Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

AMAN

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Biasa kita dengar orang kata "Saya bangga menjadi rakyat Malaysia, kerana negaranya aman, hidup bersatu padu dan berbilang bangsa". Mcm bosan pun ader jugak saya dengar ayat tu. Macam terlampau cliche. Balik-balik ulang ayat yang sama. Padahalnya... betul ke Malaysia ni aman? Makmur? Damai? Sejahtera? Akan? Kujunjung? Dan? Kujaga?.. Heheheh... [Sarkas je yer. Harap maaf. Itu sebenarnya adalah lirik lagu yang saya pernah nyanyi semasa koir di tingkatan 1 dulu.]. Malaysia ni betul ke aman? Aman yg bebas dari peperangan, yes. Memang betul. Tapi dari segi lain? Walaupun tak ada peperangan, Malaysia ni selamat ke tak? Apa maksud A.M.A.N tu? Fikir sama-sama yer.... Ayuh jawab soalan saya; Jika Malaysia ni betul-betul aman, kenapa kita perlu pasang grill kat pintu dan tingkap kat umah kita? Dan kalo terlupa nak kunci grill, alamatnya... kul 4 pagi kang bangun tido, parang dah dekat leher. [kena rompak] Kalo Malaysia ni negara yang s

I'm So Gay...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ku ini... "Why are you smiling?" "Because i'm gay" Huhhh??? WTF????!!! Ye lah... memang betul pun 'gay' tu ada dua maksud. Satu bermaksud "happy, carefree, joy or bright and showy". Dan satu makna lagi, homosexual. Tapi jarang benor org nak guna perkataan 'gay' tu untuk menggambarkan kegembiraan. Kan? Mesti kalo sebut je gay, dah sah-sah terbayang dua orang lelaki berlawan pedang. Kehkeh... Statement cam cipan. Haaa....apakata kalo saya gantikan penggunaan perkataan 'happy' menjadi 'gay'.... maka ayat "I'm so happy to meet you" akan jadi begini; "I'm so gay to meet you".. .Hahaha.. Giler. "I was born to make you gay". Mungkin tak sesuai kot nak gunakan perkataan tu. Sebab bunyinya sungguh menyeramkan. Goosebumps. Kekekeke... Saje je bikin panas di petang-petang begini....

I'm Sorry Sir....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Hari ni, En Z sepatutnya perlu attend software presentation dari satu syarikat luar. Beliau kata syarikat tu international base. Pastu dalam masa yang sama, beliau ader meeting internal Division. Maka, beliau suh saya jadi penyampai utusan kepada wakil syarikat yang nak buat presentation tu. Beliau suh saya sampaikan amanat beliau dgn menyatakan bahawa presentation tersebut mungkin bermula sedikit lambat. Sebab meeting yang beliau masuk tu akan habis lambat. Dan beliau minta saya, suruh wakil syarikat tu tunggu di bilik Meeting no.1 tingkat 18. Saya pon mula la berpeluh tali pusat sebab nak bitau berita sedih dalam English ni. Tapi to be honest, kalo nak speak English dgn foreigner saya lebih berani berbanding nak bercakap dgn local people in the same language. Sebab local people suka gelakkan org kalo grammar bersepudei.[pekataan yg selalu digunakan oleh En Stormpong dan saya yg bermaksud, berterabur, bersepah]. Saya pon dgn muka pur

Makan.. Melantak.. Mentekedarah..dan Bersugi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Khamis depan telah disepakati oleh orang-orang ofis untuk buat majlis makan-makan sempena menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Sebelum menu muktamad diemailkan... Puan Organizer tanya dulu kepada semua orang-orang kat ofis saya, nak lauk ayam ke kambeng gurun untuk nasik arab. So, ramai2 sepakat pilih ayam, sebab kebanyakan orang tak makan kambeng. Salah sorang yang tak makan kambeng tu adalah saya. GamGam plak, diantara ayam dan kambeng, beliau pilih Izwan. ngeh..ngeh... Kenapa saya tak makan kambeng? Apa salah kambeng? Atau, adakah saya menganggap bahawa kambeng itu terlalu comel, lalu tidak sampai hati untuk meratah dagingnya? Al-kisah nya.... Masa kat kampung dulu... selalu tiap2 malam atau petang atau pon pagi, biler tgh syok lepak kat dlm umah, tetiba je ader bau busuk yang kuat giler menandakan ader kambeng masuk dalam pagar dan lalu kat bawah umah saya. Busuk dia memang takleh tahan. Kalo tak tengok pon, dah tau ader kambeng m

Pandangan Yang Menarik...

...untuk dibaca. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Petikan ini adalah diambil dari tulisan Saudara Redhuan D. Onn "Hari pertama saya memeluk Islam pada tanggal 12, 1980 TM juga merupakan hari pertama saya mula mempelajari Islam secara bebas dan sah. Saya diberitahu bahawa saya sudah menjadi satu kain putih seolah baru lahir. Segala ilmu dan pengetahuan saya sebelum itu hendaklah dicuci semula sekiranya kotor. Fahaman seperti bahawa manusia itu hatta Anbiya wa Mursalin itu berkuasa, malah tiada kuasa secebis pun apa jua makhluk dalam alam luas ini yang semuanya dijadikan oleh Allah SWT. Hakikat ini merupakan cahaya murni dalam sanubari saya yang baru saya tersedar sudah ada selama ini pada saat kejadian saya olehNya. Dengan kehendakNya yang Maha terpuji saya dilahirkan sebagai seorang hambaNya yang berkulit bangsa Cina Hokkien dan dengan lidah bahasa ibunda Kantonis dan ayahanda Hokkien. Kemudiannya saya disekolahkan dalam aliran Inggeris, satu lagi lidah yang term

Model Terbaru Luis Vuitton

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Nah! Tengok gambar ini... Giler babai beliau ni punye macho. Padahal beliau hanya seorang pengemis dan gelandangan*. Tiba-tiba beliau jadi popular bila seorang jurugambar amatur, merakam gambar macho beliau itewww dan upload kat internet. Maka nama beliau pon ke-ba-boom la kat alam maya. Jadi satu fenomena fesyen yg baru. Fesyen icon. Padahal beliau sendiri tak tau pon beliau dah popular. Hehehe...Mcm comel je biler innesen. Asalnya beliau ni dari kampung. Pindah ke bandar utk sara hidup 2 anak dan sorang isteri beliau[family beliau tak ikut pndah ke bandar. Dok kampung je la senang. Bleh bela ayam.]. Mula2 beliau keja kuli je, pastu kena rompak. Lepas kena rompak tu beliau kena buang keja plak. Start dari tu la beliau jadi gelandangan. Iskk... Pastu terus lost contact dgn family beliau. Biler dah femes, peminat2 beliau bagi gelaran 'Brother Sharp' kat beliau. Padahalnya... kalo kamu Google nama dia, akan nampak le gmbr dia y

Usaha Lif Kejayaan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Usaha gigih saya pada pagi ini ialah, men'distribute'kan sample kek kepada sahabat handai dan rakan taulan di pejabat. Kuheh..kuheh... Pagi semalam saya sudah memotong kecit-kecit kek-kek tersebut, lalu menempatkan mereka di dalam plestik. Tapi saya hanya beri pada org-org tertentu sahaja. Sbb terhad. Separuh kek, saya dah ngap. Muehehehe... Penerangan gambar : Yang berwarna kulit Afro American itew adalah Chocolate Cake . Yang berwarna cokelat kekelabuan seperti melayu-jawa iteww ialah Banana Cake dan yang berkulit coklat kemerahan melayu-gurkha itewww ialah Carrot Cake. Kek-kek ini sungguhhhhh sedap . Sila beli. RM12 sahajer ye tuan-tuan dan puan-puan.

Buruknyer lah....

...blog header aku ni... Sungguh tak kretip nak design sendiri. Zila-Chan.... Tolong design satu blog header utk aku bleh tak? Nak yg bertemakan matahari terbit. Kekeke.. sukati je order.

Membaca Hanya Untuk Budak Skema!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Tajuk post yg saya letak kat atas tu.... adalah pendapat yg sungguh bangang lagi bangsat. Huhu.... Statement tu bukan statement orang lain. Tapi saya sendiri yg kuarkan statement tu. Tapi tu dulu la... Sewaktu saya perasan yg kononnya saya ni seorang yg cool, tapi cool dalam cara yang sebenarnya tak cool langsung. Syok sendiri je lebih. Bila saya kenangkan zaman sewaktu saya kecil dahulu, seingat saya, saya sangat suka membaca. Abang-abang dan kakak-kakak saya selalu membeli buku cerita untuk saya apabila mereka balik kampung.[ada yang dah kerja, ada juga yang masih belajar di universiti dan ada juga yang masih bersekolah, tinggal di asrama]. Owh.. Lupa nak bitau [tapi ramai je yg dah tau..heheh].. Saya ni adalah anak bongsu Abdul Rahman. Kak Teh saya banyak membeli buku-buku tentang kisah nabi-nabi dan kisah-kisah teladan di zaman kegemilangan Islam. Saya sangat berterima kasih kepada beliau kerana di atas jasa beliaulah saya kenal n

Saidina Umar Al Khattab r.a

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kamu semua tahu Saidina Umar Al Khattab kan? Khalifah Islam yang kedua selepas Saidina Abu Bakar As Siddiq. Kita juga tahu bahawa dikalangan sahabat-sahabat Nabi, beliau ini adalah yang paling tegas, garang dan gagah. Saya ingin kongsikan sedikit kisah tentang Saidina Umar ini.. Pada zaman pemerintahan beliau, beliau telah berjaya menakluki banyak wilayah-wilayah yang dahulunya dikuasai oleh Parsi dan Rom. Termasuklah Jerusalam[Bumi Palestine], Baitul Maqdis, Iraq, Mesir, Syria dan banyak lagi. Bumi Parsi sendiri pun ditakluki oleh tentera-tentera Islam. Kalau tak silap, Parsi tu skrg dipanggil Iran. Kalo silap, tolong betulkan. Saya Google pun tapi mcm jawapan samar2 jer. :D Sewaktu Parsi ditakluki tu, putera Parsi yang bernama 'Fairoz' telah ditanggungjawabkan utk memimpin tentera kuceng Parsi bagi menewaskan tentera Islam [macam nama laki Zu. Sekian.]. Tapi padan muka mereka[Parsi], mereka kalah. Dan Putera Fairoz telah dit

I Feel Stupid When....

... i speak in Malay.. Hah hah hah... Poyos. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Gurau jek. Nanti saya perlu buat permohonan maaf secara terbuka plak kepada semua orang Melayu kat dunia ni. Kekeke... Semalam petang, hujan. Lebat lak tu. Lantai kat parking banyak giler air. Bleh buat kolam, tanam bunga teratai kat dalam kolam tu sambil itik berenang-renang riang bersama teman-teman. Masa nak kuar parking, saya follow sorang penunggang motor. Beliau bawak motor mcm biasa je. Dgn kelajuan yang boleh dikatakan agak perlahan. Tapi saya tabah je la follow beliau. Memandangkan saya tau bahaya. Licin. Pastu bila sampai je kat tingkat bawah skali, kat laluan keluar yang terakhir.... Penunggang motor tu jatuh sebab motor beliau tergelincir. Huhuhu... Saya dah mcm panik. Tapi nasib baik saya tak drive laju. Kalo tidak, mesti saya dah terlanggar beliau. Saya berentikan keta. Mcm nak kuar keta untuk tolong. Tapi sempat lagi terfikir dlm hati, "kalo aku kuar kang, aku nak tolong

Satu Lagi Kisah Flashback

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Ahad minggu sebelum ni, saya hantar keta saya untuk diservis oleh kenalan saya, En Ashraf. Dia datang amik keta saya, dan bawak pegi repair. Lepas dia pulangkan balik keta saya tu... saya dengar mcm ader bunyi gegar2, macam ader bunyi yg kuat semacam je kat enjin keta. Saya mcm sedih la jugak. Sbb tak abih2 Si Kenari Lyd ni buat pasal. Huuhuuu.. Pastu biler dah hari Khamis, masa saya nak pegi kat keta saya kat parking ofis[masa tu nak balik dah], saya nampak mcm ader sumthing fishy je kat atas hood keta saya. [Dekat-dekat dgn wiper cermin keta], saya ushar betul-betul, rupa-rupanya.... Ini dia : [bahan bukti yang telah dialihkan dari lokasi sebenar kejadian] Skru Drebar!! Ceh! [Screw Driver]. Ni saper punyer tukun la ditinggalkan kat atas keta haku ni... Punyer la dah 4 hari dia bermautautin kat atas hood keta tu. Haihhh.... Macam-macam..

Kekeke... Lyd Gemuk Kuat Melantak!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ku itewww... Semalam, memandangkan nafsu serakah saya dah semakin menjadi-jadi [untuk makan! makan! dan makan!], saya decided utk masak nasik lemak. Nasik lemak memang favorite saya. Tak caya tanya kat mak saya. Mesti beliau akan jawab "ntah la.. rasanya dia ni macam semua benda je dia suka makan, kecuali ikan keli, itik, ikan patin bla..bla..bla.." Bangun agak awal. Pegi Metamorphosis, 'Pasaraya Halal Anda' kat Pantai Dalam. Beli bahan-bahan yang berkenaan seperti santan[santan kotak je sudah], ikan iblis, kacam tanah, daun pondan, halia, dan timun laut. [Melampau. Hahahahaha.]. Bahan-bahan lain mcm dah ader, sambil-sambil tu, sempat plak beli 2 buku hasil tulisan Abdul Jalil Ali yang bertajuk, Teh Tarik Kurang Manis dan Kopi O Tanpa Gula. Ceh... Nampak sangat saya ni dah masuk kategori veteran, sbb Pakcik Abdul Jalil ni adalah columnis utk majalah MIDI[Majalah utk wanita 40-an ke atas..koh.koh..batukkkkk..uhukk..uhukkk] da

BN, Saya Tak Kisah Pon....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... BN = Barang Naik. Saya tak kisahpon bila harga barang-barang naik, kerana; 1. Saya "kaya". Duit saya "banyak". Eleh.. setakat petrol naik 5 sen tu... apa la sangat. Tak efek pon kekayaan saya. Gaji bulanan saya "tak terusik" pon, tambahan plak, gaji saya tiap-tiap hari naik 2 kali ganda. So, yu oll boleh bayangkan tak berapa byk gaji saya kalo dah 6 thn saya kerja.. banyak you see...... :D . Lagipun saya pegi ofis "tak pakai" kereta/moto/lori/bas, tapi saya naik belon panas, bakar guna arang kayu. Hohoho.. 2. Lagipun, kalo saya sekali-sekala pakai kenderaan yang menggunakan petrol, petrol tu saya "bleh amik free" je kat stesen minyak. Takyah bayar pon. Jadi, ok what... Saya "tak perlu" gunakan duit saya pon. Jimat kan? 3. Gula naik? Owhh... Saya tak kisah. Sbb makanan-makanan yang saya makan semuanya tak memerlukan gula. Saya guna asam jawa je bagi menggantikan gula tersebut.

Lyd Dan Michael Jackson

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... *Post ini adalah penulisan saya lama dahulu yg saya letakkan di dalam Facebook, bertarikh : 05 September 2009 Apa yang masih jelas dlm ingatan saya, sewaktu saya masih belum skolah lagi… Deria pendengaran saya dah dilatih untuk mendengar lagu-lagu Michael Jackson (MJ) dan seingat saya lagi, video clip MJ memang selalu kuar TV waktu tu. Yang paling memberi kesan sampingan kepada diri saya ialah klip video lagu ‘Beat It’. Bagi sesiapa yang ingat-ingat lupa video clip tu, let me brush up ur mind.. (nak citer pasal Maikel Jeksen… mesti la ckp homputih skit yek?? ihihihi). Dlm clip tu, ader 2 group samseng taik kuceng yg nak bergaduh(yg penting semua skali samseng2 taik kuceng tu cuba nak buat muka ganaz giler yg mcm tak takut pun saya tgk..hihihi). Tgh nak bertumbuk tu, Abg Maikel dtg di tgh2 dua geng tu, dan ajak menari (termasuk dance step yg ala-ala tabur beras nak bagi makan ayam tu)… Dan sudah tentu moonwalking. Hah…. Moon walk ni la

Perbualan Serius...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Sebelum balik semula ke KL ari tu, saya sempat berpesan kepada mak saya.... Dgn muka Papa Smurfs yang paling serius, saya cakap kat mak saya "Mak... orang ader hal skit nak bincang ni...." Mak saya dah cuak sket. Mesti dalam hati dia ingat "Haaa...Dia ni mesti nak bincang pasal ader org nak dtg meminang dia ni... heh..heh... finally dpt jugak aku lepas tangan daripada kena jaga dia..." [sambil urut dagu dan tersenyum sket je.]. Saya sambung ayat saya "Nanti, bila org dah balik KL, kalo buah-buah manggis dengan rambutan ni dah masak, mak tolong bagitau sket kat pokok-pokok tu, suh dierang tunggu orang balik dulu. Jgn bagi masak semua. Kang org tak sempat nak makan." Mak saya dgn muka malas nak layannya... jawab "Haaa... Ye la.. Nanti mak bgtau dierang suh tunggu awk balik baru bleh masak semua." Dalam hati mak saya mesti dia kata "cacat betul anak aku ni". Salah satu kemajuan yang semaki

Rindukan Dia.....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Masa saya kecit-kecit dulu, memang saya suka tengok citer katun. Antara katun yang saya suka ialah Thundercats [yg ni paling suka], Voltron The Defender Of The Universe, Silverhawk [pon sangat-sangat suka] dan Transformers. Tapi, yg tu saya suka masa dah darjah 4,5 macam tu. Sebelum tu, masa saya lebih kecit dari darjah 4, katun yang paling saya suka ialah Smurfs! Kamu ingat lagi tak? Katun yg kaler biru. Tinggal kat dalam rumah cendawan. Comei giler. Watak yang paling saya ingat ialah ketua kampung dia yg berseluar dan bertopi kaler merah iaitu Papa Smurfs. Dengar citer, Smurf The Movie akan kuar wayang pada musim panas 2011. Cool huh? La..la..lala..lala...laaa..lala..lala...

Jadi Ke Hujung Tahun Ni?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Masa nak balik petang semalam, saya terserempak dengan salah seorang daripada 4 bigboss saya, di lobby iaitu En ZeeZee. Kemudian beliau bertanya kepada saya dengan nada dan volume yang perlahan "Jadi ke nko kawen hujung tahun ni?". Errm... Laju ajer saya jawab "Jadik.". Hehehehe... Pe 'ke jad' la tanya soklan tu. Kemudian beliau bertanya lagi "Kad jemputan dah print ke?". Maka saya jawab "Ohh... Belum. Mungkin tak guna kad kot. Send email je". Pastu beliau mcm sengih-sengih, mcm tak percaya, dan macam pandang saya untuk dapatkan kepastian, "betul ke minah ni nak kawen dah?". Alaa... Sebuk je tanya org biler nak kawen. Beliau tu, biler nak pegi Mekah naik haji, saya takde tanya pun. Huhu... Apa laaa...

Cerpen Yang Bertajuk : Dalam Hati Ada....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Tadi masa kat ofis, Jekjan tanya saya pasal bateri mouse . Beliau kata, bateri mouse beliau dah nak habis, so beliau tanya sama ada Helpdesk supply ke tak replacement batteries .[maklum le, saya ni kan ex-Helpdesk terulung]. Tapi saya tak tau pon jawapan kepada soklan beliau iteww... Sbb masa saya kat Helpdesk, belum ader kes bateri mouse habis lagi. Pastu, saya dgn penuh kesyaitanan di dalam diri, menggelakkan beliau sambil kutuk-kutuk beliau. Saya tanya beliau, penah ke org lain kat SSM ni dah habis bateri mouse ? Wakakaka... kelakar...kelakar... Pastu saya ckp lagi kat beliau, "kalo ko mintak dgn Helpdesk, mesti ko akan dinobatkan sebagai org pertama dlm SSM ni yg habis bateri mouse ". [Org Kg Baru mcm biasa le, tumpang gelakkan beliau]. Lepas habis je ayat saya mengutuk si Jekjan, terus cursor mouse saya tak bergerak. Saya try on-off tak berjaya jugak. [Konon-konon macam 'restart' mouse la konon. Hahaha.. tu ka

Life Before The Computer. Hidup Sebelum Zaman IT.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Sekian.

Hillarious Social Media Jokes [Facebook, Twitter, etc]

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.... Facebook hide. Really funny. LOL. Twitter slave. Collecting friends? Blackmailing! Social media circle.

Spanar Jaya vs Susu Dutchlady!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Memandang semua perlawanan sebelum ini, seperti; 1] Argentina vs Germany, saya sokong Argentine; 2] Germany vs Spain, saya sokong Germany; 3] Germany vs Uruguay, saya sokong Uruguay dan semua pasukan yg saya sokong tersebut telah menang. Iaitu MENANGgung kekalahan, maka, perlawanan Spain vs Netherlands ini, saya akan menyokong : SPAIN!!! Go Spain!!! Secara jujurnya, saya tak la berminat sgt nak tgk match ni, maka saya tgk sambil baring2 jer. Dlm masa yg sama, bleh taip post entry ni. Hahaha. Tak macam minat saya masa tgk match Argentina-Germany, siap bleh bersila atas coffee table sbb nak dekat dgn screen TV. Perghh..Dasat betul hamba bolasepak ni. Hahahaha. Adegan-adegan yg menarik, tapi tak berapa menarik mana; 1. Ada pemain Spain yg bernama 'Puyol'. Mcm nama arnab je. Comel. Heheh. 2. Seminit lepas Van Persie[Netherlands] dpt kad kuning sbb tackle Capdevila[Spain] dari tepi, Puyol plak dpt kad kuning sbb tackle pemain Nethe

World Cup 2010 Closing : Cawan Dunia 2010 Menutup

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.... Saya sedang menonton Acara Penutup Piala Dunia 2010. Cool gak la visuals dan formations yg tuan rumah/tuan punyer padang yg menganjurkan WC2010 ni. Dan yang paling penting, mestilah Shakira. Agak ternganga jugaklah biler tgk Shakira ber 'belly dancing'. Costume beliau malam ni pon, sungguh cantik. Nampak perut. Kalo saya pakai mcm tu, mesti saya pon secantik beliau... [Waaaaaaaaahhh... Mcm syaiton je nak perasan mcm tu. Hahaha. Jgn marah yer. Gurau jek.] FIFA WC2010, yg paling saya suka ialah bertemakan haiwan. Saya ni kan pencinta haiwan. Apa2 yg berkaitan dgn haiwan, tak kira la, rimau ke, singa ke, lipan ke, gajoh ke ,semua saya suka [eh, td gajah dlm acara penutup tu, mcm pakai baju kaler putih/kuning je. Kuang hajau buat gajah mcm tu. Naya ke gajah tu. Haihh...]. Dan unsur-unsur Africa sungguh eksotik. Caya lah Afrika! Tema yg menarik. 2.18am - Piala Dunia yg direbut, yang diperbuat daripada emas tulen [tulen bangg], tela

Kadar Tukaran Wang Asing. Currency Index

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Berbulu je hati saya biler melawat blog budak umo 10 tahun, dan tgk visitor dan follower dia lagi ramai berbanding blog saya. Adehh... Tercabar kedewasaan saya. Ohh... Ini hanya selingan yang tiada kena-mengena dgn tajuk entry. Haiihhh... Susah betul nak amanah dgn waktu bekerja ni.... Huhu.... Sekali lagi selingan yang takder kaitan dgn tajuk entry. [Saya ni byk iklan la! Maklumlar... Saya ni kan 'Drama Queen' yg terhebat kat Malaysia ni. :D ngeee] Saya ni selain dari suka menyampuk, saya juga kuat berangan. Heheh.. beberapa tahun lepas, saya dgn syok sendirinya berangan, nnt kalo hantaran kawen saya, saya nak mintak 1000 je dgn pihak lelaki. Bukan 1000 ringgit, tapi 1000 pounds. Wahh.... banyakkk tu.... sbb, nilai British Pound [GBP] waktu tu adalah tinggi berbanding Ringgit Malaysia [1 pound sterling = RM7.80++]. Waktu tu, dlm surat kaba tiap-tiap hari ader letak nilai tukaran wang asing kat satu sudut dlm salah satu laman

SPAIN versus GERMANY. Let's Eat Paul The Octopus.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...... Hari ni, jalan raya cam lengang semacam. Walaupun tak la selengang musim cuti skolah. Tapi agak lancar laluan saya untuk ke ofis hari ini. Sampai ofis, suasana ceria. Abg Amer lalu kat tempat saya dgn senyuman sampai ke ubun-ubun. Abg Badang plak melangkah dgn yakin seperti Badang yg dah makan muntah hantu di sungai, gagah perkasa. Di penjuru ofis plak, meriahnya mcm nak kenduri kawen anak bongsu ketua kampung, nak tumbangkan 10 ekor kebau. Paul the octopus mendapat pujian sana sini. Ramai yang kagum. Tapi ramai jgk yang rasa mcm nak kerat 19 je si Paul tu. Haihhh... Ni semua gara-gara Spain dapat ke final selepas menewaskan Germany 1-0 pagi tadi. Sampaikan jalanraya yg biasanyer jem blueberry, dah jadi jem nenas. [jem bluberi mcm pekat je, dan jem nenas mcm lite skit... warna cerah. hehehe...takder kaitan.]. Keamanan jalanraya hari ini mungkin disumbangkan oleh org2 yg MC atau EL sbb takleh bgn pagi lepas tgk perlawanan Spain dgn G

Plet Keta Termahal Di Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... KUALA TERENGGANU - Nombor plat pendaftaran kenderaan Terengganu terus mendapat sambutan apabila nombor TAY 1 memperoleh bidaan tertinggi di Malaysia setakat ini iaitu RM220,000 sementara nombor plat Melaka, MCA 1 yang akan dibuka untuk bidaan dijangka turut menjadi rebutan. ~Petikan dari Harian Metro. *Tapi kalo search kat HMetro, memang dah tak jumpa la sbb arkib hanya ada utk seminggu sahaja* SalidaSunshine says : Makk aiii... Kaya nyer la dierang ni. Duit tu mesti dah tak tau nak habiskan kat mana lagi dah, sbb ader terlampau banyak. Saya yang tak kaya ni, akan rasa mcm "Kalo aku la, lebih baik aku beli rumah teres 2 tingkat". Tapi kalo saya kaya mcm tu, belum tentu jugak saya takkan beli plat tu. Dah kaya sgt, nak beli umah teres buat apa. Beli rumah agam je la terus. [Ceh, mcm bagus je guna perkataan 'rumah agam' itu. Hahah]. Persoalan-persoalan yang ada dlm fikiran saya terhadap orang-orang kaya ni; 1. Dierang n

Eye Vision. Very Cool!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Cuba yer, jgn malas-malas. Sesungguhnya, malas itu adalah sifat syaitonnnn yg direjam. *Thanks to Suzie yg memforward image ini. :)

Kawan-kawan, ayuh! Beramal Jariah Sementara Berpeluang!

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.... Bila tgk gmbr² En Stormpong melawat Rumah Titian Kasih baru-baru ni[di Facebook], saya teringat tentang impian saya satu ketika dulu. Impian untuk menjadi sukarelawan. Dan berkhidmat kepada badan-badan kebajikan. Waktu itu masih belajar. Lecturer saya tanya, apa kamu akan jadi 5 tahun dari skrg, dan saya dengan yakin menjawab, saya akan menjadi sukarelawan. Tetiba, 10 thn selepas itu, 'suka' ntah ke mana, 'rela' pun ntah ke mana, 'wan' juga dah ntah ke mana-mana ilang. Saya sendiri terlupa impian itu. [Mungkin kerana terlalu byk agenda dlm hidup menyebabkan niat yg suci itu luput begitu sahaja.] Rumah Titian Kasih yang dilawati oleh En Stormpong tersebut, baru-baru ni ada kuar dlm berita, Buletin Utama. Kebetulan masa tu saya tgk TV. Berkenaan penghuni-penghuni rumah kebajikan tu kena pindah ke rumah lain yg lebih kecik. Yang tak muat nak sumbat semua. Maka, penghuni-penghuni lelaki terpaksa tidur di dalam khemah

Mengimbas World Cup 2002, Zaman Mengarut Dulu-dulu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Bercuti dan duduk di kampung, membuatkan saya terasa nak selongkar khazanah-khazanah milik saya yang boleh dipanggil sampah yang ada dlm bilik saya ni. Terjumpa satu buku nota, yang saya gunakan untuk buat homework masa kursus English Language Competency pada tahun 2002 dulu. Hehehe... Buka-buka je buku tu, saya dah tergelak besar, sbb kat bahagian dalam kulit buku itu, ader gmbr ini ; Wahh...Kantoi... dulu aku ni rupa-rupanya die hard fan Takuya Kimura. Wakakakakakakaka. Tahun 2002 tu juga adalah tahun yang mmg jadi detik sejarah Piala Dunia [World Cup 2002] sbb pertama kali diadakan di Asia[Korea Selatan dan Jepun]. Jadi, semua matches, boleh ditonton tanpa perlu meletakkan lidi di kelopak mata untuk tahan ngantuk, sbb waktu di Korea Selatan dan Jepun hanya beza 1 jam sahaja dgn waktu di Malaysia.[Malas nak google bleh tak? Saya agak je beza sejam. Mungkin 2 jam. Dah tak ingat. Huhu.]. Berbalik semula ke cerita buku nota saya tadi,

Ohhhh.... Argentina ku !

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kenapa Argentina kalah? Mungkin ada banyak sebab. Dan mungkin diantara sebab-sebab kekalahan Argentina adalah; Sebab-sebab yang penuh emosi:- 1. Sebab Diego Maradona tindik telinga kat dua-dua belah telinga? 2. Sbb Sungai Lembing hujan dari jam 8.30mlm hingga selesai perlawanan, sebagai petanda menangisi kekalahan Argentina ? 3. Sbb pasukan German pakai jersi kaler itam yang melambangkan kesyaitanan, lalu telah menggentarkan hati pemain-pemain pasukan Argentine yg memakai jersi kaler biru muda yang melambangkan kemalaikatan? 4. Sbb tiupan vuvuzela tak cukup kuat untuk mengganggu tumpuan Germany? 5. Kerana sokongan Michael Ballack memberi aura kemenangan kepada Germany? Yarrhhh, benci aku! 6. Sbb Germany main bomoh! Wakakakakaka. 7. Ataupon kerana Romero sudah 'dibeli' oleh bookie-bookie judi yang meramalkan kemenangan Germany? 8. Dan sebab sebelum perlawanan bermula, semua pemain-pemain daripada kedua-dua pasukan perlu berg