Skip to main content

Taman Ekuestrian Putrajaya - Mari Berkuda

Sejahteralah ke atas kamu...

2 hari lepas, aku ada up post pasal Taman Botani Putrajaya, pastu ramai yang komen. Mekasih untuk sesape yang sudi komen tu. Pastu Mummydearie ada komen pasal Friendship Park di Putrajaya. Aku bila baca tu terus macam buntang kejap biji mata sambil jejari patuk ayam tekan keyboard semata-mata nak google kaedahnya Friendship Park tu. Semangat nih. Maklumla kan, anak baru belajar nak kenal dunia, maka mak dia ni plak yang terlebih excited. Bila aku google Friendship Park tu, aku takde jumpa gambar yang menarik tertarik sangat. Cuma dapat maklumat sikit pasal taman tu ialah taman tu letaknya di Presint 5, dan dibina sempena menghargai persahabatan Malaysia dengan negara China selama 40 tahun. Lama betul. Tapi aku terfikir plak, dengan negara lain Malaysia tak jalinkan persahabatan ke? Macam dengan Saudi Arabia ke, bukan ke daripada dulu lagi jemaah haji dari Malaysia pergi Mekah tunaikan haji. Takkan takde hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Saudi kot? Tanak buat Friendship Park sempena friendship dengan negara lain ke? Kenapa China? Atau sebab MH370? Opsss... Aku tertanya-tanya je la. Biasanya tertanya ni sebab memang pengetahuan am aku rendah. Jadi maafkanla haku.


Info pasal Friendship Park aku tak berapa nak jumpa. Tapi yang aku jumpa pasal Taman Ekuestrian Putrajaya. Terletak di Presint 4. Macam menarik je untuk aku pergi dengan family kecik aku tuh. Yang paling aku minat ialah budak ini.

Budak ini namanya Sultan. Katanya kuda padi milik Dr M. Comel kan? Putih-putih melati ali baba gituu...

Taman Ekuestrian Park ni, dibuka untuk kunjungan orang awam. Boleh joy ride naik kuda, kalau weekend bayar RM5 je untuk 3 minit. Weekdays plak bayar RM10.

Permandangan daripada atas.

Ini peta dia.
Aku berhasrat nak beriadah kat sini nanti[cheywahh berhasrat sangat kan.]. Mungkin minggu ni atau minggu depan. InsyaAllah. 

Di TEP ni, rakyat jelata boleh register untuk belajar menunggang kuda bagi sesiapa yang berminat. Fee dia pun rasanya agak berpatutan. Sesiapa yang dah terel menunggang kuda, boleh try main polo pula. Sesiapa ada soalan nak tanya tentang Taman Ekuestrian ni, boleh hubungi mereka di;

Call : 603 8888 6080
Fax : 603 8888 8699
GPS Coordinate: 2.896114, 101.684638
 
Aku pernah try email, laju je dapat jawapan. Bagus service dia. Terkesima seminit. Hehehe. Layan gambar je la ye. Gambar-gambar ni pun aku rembat daripada website rasmi Taman Ekuestrian Putrajaya. Aku harap pemilik gambar ni tak sentap mengkarung ye, jangan shaman shaye ye encik, shaye orang syusyah.  Huhu.

Ko mampu?

Aku suka kuda sebab kuda ni haiwan yang hensem. Nabi Muhammad pun suruh kita ajar anak untuk berkuda kan?


Comments

  1. Oh, Friendship Park tu kat Presint 5 ke? I pun baru kelmarin kawan pejabat beritahu. Dia siap pergi berbasikal lagi gitu kat situ. Katanya kualiti bangunan yang ada taklah ohsem sangat tapi sebab I tak pernah sampai lagi, makanya haruslah nak terjah juga. Eh, China kan antara rakan kongsi niaga terbesar kita, mestilah nak berBFF sikit. Patutnya kita kena buat dengan Siam dan Singapura kan, barulah betul-betul friendship gitu... negara jiran!

    Oh, ni nak meriakkan diri lagi... I dah sampai tempat yang you ceritakan dulu tapi tak masuk bloglah :) I takdalah naik kuda sebab nampak bulu kat tengkuk kuda je bulu roma I pulak meremang tak tentu pasal. I ni kan penggeli orangnya. Anak-anak setakat tengok kuda main chakchak ajelah. Dari jauh nak dekat, dah dekat mereka excited nak lari jauh-jauh. Camna nak ajar anak berpolo....

    ReplyDelete
  2. weh...nak pegi nnt roger2 aku...mana tau masa tu aku xde bende nak buek... nk bwk zharif naik kude hehe

    ReplyDelete
  3. syoknya brkuda.. sy pn klu ada rezeki nanti nak belajar menunggang kuda n klu ada anak t ank hantar anak belajar..kihkihkih berangan jer kerja ye dop...

    ReplyDelete
  4. tak sampai lagi ni taman ekuestrian..friendship park pon tak pernah..asik2 ulang tempat sama yang dah biasa pegi..
    ok la ni..dapat naik kuda sekejap pon jadik la..

    ReplyDelete
  5. Syiok sapa dok area putrajaya..banyak tmpt santai2 blh bawak anak2 dan fmily lepak..huhu

    ReplyDelete
  6. huih kuda binatang yg mahal ;p nabil ambak ada tak hehehe..

    ReplyDelete
  7. saya yg tak berapa jauh ni pun baru tau..hehehe..
    kuda padi tu..comel bangat!

    ReplyDelete
  8. menarik jugak tempat ni..sesuai untuk bawak anak2..dari dok melangut kat rumah di hujung minggu..kan?/bukan mahal pun..

    ReplyDelete
  9. seronoknya boleh naik kuda kat sini :)

    ReplyDelete
  10. Kuda haiwan yg hensem? hahaha
    Mmg hensem..dan sunnah Baginda tu menunggang kuda...nantilah nak beli kuda 2 ekor..hahaha

    So sebenarnya awak dah pergi ke belum ke taman equestrian ni? :P

    ReplyDelete
  11. Aku pilih berenang je la...
    Takut terjatuh naik kuda...boleh lumpuh.

    ReplyDelete
  12. Suka kuda tak per... yang penting jangan sesekali suka lumba kuda (untuk tujuan main nombor ekor)...hehehehe...

    ReplyDelete
  13. saya selalu gak gi putrajaya tapi pakai redah jer mana nak singgah ... teringat mimpi kuda .

    ReplyDelete
  14. huhu..
    x berani kot nak naik kuda camni..
    klo kereta kuda OK lagi

    ReplyDelete
  15. Saya dah pergi dan round berkali2 dengan kuda di sini.. Best.. Riadah yang menyeronokkan...

    ReplyDelete
  16. kalau dah pandai tunggang kuda ,boleh main polo, memanah berkuda dan masuk lumba kuda. biasanya hadiah untuk pemenang tempat 1 lumba kuda sangat lumayan.ada yang mencecah ribuan ringgit malah jutaan ringgit.pasal yang taja biasanya pihak bank.senang cerita memang tak rugi kita belajar kuda ni walaupun kos belajar agak mahal.terima kasih admin .artikel di atas sangat membantu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya