Iklan! Iklan! Sila Click!

03 September 2013

Project Hujung Minggu Lepas

Sejahteralah ke atas kamu...

Memandangkan Luth dah makan biskut [farley's rusk], tiap kali dia makan, baju bersekonyot [ada ke perkataan ni? Atau hanya rekaan aku semata-mata?]. Jadi sebagai ibu yang terlebih prihatin, nak sediakan bib/burp clothes untuk menghalang bajunya kotor. Kalau beli boleh beli je. Kat One Baby World murah je. Tak sampai seploh hingget pon sehelai. Kalo nak beli 5 helai dah pat ploh hingget. Kalo sepuluh helai dah berapa? Kalo lemah matematik nak cepat gi kira guna kakuleter.

Bib ni aku buat sendiri walaupun cincau cincai je. Aku guna t-shirt aku yang memang dah lunyai dan aku tak pakai dah. Aku ni bukan apa, aku ada banyak t-shirt dan baju yang aku dah tak boleh pakai sebab gemuk tak muat. Nak bagi orang, korang paham2 la kan. Buat malu je. Kadang2 ada yang koyak2 sikit kat ujung takkan nak bagi org. Pastu ada jugak baju yang aku tak pakai sebab menampakkan susuk tubuh, takkan aku nak bagi orang lain pastu nak suh org tu pakai then nampak susuk tubuh orang tu plak? Tak sanggup plak aku. Jadi, yang mana ada tu, aku cuba guna untuk recycle, buat benda lain yang aku bleh guna balik. Kudukut kan aku?

Berikut adalah cara-cara untuk menjahit sendiri bib/burp clothes bayi.
Gunting T-shirt

Jadi 4 segi.

Untuk buat lubang leher, lipat 2 kemudian gunting. Kalo nak lagi cantik, lukis pola pada kertas. Aku buat ni freehand je gunting. Professional la katakan.

Dapat bentuk macam ni.

Gunting la seberapa banyak yang ko nak.

Kalo ada lagi kain yang terlupa nak digunting, lapik je 2 lepas tu jahit je keliling. Tinggalkan sikit kat bahagian bawah tu jangan jahit. Nanti nak terbalikkan kain tu.

Dah jahit baru gunting.

Dah siap jahit dan gunting, terbalikkan kain tadi inside-out.

Kemudian iron dan jahit lagi sekali di sekeliling untuk bagi kemas. Memang tak lawa mana, tapi puas hati den. Aku tak letak butang atau velcro tape, sebab malas nak cari butang tu. Ntah mana aku selit. So, pandai2 la nenek Luth belit kat leher Luth.
DIY bib or burp clothes for baby.

23 comments:

  1. Pandainya lyd buat nie sendiri..nampak cam senang kan..sy selalunya beli jer murah jer yg ade tali ikat kat belakang tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang je buat ni ummuaidan. Potong pon tak ikut pola. Main potong je. Kalo senget2 pon takde sape nak tolak markah. heheh..

      Delete
  2. wah...bagus2 takyah membazir..
    saya suka.. asal ada kerajinan dah cukup, save duit dan ruang kat almari..(pakaian lama nak dibuang syg nak bg org tak tergamak.. recycle the best way!)
    bukan kudukut tapi jimat...

    ReplyDelete
  3. Hmm... kalau dalam tu diisikan span, boleh dipakai sambil makan di kolam renang.. terapung2 lagi... amacam? untuk org dewasa la tapi.

    ReplyDelete
  4. Respect!!! The best pun buat sendiri. Berkeronyot ker masud u sebenarnya haaha. btw I tension cari benda alah ni for JJ sebab dah beli a few tapi ada jer yang tak kena, so I memang tak pakai benda ni lagi for her, just letak table napkin atau tisu jer selit kat leher, dia pun gedik suka la ala2 gitu.

    ReplyDelete
  5. buat sendiri tak rugi.sebab makin lama makin tak muat.rugi je beli.bila pipi dia makin labuh mengelebeh dah tak boleh dah nak pakai..

    ReplyDelete
  6. kalo aku, aku rajin gunting je. jahit tu x kot. hahaha...

    ReplyDelete
  7. bagus betoi la mama luth ni..hehe..nnt jahit kat cikgu gak ye..pos mai dua tiga keping..hehe..bagusla berjimat2 ni tambah2 minyak naik dua kupang ni..uwaaaa!!!!

    ReplyDelete
  8. Wah. Kreatifnya.. Ok la tu kan. Buat sendiripun puas. Hehe

    ReplyDelete
  9. rajinnyee!
    jimat dan boleh recycle kain baju yg takmo tu.

    ReplyDelete
  10. ini baru ibu mithali.. dulu2 mak akak giniler kreatif...
    takler semuapun nak belijer... tahniah ibu luth.

    ReplyDelete
  11. kreatif kitar semula..tp sian gak luth sebab mesti dia kata "apa mama ni, beli jela yg baru....kedekut ke apa ?..haha jgn marah... ^_^

    ReplyDelete
  12. waaa... kagum..kagum..
    serius, ska sgt dgn cara lyd ni.. mmg hasilnyer sgt2 cantik.. nmpk mcm beli..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum lyd....wah cantik juga...:)

    ReplyDelete
  14. kreatip nye mama luth...dpt idea nak buat utk zara la :)

    ReplyDelete
  15. Wow.... kreatif la.... luth tinggi yer... dah sampai ketinggian fiyya 8 bulan...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...