Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Produk-produk Yang 'Baekkkk Punyerrr'

Amazin' Graze Yang Sangat Om Nom Nom

Sejahteralah ke atas kami...eh, kamu.. Aku kalau datang angin aku malas nak breakfast , aku hanya akan makan makanan hamster. (malas tu merangkumi ; malas nak fikir nak makan apa, malas nak pergi cari kat cafe, malas nak kunyah, malas semua sekali la pendek katanya. Dan kalau nak tahu, boleh dikatakan setiap hari aku gitu (malas) kecuali weekend.)  Acah je. Takkan la aku nak makan makanan binatang pulak. Mesti la makanan manusia. (Kang tetiba kena saman 4 juta dengan Amazin' Graze sebab pitnah dia keluarkan makanan hamster.). Ini sebenarnya Hazelnut Blackforest Granola, tapi berperisa coklat yang sangat-sangat chocolaty taste. Nampak ni, gambar pada bungkusan ni siap ada gambar daun limau purut, daun kelapa dan daun pandan. Memula, Misha (jiran sebelah meja aku) yang beli di CVS Pharmacy. Aku mengecek sikit, sekali bila aku rasa, fuyyohh.. Sangatlah kena dengan 'chocolate tongue' aku ni. Sedapnyoh. Omm..Nom...nOmm... Mintak sikit lagi,.. nyom..nyom.....

Barang Yang Aku Suka: Tuala MR DIY

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku jarang shopping. Kalau aku shopping pun, aku suka beli barang yang murah tapi best. Bila aku dapat beli barangan murah yang best, aku akan perasan genius. Dan rasa bangga sikit.👅👅 Sebagai rakyat marhaein yang terulung di ibu kota metrofolitan ni, tempat yang aku suka pergi untuk buang masa ialah Daiso, MiniSo, Kedai RM2 dan Mr DIY. Kalau Daiso dan MiniSo tu barangan Jepun yang kadang-kadang ko tak expect pun benda tu wujud di dunia ni. Orang Jepun memang kreatif. Segala benda alas untuk laci, untuk peti sejuk, untuk dapur gas, semua dia cipta. Itu kira tak pelik sangat. Ada aku jumpa, penyepit selimut untuk stroller supaya selimut baby tak tergelincir. Sedetail itu dia nak cipta. Apa je? Kalau orang Melayu, kita takyah dah nak cipta benda gitu. Kalau aku, aku ambik je paper clip kalau aku nak sepit selimut kat stroller. Lagi kreatif. Kekeke. Mr DIY  pula biasanya barangan daripada China. Kualiti mungkin kureng sikit berbanding Daiso ...

Barang Yang Aku Suka: Telekung Solat

Sejahteralah ke atas kamu.... Telekung solat adalah salah satu daripada 'bestfriend' wanita muslim. Satu masa dulu, aku tak pernah beli telekung. Rembat mak punya je 2 pasang. Lepas tu, duduk lenjan yang itu je sampai kusam. Basuh sebulan sekali time datang haid je. Waktu itu aku tak kisah sangat telekung tu cantik ke tidak, ropol kepuk-kepuk ke tidak, sulam tangan ke tidak, sebab aku rasa macam nak tunjuk kat sape sangat. Tapi sekarang keinsafan tu dah makin meningkat. Aku dah mula beli telekung yang cantik-cantik. Sebab nak berdepan dengan Allah kot. Nak menyembah Allah yang Maha Tinggi, tertinggi dalam hidup kita, walaupun orang lain tak nampak, tapi pandangan Allah tu la yang paling penting. Perlu la cantik sentiasa lebih-lebih lagi waktu solat. Aku ada beli banyak telekung. Ada telekung untuk travel, ada yang tahap premium untuk majlis apa-apa ke. (Majlis apa yang kena pakai telekung tu? Haha.). Bukan niat nak menunjuk kepada orang. Cuma ingin kelihatan elok dan...

MasyaAllah Sedapnya Donut Ni

Sejahteralah ke atas kamu... Aku paling suka tengok rancangan masak memasak kat TV. Terutamanya masakan western atau pun Chinese cuisine. Memang cukup banyak dah rancangan yang aku tengok setakat ni dan rasanya kalau ilmu-ilmu masakan tu aku amalkan, insyaAllah aku dah boleh buka food court. Tapi kenapa ye? Kenapa bila aku memasak, end up dengan menunya ialah Ayam Masak Merah jugakkkkk... Bila aku tengok rancangan memasak, laki aku tanya, "kenapa syg tak pernah pun masak makanan macam tu?" *'makanan macam tu' tu merujuk kepada masakan western*. Tak thrill langsung. Itulah salah satu masalah domestik aku. Kalau tidak kenapa nak buat donut pun aku tak reti? Muka aku nak buat donut memang tak mungkin. Aku memang tak pernah jadi buat donut, sebab aku memang tak pernah cuba pon. Hakhak. Tak tau la nak cakap, mungkin sebab aku memang dah set dalam kepala otak yang kalo aku buat donut nanti mesti tak gebu+keras+bantat+rase tahik tak sedap. So, lebih baik aku mudah...

Malaysia Online Boutique

  Sejahteralah ke atas kamu. Your Fav Malaysia Online Boutique Perasan tak, sejak 4-5 tahun kebelakangan ini, fenomena ‘online shopping’ telah melanda Malaysia dan sehingga kini, semakin banyak nama-nama kumpulan e-commerce yang besar semakin dikenali. Bermula dengan e-bay, amazon dan zippo (yang tertumpu di negara-negara barat), pasaran Asia kini meriah dengan kehadiran ZALORA, Lazada, HotelQuickly dan banyak lagi.  Untuk penggemar fesyen khususnya, I would say ZALORA merupakan my fav Malaysia Online Boutique . Dikenali sebagai Asia’s leading online fashion destination, ZALORA kini juga terdapat di seluruh rantau Asia merangkumi Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Taiwan dan Hong Kong. Bagi yang masih belum pernah membeli-belah secara online di ZALORA, rebut peluang ini untuk menikmati pengalaman online shopping   yang termudah dan selamat dengan membawakan rangkaian pakaian, beg, kasut serta produk penjaga...

Ubat Selsema Dan Demam Yang Serasi Untuk Luth

Sejahteralah ke atas kamu... Syukur alhamdulillah, Allah dah temukan aku dengan ubat yang mujarab dan serasi untuk mengubati demam dan selsema Luth secara alami/semulajadi/natural; Madu Kelulut + minyak habbatus sauda.  Minyak habbatus sauda ni aku ambil daripada pil habbatus sauda jenama Kuda Emas. Ermm... aku biasa makan sofgel jenama Baraka yang kotak oren putih. Tapi rasanya Kuda Emas ni lagi serasi dengan aku. Mungkin sebab dos yg Kuda Emas ni lagi tinggi kot. Itu aku la. Lain orang, lain la kan. Tiba-tiba baru aku ternampak yang jenama Habbatus Sauda ni ialah Kuda Arab, bukan Kuda Emas seperti yang aku tulis kat atas tu. Hahaha. Kondifen je. Gunting hujung pil, then picit masuk dalam botol madu. Bila dah masukkan tu, boleh mix-stir kan bahan dalam botol ni seelok-eloknya guna lidi Sebab minyak habbatus sauda tu akan lekat pada sudu kalau guna sudu. Nanti rugi je. Bila nak suap kepada Luth, aku akan guna syringe. Dalam 1ml je dah cukup.

PhotoBook Lagi dan Lagi - Pixajoy

Sejahteralah ke atas kamu... Aku nak bagi photobook kat orang, tapi email aku problem plak tak terima gambar yang mereka send kat aku untuk aku create photobook tu. Sementara tunggu tu, aku siapkan dulu beberapa photobook yang adik ipar aku mintak tolong buat untuk anak-anak dia.  Yang hardcover tu je Luth punya. Gambar dia tidur je semua. Yang ni aku beli kat Groupon RM5 je satu. Muroh. Pos RM8. Kulit tebal, dalam pun kertas tebal. Tapi hanya ada 16 pages saje. Jadi la daripada takde. Setakat ni aku dah pernah beli dengan PhotoBook Malaysia, PhotobookMart, Pixajoy dan ada satu lagi aku dah lupa dah nama sarekat dia. Service Pixajoy terbaik. Al kisahnya, aku buat photobook Faizal Rafif Dhiaulhaq tu, tapi aku salah eja nama. Aku eja Faisal Rafif Dhiauddin. Padahal Dhiauddin tu nama adik dia. Aku ni selenga betul hari tu, aku tak suh dah adik ipar aku check, aku terus upload je yakin benor akan kebenarannya. Sekali bila aku snap screenshot applica...