Sejahteralah ke atas kamu... Ada sorang rakan blogger saya. Sejak akhir-akhir ini saya perasan yang beliau sudah tidak komen di blog saya dan blognya juga agak lama tiada entry baru. Pagi ini, baru muncul entry post baru di blog beliau. Rupa-rupanya beliau menghilangkan diri kerana telah mengalami masalah kesihatan sehingga koma! Betapa seriusnya keadaan beliau yang pada mulanya mengalami sesak nafas sebanyak 2 kali. Dan doktor telah mengesahkan bahawa paru-paru beliau gagal berfungsi, kerana terlalu banyak menghisap rokok. Bahaya sungguh kedengarannya kan? Selama ini, semua pun tahu bahawa smoking kills. Boleh membunuh secara perlahan-lahan. Tetapi kita jarang mendengar itu semua terjadi kepada orang terdekat atau sahabat-sahabat kita. Sekarang ini, setelah beliau sedar daripada koma, barulah timbul perasaan 'Tak Nak' merokok di dalam hati beliau. Syukurlah sebab beliau sempat mengubah nasib sendiri sebelum terlambat. Untuk mengetahui kisah sepenuhnya, boleh lawati Yotokuu. Du...