Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

KESILAPANMU, KEEGOANKU.

*entry ni panjang nak mamppss.. Kalo ada banyak masa lapang bleh la baca. Kisah Luth masuk spital sebab kesilapan doktor. *Entry ni auto-publish Sejahteralah ke atas kamu.... Airmata saya terus mengalir laju apabila nurse di NICU, HTAA mengarahkan supaya Luth diletakkan di katil kecil khas untuk bayi dengan semua pakaiannya perlu dilucutkan kecuali diaper. Manakan tidak, sewaktu datang ke hospital, Luth dipakaikan pakaian yang lengkap dengan barut, sarung kaki, sarung tangan dan bedung. Tiba-tiba di hospital yang suhunya sejuk hasil kerja keras pendingin hawa, semua pakaian selesa Luth diminta untuk ditanggalkan. Perasaan sebak saya tidak habis di situ sahaja. Malahan, apa yang saya tangiskan semasa mula-mula tadi hanyalah permulaan. ................................................. Semuanya bermula tengahari tadi bila nurse di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah ibu, datang melawat dan membuat pemeriksaan terhadap Luth. [Biasanya memang begitu

Hari ke-5 Luth bin Mohd Azrul

Sejahteralah ke atas kamu...... Kelahiran Luth memberi   banyak pengalaman baru untuk saya dan Mat Azghul.   Mula-mula sudah tentulah pengalaman melahirkan Luth. Ya. Saya mengaku memang sakit bersalin itu sangat sakit.   Sakitnya tak dapat dijelaskan dengan karangan dan setiap wanita yang pernah melaluinya mungkin akan explain sakit itu dengan cara mereka sendiri. Bagi saya pula, sakit yang saya rasai semasa bersalin itu adalah seperti perut di ‘squeeze’ sehingga kulit perut itu tegang macam belon yang ditiup terlampau tegang dan hampir pecah.   Rasa itu sampai menyebabkan saya rasa seperti nak demam. Dalam masa yang sama rasa nak berak sembelit yang sakit tapi tak boleh teran.   Rasa mencucuk-cucuk di sekeliling bahagian kandungan, rasa sengal + lenguh + memulas terhimpun pada saat yang sama. Huhu.. Seram. Orang kata, sesakit-sakit bersalin tu akan serta-merta hilang.... bila sahaja kita tengok bayi yang kita lahirkan . Tapi saya tak. Bila doctor letak bayi atas perut saya, s