Iklan! Iklan! Sila Click!

21 July 2017

Aku Hanya Akan Rajin Memasak, Bila Ada Benda Ni....

Sejahteralah ke atas kami... Eh, kamu..


Aku ni seorang isteri yang tak berapa rajin, tapi tak juga berapa malas. Yang penting, setiap hari, aku akan berusaha untuk memasak. Sebab suami aku memang jenis suka makan makanan yang dimasak di rumah, walaupun hanya sekadar telur goreng dengan kicap. Lagi satu, anak sulung aku si Luth hanya nak makan nasi je bila dia lapar. Kalau aku tanya, "Luth, malam ni nak makan apa?". Laju je jawab, "Nacik". 😋😅

Tapi, ada satu benda yang akan membuatkan aku terlebih rajin dan bersemangat untuk memasak. Apa tu??!! Apa tu??!


Inilah dia......




Cili blended. Lada kering kisar.Yang aku buat sendiri. Bukan cili boh yang beli kat kedai.

Aku, kalau ada cili blended ni, memang aku akan rasa berkobar-kobar semangat aku nak memasak. Dah macam tangkal nak bagi rajin memasak, sebab kadang-kadang, aku tak masak sambal pun, aku tetap rajin kalau ada cili blended ni. Rasa lengkap je dapur. Rasa mudah je kerja. Padahalnya bawang, still aku kupas dan cincang/tumbuk juga setiap kali nak masak. Still kena potong sayur setiap kali. Misteri juga cara sel-sel otak aku ni bekerja, kan? Hehe.

Bagi aku, memasak menggunakan lada kering kisar yang dibuat sendiri, akan menghasilkan masakan yang lebih sedap berbanding menggunakan ciliboh atau cili giling yang dibeli di kedai. Sebab cili boh ni dia ada rasa tambahan, macam ada rasa masam sikit dan ada rasa masin sikit, kot. Dan cili kisar yang aku proses sendiri, memang aku tak campur dengan bawang. Sebab bawang ni agak subjektif. Setiap masakan ada nisbah bawang tertentu. Ada masakan yang menggunakan lebih bawang putih (garlic), ada masakan yang perlukan lebih bawang besar (onion) dan ada juga yang perlukan lebih bawang merah/kecil (shallot). Jadi, sebab itu aku tak campur bawang di dalam cili kisar ni.

Mari aku kongsikan cara aku proses cili kisar. Cara ni aku rasa sama je kot. Semua orang buat macam ni agaknya. 

Langkah 1: Potong cili kering secara menyerong. Tujuan potongan serong ini adalah untuk mengeluarkan biji cili, sebanyak yang boleh. Suami hakak ni, adalah spesis manusia yang akan badmood kalau dia terjumpa biji cili bertimbun dalam masakan pedas. Biasanya kalau makanan beli memang la tak senonoh sikit pembuatan dia. Tapi, hasben aku makan juga la walaupun badmood. Kan tak baik merungut depan makanan. Kecik ati makanan.


Langkah 2: Masukkan cili yang telah dipotong ke dalam periuk dan penuhkan dengan air sama paras dengan jumlah cili. Nak letak air lebih pun boleh. Sebab yang ni tujuannya untuk rebus je. Ada yang rendam je dengan air panas. Atau kalau yang nak tinggal berendam lama, rendam dengan air biasa pun boleh. Aku suka rebus supaya dapat cili yang lebih bersih. (Mengikut teori sesuka hati aku je.). Rebus sehingga cili nampak layu dan sedikit kembang.


Langkah 3: Tapis cili yang telah direbus tadi.

Langkah 4: Buang biji cili yang terkeluar daripada badan cili. Kalau rajin nak korek yang kat dalam potong cili tu, hahhh silakan la. Aku malas. Aku buang yang mana nampak je.

Langkah 5: Selepas tapis air rebusan, aku bilas pula dengan air mengalir. Biarkan dosa-dosa cili itu hilang bersama air yang mengalir.

Ini biji cili yang tertinggal di dalam penapis.

Langkah 6: Masukkan potong cili yang telah direbus tadi ke dalam blender jug.

Langkah 7: Masukkan jumlah air yang dikehendaki ke dalam blender jug. Aku suka masukkan air sama paras dengan cili. Supaya kepekatan cili kisar nanti akan jadi 'sedang-sedang elok je', tidak begitu cair dan tidak terlampau pekat.

Ini la hasil setelah di blend.

Langkah 8: Simpanlah cili yang telah dikisar tadi ke dalam bekas yang disukai. Aku suka simpan dalam jar kaca. Botol madu aku simpan, botol infuzed drinks pun aku simpan, botol jem pun aku simpan. Tu pun dah banyak aku buang. Sebab semak. Kekeke. Tapi aku memang lagi suka simpan dalam bekas kaca sebab bekas kaca tak berbau macam bekas plastik. 🙊🙊


Nampak tak ikan bilis aku banyak? Heheh. Yang ni pun satu lagi tangkal untuk membuatkan aku rajin memasak. Bukan sebarang ikan bilis yang boleh jadi sumber inspirasi aku rajin memasak tau. Ia haruslah ikan bilis Sabah. Ni la untungnya kerja kat ofis yang ada banyak cawangan seluruh Malaysia. Bila ada staff daripada cawangan nak datang, kami pun pulun mengirim banyak-banyak. Next trip nak order udang kering pulak. Nyum..nyum. Udang kering biasa aku buat sambal, ganti belacan. Sebab aku tak berapa minat snagat dengan belacan.(Yeah, walaupun belacan pun diperbuat daripada udang juga.).

Maka, begitulah kisahnya tentang cili kisar. Harap ada manfaat untuk kamu yang membacanya.

























 

18 July 2017

Barang Yang Aku Suka: Tuala MR DIY

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku jarang shopping. Kalau aku shopping pun, aku suka beli barang yang murah tapi best. Bila aku dapat beli barangan murah yang best, aku akan perasan genius. Dan rasa bangga sikit.👅👅

Sebagai rakyat marhaein yang terulung di ibu kota metrofolitan ni, tempat yang aku suka pergi untuk buang masa ialah Daiso, MiniSo, Kedai RM2 dan Mr DIY. Kalau Daiso dan MiniSo tu barangan Jepun yang kadang-kadang ko tak expect pun benda tu wujud di dunia ni. Orang Jepun memang kreatif. Segala benda alas untuk laci, untuk peti sejuk, untuk dapur gas, semua dia cipta. Itu kira tak pelik sangat. Ada aku jumpa, penyepit selimut untuk stroller supaya selimut baby tak tergelincir. Sedetail itu dia nak cipta. Apa je? Kalau orang Melayu, kita takyah dah nak cipta benda gitu. Kalau aku, aku ambik je paper clip kalau aku nak sepit selimut kat stroller. Lagi kreatif. Kekeke.

Mr DIY  pula biasanya barangan daripada China. Kualiti mungkin kureng sikit berbanding Daiso tapi lagi la macam-macam benda murah ko boleh jumpa kat situ. Kedai RM2 pun best. Kena pandai cari la barang yang elok supaya berbaloi dengan wang yang kita bayar. Kalau mainan anak-anak, boleh la beli kat kedai RM2. Memang la cepat rosak. Tapi padan la dengan harga. RM2 je kot. Kalau nak compare dengan tahap lasak mainan Fisher Price memang tak adil la. Tengok la harga berapa kan? Ada orang suka beli pinggan plastik kat kedai RM2. Boleh beli banyak-banyak, dapat satu set dengan harga murah. Aku tak beli la. Sebab pinggan kat umah aku ada sikit je. Tu pun aku sempat rembat pinggan almarhumah mak aku. Semoga pahala yang berpanjangan buat almarhumah mak aku bila aku gunakan pinggan yang aku rembat tersebut.

Kali ini, aku nak kongsikan barang yang aku beli di Mr DIY. Iaitu tuala. Aku rasa aku ni suka beli tuala dan cadar. Memang mak-mak sangat sipatnya begitu. Aku fikir, kalau orang datang, senang. Boleh bagi tetamu pakai. Cadar pula, kena la tukar-tukarkan suasana bilik. Baru la riang gumbira kita sekeluarga. Tapi kalau hasben aku tak tolong tukar cadar, memang tak bertukar la cadar. Sebab aku nak buat, dia tak bagi. Dia kata tu tugas dia. Luth pun akan tolong bila hasben aku tukar cadar. Dah tu, aku nak cerita pasal towel ke bedsheet ni? Hahahah.

Tuala yang aku beli kat Mr DIY ni, memang aku suka sangat. Sebab diperbuat daripada 100% cotton. Ko tau cotton yang macam mana? Baik, aku tanya, biar aku jawab sendiri. Cotton tuala ni ialah cotton yang macam kain lampin baby. Sesuai untuk orang yang ada kulit sensitif. Takde la bulu-bulu sangat.

Yang warna biru ni towel untuk baby dan kekanak. Dia tebal sikit daripada lampin baby.

Dua lapis

Fabric macam ni, sangat menyerap air. Yang paling best, dia cepat kering dan tak berbau kepam bila dah lama. Aku sebagai orang perempuan, aku suka juga lepas mandi tu berbungkuih dengan kain batik sebab rasa selesa sangat. Kain batik kan kering, rasa mcm hangat-hangat je. So, tuala ni feeling dia gitu la. Cuma dia takde la boleh sarung macam kain batik. 

Aku dulu, aku suka beli towel yang macam hotel. Towel tebal bulu-bulu yang kalau lap rambut basah pun, still lagi tak lencun. Cuma towel gitu berat ke tidok. Tebal plak tu. Kalau nak bawak travel, balik kampung ke, memang makan space dalam beg. Rugi space. Kalau guna tuala Mr DIY ni, boleh je ko gulung-gulung. Kecik je. Semangat ni aku promote. 

Ada banyak corak, warna dan design. Aku, bila jumpa je corak yang aku belum ada, tanpa segan silu aku capai dan bayar. Hasben aku belum sempat nak larang, tetibe tadaaaa... aku dah siap bayar. Tapi tu la. Aku pernah bincang dengan mak mentua aku. Orang lelaki ni selalu je anggap tuala dan cadar ni tak perlu banyak-banyak. Mereka memang tak faham perasaan mak-mak ni. Mak mentua aku kata, pak mentua aku pun selalu bising bila mak mentua aku asyik-asyik beli tuala dengan cadar. Kekeke.


Soft dan sweet kan warna yang ni bertiga. Dia kat sebelah bercorak belang-belang ni. Kat sebelah lagi, dia ada bulu-bulu macam tuala biasa.


Lembut. Selesa.
Tuala ni, kalau untuk kanak-kanak 2 lapis je. Tapi kalau tuala untuk orang dewasa, lebih tebal, macam 3,4 lapis kalau tak silap.


Kanak-kanak punya, ada banyak saiz. ni diantara koleksi aku.


Corak tuala kanak-kanak, memang Ribena Sugus sangat. Texture kain tu macam ala-ala patchwork ada kotak-kotak kecik tu, ko nampak tak?
Corak dia memang la kelakar sikit. Tetiba gambar Eiffel Tower sepenuh-penuh towel dia print kat situ. Tapi aku tak kisah sangat. Sape nak skodeng ko pakai towel apa pun kalau kat rumah.

Towel ni 3 lapis. Tebal daripada towel kanak-kanak.

Towel ni yang aku suka, sebab tak sama depan belakang. So, aku boleh pakai sebelah yang sama je kat dalam.

Takde la banyak sangat. Cukup la untuk kami 4 beranak.


Ini dah bercampur dengan towel lain. Yang tebal, yang nipis, yang murah, yang mahal.

Oh..... Lupa nak bagitau harga. Semuanya bawah RM30. Yang baby dan kanak-kanak dalam belasan ringgit. Kalau nak jadikan hadiah untuk baby baru lahir pun sesuai. K... Dahhh...

14 July 2017

Barang Yang Aku Suka: Telekung Solat

Sejahteralah ke atas kamu....


Telekung solat adalah salah satu daripada 'bestfriend' wanita muslim. Satu masa dulu, aku tak pernah beli telekung. Rembat mak punya je 2 pasang. Lepas tu, duduk lenjan yang itu je sampai kusam. Basuh sebulan sekali time datang haid je. Waktu itu aku tak kisah sangat telekung tu cantik ke tidak, ropol kepuk-kepuk ke tidak, sulam tangan ke tidak, sebab aku rasa macam nak tunjuk kat sape sangat. Tapi sekarang keinsafan tu dah makin meningkat. Aku dah mula beli telekung yang cantik-cantik. Sebab nak berdepan dengan Allah kot. Nak menyembah Allah yang Maha Tinggi, tertinggi dalam hidup kita, walaupun orang lain tak nampak, tapi pandangan Allah tu la yang paling penting. Perlu la cantik sentiasa lebih-lebih lagi waktu solat.

Aku ada beli banyak telekung. Ada telekung untuk travel, ada yang tahap premium untuk majlis apa-apa ke. (Majlis apa yang kena pakai telekung tu? Haha.). Bukan niat nak menunjuk kepada orang. Cuma ingin kelihatan elok dan rapi supaya dapat menjaga nama baik suami. Kang orang tengok aku selekeh je, rosak la reputasi aku sebagai isteri solehah. 

Kali ini, aku ingin kongsikan beberapa pasang telekung yang aku suka. Harap dapat beri manfaat kepada korang semua.

 1. Telekung Siti Hawa Warna Hitam

Ini bukan telekung black metal ye, walaupun berwarna hitam. Sengaja pilih warna hitam kerana inginkan kelainan. 
 

Telekung Siti Hawa ni, aku beli secara online. Fabric yang digunakan ialah France cotton. Sulam penuh seluruh telekung. Bukan jenis kain yang 'jatuh' seperti lycra atau kain jersi.



Telekung ini, bahagian awningnya terletak ala-ala telekung Siti Khadijah. Tapi aku tak berapa suka jenis awning melekap macam ni. Sebab kepala aku akan nampak macam kepala taugeh. Cuma yang baiknya, rambut memang terlindung elok dan kemas je. Tak caya, tengok model telekung di bawah ini;

Nampak tu, muka bercahaya keimanan hokey. (Masa aku tgh edit gambar ni letak bintang-bintang kuning kat pipi, tetibe bos aku datang suruh tukar wallpaper majlis hari raya untuk display ke  PC semua staff. Tetibe bintang tu bertukar jadi taik bintang.)


2. Telekung Siti Hawa Warna Putih

Aku ni agak susah nak sukakan sesuatu benda walau benda tu memang viral seluruh dunia sekalipun. Tapi kalau dah suka, mula la nak beli sampai 10. Tapi yang telekung ni aku beli 2 je la. Satu putih, satu hitam. Yang warna putih ni, fabric sama iaitu France Cotton. Telekung warna putih ni, kainnya lembut sikit berbanding yang warna hitam. Eh, lembut banyak. Yang putih ni, memang putih-putih melati sangat tau. Lembut seperti kapas. Dah tu ye la. Memang kain kapas kan? Jangan nak propa jangan boleh tak Sunshine?!

Sama design awning nya. Jenis awning melekap kat kepala. Yang ini takde model nak pakai sebab masih berlipat. Saja taknak cemarkan telekung bersih ni dengan kekotoran kat muka i, walaupun muka i bersih sesuci hembun fagi. Ouch..


Memang cantik yang ni. Corak bunga ros. Owh, falling in lurve...😍 . Terasa cantip dan anggum apabila memakainya. Harga: RM190 (Sebab warna putih perlu lining kalau tidak, jarang.). Yang warna hitam tadi harganya RM170. (Tanpa lining.). Telekung ni aku rasa dibuat upon orders. Kalau ada orang order, baru dia buat. Boleh pilih nak lining ke tak.
 


3. Telekung Sulam Tangan Vietnam

Aku suka telekung putih sebenarnya. Walau banyak macamana sekali pun keluaran telekung berwarna-warni, aku tetap suka tahap nak couple dengan telekung putih ni.  Sebab sesuai dengan fitrah bersolat tu. Rasa macam tawadu' lebih je bila pakai telekung putih. Rasa macam dah sebelah kaki melangkah ke syurga giteww..Okay. Ini over.

Sila jangan terganggu fikiran tengok water mark aku yang mcm cap rambutan tu. Anggap je la tu misai aku.

Ni la sulam tangannnya. Di mata aku, agak cantik la. Di mata yu olls pun cantik juga kan? Kan? Hihi.

Ok, ini penting. Untuk telekung, aku paling suka awning kepala dia macam ni je. Biarlah nak kata ketinggalan tak 'up-to-date' pun, yang penting aku lagi suka muka aku yang 'ayu' dan 'lemah lembut' ni diselubungi awning yang sebegini. Walaupun lebih kurang je macam kepala taugeh, tapi yang ni taugeh keluaran bumiputera. Boleh consume tanpa ragu-ragu. keke.


Telekung Sulam Vietnam ni aku beli kat bawah ofis aku ni je. Setiap Jumaat ada jualan berbagai-bagai gerai kat kaki lima bawah ofis aku ni. Masa aku beli tu, tinggal sepasang je. Aku beli dengan harga murah je. Akak yang jual tu kata biasa dia jual RM120. Tapi sebab nak habiskan stok, dia bagi RM70 je kat aku. Yelah, aku tau kalau beli kat Vietnam, mesti lah boleh dapat dengan harga RM30 je. Dah tu, takkan la nak compare harga Vietnam. 


4. Telekung ZAWARA

Dalam banyak-banyak telekung yang pernah aku pakai, this is the best telekung ever. I can tell. 

Telekung ni awning dia macam tudung instant berawning lembut. Memang lain macam. Muka kauuuu akan nampak shantik bila pakai telekung ni. Sebab dia macam tudung. Cuma ko kena pakai anak tudung la kalau jenis dahi ko luas. Takut nampak rambut. Kalau aku, aku tak pakai pun. Aku kelepet je sekali kat tepi dia.


Fabric lace. Kain lace ni memang best gilak bila jadi telekung. Dia nipis tapi tak jarang. Walaupun dia tak serap peluh tapi memang tak panas. Biasa kalau kita solat waktu tengahari, walaupun ada kipas, tapi angin daripada kipas tu tak tembus ke badan kita sebab terhalang oleh telekung. Tapi, telekung lace ZAWARA ni, boleh rasa angin kipas semasa kita solat. Sampai ke dalam terasa berangin je. Memang genius la sape yang buat telekung ni. Genius dia sama tahap dengan pereka baju Michael Jackson yang ada ekon pada baju tu. Perghh.




 Telekung belah atas guna lace. Kain bawah telekung pula guna dull satin. Elephant sangat telekung ni.



Cuma ada sedikit kecacatan part tepi awning tu macam jahitan tebal sikit. Tapi kalau untuk aku, aku okay je. Takde rasa terganggu pun.

Kenapa tak ada Telekung Siti Khadijah? Errm... Aku pun tak tau kenapa aku belum terbuka hati nak beli. Nanti-nanti la kot. Sebab aku ni jenis yang tak suka sikit nak beli barangan viral yang femes. Aku macam 'ajet-ajet' insan unik yang rare. Keke. Boleh gitu. Padahal aku pompuan tipikal je. Yang akan gemuk bila makan banyak. Yang akan menitik air mata bila tengok drama Korea. Ceh.

Cukup sekadar ini sahaja post kali ini. Jumpa lagi lain kali. Nanti aku update barangan best yang lain pula. Thanks ye my loyal reader. (Adew kewww? Hewhewhew.)

13 July 2017

Perkara-perkara Menjengkelkan Dalam Group WhatsApp

Sejahteralah ke atas kamu....


Aku minta maaf dulu ye, kalau apa yang aku tulis ni korang rasa tak setuju. Aku cakap ni hanya sekadar pendapat personal aku. 

Pasal group dalam aplikasi Whats App. Aku rasa semua orang biasa menggunakan Whats App untuk berkomunikasi dengan keluarga, kawan-kawan, saudara mara dan rakan sekerja. Tentulah kita di'add' ke dalam group tertentu di WhatsApp. Bila sebut pasal group ni, hadoiii.. Memang macam-macam. Ada group yang aku suka, yang memang dalam kategori 'read first'. Tapi ada group yang sendu sampai tahap aku 'mute' notification dia. Huhu...

Di antara perkara-perkara yang membuatkan aku rasa annoyed pada Whats App group;

1. Tak Kenal
Ahli group yang aku tak berapa kenal sangat, then bersembang merepek yang memang takde kena-mengena dengan aku. Kena add dalam group pun tak tau sebab apa. Tetibe je you have been added.

2. Terlampau 'OPEN' 
Group yang bercampur lelaki perempuan kemudian banyak sembang 'double meaning' yang macam nak menghala ke kisah atas katil. Aku paling serabut topik macam gini. Kalau yg geng lelaki start, yang perempuan pun menyampuk juga walaupun dah kahwin. Nak tunjuknya betapa hebat masing-masing punya skill 'bersama'. Tobat pun aku meluat. Kalau sekali sekala tu, aku boleh terima la. Tapi kalo setiap hari Khamis malam Jumaat ko nak start topik, "Aihh, tido awal ke semua?". "Tgh mendayung ke?". Tak ke rasa macam nak lempang sekor-sekor?

3. Gambar
Ucapan selamat menggunakan gambar. Tak kira la ucapan selamat pagi ke, selamat malam ke, selamat hari Jumaat penghulu segala hari ke atau pun sekadar 'Assalamualaikum'. Ko bayangkan, ahli group ada 50 orang. Sorang bagi ucapan selamat pagi guna imej bergambar, pastu ahli group lain yang lagi 49 orang tu, jawab pun guna gambar. Aku memang tension. Memang la boleh buat supaya tak auto download. Tapi kadang-kadang, banyak sangat sampau penuh wall dan image yang dihantar tu, image yang sama, setiap hari. So, motif? Kalau nak ucap selamat pagi, taip je la 2 patah perkataan tu. Bukan susah. Eii.

4. Copy-Paste
Copy dan paste artikel ke group lain takpe lagi. Tu biasa la. Ni kalau wish kat orang pun nak copy & paste. Kalau ucapan selamat hari lahir, sorang wish dengan kata-kata doa, abih semua ahli copy & paste ucapan yang sama. Kalau wish tahniah sebab dapat anak pun semua wish dgn satu ucapan je yang diulang-ulang. Itu boleh tahan lagi sebab wish sesuatu yang happy. Tapi yang aku memang sangat tak setuju bila nak ucapkan takziah pun semua copy & paste. Orang tengah bersedih kot. Tunjukkan la sikit keikhlasan semasa menghantarkan ucapan takziah. Kalau malas sangat, taip je 'Salam takziah', daripada ko hantar ucapan yang panjang berjela, tapi hasil copy paste daripada salah seorang ahli group yang sama, di mana semua orang juga copy paste dia punya. Seolah-olah ko nak wish tapi nak ambil jalan mudah je. Macam menaip isi hati dan doa ko tu sangat melecehkan, so copy paste je. No...no...no... that is not good. Kalau gitu, lebih baik sorang je dalam group tu bagi ucapan, "Saya mewakili ahli-ahli group ini mengucapkan tazkziah, semoga dipermudahkan urusan, bla...bla..bla..".

5. Terlalu Sepi.
Ada group yang terlampau havoc sepanjang masa berborak sampai beribu-ribu message, tapi jangan tak tau, ada juga group yang hanya berbunyi cengkerik je. Senyap sunyi. Pastu bila ada orang yang bertanya tentang sesuatu pun, tak ada siapa yang jawab walaupun kita check, dah ada 2 blue tick pada message yang kita hantar tu. 

6. Reply dengan ikon.
Biasanya related dengan sebab No.5 di atas. Group yang senyap sunyi. Bila kita share apa-apa dalam tu lepas dua hari baru ada response. Itu pun sekadar bagi icon 'thumb up'. Lepas 6 hari, ada sorang lagi response bagi icon 'thumb up'. Then baru lah yang lain2 akan bagi response yang sama, semua bagi icon muka senyum je. Tapi reason yang ni aku tak la rasa jengkel sangat. Sebab faham la. Masing-masing sibuk dan bukan semua orang pegang henfon di tangan 24 jam.

7. Share Gambar Perempuan Seksi.
Ada orang yang suka sangat share gambar entah perempuan mana yang posing seksi menampakkan aset-aset tertentu. Aku, kalau group tu group sama jantina je semua, aku boleh la nak pejam mata kalo nak jadi modal bersembang dengan mengepos gambar-gambar sebegitu. Tapi kalau dalam group tu ada berlainan jantina, tolong la consider sikit. Gambar yang selalu di share tu biasanya dimasukkan sendiri caption seperti contoh, "Jangan la marah bang", "Nanti masuk meminang ye bang". Euww.. Tolong la. Tak baik gunakan gambar orang lain pastu letak caption bukan-bukan. Pastu gi sebarkan merata-rata.

8. Kaki Debat
Aku kalau korang nak sembang apa pun sembang la. Nak debat apa pun debat la. Tapi ada satu topik debat yang aku cukup boring nak follow, iaitu pasal poligami. Serius aku memang tak suka nak bertekak pasal topik ni. Sebab dah tau, kaum lelaki akan back up habis-habisan, dan orang perempuan akan menentang walaupun bukan habis-habisan sebab tau Allah benarkan.  Bab ni, bukan kat WhatsApp je. Kalau kat FB ke, kat Instagram ke, cuba la keluar gambar Ashraf Muslim dengan isteri-isterinya. Abih kena kondem kaw-kaw punya. Letak pula gambar Adira, habis kena kutuk berbakul-bakul. (Tu contoh je la.)


Ok. Bai.




12 July 2017

Sahabat Yang Baik Juga Rezeki

Sejahteralah ke atas kamu.....

Post aku hari ini ada kaitan dengan status aku di FB sehari sebelum raya, beberapa minggu yang lepas.



Kisahnya, aku ambil cuti seminggu sebelum raya. Niat murni aku nak menjahit baju aku, baju raya anak-anak, jahit langsir untuk rumah abah di kampung dan jahit langsir untuk rumah aku. Tapi aku hanya merancang, Allah jua yang menyusun kehidupan aku, ditakdirkan aku demam 3 hari masa aku cuti tu. Demam yang tahap tak bangun. Sabtu, Ahad Luth demam. Isnin, Selasa, Rabu, aku pulak demam. Khamis, Jumaat Yafith pula sambung demam. Hasben aku demam juga, tapi dia kata dia kan ayah. Kena la kuat sebab nak jaga keluarga. Githew. 

Sepatutnya Jumaat sebelum raya tu aku plan nak balik kampung. (Raya Ahad). Tapi bila semua tugasan yang aku plan, aku tak sempat siapkan...... Aku tak sempat pun nak jahit baju Yafith. Baju Luth sempat siap tapi memang buruk hasilnya. Langsir pun selamat tinggal romeo je la. Semua tak siap. Huhu. Beg pun aku kemas hari Jumaat tu. Memang kelam kabut sangat. Bahananya, tertinggal la beg yang tidak berdosa tu.

Terus terang aku katakan, bila dapat tahu beg tertinggal aku langsung tak de marah pun. (tugas loading beg ke dalam ke kereta memang tugas hasben aku. So, kalo tertinggal memang salah dia sebenarnya.). Hasben aku berulang kali mintak maaf dengan aku. Cium tangan aku sampai siku (okey, ni aku tambah-tambah je. Hahaha.). Aku cool je. Benda dah jadi. Aku marah pun bukan boleh selesaikan masalah pun. Cuma waktu tu aku memang dah ajak hasben aku balik KL semula untuk ambil beg anak-anak. Ye lah, walaupun aku tak marah, tapi cadangan aku waktu tu memang agak tak logik. Dah la jem teruk gile. Perjalanan nak balik dari KL ke Kuantan tu pun dah ambil masa 7 jam. Ni ada hati lagi nak tempuh jem yang memang dah termaktub akan berlaku di semua lebuhraya menjelang hari raya? Chey, mcm pantun plak aku ni. 

Huhu.... Buntu kejap kepala otak aku masa tu. 9 hari ni nak duduk kat kampung. Baju raya anak-anak yang aku dah pilih dengan penuh teliti dan penuh kasih dan sayang. Sekali takleh pakai masa raya. Honnnooo. So, aku ajak la hasben aku gi beli baju malam tu. Bandar Kuantan, pada raya eve confirm jem tak bergerak. Aku memang tak berani nak masuk bandar. So, kena pergi area yang tak lalu bandar la. So, aku pilih untuk pergi pasaraya TMG, Indera Mahkota 2. So, pilih baju kat situ memang la takde pilihan sangat. Tapi dah terdesak, aku pilih je la yang mana ada je. Yafith aku beli 6 pasang baju, Luth 5 pasang. Itu pun bukan jenis baju yang boleh dibuat baju raya. Baju harian boleh la. Dah tu, nak rotate 6 pasang baju tu selama 9 hari??! Mencabar. Mcm lepas pakai kena terus basuh dan jemur. Huhu.... Penat tu.

Alamak... Mukadimah aku pun dah 4 perenggan. Aku belum masuk lagi bab 1. Cemana ni?

So, aku ringkaskan cerita seringkas yang boleh ye. 

Flash back beberapa jam sebelum tu: On the way balik kampung sebelum tu, aku lalu jalan lama sebab nak elak jem. Masuk Bentong, sekali nampak ada kedai kain 1 Malaysia. Tergerak hati nak singgah walaupun masa tu belum tahu beg tertinggal. Aku singgah dan beli baju melayu untuk anak-anak sepasang sorang. Nampak tak Allah susun? Dan semasa aku kemas beg, ada 2 pasang baju Yafith yang aku masukkan dalam beg aku. Sepasang baju lama Luth, sepasang lagi romper Yafith. So, bila tau beg anak-anak takde, masih ada baju yang boleh aku pakaikan untuk anak-anak aku. Syukur ya Allah. Habis flashback.

Bila aku update kisah tertinggal beg ni kat FB, ada kawan hasben aku message hasben aku kat WhatsApp. Dia offer untuk tolong ambil beg anak-anak. Kawan hasben aku ni, kawan aku juga. Satu sekolah menengah. Nama hero kami ni, Azhar. Azhar kerja di KL, kampung di Kuantan macam kami juga. Dia balik Kuantan, tapi raya kedua dia nak beraya di rumah nenek wife dia di Jalan Kuching. (Wife dia, Ida, pun kawan kami satu sekolah menengah. Kekeke.). So, hasben aku jumpa Azhar, bagi kunci rumah kat dia. Bagi address rumah kami sekali. 

Raya ketiga, Azhar pergi rumah kami, masuk rumah ambil beg anak-anak. Kemudian bawa balik Kuantan, serahkan kepada kami. Kami jumpa Azhar di satu tempat untuk dia serahkan beg-beg tu kepada kami.

Jadi, seperti ayat di dalam tajuk yang aku tulis di atas, dikurniakan dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat dan orang-orang yang baik juga adalah rezeki. Dalam kes ini, Azhar memang penyelamat kami. Tidak perlu kuasa sakti untuk menjadi superhero, ternyata Azhar superhero kami. Pertolongan itu bagi Azhar sangat kecil, tapi bagi kami, amat besar maknanya. Sekarang isteri Azhar sedang pregnant. Aku dengan serendah hati, mendoakan Allah kurniakan anak yang solehah untuk Azhar dan Ida. Semoga anak yang dilahirkan nanti sihat, sempurna dan menjadi insan terhebat suatu hari nanti. Hebat seperti papanya Azhar dan mamanya Ida. Aamiiinnn...

Maka, dapatlah aku pakaikan baju kepada anak-anak aku tanpa rasa stress fikir nak basuh dengan segera.





11 July 2017

Teori Dan Realiti Mendidik Anak-anak.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.


Ibu. Bapa. Dengar macam biasa je. Tapi tugasnya, berat. Bergantung jugalah apa yang kita nak anak kita jadi. Aku percaya semua ibu bapa mengimpikan agar anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

Aku satu masa dulu, semasa menanti kehadiran cahaya mata pertama, berbagai rancangan telah aku susun untuk mendidik anak-anak aku. Aku ingin lakukan begini, begini untuk anak-anakku. Dan tidak inginkan begitu, begitu kepada mereka. Ditambah dengan pembacaan artikel-artikel keibubapaan yg menular di laman sosial. Aku rasa aku sudah cukup berilmu dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu.

Memang betul aku telah bersedia, kerana apabila Allah telah memberi, bermakna Allah lebih tahu bahawa aku telah bersedia.

Namun, teori keibubapaan yang telah aku kaji, langsung tidak sama dengan realiti. Pffttt. Tidak sesenang membaca teori. Tidak ada gambaran langsung semasa membuat perancangan. Merancang di dalam minda, langsung tidak sama dengan realiti. Namun Allah itu Maha Adil, walaupun cabaran hidup lebih berat sejak ada anak, dalam masa yang sama aku dapat double happiness. Anak-anak memang lucu. Penghibur hati.

Perbezaan teori dan perlaksanaan yang aku lalui setelah menjadi ibu bapa;

Teori 1: Jangan tengking atau tinggikan suara terhadap anak. Nanti terbantut perkembangan minda anak. It's sounds familiar, right?

Realiti 1: Nak cakap lembut macamana kalau dalam keadaan panik? Anak-anak kan selalu buat lawak seram dan bergurau kasar depan kita. Bukan sekali dua, malahan banyak kali. Contohnya, katakan kita tengah makan kat meja makan. Nun di hujung ruang rumah, anak sulung sedang hempap adik dia kekonon raksaksa ketam tengah berlawan dengan raksaksa spider. Kita jauh dari dia. So, nak buat cemana utk delay perbuatan dia??  Yessss..... Dengan menjerkah dia supaya perhatian dia beralih kepada kita, lepas tu baru la boleh kita datang kat dia then usap lembut kepala dia sambil nasihati dia dengan penuh koseh soyang atau pun lepuk peha dia barang sekali dua. Kalo dah tahap kena lepuk tu perlu disertakan dengan leteran dalam loghat Pekan, Pahang. Bior ke lantok.




Teori 2: Tidur bilik berasingan dengan anak. Tujuannya untuk mendidik anak berdikari dan supaya senang bila dia dah besar sikit, takyah menempel lagi dalam bilik mak ayah. Kaedahnya dengan menggunakan sistem intercoms agar boleh dengar kalau baby nangis.

Realiti 2: Rajin pulak ko nak bangun malam sejam sekali menapak ke bilik sebelah untuk breastfeed baby ko? Sedangkan nak bangun ambil baby dalam babycot pun aku kurang vitamin Rrrr, inikan pula nak ke bilik berlainan. Memang tak rajin la jawakpangnya. Dah tu, bila terbiasa daripada baby tidur dengan mama-papa, sampai umur 4 tahun pun tidur dengan aku lagi sekarang anak aku. Plus adik dia pun dah setahun juga tidur dengan aku. Tapi aku dah start tanam kata-kata semangat untuk dia tidur dalam bilik sendiri nanti. Bila tu tak tau lagi. Tunggu la lepas aku make over sikit bilik dia tu. Letak katil yang sesuai sikit untuk kekanak cikedis 2 orang tu.




Teori 3: Membacakan buku cerita sebelum tidur. Supaya dapat mengeratkan hubungan mak dengan anak.


Realiti 3: Nak baca buku cerita mendenya kalau dah tidur sebilik, naik katil pun bila betul-betul dah ready nak tidur, dah siap tutup lampu sekali. Kalau nasib baik anak, dapat la dia dengar cerita rekaan aku yang kadang-kadang cerita bosan, kadang-kadang cerita gempak giler. (Aku memang suka bercerita kat anak-anak. Setakat ni Luth je yang faham. Yafith kenit lagi. Belum faham lagi cerita-cerita tahyul aku ni.). Yang pasti, cerita yang boleh menarik perhatian anak aku ialah cerita yang berunsurkan hero-hero menyelamat dan ada unsur-unsur kemenangan bila berlawan dengan orang jahat. Ye lah. Cerita mestilah nak happy ending. Baru la berbaloi bayar tiket wayang.




Teori 4: Jangan guna perkataan 'JANGAN'. Gantikan perkataan jangan tu dengan suggestion, 'apa yang patut anak lakukan supaya dia tidak melakukan perkara yang tidak boleh dia lakukan tu'. Contohnya; Kalau anak main berlari di tengah jalan, kita pun terus je cakap, "Sayam, meh berjalan kaki kat tepi jalan ni meh.". 



Realiti 4: Serius susah. Sebab kadang-kadang ada situasi yang memang takde suggestion pun untuk dia, sebab dia memang takleh buat sesuatu perkara tu. Atau pun, bila kita dah nasihat banyak kali, tak dengar juga. Last sekali memang keluar la perkataan JANGAN tu dengan pitch yang paling pecah kaca sekali. Lagipun perkataan JANGAN tu pendek. Senang nak sebut. Konsep dia sama macam teori tak boleh tengking kat teori no 1 tadi. Biasanya kita akan tengking anak tu dengan menyebut perkataan 'JANGAN' ni la. Betui dak? Haha.


Teori 5: Elakkan memberi gadget dan tengok TV kepada anak-anak.

Realiti 5: Kalau nak elakkan terus aku memang tak mampu. Kalau kurangkan masih lagi mampu. Itu pun tak la sekurang orang lain. Tak mungkin kita boleh sekat teknologi tu untuk anak belajar. Ini zaman mereka. Mereka kena hadapi semua ni juga untuk hidup mereka nanti.

Aku hanya beri anak aku main gadget pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tgk TV pula bergantung. Kalau suami aku mula buka TV, aku susah sikit la nak control. Tapi kalau dengan aku, aku memang tak on TV. Kalau perangai anak aku agak mengarut sebab banyak sangat main gadget, aku akan grounded dia. Takleh main 2 minggu. Minggu raya baru-baru ni, aku semakin kurangkan beri dia main gadget dengan buat syarat hanya dalam kereta sahaja boleh main tab. Bila sampai kat rumah orang, kena berhenti main. Kalau tidak memang tak berkawan dengan orang la dok ngadap ke natang tu je. 




Teori 6: Tak boleh makan junk food and fast food.


Realiti 6: Sama macam gadget juga. Nak sekat terus pun tak mampu. Yang mampu hanya kurangkan. Junk food ada di mana-mana. Fast food pula, aku sebagai mak ni pun selalu beli. Dah tu cemana. Sebab tu, aku kalau nak makan fast food, aku beli waktu ofis je. Dan kalau kat rumah pun aku hanya beli Pizza Hut je. Sebab pizza macam roti-roti sikit. Boleh la dimaafkan. 

Cara aku saikokan anak aku supaya tak begitu sukakan junk food ialah dengan bercerita tentang sistem tubuh badan kita. Aku bagitau dia, dalam badan kita ni ada bakteria baik (antibodi) dan bakteria jahat (virus). Kalau makan banyak coklat dan gula-gula, bakteria jahat akan jadi kuat dan bakteria baik akan jadi lemah. Bila bakteria baik jadi lemah, kita akan demam, akan sakit. Dan kalau kita selalu makan sayur, nasi dan makanan yang baik, nanti bakteria baik akan jadi kuat dan akan kalahkan bakteria jahat. Memang dia termakan la kalau aku cerita macam tu. Sebab cerita ni kan ada unsur-unsur berlawan dan ada menang ada kalah. Budak lelaki kot. Apa-apa pun semua nak bertanding. Makan nasi pun nak bertanding siapa habis dulu.



Aku rasa ini je teori-teori yang terlintas di fikiran aku. Kalau ada sesiapa nak tambah, boleh la tambah dengan pengalaman sendiri.


Semua gambar adalah daripada Google.com

10 July 2017

Wanita IDAMAN

Auzubillahiminassyatonirrojimmm.... Bismillahirahmanirrohim....

Nak masuk rumah yang dah lama ditinggalkan. Kena la baca doa pelindung syaitan sikit kan.





Sejahteralah ke atas kamu......

Ada sekali tu, ofismate aku yang baru je dinaikkan pangkat menjadi pegawai cakap kat aku, "Lid, ko sekarang dah jadi wanita idaman.". Aku yang kepala otak blur ni terus je macam nak tersipu tapi dalam masa yang sama aku macam kata dalam hati, "ke jadah mendenya idaman dah tua macam ni. Gemuk plak tuh". (ketawa tekup mulut).

Lepas tu Pegawai sambung lagi, "sebab ko sekarang jaga sistem IDAMAN". Ceh. 

Aku sekarang dah tukar seksyen. IDAMAN tu salah satu sistem yang perlukan pantauan kat seksyen baru ni. So, memantau sistem IDAMAN tu adalah tugasan baru aku. Kalau pasal sistem IDAMAN tu, aku takde la nak jadi wanita IDAMAN sangat. Makcik IDAMAN tu ye la. Tapi aku ni bukan la handal sangat pun dari segi teknikal ni. Otak aku ni atas sikit je daripada otak udang. Maybe macam otak sotong je. Cuma aku ni memang gigih la nak bagi diri sendiri faham sistem ni. 

Sebelum kena tukar seksyen dulu, aku jiwa kacau juga. Sebab mengenangkan ke'tidakterrer'an aku tu, aku rasa cemas je takut tak dapat buat kerja dengan baik. Syukur, bila masuk seksyen baru, aku boleh belajar banyak benda. So, bertambah la ilmu pengetahuan aku. Aku ni kan bajet-bajet dahagakan ilmu sikit. Dah tu macamana nak penuh ilmu di dada? Membaca malas. Kalau buka FB asyik baca Kisah Rumah Tangga dengan IIUM Confession je. Kehkeh.  Bahan bacaan takde faedah je semua.

Aku ni gian nak mengarang panjang-panjang. Tapi aku tak sempat nak buka blogger.com. Selama aku tak update blog, aku hanya mengarang suku je kepanjangan entry blog aku ni kat FB. Tu pun tak la selalu sangat aku update. Bila ada kisah hot yang terjadi kat aku je aku cerita. Kisah hot tu pun takde hot sampai tahap terbakar kena panggil bomba. Takat hot-hot chicken shit je. Muehehe. Aku jarang update FB tapi sekali update, panjang berjela. Itu pun ada orang kata aku rajin taip panjang-panjang buang masa. So, terpaksa la aku back to blogger again untuk cerita panjang-panjang. Takut ganggu wall orang pulak kalau keluar cerita aku yang panjang teww.

Eii, umur aku dah lewat 30an tapi aku masih lagi cakap merepek macam ni. Nampak sangat aku memang dah rindu sangat nak bercerita merapu dalam blog.

Okay, cukup la pendek je kali ni. InsyaAllah aku cerita lagi esok. Stay tune.




Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...