Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Karya Cikai - Sila Kagum

Project Hujung Minggu Lepas

Sejahteralah ke atas kamu... Memandangkan Luth dah makan biskut [farley's rusk], tiap kali dia makan, baju bersekonyot [ada ke perkataan ni? Atau hanya rekaan aku semata-mata?]. Jadi sebagai ibu yang terlebih prihatin, nak sediakan bib/burp clothes untuk menghalang bajunya kotor. Kalau beli boleh beli je. Kat One Baby World murah je. Tak sampai seploh hingget pon sehelai. Kalo nak beli 5 helai dah pat ploh hingget. Kalo sepuluh helai dah berapa? Kalo lemah matematik nak cepat gi kira guna kakuleter. Bib ni aku buat sendiri walaupun cincau cincai je. Aku guna t-shirt aku yang memang dah lunyai dan aku tak pakai dah. Aku ni bukan apa, aku ada banyak t-shirt dan baju yang aku dah tak boleh pakai sebab gemuk tak muat. Nak bagi orang, korang paham2 la kan. Buat malu je. Kadang2 ada yang koyak2 sikit kat ujung takkan nak bagi org. Pastu ada jugak baju yang aku tak pakai sebab menampakkan susuk tubuh, takkan aku nak bagi orang lain pastu nak suh org tu pakai then nampak susu...

Luth : 3 Bulan

Sejahteralah ke atas kamu... Ada banyak benda yang aku rasa boleh aku jadikan entry baru untuk blog ni. Cuma yang 'banyak' tu adalah cite berkenaan Luth yang mungkin akan membuatkan orang bosan nak baca. Lagi-lagi pasal anak dia. Macam dia sorang ada anak. Jadi, sebab tu la blog ni aku dah jarang update sebab aku mcm takde idea sangat nak cerita pasal apa. Amponkan la haku ye kawan-kawan. Lubang Hidungmu. Luth dah berusia 3 bulan 7 hari. Muka dia makin jelas ikut muka aku. Lubang hidung la yang paling ikut aku. Wakakakah. Sekarang ni dia dah pandai berborak dengan sesaper je yang bercakap dengan dia. Aku selalu bercakap dengan dia. Kadang-kadang benda yang takde kaitan pun aku cerita kat Luth. Pastu mula la dia pun akan berborak jugak dgn aku bila aku pause kejap cerita aku. Pastu pantang kalo orang agah dia, memang dia akan suka ternganga-nganga mulut. Ketawa mengilai belum lagi la. Cerita Jijik. Setakat ni karektor dia yang paling aku pening ialah dia tak su...

Felt Penguin

Sejahteralah ke atas kamu.... Hari ni Ahad, saya tau mesti korang malas nak membaca kan? So, ni nak tepet gambar je beberapa keping. Ini, duit raya daripada EsEsEm. 'terbaekkk' kan sampul ni. Warna kuning. Design plak.. ermm. tak tau nak cakap. Yang ini pula adalah fridge magnet yang diperbuat daripada felt dan berbentuk penguin. Lihatlah budak comel ni bergambar dengan kacang pistachio berlatar belakangkan kotak kurma Yusuf Taiyoob.

Contoh Kraf Felt Haiwan Rusa, Lembu dan Panda

Sejahteralah ke atas kamu.... Saya ni masih baru dalam bidang felt craft. Design ni pun saya kelepet daripada crafter lain jugak. Sesiapa nak dptkan idea untuk jahit felt berbentuk haiwan, boleh guna design ni. Contoh design felt panda. Ini adalah contoh design felt craft deer. Contoh design felt lembu - cow felt design

Couple Bergaduh!

Sejahteralah ke atas kamu... *cerita ni takde kaitan dengan saya. Hanya rekaan. :D Suasana di dalam kereta menjadi hening. Tiada sepatah kata pun yang muntah daripada mulut kami berdua. Dia membisu. Saya pun membisu. "Ah, biarlah.". Detik hatiku. Siapa suruh dia cari pasal dengan aku. Nak sangat menang kan? Tapi jangan harap aku nak bagi dia menang. Perjalanan ke rumah sahabat karibku Natrah, masih lagi jauh. Kira-kira dalam 2 jam lagi. Hari ni, Natrah membuat kenduri kesyukuran. Kenduri naik rumah bak kata orang-orang Melayu. Kesunyian yang ada memang cukup utk membuat mataku semakin berat. Seperti memakai bulu mata palsu yang diperbuat daripada bulu merak sahaja perasaannya. Suamiku juga diam. Setelah masing-masing diam, suamiku menghidupkan pemain cakera padat di dalam kereta. Hanya irama muzik daripada cakera padat kumpulan Air Supply sahaja yang berkumandang di dalam kereta. Biasanya jika kami berdua di dalam kereta, pemain cakera padat atau radio hanya akan mampu berkec...