedas Melaka ye tuan puan. Sejak akhir-akhir ni aku rasa masakan aku tak makin tak semenggah, ntah sedap ke tak. Sebab deria bau dan deria rasa aku macam tak berfungsi je sejak akhir-akhir ni. Jadi, aku tak dapat nak detect rasa masin atau pedas atau manis sgt. Resdung kot.

Solat Pakai Tak Senonoh

Sejahteralah ke atas kamu... Ni mazhab mana ni, solat pakai cawat? Luth di Hotel D'Art, Shah Alam. Hotel yang menarik, bersih dan cantik. Ini sebelum gi mandi kolam kat Pusat Akuatik. Pusat akuatik memang sangatlah crowded. Agaknya, kalau ada bahan yang menukarkan warna air kencing jadi hijau dalam kolam tu, rasanya seluruh air kat kolam tu dah jadi warna hijau, pekat. Eii. Mama mendoakan agar Luth, akan istiqomah rajin bersolat sampai ke akhir hayat. 

Suka Makan Buah-Buahan

Sejahteralah ke atas kamu... Aku ni kalau nak beli barang-barang mahal aku berkira, tapi kalau bab makanan, bila datang rasa keinginan nak makan makanan tu, aku sanggup je beli walaupun mahal, langsung tak berkira. Nampak sangat gemuk. Hekhek. Ada satu kedai buah-buahan di Nu Sentral, bernama MBG. Kat situ, dia jual buah-buahan import yang memang tak biasa jumpa kat kedai-kedai buah tepi jalan. Aku ni pulak penggemar buah-buahan. Bila lalu kat situ, mula timbul perasaan nak mencuba semua jenis buah-buahan import yang ada kat situ. Buah yang aku pernah beli kat situ diantaranya;  1. Peach 2. Kurma 3. Buah ara atau buah tin atau fig 4. Apple yang sebesar bola takraw [sebijik apple tu harganya rm8]. 5. US Cherry 6. Champagne Grapes [yang halus-halus je buahnya... besar manik-manik tasbih je] Dalam senarai kat atas ni, yang paling aku suka dan jatuh cinta sekali ialah buah peach. Memang sedap, wangi, texture dia lembut sangat, lepas tu memang juicy. Luth suka san

Bisikan Naluri - Daripada Allah Atau Syaitan?

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku ingin kongsikan isi kandungan kuliah Subuh yang aku dengar semasa kursus baru-baru ni. Berkaitan dengan naluri atau instinct .  Kita biasa ada suara hati, yang akan berbisik kepada kita tentang... ermm.. boleh dikatakan tentang semua perkara. Suara hati itu la yang biasa kita panggil instinct atau naluri. Selalunya suara hati ni hanya kita yang rasa. Lebih-lebih lagi kalo melibatkan orang yang rapat dengan kita dan yang kita sayang. Biasanya wanita la yang ada naluri paling kuat sekali tentang suami dia. Contohnya, ada sorang ofismate aku ni. Dia lelaki yang dah kahwin. Masa tu, aku bujang lagi.  Ofismate aku ni dia rajin le melayan aku dan kawan-kawan perempuan aku yg lain bersembang. Tapi bukan bersembang tak senonoh la, sembang yang biasa-biasa, gossip-gossip tempatan, masalah domestik dalam pejabat dan seumpamanya. Lelaki ni kan. Walaupun dia setia, tapi kadang-kadang mulut manis dia tu akan terlepas juga ke perempuan lain, tanpa niat

Malaysia Islamic Arts & Tourism Souq, Shah Alam

Sejahteralah ke atas kamu... Cuti sekolah sudah pun berakhir. Di sisa-sisa waktu cuti sekolah yang baru berlalu itu, ibu dan bapak mentua berkunjung ke rumah ku ittew. Aku berbesar hati menerima kunjungan tetamu, al maklum sajalah... Rumah agam kami yang sebesar alam tu, bukan selalu dikunjungi tetamu. Ibu dan pak datang Jumaat malam. Sedang elok la sebab cuti hujung minggu. Aku tak perlu ambil cuti untuk entertain mereka. Aku hanya hidangkan roti canai dan kuah kari ayam sebagai menu minum makan mereka sebab ibu dan pak tak makan nasi pada waktu malam. Jaga kesihatan katanya. Alah, korang ni aku tau... aku buat mukadimah guna ayat bahasa persuratan cenggini, bukan korang rajin pong nak baca. Dah...dahh... korang jangan cuba nak nafikan lagi. Aku dapat detect semua itu. Eheee.. Tapi aku tak kisah pon kalo takde orang baca. Aku menulis bukan kerna nama, sekadar untuk catatan peribadi je.  Demi untuk tidak me'lebam'kan kedua orang tua kami tu dengan dok je kat rumah

Taman Ekuestrian Putrajaya - Mari Berkuda

Sejahteralah ke atas kamu... 2 hari lepas, aku ada up post pasal Taman Botani Putrajaya, pastu ramai yang komen. Mekasih untuk sesape yang sudi komen tu. Pastu Mummydearie ada komen pasal Friendship Park di Putrajaya. Aku bila baca tu terus macam buntang kejap biji mata sambil jejari patuk ayam tekan keyboard semata-mata nak google kaedahnya Friendship Park tu. Semangat nih. Maklumla kan, anak baru belajar nak kenal dunia, maka mak dia ni plak yang terlebih excited. Bila aku google Friendship Park tu, aku takde jumpa gambar yang menarik tertarik sangat. Cuma dapat maklumat sikit pasal taman tu ialah taman tu letaknya di Presint 5, dan dibina sempena menghargai persahabatan Malaysia dengan negara China selama 40 tahun. Lama betul. Tapi aku terfikir plak, dengan negara lain Malaysia tak jalinkan persahabatan ke? Macam dengan Saudi Arabia ke, bukan ke daripada dulu lagi jemaah haji dari Malaysia pergi Mekah tunaikan haji. Takkan takde hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Saudi

Apa Yang Perlu Disediakan Sebelum Gi Kursus

Sejahteralah ke atas kamu... Sebelum gi kursus, pertama sekali yang paling penting, mental ko la yang kena prepare. Mentally prepare bak kata bapak angkat to be aku kat Britain sana. Siapa la yang suka pegi kursus kalau dia ada anak kecik kan? Lebih-lebih lagi kalau kursus yang perlu bermalam beberapa hari. Tapi kalau kita nak melayankan perasaan tak suka dan tak redha tu, tetap takkan menguntungkan diri kita juga. Aku, bila tengok nama aku naik untuk pergi kursus tu, memang aku jiwa kacau. Cuma aku fikir, setiap kali apa-apa terjadi kepada aku, aku hanya nampak semua tu Allah yang aturkan untuk aku belajar sesuatu. Walaupun tak suka, aku harap kursus tu akan berakhir cepat. Macam-macam la yang aku fikir untuk buat hati aku lupa perkara-perkara yang aku tak suka tu. Lepas tu, aku mula fikir pasal Luth. Dia ni kalau nak tido malam-malam kena 'tiup trumpet' [you know what i mean]. Kalau tidur siang kat umah pengasuh, dia tidur dengan buaian. Kat rumah tak perlu la buaian

Taman Botani dan Taman Wetland Putrajaya

Sejahteralah ke atas kamu... Aku suka Putrajaya. Sebab tempatnya luas, bersih, tenang dan banyak tempat rekreasi berunsurkan kekeluargaan. Kalau kolam renang awamnya biasanya tak sepadat kolam renang awam di tengah-tengah bandar besar. Aku pernah pergi Pusat Akuatik Shah Alam.. Ya ampunnn kejung nak bergerak, punye sesak. Kat mana nak cari kolam renang awam di Putrajaya? Cuba cari Kompleks Kejiranan di mana-mana Presint di Putrajaya. InsyaAllah ada kolam renang.  TAMAN BOTANI Aku pergi Taman Botani, Putrajaya pada Sabtu lepas. Ada apa kat Taman Botani tu? Actually takde apa yang menarik  pun, hanya taman untuk beriadah, jogging, bersiaran di tepi tasik. Di dalam tasik tu, ada berlambak-juta ikan lampam. Beri makan roti, akan nampak le beriuk-riuk ikan tu. Lain-lain, aku belum explore. Sorry eh.  iNI budak, takut nak pijak rumput. Eh, tak sure takut ataupun geli. TAMAN WETLAND Hari Ahad tu pulak, aku pergi Taman Wetland. Perkara yang paling menarik di T

Antara Mak Sendiri Dan Ibu Mentua Hidang Makanan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Ibu mentua aku ialah seorang surirumah yang memang agak particular dalam bab-bab umahtangga. Dari segi langsir, cadar, karpet, cuci habuk semuanya terjaga rapi dan sangat excellent. Beliau juga pandai menjahit. Berbeza dengan arwah mak aku. Arwah mak aku tahap sederhana je, asal kemas dan bersih dah cukup la, tapi arwah mak aku rajin. Sangat rajin berkebun, memasak, buat karipap, rajin menjahit; selalu jahit baju untuk cucu-cucu dia walaupun di akhir usia dan arwah mak aku suka kucing. Aku rasa sifat arwah mak aku tu turun kat aku. Hihi. Aku ni sederhana je orangnya. Tak la rajin melampau dan tidak la juga malas melampau. Aku duduk di tengah-tengah di antara malas dan rajin, tapi lebih berat ke malas la. Kalau nak beri peratus kerajinan tu, mungkin 49% je la kot. Salah satu perkara yang aku perhatikan ibu mentua aku ni kalau bab-bab hidang makanan, mesti nak kena berhemah. Kalau hidang minuman tu, cawan pastilah kena sepasang

Penyediaan Makanan Terbaik Untuk Anak

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Ada sekali dulu, kawan aku datang dekat aku dan kata, 'aku rasa aku ni bukan mak yang baiklah'. Aku pelik plak, tetibe je cakap macam tu. So, aku tanya le ngape. Lalu dia kata, 'sebab aku tak buat bubur pun untuk anak aku, aku cuma bagi bijirin nestum je. Aku tak rajin macam nkorang'. Nkorang kat sini merujuk kepada aku dan sorang lagi kawan aku yg lain yang ada kat situ. Persoalannya sekarang ni, betul ke siapa yang tak masak sendiri untuk anak dan hanya beri nestum kepada mereka itu adalah bukan seorang emak yang baik? Bagi aku, tiada ukuran yang boleh ukur cara mana yang terbaik dan tidak terbaik untuk mendidik anak, specifiknya dalam bab memberi makan. Contoh macam aku sendiri, aku memang masak bubur untuk anak aku, tapi aku ada juga beri anak aku makan process food yang keluar daripada kilang [yang mana aku sungguh tak gembira untuk beri anak aku makan benda-benda tu melainkan dalam keadaan terpaksa dan te