Skip to main content

Posts

Showing posts with the label western sedap Shah Alam.

Restoren Western Halal Sedap Shah Alam

 Sejahteralah ke atas kamu...... Bila ada anak-anak yang baru nak membesar dan jenis yang makan memilih, nak cari tempat makan yang sesuai untuk selera semua orang tu agak mencabar. Kalau ikutkan selera aku dan hubby, nak makan nasi berlauk je. Dah berusia ni jadi makin suka makan nasi dan malas nak makan makanan-makanan canggih sangat. Tapi anak-anak bila makan kat luar, mereka nak makan masakan selain nasi. Sebabnya, kalau anak-anak nak makan nasi, lauk mereka hanya telur goreng atau ayam goreng. Dah kalau gitu baik makan kat rumah je kan. Jadi, inilah dia. Restoren yang boleh hidangkan pelbagai jenis hidangan; masakan kampung ada, western ada, masakan Thai pun ada. Puas hati bagi semua orang kenyang dan puas makan. Hot Pindang nama restoren ni. Lokasinya di No. 11&13, Jalan Cheong Sam 10/11, Shah Alam, Selangor . Seksyen 10 ni.  Suasana di dalam restoren ini agak menenangkan. Kerusi yang selesa dan bukan jenis kerusi plastik yang ringan tu. Walaupun di luar panas berder...